DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Saturday, 21 November 2015

JODOH UNTUKKU - BAB 5

BAB 5


Sudah seminggu Ain bergelar isteri. Tiada apa-apa perubahan yang ketara dalam perjalanan kehidupan seharian dia. Dia masih menetap di kolej kerana bergelar final year dental student memerlukan dia lebih focus lebih-lebih lagi untuk menyiapkan requirement yang merupakan syarat penting untuk melayakkan dia menduduki peperiksaan professional terakhir.

Petang selepas majlis akad nikah mereka, Fuadi terus bergegas ke hospital dan itulah kali terakhir Ain berjumpa suaminya. Fuadi masih berulang alik dari rumah umminya di Pengkalan Chepa.

Ain terimbau kembali saat dia menghantar Fuadi ke kereta sebelum Fuadi bergerak ke hospital.

Remember to give me your account number. Macam mana Ain nak balik hostel esok ni?”

Ain memang drive sendiri pergi hostel. Dah biasa.” Ain tersenyum menjawab soalan suaminya.

Okay. Just take care. I’ll give you a call when I’m free. You can do your normal daily routines as usual. No need to inform me. Anything that you think is important and I need to know, you must inform me. I’m sory sebab abang pun tengah bussy sekarang. Jadi tak banyak masa boleh diluangkan untuk Ain.”

Kebebasan yang suaminya beri, Ain akan gunakan sebaiknya. Dia tak akan lakukan sesuatu yang dapat menggugat kepercayaan Fuadi kepadanya. Lagipun Ain tahu. Mereka berdua memang mempunyai commitment masing-masing. Tidak banyak yang dia dapat harapkan dalam perkahwinannya buat masa sekarang. Baik dia focus untuk menamatkan pengajian dia dulu.





Adah. Kita makan dekat café hospital je lah. Lagipun alang-alang kita dah dekat sini.”

Ain dan Adah baru selesai membuat ward round di hospital yang hanya bersebelahan dengan fakulti mereka. Seminggu sekali, memang group mereka akan membuat ward round dengan pensyarah untuk melihat kes-kes yang melibatkan maxillofacial terutama kes trauma yang melibatkan bahagian muka.

Kebetulan hari ini, ward round mereka habis awal. Jadi Ain rasa lebih baik mereka makan di situ. Lagipun makanan di situ lebih banyak pilihan. Café itu selalunya menjadi pilihan orang-orang luar yang datang melawat pesakit di situ termasuk lah juga kakitangan hospital.

Ain dan Adah tengah rancak bercerita sambil menjamah hidangan tengah hari mereka apabila mereka tiba-tiba dikejutkan dengan kedatangan Fuadi dan kawannya.

Ada orang tak duduk sini? It’s seem that other places have been fully occupied.”

Ya. Café memang tengah sesak sekarang sebab tengah waktu kemuncak. Ain dan Adah yang duduk di meja yang sepatutnya boleh memuatkan empat orang hanya menganggukkan kepala.

Fuadi menarik kerusi di sebelah Ain. Dia dan kawannya meletakkan pinggan mereka yang berisi nasi dan lauk sebelum beredar dari situ dan hilang di tengah kesibukan orang ramai. Mungkin mereka pergi basuh tangan. Ain membuat andaian sendiri. Tiba-tiba dia rasa ada orang menyepak kaki dia di bawah meja.

Owh. Patutlah nak makan dekat sini. Dah berjanji ke apa ni. Patutlah muka tu berseri semacam je.”

Eh…kau ni.. Ni lah baru aku jumpa dia lepas seminggu tau. Kitaorang tak de berhubung pun selama ni.”

Seriously korang ni. Bussy sangat nampaknya Dr. Fuadi ni.” Perbualan Ain dan Adah terhenti bila melihat fuadi sudah kembali ke meja mereka sambil membawa sepinggan kuih. Kawannya pula membawa gelas minuman untuk dia dan juga Fuadi.

Sepanjang mereka makan, Ain dan Adah hanya diam je. Tidak tahu apa yang nak dibualkan tambah-tambah lagi mereka segan dengan Fuadi dan kawannya. Mereka macam orang asing. Fuadi rancak berbual dengan kawannya yang kebanyakannya berkisar pasal kerja mereka. Ain rasa janggal pulak untuk student macam dia dan Adah duduk semeja dengan dua orang MO. Memang Ain dapat rasakan aura seorang doktor dari Fuadi dan kawannya. Gaya pemakaian, dan gaya percakapan tampak sangat professional.

Eh, you all berdua. Senyap je.” Mungkin menyedari yang Ain dan Adah dua-dua macam tengah layan perasaan sendiri, kawan Fuadi menegur mereka.

By the way I’m Dr Faliq. This Doktor yang dekat depan I ni pulak, memang bohong la kalau you all tak kenal. Hah Ain. Diam je.” Provok Dr Faliq sambil memandang Ain dan Fuadi silih berganti.

Maybe the cat has got their tongue. ” Suara tu. Ain akui yang dia mula merindui suara sinis Fuadi.

Sorry. I just don’t know what to say.” Serious. Ain memang tidak tahu apa yang patut dibualkan sekarang.

Seminggu tak jumpa dengan your husband ni, impossible la tak de benda nak cakap Ain. Nak luahkan rasa tak puas hati ke, or at least to say that you miss me.” Fuadi sudah mula memprovok Ain sambil menaikkan kening memandang Ain.

Terus tergelak Adah dan Dr.Faliq. Ain punya hanya mampu menjeling geram memandang Fuadi.

Ish. Doktor ni. Takkan la dia nak cakap rindu depan kitaorang ni pulak.” Adah pun sudah mula join mengenakan Ain.

Ain. I tak tahu la macam mana you nak hidup dengan this guy. Kalau lihatkan cara dia layan the female intern, memang akan makan hati la you hari-hari Ain.” Dr. Faliq menyambung bicara.

Memang kena banyak berdoa la nampaknya biar Allah lembutkan sikit hati this guy.” Hanya itu yang mampu Ain jawab. Lagi geram Ain rasa bila melihat senyuman nakal di bibir Fuadi.

By the way, Adah, Faliq. Jemput datang my house this Friday night. Ada buat kenduri tahlil sikit .” Ain terkejut mendengar ayat Fuadi. Dia tidak pernah diberitahu pasal majlis itu.

Don’t give me that muka terkejut.” Fuadi memandang Ain sebelum meneruskan kata.

Now dah tahu kan. So, you are compulsory to attend. Please clear your schedule untuk malam tu. I really forgot to tell you earlier.”

Ish. Senang – senang je dia ni kan. Nasib baik la memang free malam tu. Kalau tiba-tiba ada hal penting kan susah.” Ain menggumam kecil sebagai tanda tak puas hati.

I still can hear that.” Fuadi hanya tersenyum melihat tingkah Ain. Tak tahu kenapa dia seronok mengusik Ain.

Ain. I hope you can be strong. This guy dah jadi your husband. Nothing much you can do. Dah tak boleh nak patah balik. Tapi at least you can feel secure now because I’m sure tak ada perempuan yang berani nak gedik-gedik dengan husband you ni. Harap muka je handsome. Sekali dia buka mulut, memang terus terasa pedih kat hati ni.”

Adah pula hanya mampu tersenyum kelat melahirkan simpati untuk Ain. Dah nasib kau Ain.

Melihat Ain yang seakan – akan merajuk, Fuadi tiba-tiba menolak pinggan yang berisi kuih ke arah Ain.

Seri muka, your favourite! Faliq, dah habis makan kan, let’s go.”

Ain tergamam. Fuadi dan kawannya mula bangun untuk beredar dari situ.

Jangan pernah berangan nak merajuk dengan abang. Abang takkan pujuk coz I really don’t know how to handle orang merajuk ni. By the way, jangan lupa malam Jumaat ni.”

Sempat Fuadi berbisik di telinga Ain yang Ain yakin memang dia seorang je yang dapat dengar. Tambah haru perasaan Ain bila Fuadi menekankan perkataan ‘malam Jumaat’ sambil tersenyum sinis.

Sweetnya husband kau Ain. Pujuk guna kau punya favourite makanan.” Adah yang tadinya banyak mendiamkan diri sedah mula bersuara.

Kau jangan nak buat lawak eh. Sejak bila pulak seri muka ni jadi favourite aku. Kau pun tahu kan. Saja je nak bahankan aku. Dah lah. Jom pergi. Kita pun dah lambat ni.”

Tergelak Adah mendengar jawapan Ain.

Tu lah yang aku pelik. Memang interesting lah Dr. Fuadi ni. Really unexpected.





1 comment: