Azan subuh baru sahaja
kedengaran dari surau berhampiran. Walaupun masih dalam confinement,
‘biological clock’ dia memang tak pernah lalai untuk mengejutkan
dia tepat pada waktunya. Sudah menjadi kebiasaan Ain sejak dari
universiti lagi. Dia akan terjaga dari tidur ngam-ngam dengan laungan
azan subuh dari masjid ataupun sedikit awal dari itu.
Bagus juga ‘biological
clock’ dia masih berfungsi. Selalunya pada waktu ini, Aqil akan
terjaga. Pandangan dialihkan pada Aqil yang tidur ditengah-tengah
antara dia dengan Fuadi. ‘Hah..kan betul..’ Melebar senyum Ain
melihatkan mata Aqil yang sudah terkebil-kebil memandang sekeliling.
“ Muhammad Aqil dah
bangun! Lapar ye..” Ternganga kecil mulut comel Aqil bila Ain
memainkan jari dia di situ. Aqil memang tak pernah meragam waktu
pagi. Selepas menyusu nanti, Aqil akan kembali lena.
Ain bangun dari
pembaringan untuk ke tandas. Tempat pembaringan Fuadi yang sudah
kosong dipandang lama. Dia memang selalu kalah dengan Fuadi. Ingatkan
dia paling awal bangun, rupanya Fuadi lebih awal dari dia.Mata
dihalakan ke arah bilik air. Kosong! ‘Hmmm..mesti Fuadi sudah ke
masjid.’ Rutin Fuadi yang satu ini memang sudah lama Ain
perhatikan. Selagi mampu, suami dia ini akan pergi solat berjemaah di
masjid. Rumah mama pun memang dekat dengan surau.
Susah Ain nak cakap. Bagi
mama dan abah, Fuadi tak ada cacat celanya. Inilah yang membuatkan
Ain ralat untuk memecahkan rahsia perkahwinan kedua Fuadi kepada
family dia. Entahlah. Ain tak mahu Fuadi dipandang serong. Tapi,
sampai bila dia terpaksa memendam rasa?
Aqil yang kembali lena
setelah selesai menyusu diletakkan perlahan di atas katil. Tidak
susah untuk menjaga Aqil. Bayi, apalah sangat ragam diaorang. Kalau
merengek, mestilah sebab lapar, mengantuk, ataupun bila pampers sudah
perlu diganti.
Bunyi pintu bilik yang
terkuak dari luar menghentikan lamunan Ain. Siapa lagi yang selalu
buka pintu bilik waktu-waktu macam ni kalau bukan Fuadi. Pastilah dia
baru balik dari surau. Bau wangian yang selalu dipakai Fuadi
menguatkan andaian Ain. Tak perlu nak menoleh untuk memastikan
gerangan yang membuka pintu.
“Aqil dah bangun menyusu
ke?” Jelas kedengaran suara Fuadi memecahkan kesunyian pagi.
Songkok yang dipakai
diletakkan di atas meja sebelum kaki melangkah perlahan ke arah
katil. Berhati-hati dia melabuhkan duduk di birai katil. Tak mahu
pergerakan dia mengejutkan lena Aqil.
Ain tak ada hati nak jawab
soalan Fuadi. Dia rasa terperangkap di dalam bilik sendiri. Nak
keluar dari bilik, nampak canggung sangat. Ye lah. Awal sangat lagi.
Tapi, bila duduk dalam bilik ni, dia terpaksa menghadap Fuadi pula.
“Aqil tengok la mama ni.
Pagi-pagi pun dah nak boikot papa. Cakap kat mama, pagi-pagi ni kena
banyak senyum. Baru la rezeki masuk.” Tangan Fuadi mengelus
perlahan ubun-ubun Aqil. Taktik nak ajak Ain berborak. Tahu sangat
yang Ain tengah buat ‘silent treatment’ dekat dia.
Fuadi hanya mampu
tersenyum lemah bila melihat Ain yang tengah buat-buat sibuk membelek
handphone.
“Nanti bila mama dah
kerja, Aqil nak ikut mama pergi Jerteh jugak ke? Kalau Aqil ikut
mama, sape nak ikut papa? Kalau papa rindu dekat Aqil dan mama macam
mana? Nak telefon, mama bukan nak dengar suara papa pun.” Sayu
suara Fuadi. Sesekali pandangan ditalakan ke arah Ain. Cuba menduga
isi hati Ain. Tapi sayang, riak wajah Ain kosong!
“Kejap lagi papa nak
pergi melawat Kak Auni. Aqil tahu, sedih sangat papa rasa sebab tak
dapat tengok muka Kak Auni. Agak-agak muka Kak Auni macam mana ye?”
Suara Fuadi sudah kedengaran sebak. Hati dia rasa sakit sangat.
Kalaulah masa dapat diputar kembali.
‘AstargfirAllah. Siapa
aku nak menolak takdir.’ Perlahan Fuadi meraup muka dia.
Memang terkilan sangat
bila langsung tak berpeluang tak menatap wajah arwah anak perempuan
dia. Tapi, nak salahkan siapa lagi? Semua yang berlaku diluar kawalan
dia. Dia faham sangat kalau Ain marahkan dia sekarang. Tapi, bila Ain
minta untuk berpisah, memang dia tak mampu.
Suasana antara mereka
sepi. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Fuadi merenung kosong
Ain di sebelah. Hanya Allah yang tahu betapa sayangnya dia pada Ain.
Dia tahu Ain terluka. Memang dia sedar khilaf dia. Tapi, dia tak ada
pilihan. Dia sendiri tersepit di tengah-tengah.
Lama dia melemparkan
pandangan pada Ain. Buat seketika dahi Fuadi berkerut-kerut
memikirkan sesuatu sebelum tangan tangkas mencapai handphone di tepi
bantal. Tangan dia cekap menulis sesuatu di handphone.
Ain memandang sekilas lalu
kelibat Fuadi yang berlalu keluar dari bilik. Dari tadi sedaya upaya
dia cuba menahan air mata yang bila-bila masa sahaja akan mencemari
pipi dia. Dia bukannya hati batu. Semua kata-kata Fuadi tadi terkesan
dekat hati dia. Selalu macam ni. Dia cuba nak sakitkan hati Fuadi,
tapi akhirnya hati dia turut terluka juga.
Bunyi mesej yang masuk di
handphone mengejutkan Ain. Dari Fuadi!
‘We are so close, but
why feels so far….”
Akhirnya! Menitis juga air mata Ain. Ya…memang mereka
dekat.Tapi kenapa terasa mereka jauh sangat. Terasa seperti orang
asing yang tak pernah berkongsi apa-apa sebelum ni.
Suasana di dapur sudah
mula riuh dengan suara ‘hero-hero’ along. Yup, kesian along. Tak
tercapai lagi hajat nak menimang anak perempuan. Setakat ni,
ketiga-tiga anak dia semua lelaki. Memang pening kepala nak melayan.
“Mak Lang! Mana baby?”
Haish..Terkejut Ain. Baru je melangkah masuk ke dapur, sudah kena
sergah dengan Hariz. Anak sulung along ni, walaupun baru je 5 tahun,
mulut dia tu dah mengalahkan orang tua.
“Baby tengah tidur kat
luar. Hariz pergi la tengok. Nanti kalau baby nangis, panggil mak
lang ye.”
Berkejar Hariz ke ruang
keluarga. Dia memang suka dengan baby. Tak habis-habis minta nak baby
baru dengan mama dia. Along pun sama. Dia la yang jadi kepala
mengajar anak dia tu. Hai la. Kesian jugak dekat kak wina. Macam mana
nak tambah lagi. Hero 3 orang ni pun dah tak terlayan.
Ain hanya menjadi
pemerhati di dapur. Nak menolong, jangan haraplah diaorang nak bagi.
Lagipun, tak ada apa sangat dah yang nak dibuat. Semua makanan sudah
hampir siap terhidang di meja. Banyak jugak makanan pagi ni.
Maklumlah ramai pembantu.
“Ain, ni along dah
bakarkan ikan kering untuk Ain. Boleh la makan sekali. Sup sayur pun
dah siap tu.” Mama menyorong piring ikan bakar kearah Ain.
“Eh..rajin pulak along
pagi ni?” Pelik pulak Ain rasa. Ye lah. Kalau hujung minggu macam
ni, jangan harap nak nampak muka along bangun buat kerja pagi-pagi
macam ni.
“Orang dah tolong
bukannya nak cakap terima kasih.” Suara along tiba-tiba kedengaran
dari belakang. Serentak terasa tarikan pada tudung yang dipakai. Tu
lah Ain. Cakap siang pandang-pandang. Entah bila lah along masuk ke
dapur ni. Tadi takde pun. Jelingan tajam dihadiahkan pada along.
Habis serabai tudung dia.
“Hah, Man duduk lah.
Takkan la dengan Ain pun nak segan.”Along menarik perlahan kerusi
di sebelah dia.
‘Kejap! Abang Man?
Kenapa dia ada kat sini.’ Kepala ditoleh ke belakang. Senyuman
terpaksa Ain hadiahkan pada abang Man. Haish , sekarang ni rasanya
Ain yang terlebih segan. Bukannya abang Man.
“Datang pun kamu Man.
Saja Pak Teh ajak kamu sarapan kat sini. Mak dengan ayah kamu kan
takde kat rumah sekarang ni.” Abah yang baru sahaja masuk ke ruang
makan mula menegur abang Man.
Abah mula mengambil tempat
di meja makan sebelum diikuti yang lain. Selalunya, kalau ramai-ramai
berkumpul macam ni, mereka akan makan sarapan ikut ‘turn’.
Maklumlah, bilangan kerusi di meja makan terhad. Jadi, untuk ‘turn’
yang pertama,kaum Adam akan makan dulu. Mama pun terus ikut sekali
selalunya. Kaum perempuan akan makan lewat sikit nanti, sekali dengan
anak-anak kecil. Tapi, bila waktu makan tengah hari atau makan malam,
mereka akan bentang tikar di bawah untuk makan beramai-ramai. Lagi
meriah.
“Ain, mana Adi? Kenapa
tak ajak dia makan sekali?”
Terhenti pergerakan Ain
yang baru mahu menyenduk sup kedalam pinggan. Sengaja mama suruh Ain
terus makan sementara Aqil tengah tidur ni.
“Tadi dia cakap nak
pergi kubur kejap. Alah. Tahulah dia nak makan nanti kalau dah lapar.
Bukannya budak kecik lagi.”
“Ain! Apa cakap macam
tu.” Tersentak Ain bila mama menampar lembut paha dia. Bila
terpandangkan pandangan tajam abah, tahulah Ain yang dia sudah
terlepas kata. Sedar yang kata-kata dia memang kedengaran sedikit
kurang ajar. Mama dan abah memang pantang kalau anak-anak dia
berkurang ajar tambah-tambah lagi dengan suami sendiri.
“Hmm..Man kau bila lagi
nak kahwin? Tengok aku ni, dah tiga orang anak.” Pandai along nak
mengeluarkan mereka dari bahang-bahang dingin yang dicipta Ain.
“Tak tahu lah nak cakap.
Belum sampai seru.”
“Dulu bukan main kau
bagitahu aku nak cop Ain ni. Alih-alih kau yang menghilang.”
Selamba je along cakap benda-benda macam ni. Haish, orang lelaki ni
memang tak ada perasaan ke apa? Abang Man pun relax je muka.
“Eh, betul ke Man?”
Serius muka mama. Takut kalau betul la yang Abang Man ni memang
pernah simpan perasaan dekat Ain.
“Tu lah. Baru ingat nak sunting bunga sebelah rumah
ni. Alih-alih dah jadi orang punya. Dah nasib badan. Nak buat macam
mana.” Berseloroh pula abang Man.
“Kamu ni ada-ada je
Man.” Sedikit lega mama bila melihatkan abang Man yang masih mampu
berseloroh. Maksudnya tak ada apa yang tersimpan dihati.
“Kenapa abang Man tak
bagitahu Ain terus. Along ni memang pelupa. Kalau Ain tahu, mesti Ain
tunggu abang Man.” Selamba Ain membalas. Tanpa sebarang niat
terselindung.
Ain pasti yang perbualan
mereka sekarang ni hanyalah gurauan semata. Tak ada apa yang nak
diambil serius. Abang Man sendiri nampak tak kisah. Jadi tak salah
Ain rasa kalau dia mahu turut serta dalam perbualan mereka. Tapi,
bila melihatkan pandangan abang Man yang penuh tersirat pada dia, Ain
kaget!
“Ain, hati-hati bila
cakap tu. Dengar dekat Adi, apa pulak dia kata nanti.” Hmm..bila
abah sudah mula menegur, maksudnya topik perbualan perlu ditukar.
Tengok. Abah memang sayang sangat menantu dia sorang tu. Entah apa
reaksi abah kalau dia tahu pasal punca pergolakan rumah tangga anak
menantu dia ni.
“Mak Lang, Aqil nangis.”
Terkedek-kedek anak kedua along yang baru berumur 3 tahun masuk ke
dapur.
“Tak dengar pun Aqil
nangis. Hafiz kacau Aqil ye…” Sengaja Ain mahu menyakat anak buah
dia yang sorang ni. Pelik juga. Memang langsung tak dengar suara Aqil
menangis. Mungkin sebab ruang dapur ni bising sangat.
“Mana ada. Hafiz tengok
je baby.Tak kacau pun.” Hai la Hafiz. Muncung dah panjang sedepa
sebab ingatkan Ain salahkan dia.
“Pergi lah tengok kejap
Ain. Runsing jugak biar Aqil sorang-sorang kat luar tu. Budak-budak
ni bukan diaorang tahu apa pun.”
Alahai mama. Kalau mama
tak suruh pun, memang Ain nak pergi tengok Aqil. Dia pun bukan selesa
sangat duduk kat dapur ni. Dari tadi asyik jadi bahan usikan je.
Keluar sahaja ke ruang
depan, katil Aqil sudah kosong. Anak sulung along pula tengah ralit
tengok kartun dekat TV.
“Hariz, mana Aqil?”
“Pak Lang amik.” Hish
Aqil ni. Mata tu tak berkalih langsung dari TV. Hmmm…Fuadi dah
balik nampaknya. Tapi, ke mana pulak dia bawak Aqil ni. Melilau
sekejap mata Ain mencari kelibat Fuadi.
Pintu bilik yang sedikit
terbuka dipandang lama. Seingat Ain tadi dia tutup rapat pintu bilik
tu. Langkah mula diatur ke arah bilik. Yakin yang Fuadi dengan Aqil
ada dalam bilik.
Biar Fuadi dengar... tahu ingat Ain x ada orang nak... kalau x iklas bermadu baik x payah... takut banyak dosa lagi yang bertambah... Faudi kalau x sayang lagi lepaskan lah dari Ain menderita... x baik x berlaku adil bila ada 2 isteri ni...
ReplyDeleteBetul la tu..belum kahwin dgn sofea pun mmg dah nampak condong kat pompuan tu..ni la pulak bila dah kahwin..
DeleteFuandi x yah la nak buat2 sedih konon x dpt nak tgk aruah anak perempuan dia tu..ko mmg x layak pun nak jd seorang bapak sbb ko x pernah nak layan baik ain walaupun ain mengadungkan anak kembar dari benih ko..yg ko dok timang2 pompuan gatal x sedar diri yg nak ngendeng tu laki org n aruah anaknya..tu pun dah cukup baik ain layan baik aruah anak ko tu..ko lak sibuk menggatal berdating n biarkan anak ko tu sampai kena langgar..pastu sibuk nak nyalahkan ain..tu la bila otak kat lutut n selalu rasa diri betul..
ReplyDeletejgn ingat org tak de yg nak...
ReplyDelete