DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday 22 November 2015

JODOH UNTUKKU - BAB 17

BAB 17


Ain membelek-belek jam di tangan. Sudah pukul 12 malam. Kelibat Fuadi masih tak kelihatan. Ain baru sampai dari Sabah dan Fuadi sudah janji untuk jemput dia di airport. Penat sangat Ain rasakan. Sudah dekat sejam dia menunggu suaminya.
Sekali lagi Ain mencuba nasib untuk call suaminya sebab dari tadi asyik masuk voice mail je bila Ain call. Berdebar Ain menunggukan panggilannya diangkat.
“Hello, Ain. Sorry. Abang dah sampai ni. Tengah parking kereta.” Lega Ain. Ingatkan Fuadi dah terlupa.
“Okay, Ain tunggu depan pintu masuk balai ketibaan ye.”
Okay. Just wait there. Nanti abang datang.”
Selepas lebih 10 minit menunggu, barulah Ain nampak kelibat Fuadi yang sedang memimpin seorang budak kecil. Hmm…Ain dah tahu siapa lagi kalau bukan Danish. Kenapa pulak Fuadi bawak Danish tengah-tengah malam ni?
Sampai je Fuadi dekat Ain, terus Ain menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Fuadi.
“Lambatnya. Ain ingatkan dah lupa. Call tak angkat. Dah ingat nak ambik teksi tadi balik rumah mama.”
Sorry sangat. Danish ni dari tadi merengek tak nak tidur. Tu yang abang bawak sekali.”
“Abang ambik dia kat rumah ke tadi?”
Haah. Jomlah balik. Dah tengah malam.” Terus Fuadi heret luggage Ain. Sebelah tangan lagi memimpin Danish.
Nasib baik sampai je dekat kereta, Danish tidak buat hal. Dia ikut je bila Fuadi baringkan dia di seat belakang. Dah mengantuk sangat Ain nampak. Lega Ain bila tak nampak bayang Sofea. Tadi, Ain ingatkan Sofea tunggu mereka dalam kereta.
“Diam je. Are you angry with me?”Tegur Fuadi bila Ain diam je sejak masuk kereta tadi. Ain penat sebenarnya. Dah tak ada mood nak marah. Memang tadi ada juga rasa marah bila teringatkan yang Fuadi lambat sebab melayan kerenah Danish. Tapi, bila terpandangkan muka Danish tadi, terus sejuk hati dia. Ya. Danish tak bersalah.
Angry. About what?”
Hmm.. I’m not sure which one. Coz I’m late or because of Danish maybe?”
“Both are wrong. Ain penat sebenarnya. Ni abang nak hantar Ain rumah mama kan?”
“Rumah mama? Why should I? Balik rumah abang la.” Tersenyum nakal Fuadi menjawab soalan Ain.
“Eh,berani ke? Tak takut abah marah?” Sengaja Ain nak provok suaminya.
“Kenapa abah nak marah. You are my wife. Abang dah bagitahu abah. Dia ok je.”
“Hmmm..suka hati abang la. Ain fikir nak tidur je sekarang.” Memang penat sangat Ain rasakan.
Fuadi pandang muka Ain yang nampak sangat kepenatan. Rasa terlerai rindu yang dia tanggung beberapa hari ini. Ain memang pandai mengkucar - kacirkan perasaan dia. Tapi dia tak boleh salahkan Ain. Dia sendiri pun tak tahu siapa yang harus dipersalahkan untuk semua masalah ini sebab dia sekarang pun tengah tersepit sendiri. Dia kalau boleh memang tak mahu langsung lukakan hati Ain. Tapi apa boleh buat, kadang-kadang dia tanpa sedar dah lukakan hati Ain.
Ain tersedar bila enjin kereta sudah dimatikan. Terus dibuka mata yang tadi dipejamkan kerana kepenatan.
“Eh, abang.  Rumah siapa ni? Rumah Sofea bukan ke kat belakang tu?” Ain pandang rumah yang berhadapan dengan rumah yang Fuadi tengah parkirkan kereta sekarang. Rasanya dia tak silap. Dia ingat lagi rumah Sofea sebab baru je beberapa hari lepas dia dan Fuadi datang jemput Danish dekat rumah tu.
Of course our house. And that house, yes, rumah Sofea. Sorry sebab tak bagitahu Ain awal-awal.” Tergamam Ain. Jadi selama ni Fuadi dan Sofea tinggal berjiran.
Fuadi angkat Danish yang tengah tidur di seat belakang.
“Abang nak hantar Danish kejap ye.” Ain pandang je Fuadi yang berjalan mendukung Danish pergi ke rumah Sofea.
Tak sanggup memandang kemesraan Danish dan Sofea yang sudahpun menunggu di depan pintu pagar rumah dia, Ain terus menyibukkan diri mengangkat barang-barang dia keluar dari bonet kereta.


Kembali segar Ain rasakan badannya yang tadi kepenatan setelah membersihkan diri. Teringat Ain tentang kejutan yang baru dia terima tentang kedudukan rumah sewa Sofea dan suaminya ini. Hmm…nampaknya dia perlu lebih kuat. Ain dah tak nak bermasam muka dengan Fuadi lagi. Pintu bilik yang dibuka mengejutkan Ain yang tadinya tengah mengelamun.
“Hmmm..dah mandi. Ain dah solat ke?” Fuadi menuju ke meja solek untuk meletakkan jam tangan yang baru ditanggalkan.
“Ain dah jamak dengan magrib tadi.”
“Okaylah. Ain rehat la dulu. Abang nak solat kejap.” Owh. Dia belum solat rupanya.Mungkin dia nak ajak Ain berjemaah tadi. Sifat Fuadi yang memang pentingkan agama lah membuatkan Ain mempunyai rasa hormat yang tinggi pada suaminya. Ain terus menuju ke katil untuk merehatkan badan.
Selesai solat, Fuadi turut merebahkan badan dia di atas katil. Sebelah Ain. Berdebar Ain bila Fuadi mula memeluk pinggang dia. Fuadi memang punya aura tersendiri. Kehadiran dia tak pernah tak mendebarkan Ain.
“Hmmm..I really miss this moment. Dapat peluk Ain macam ni.” Fuadi bersuara perlahan sambil mencium-cium rambut Ain.
“Ain tak nak tanya abang apa-apa ke? Kenapa abang rasa macam ada aura panas je dari kepala Ain ni. Dah nak berasap ni” Fuadi mengusap perlahan kepala Ain. Dah mula dah perangai dia.
“Pandainya Dr. Fuadi ni. Pegang kepala orang pun dah tahu orang tu tengah ada masalah ke tak.”
Well. That’s me. Cepatlah. Abang nak ubatkan ni.”
“Hmm..kenapa rumah Sofea dekat dengan rumah abang. Abang memang saja ke or memang dah terdesak sebab abang tak jumpa rumah lain untuk dia?” Tak ada rasa marah. Ain cuma ingin tahu.
Both are wrong. Rumah tu memang rumah dia. Dulu, abang dan arwah suami Sofea memang rancang nak duduk berjiran bila balik KB and kitaorang sempat beli rumah ni sebelum dia meninggal.”
Owh. Okay. Now, Ain nak tidur. Good night.” Lega Ain. Sekurangnya dia tahu, Fuadi bukannya sengaja nak rumah dia dan Sofea berdekatan.
“Wow. Nak tidur!  Not that’s easy my dear. Senangnya dia. Dah lama jauhkan diri dari abang, ingat abang nak bagi tidur macam tu je.” Fuadi sudah pandang Ain dengan senyuman nakal. Pelukan di pinggang Ain di eratkan.
Ain dah cuak. “ Err..Habis tu nak buat apa?”
“Hmm..nak buat apa ya? Ain rasa apa yang boleh husband and wife buat malam-malam macam ni. Newlyweeds lagi.” Fuadi mengangkat kening dia sambil tersenyum sinis.
Peluh sudah mula keluar di dahi Ain. Muka dia dah mula berona merah. Tiba-tiba Fuadi tergelak kecil.
“Ain.Ain. Malu lagi dengan abang ya. Bila nak biasakan diri dengan abang ni.” Tiba-tiba Fuadi hulurkan tangan dia.
“Ain ingat abang nak buat apa ni? Jauh sangat fikiran tu pergi. Salamlah dengan abang. Minta maaf sebelum tidur.” Tersenyum Fuadi pada Ain.
“Ya Allah abang ni. Suka sangat buli Ain ye.” Hilang debar di dada Ain. Geramnya dia dengan Fuadi.
“Siapa lagi abang nak sakat kalau bukan Ain. Lagipun Ain tu cepat sangat gelabahnya. Lagi abang suka usik.”
“Ish geramnya. I’m not a student anymore tau.” Teringat Ain yang Fuadi suka sangat menyakat dia di hospital.
But, you’re still my lovely wife. So, be preparelah untuk kena buli dengan abang ya. Dah lah. Cepat salam. Nak tidur kan?” Ain terus mencium tangan Fuadi sambil memohon maaf.
“Abang, maafkan Ain ya.”
“Nak maafkan apa? Senarai kesalahan kenalah list dulu.” Eh, biar betul Fuadi ni. Ingat hari raya ke nak bermaafan segala bagai.
“Err..apa ya..” Apa kesalahan dia ya. Ain cuba mengimbau kembali kesalahan dia pada Fuadi.
“Ish lambat sangat la Ain ni. Tu la banyak sangat salah dekat abang. Sampai tak terkira dah.” Tersentap Ain dengan ayat Fuadi. Takut kalau memang Fuadi tak maafkan dia.
“Abang gurau je lah. Abang maafkan semua salah Ain. Lagipun abang tahu, semua tu berpunca dari abang jugak kan.” Fuadi tak mahu memanjangkan gurauannya bila melihat muka Ain yang sudah beraut suram.
“Abang pun nak minta maaf dengan Ain. Jom tidur. Abang tahu Ain penat. Pagi esok lepas Subuh abang terus hantar Ain rumah mama. Nanti marah pulak mama abang culik pengantin ni lama-lama. Lepas tu abang terus pergi hospital.”
Fuadi terus mematikan lampu di sisi katil. Membiarkan lampu balkoni sahaja yang terpasang. Tenang Ain rasakan tidur dalam dakapan suaminya.


1 comment: