Riuh bunyi
dari aras bawah mengejutkan lena Ain. Selepas solat zohor tadi, Ain ingat hanya
nak baring sahaja di atas. Tak sangka dia boleh terlelap pulak. Ain bangun
menanggalkan telekung solat dia untuk disidai pada penyidai di tepi tingkap.
Sempat Ain menjengah ke luar tingkap. Nampaknya kereta Fuadi sudah ada di
porch. Tapi kenapa dia tak naik ke bilik.
‘Hmm..mungkin
dia tengah lepak dekat bawah.’ Lagipun kalau tak salah, Ain ada terdengar suara
Danish tadi. Nampaknya Danish dah keluar ward. Alhamdullillah..Ain menyarung
tudung untuk turun ke bawah. Bosan pulak dia duduk sorang-sorang dalam bilik
ni.
Turun ke
bawah, Ain lihat semua tengah berkumpul di ruang keluarga. Nampak santai sambil
melihat TV. Perasan kehadiran Ain, ummi menggamit Ain untuk duduk di sofa
sebelah dia.
“Hah, turun
pun Ain, tertidur ke tadi?” tersenyum ummi menyapa Ain.
“Haah ummi.
Lepas solat tadi, ingatkan nak baring je, tapi macam mana entah boleh
terlelap.” Segan Ain dengan ummi. Dia bukannya buat kerja apa pun hari ni. Tapi
tertidur mengalahkan ummi yang dari awal pagi lagi dah bangun.
“Tak apalah.
Ain kan memang kena rehat. Kalau tak tidur pun, bukannya Ain boleh buat kerja
apa-apa kerja.” Ummi menyedapkan hati Ain yang nampak sangat serba salahnya.
Ain pandang
Fuadi yang ralit sangat melayan Danish bermain. Langsung tak menegur Ain.
“Ummi ni
manjakan sangat menantu kesayangan ummi ni. Bagi je dia buat kerja.” Baru
dengar suara Fuadi. Walaupun tahu yang Fuadi hanya bergurau, Ain serba sedikit
tetap terasa hati. Ummi dah pandang Fuadi semacam. Ain tahu ummi geram dengan
Fuadi yang nampak sangat langsung tak hiraukan Ain. Tak mahu ummi memulakan
leteran dia dekat sini, Ain menepuk lembut paha ummi di sebelah dia. Menggeleng
kecil Ain pada ummi tanda tak mahu ummi membocorkan rahsia.
“Ain
pegangkan Dania ni sekejap. Kak Mia nak naik atas kejap. Apalah hero Kak Mia
tengah buat dekat atas tu. Jangan dia ganggu papa dia tidur sudah.” Kak Mia
menghulurkan anak dia yang baru berusia 4 bulan pada Ain sebelum melangkah meninggalkan
ruang itu.
Suasana
berlalu dengan Ain dan ummi ralit melayan Danis. Sementara Fuadi dan Sofea yang
duduk di sofa berhadapan dengan Ain asyik melayan kerenah Danish. Ain perasan Fuadi
yang sesekali menjeling ke arah dia. Pelik Ain rasakan keadaan sekarang. Macam
dia dan Fuadi tengah bergaduh pula.
“Hmm..abang,
Sofea balik dulu lah. Dah lama dekat sini.” Mungkin kerana turut terasa janggal,
Sofea tiba-tiba meminta diri untuk pulang. Lagipun, ummi di sebelah Ain ni
kerap juga menghadiahkan jelingan tajam pada Sofea. Ain dapat rasakan yang ummi
tidak berapa menyenangi kehadiran Sofea.
“Eh, dah nak
balik ke? Tak nak tunggu minum petang?” Fuadi tampak keberatan. Memang Ain tahu
yang waktu-waktu macam ini, bibik di dapur memang sedang menyiapkan minuman
petang.
“Tak apelah.
Tadi ingat nak singgah amik Danish kejap je. Boleh pulak terleka dekat sini.”
Owh..Sofea datang nak jemput Danish rupaya. Mungkin tadi Fuadi terus bawak
Danish datang ke sini dari hospital.
“Hmm..okay
lah..Danish pergi salam dengan nenek dengan Auntie Ain.” Arah Fuadi pada
Danish. Tak tahu lah si kecil Danish tu faham tak arahan Fuadi.
“Auntie
Ain?” Danish mengulang pertanyaan. Mungkin tak biasa di pendengaran dia.
“Haah..Tu Auntie
Ain..”Fuadi menunjuk ke arah Ain. Lama Danish melemparkan pandangan pada Ain yang sedang mendukung
Dania.
Ain hanya
tersenyum pada Danish. Tak tahu lah apa yang sedang fikiran Danish cernakan
sekarang pasal Ain. Tiba-tiba Danish tersenyum, dan berlari laju ke arah Ain.
“Danish..no..”
Terpaan Danish secara tiba-tiba ke arah perut dia mengejutkan Ain. Sebelah
tangan dia automatic terangkat menghalang Danish dari melanggar perut dia,
sementara tangan yang sebelah lagi sedang mengendong Dania.
Tindakan
reflek dari Ain itu menyebabkan Danish terjatuh. Muka dia sudah tercebik mahu
menangis. Semua yang ada di ruang itu tampak tergamam dengan apa yang berlaku.
“What’s
wrong with you Ain. Kalau marahkan abang pun, jangan lah libatkan Danish ”
Suara keras Fuadi mula bergema di ruang itu.
Ain yang
turut tergamam tadi bagaikan baru tersedar. Terus dia menunduk untuk
mendapatkan Danish yang jatuh di atas karpet tadi.
“Ya
Allah…Sorry Danish..”Rasa bersalah Ain pada Danish. Dania yang berada di
dukungan dia menyukarkan Ain untuk mendapatkan Danish.
“Danish
budak baik kan… Tak mau nangis-nangis. Auntie Ain tak sengaja tu.” Nasib baik
ummi meyelamatkan keadaan. Terus diangkat Danish dan diletakkan atas riba dia.
“Tak mau lah
kasar-kasar dengan auntie Ain. Nanti baby dalam perut auntie Ain sakit.” Ummi
memujuk Danish yang sedang menangis. Hmm..nampaknya ummi dah bongkarkan rahsia
Ain. Tak tahu lah ummi sedar atau tidak apa yang dia tengah cakap.
“You’re
pregnant?” Nampak terkejut Fuadi. Tajam pandangan dia pada Ain. Sofea di
sebelah turut sama tergamam. Tak tahu kenapa, Ain rasa sebak tiba-tiba. Bukan
itu reaksi yang dia mahu tengok dari Fuadi.
“Baby?”
Reaksi spontan dari Danish mengembalikan fokus Ain pada ummi yang sedang
memujuk Danish. Comel Ain rasakan gelagat Danish. Dari banyak-banyak perkataan yang
ummi cakap tadi, agaknya perkataan ‘baby’ je yang dia dapat tangkap.
“Haah. Baby.
Danish nak baby? Sayang auntie Ain dulu.”
Danish
nampak teruja dengan perkataan baby. Terus dia peluk erat tengkuk Ain dan menghadiahkan
ciuman di pipi Ain. Tersenyum senang Ain. Tak sabar rasanya nak pegang anak dia
sendiri nanti. Sempat ain memandang sekilas pada Sofea. Entah kenapa Ain
rasakan Sofea tidak menyenangi perlakuan Danish pada dia.
Mungkin
perasan dengan reaksi dari Sofea, Fuadi terus bangun mengambil Danish di atas
ribaan ummi.
“We have a lot to discuss.” Sempat Fuadi berbisik pada Ain
sebelum berlalu mengiringi Sofea ke kereta. Entah kenapa Ain rasakan ada nada
tak puas hati dari suara Fuadi. Kenapa dia nak marahkan Ain pula sedangkan dia
sendiri yang tak hiraukan Ain.
Terdengar
tombol pintu dipulas, Ain yang tadinya berdiri di tepi tingkap terus berlalu ke
arah katil. Sempat diseka air mata yang tadinya tumpah melihat kemesraan Fuadi
dengan Sofea di pintu pagar. Tadi, selepas je Fuadi berlalu menghantar
pemergian Sofea, Ain terus menyerahkan Dania pada ummi dan meminta diri untuk
naik ke bilik. Niat untuk mengambil tuala di tepi tingkap terbantut bila
terpandangkan kemesraan Sofea dan Fuadi melalui tingkap.
Fuadi yang
sudah masuk ke bilik melangkah perlahan kearah Ain. Kerusi di meja solek
ditarik dan diletakkan betul-betul di hadapan Ain. Sempat Fuadi melemparkan
handphone ke katil sebelum dia duduk melabuhkan punggung di kerusi. Lama dia
pandang Ain. Tajam.
“Why?”
Sepatah perkataan je keluar dari mulut dia.
“Apa?” Tak jelas
Ain dengan soalan Fuadi. Banyak perkara yang perlu mereka bincangkan. Jadi Ain
tak tahu Fuadi maksudkan perkara yang mana satu sekarang.
“Kenapa tak
bagitahu abang yang Ain mengandung?” Nampak terkilan Fuadi.
“I’ve tried
to tell you last night. Tapi abang yang tak mahu dengar.” Perlahan suara Ain.
Menahan sebak yang mula bertandang. Sekarang ini, emosi dia pun mudah
terganggu.
“Ain pun
nampak abang memang penat kan semalam. Takkan tak boleh bagitahu abang masa
lain.Tadi pun Ain call abang kan. Kenapa tak bagitahu?” Keras suara Fuadi.
“Abang ada
masa ke untuk Ain? Ain baru cakap sikit dah nak marah-marah Ain. Tengok lah
sekarang ni. Bukan nak cakap baik-baik. Macam la semua ni salah Ain.”
“Owh. Okay.
Jadi Ain nak cakap semua ni salah abang la. Nak cakap abang tak ada masa untuk
Ain. Macam tu? And…suka marah-marah? Ain buat lawak apa ni?” Fuadi tergelak
sinis tiba-tiba.
“Suka
marah-marah? Ain..Ain..Sejak awal kita kahwin abang dah memang macam ni kan.
That’s me. Sebelum ni okay je. Kenapa tiba-tiba nak besarkan pasal ni.” Mata
Ain dah mula berair. Fuadi memang tak sensitive dengan perasaan dia. Memang Ain
dah tahu perangai Fuadi macam tu. Tapi takkan lah sampai benda-benda kecil pun
nak marah-marah.
“Abang
memang tak pernah nak mengaku salah sendiri kan. Takkan abang tak rasa bersalah
langsung sebab dah abaikan Ain. Lepas tu nak salahkan Ain sebab rahsiakan pasal
kandungan ni.”
“Habis Ain
nak expert macam mana lagi dari abang. Dengan keadaan Danish yang macam tu
semalam, takkan abang nak abaikan dia pulak.”
“Ain tak
kisah abang nak pentingkan Danish semalam. Tapi at least jangan totally abaikan
Ain. ” Air mata sudah mula menuruni pipi Ain. Terasa hati sangat dengan Fuadi.
“Totally
abaikan Ain? Berat tuduhan Ain tu. Sebab abang tahu Ain okay lah abang boleh fokus
pada Danish yang memang sangat-sangat perlukan perhatian semalam. And I didn’t
know that you’re pregnant. So, Ain tak boleh salahkan abang.” Senang je Fuadi
bercakap. Tahu yang Ain okay? Apa yang dia tahu?
“Tahu yang
Ain okay? Abang sendiri nampak yang Ain tak berapa sihat semalam kan. Abang
boleh lupa macam tu je. Tak tanya langsung Ain dah ok ke tak.” Geram sangat Ain
rasa sekarang.
“One more
thing, boleh Ain tahu kenapa abang macam ni? You’re seemed not happy with this
news.”
Fuadi nampak
tergamam dengan soalan Ain.
“Apa Ain
cakap ni. Of course I’m happy. Abang cuma terkilan sebab Ain rahsiakan dari
abang je.” Mungkin sudah tersedar dengan kekhilafan dia tadi, Fuadi mula beriak
gembira. Tapi, Ain dapat rasakan ada benda yang disembunyikan dari Ain.
No comments:
Post a Comment