Hari ini memang sangat
memenatkan bagi Ain. Dia baru sahaja selesai sesi klinik untuk petang
ini. Selepas ini dia perlu bergegas pergi ke lab kerana ada kerja
yang perlu disiapkan. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 5 petang.
Teringat akan kenduri tahlil di rumah ummi malam ini, Ain tahu dia
perlu cepat-cepat menyiapkan kerja dia.
Sementara menyiapkan kerja
di lab, Ain mengambil keputusan untuk menunaikan solat Asar di surau
bersebelahan dahulu. Telefon bimbit yang dimatikan semasa dalam
klinik tadi kembali di on
kan. Berderau darah Ain bila melihat ada 3 miscall
dari suaminya pada pukul 5 tadi. Terus di dail
nombor suaminya. Takut kalau-kalau ada perkara penting yang hendak
Fuadi bagitahu.
“Where have you been,
Ain?” Soalan pertama dari suaminya bila saja dia menjawab panggilan
Ain. Kedengaran sedikit marah dari suara suaminya.
“Ain dekat lab. Ada
kerja nak siapkan kejap.”
“Ain ingat kan pasal
majlis malam ni? I’ve finished my work. Do
you want to come along with me or Ain nak
pegi sendiri. I can wait
kalau Ain nak ikut abang.”
“Oh. Kalau Ain pergi
sendiri boleh? Sebab Ain ingat nak balik bilik dulu lepas ni.” Ain
tidak selesa untuk terus pergi ke rumah mentua dia dalam keadaan
melekit macam ni.
“Are you sure?
Tak takut sesat ke?” Sedikit runsing Fuadi sebab Ain memang tidak
pernah lagi sampai ke rumah dia.
“InsyaAllah tak. Nanti
abang bagi alamat rumah dekat Ain.” Ain rasa dia boleh agak area
rumah Fuadi berdasarkan cerita dari ummi selama ini.
“ Okay. You better
don’t be late. Solat maghrib berjemaah
dekat rumah ummi! I’ll text you the
address.”
Selesai sahaja menamatkan
panggilan, Ain bergegas untuk menunaikan solat Asar.
Ain sampai di bilik tika jarum jam sudah menunjukkan
pukul 6 petang. Keletihan yang begitu terasa membuatkan Ain mengambil
keputusan untuk baring sekejap di atas katil. Sekadar untuk
meregangkan badan yang terasa agak tegang kerana kepenatan. Ain
berkira-kira untuk bertolak dari rumah dia pukul 7 petang. Perjalanan
ke rumah ummi hanya lebih kurang 15 minit sahaja. Jadi, Ain yakin dia
akan dapat sampai sebelum maghrib atau paling lambat pun ketika orang
sudah bersiap-siap untuk solat magrib.
Ain tersedar dari lena.
Tidak sangka yang dia boleh terbabas tidur. Ain pandang sekeliling.
Suasana biliknya sangat sunyi dan suram, tambah lagi dengan lampu
bilik yang masih tidak dibuka. Adah memang tak ada sekarang sebab dia
mengikuti program khidmat masyarakat di Pahang.
Terus dilihat jam di
handphone. Ya Allah sudah pukul 7.30 petang. Tambah terkejut Ain bila
melihat ada miscall
dari suaminya. Mesti Fuadi sudah mula risau atau mungkin sudah mula
bengang.
Ain berkeputusan untuk
hanya menghantar mesej
pada suaminya. Rasa tidak sesuai pulak untuk call
waktu-waktu macam ni sebab takut suami dia
tengah ready untuk
solat.
“Salam, abang. Sorry
sangat-sangat. Ain sampai lambat sikit. Ain solat dekat bilik dulu.”
Tidak tahu macam mana
hendak menyusun ayat yang sesuai, hanya itu yang mampu Ain taip.
“Noted”.
Terus sampai reply
dari Fuadi. Ringkas. Memang Ain tak dapat nak agak apa reaksi
suaminya sekarang ini.
Tidak mahu melengahkan masa, Ain terus bergegas ke bilik
air untuk bersihkan diri.
Kalau mengikut alamat yang
diberikan Fuadi, Ain yakin yang dia sudah jumpa rumah mentuanya.
Rumah banglo di hadapannya ini kelihatan agak meriah, tambah lagi
dengan terpacaknya 2 buah khemah di perkarangan rumah. Kelihatan satu
pentas kecil di sudut kiri khemah. Tidak pasti pula untuk tujuan apa
pentas itu di situ sementalah dia memang tidak tahu atur cara majlis
malam ini.Nampaknya bukan majlis biasa-biasa yang ummi buat malam
ini. Ain ingatkan hanya majlis ringkas, dengan jemputan pun hanya
beberapa orang ahli masjid.
Menapak sahaja ke dalam
rumah,kelihatan ramai tetamu sudah hadir yang kebanyakannya terdiri
daripada budak-budak lelaki dalam lingkungan umur sekolah rendah.
Semuanya memakai jubah putih. Mungkin diaorang jemputan dari rumah
anak yatim. Ain canggung. Tidak tahu arah mana patut dia tuju.
“Eh, Kak Ain. Dah sampai
ye.” Nasib baik tiba-tiba adik bongsu suaminya, Zara datang
menegur. Ain pernah jumpa Zara semasa majlis akad nikah dia dulu.
“Jom lah Kak Ain. Ummi
tengah tunggu Kak Ain. Dekat depan ni tempat tetamu lelaki. Tu abang
dan ayah ada dekat sana. Tempat perempuan dekat belakang.” Zara
mengarahkan tangannya ke tempat Fuadi dan ayahnya.
Tidak tertelan rasanya air
liur Air bila terpandang arah yang ditunjukkan Zara. Fuadi sedang
memandangnya tajam. Mungkin dari saat Ain mula menjejakkan kaki ke
ruang itu, dia sudah menjadi tumpuan suaminya.
Nasib baik Zara
menyelamatkan keadaan. Dia membawa Ain ke tempat tetamu perempuan,
bersebelahan ummi.
“Hah, Zara. Sampai pun.
Ummi dah risau tadi kalau-kalau Zara sesat. Ummi dah suruh Adi pergi
ambil kamu, tapi dia cakap Ain datang sendiri.”
“Maaf ma. Ain tertidur
tadi. Sedar-sedar dah magrib. Tu yang terus sembahyang dekat bilik
tadi.”
“Tak apa. Ain dah selamat sampai pun ummi dah syukur
sangat.Lagipun tak ada kerja sangat nak buat. Ummi amik catering je.”
Terasa lega Ain mendengar bicara Ummi. Perbualan mereka terhenti bila
ustaz sudah memulakan bacaan tahlil dan yaasin.
Ain terleka mendengar
qasidah persembahan pelajar-pelajar dari rumah anak yatim. Selesai
saja tahlil dan solat isyak berjemaah, tetamu dijemput ke bawah
khemah untuk jamuan. Sambil-sambil itu anak-anak yatim ini berqasidah
di atas pentas. Sebab itu rupanya kenapa ada pentas dekat sini.
Selesai sahaja bersalam dengan saudara dan tetamu, Ain yang
sememangnya penggemar qasidah terus menuju ke bawah khemah.
Suara salam dari belakang
mengganggu konsentrasi Ain. Terasa tertahan nafas mendengar suara
yang menegurnya. Ya Allah. Ain terlupa terus pada suaminya. Dia
begitu bersemangat menyelinap ke bawah khemah tadi semata-mata untuk
mendengar qasidah.
“Waalaikummussalam.”
Perlahan suara Ain menjawab salam. Fuadi tarik kerusi didepan Ain
untuk duduk.
“So, you are here!
Minat sangat dengan qasidah ye.”
“Er, abang cari Ain ke
tadi?”
“Why should I?
Tak payah nak perasan. Dari tadi abang dah nampak Ain. Cuma malas nak
tegur tadi sebab tengah layan kawan abang tadi.”
“Oh ye ke. Ain tak
perasan pula abang ada kat situ tadi. Actually
bukan abang je. Ain tak sempat nak pandang sape-sape pun. Mata ni
terus fokus kat pentas sana.”
“I can
see that. So…” Tergantung ayat Fuadi. Dia
melemparkan tajam pada Ain sambil menaikkan kening beberapa kali.
“Er..So?”
Ain tidak faham apa yang Fuadi nak sampaikan.
“Bagusnya isteri abang
sorang ni kan. Dah buat salah bukan nak minta maaf. Boleh buat tak
tahu je. I need your explaination!
Kenapa datang lambat tadi? I’ve remind you
kan. Datang before
magrib. Can you give me at least one good
reason for it?” Sedikit tegas suara Fuadi.
Dia duduk bersandar di kerusi sambil meyilangkan tangan ke dada.
Tersentak Ain. Dia
ingatkan Fuadi sudah tidak kisah pasal itu. Lagipun majlis tadi sudah
berjalan dengan lancar. Kedatangan Ain yang agak lambat memang tidak
bagi apa-apa effect
pun untuk majlis tadi.
“Pasal tu….Sorry.
Actually Ain terbabas
tidur. Sedar– sedar dah 7.30. Tu yang Ain terus mesej
abang cakap Ain sampai lambat.
“Ok. Accepted.”
Fuadi menjatuhkan tangan dan diletakkan atas meja. Kelihatan lebih
relax. Terukir
senyuman di mukanya yang tadi hanya menunjukkan riak serius. Senang
nya. Biar betul. Ain pulak rasa tidak percaya. Bukan main dia cuak
nak bagi tahu hal sebenar.
“At least
abang tahu yang Ain bukan sengaja nak langgar arahan abang. Actually
abang tak suka Ain drive
malam-malam. That’s why I asked you to come
before magrib tadi.OK. Dah habis pun qasidah
tu. Jom makan.”
Ain baru perasan yang
pentas di hadapannya sudah kosong. Memang sangat kuat aura Fuadi.
Sampaikan apa yang terjadi dekat sekeliling pun Ain tak perasan bila
Fuadi datang dengan mood serius tadi.
“Eh, abang tak makan
lagi ke? Saje tunggu Ain eh.” Berbunga hati Ain bila ingatkan yang
Fuadi sanggup tunggu untuk makan sekali dengan dia.
“Yup,
I’m waiting for you. Jom.” Fuadi bangun
dahulu, diikuti oleh Ain. Mereka beriringan menuju ke meja hidangan.
Fuadi tiba-tiba merapatkan mukanya ke telingan Ain.
“Don’t be too
happy. It just that I really do care dengan
pandangan saudara kita. What would they think
if they saw me eating alone?.” Fuadi
pandang Ain sambil tersenyum sinis.
Bunga-bunga yang Ain rasakan baru sahaja hendak mekar
tadi, kini semua terus mati dan terbang ditiup angin. Ain rasa dia
memang tersilap percaturan tadi.. Dia sepatutnya sedar yang Fuadi
memang tidak akan senang-senang merendahkan ego untuk perkara remeh
seperti ini.
Meja makan sudah lengang
sebab kebanyakan tetamu sudah siap menjamah hidangan. Kebanyakan
mereka tengah berborak santai. Jadi mudah untuk Ain dan Fuadi
mengambil makanan.
“Eh, ada seri muka la.
Ain nak ke?” Tanya Fuadi sambil memasukkan beberapa potong seri
muka ke dalam pinggan yang memang meraka khas
kan untuk kuih.
Teringatkan kejadian di
café hospital tempoh
hari, Ain rasakan yang Fuadi sengaja hendak memerlinya sekarang.
“Tak pe lah. Ain tak
nak. Lagipun tu bukan kuih favourite
Ain.” Ain sedikit menekankan suaranya.
“ Of course it’s
not yours because it’s actually my favourite. But, anything
yang jadi favourite abang ,it should be your favourite too. Ok, my
dear.”
Betul cakap Adah. Fuadi
memang unpredictable.
Ok. Kalau setakat kuih Ain memang boleh tolerate.
Lagipun Ain makan je seri muka. Cuma bukan sampai tahap minat
sangat-sangat la. Kalau ada dia makan. Kalau tak ada dia tak kisah.
Bila Fuadi menyendukkan
lauk gulai tempoyak ke dalam pinggan dia Ain sudah mula cuak.
“Gulai tempoyak! The
most tempting food ever. Do you want some?
Fuadi menawarkan untuk mengisi lauk gulai tempoyak ke dalam pinggan
Ain.
Ain melarikan pinggannya
sebelum sempat Fuadi mengisi lauk tersebut ke dalam pinggan Ain. Dia
pandang Ain dengan riak terkejut.
“Err. Abang, Ain tak
makan ikan.” Sekarang, giliran Fuadi pula melemparkan pandangan
terkejut pada Ain.
“Ain tak makan ikan
darat?”
“Actually,
Ain memang tak berapa suka makan ikan sangat.”
“Wow, really?
Allergy?”
“Tak. It
just that , Ain tak terasa nak makan.”
“So weird.
Ok lah. Abang pun tak nak paksa Ain makan. Kan jadi benda lain pulak.
Kalau macam tu just have anything that you
like. Make sure
makan sampai kenyang. We really need energy
for our first night tonight.”
Sempat Fuadi bisikkan ayat
terakhir di telinga Ain supaya orang lain tak dengar. Berona merah
muka Ain menahan pijar di muka.
“Actually,
better jangan makan sampai bloated. Nanti tak selesa pula. Makan
sedang-sedang je . Ok Ain.” Sempat lagi Fuadi mengusik Ain.
___________________________________________________________________________
Terjaga sahaja pagi itu,
Ain lihat tangan Fuadi kemas melingkar di pinggang dia. Lena
nampaknya Fuadi tidur dengan berbaju melayu dan berkain pelikat.
Selesai sahaja solat subuh pagi tadi, Fuadi minta Ain temankan dia
baring . Tak sangka mereka berdua boleh terlajak tidur sebab Ain
memang tidak biasa menyambung tidur selepas solat subuh. Selalunya
selepas solat, Ain akan terus bersiap untuk ke kelas kerana kelasnya
memang sentiasa bermula pukul 8.
Teringatkan kenangan manis
yang dia dan suaminya lalui semalam, Ain tersenyum sendiri. Di
sebalik sifatnya yang memang sentiasa sinikal, Ain tak sangka Fuadi
boleh melayan dia dengan penuh kelembutan semalam.
Tidak mahu terus melayan
perasaan, Ain perlahan-lahan mengalihkan tangan Fuadi dari
pinggangnya. Pagi ini dia bercadang untuk pergi ke lab. Jadi dia
perlu bersiap sekarang.
Masuk sahaja ke ruang
makan, Ain lihat sarapan sudah siap tersedia di atas meja. Terasa
bersalah Ain, sebab sepatutnya dia menolog ummi menyediakan sarapan.
“Hah, Ain. Ngam-ngam je
Ain turun ni. Sarapan semua dah siap. Mana Adi. Jom sarapan sekali.”
“Kejap lagi dia turun.
Ummi sorry. Sepatutnya
Ain tolong ummi sediakan sarapan.”
“Alah tak payah
susah-susah Ain. Selalu pun memang ummi dengan bibik je sediakan
sarapan. Tak ada yang susahnya lah. Lagipun Ain kan pengantin baru.
Mana boleh kacau.” Sempat lagi ummi mengusik Ain.
Berona merah muka Ain. Dah
lah tadi dia dah teruk kena sakat dengan suaminya. Bangun je tidur,
perangai sinis suaminya terus datang balik. Ingatkan lepas malam
tadi, dah tak ada lah perangai sinis dia tu. Teringat Ain kejadian
dalam bilik tadi.
“Ain siap-siap ni nak
pergi mana?” Sedikit pelik Fuadi bila melihat Ain yang tengah
bersiap-siap.
“Er. Sory lupa nak
bagitahu. Ain nak pegi lab pagi ni. Ada kerja nak buat sikit.” Ain
memalingkan muka dari memandang suaminya. Terasa segan melihat Fuadi
yang tengah menukar baju.
“Pergi lab? Tak bagitahu
pun semalam?”
“Oh. Ain memang selalu
pergi lab hujung minggu macam ni. Sorry.
Ain ingat abang tak kisah. Abang ada rancang nak buat apa-apa ke pagi
ni?”
Fuadi tiba-tiba menapak ke
arah Ain dengan senyuman nakal di bibir.
“Rancangan untuk pagi
ni? Hmm… macam ada something fishy
je dari your question
tu. Abang tak ada pulak rancang nak buat apa-apa pagi ini.
Or Ain memang harapkan abang ada rancang
something. Make love like last night, maybe?”
Fuadi mengangkat kening beberapa kali sambil tersenyum nakal
memandang Ain.
“Eh. Mana ada. I’m
just asking. Sebab gaya abang tadi macam
abang tak suka je Ain bagitahu last minute
nak pegi lab.” Teragak-agak Ain menjawab. Dia tak tahu macam mana
nak bereaksi sebab dia memang tengah menahan malu yang amat sekarang
ni.
“Sure?
Sebab kalau Ain nak abang memang on
je. Abang memang tak suka Ain bagitahu last
minute.Sebab kalau abang tahu awal, I’ll
be more gentle last night. Now, I’m sure Ain
mesti ada sakit-sakit badan kan. So, don’t blame me.” Fuadi
menyambung ayat sambil berlalu untuk mengambil baju baru dari almari.
Ain sudah tidak betah
untuk terus berada dalam bilik itu. Degup jantung dia sekarang memang
sudah tidak keruan. Kenapa lah suami dia ni outspoken sangat.
“Err.. Ain keluar dulu.
Jumpa dekat bawah nanti. Tidak mahu terus menyeksa diri, Ain
berkeputusan untuk terus keluar dari bilik itu.
kena bahan jer ain... hahaha
ReplyDelete