DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday 30 November 2015

JODOH UNTUKKU - BAB 29

BAB 29


Tak sangka Ain, banyak sungguh lauk yang ummi masak untuk hidangan mereka malam ini. Kata ummi, dia masak special untuk Ain. Tak sempat Ain nak tolong ummi hidangkan makanan. Bila dia turun, semuanya sudah sedia terhidang atas meja. Tinggal nak makan je.
Di meja makan, Ain duduk di sebelah Fuadi. Malam ini, hanya mereka berlima sahaja yang ada di rumah ni. Ummi, ayah, Fuadi, Ain, dan Zara. Nampaknya, Fuadi masih mampu bereaksi seperti biasa di depan keluarga dia walaupun selepas semua rahsia kemelut rumah tangga mereka diketahui oleh ummi dan ayah.
“Ain, makan banyak sikit. Banyak lauk ummi kamu masak ni. Macam 10 orang nak makan.” Sempat ayah memerli ummi. Tergelak kecil Ain. Ain pun terkejut tengok semua lauk ni tadi.
“Sekali sekala. Ummi masak untuk cucu ummi dalam perut Ain tu. Nah, rasa ikan bawal ni. Masak ikut resepi ummi sendiri.” Tak sempat Ain menahan, ummi sudah meletakkan cebisan isi ikan bawal dalam pinggan Ain. Tersenyum kelat Ain. Tak tahu nak buat apa. Ummi tak tahu yang dia tak berapa suka makan ikan. Nanti kalau dia buang, takut ummi terasa hati.
Tiba-tiba dengan selamba Fuadi menghulurkan tangan dia, mengambil isi ikan bawal dari pinggan Ain dan diletakkan di dalam pinggan dia.
“Menantu ummi ni tak makan ikan.” Tenang je Fuadi menjawab bila terperasankan renungan ummi dan ayah pada dia.
“La, ye ke? Kenapa tak bagitahu. Ummi tak kisah lah. Ni banyak lagi lauk lain. Ambik je.” Ummi menolak pinggan yang berisi ayam masak merah ke arah Ain. Tersenyum Ain. Nasib baik Fuadi membantu dia.
“At least ada jugak pasal Ain yang abang ingat.” Bisik Ain perlahan di telinga Fuadi. Dan, balasannya, Fuadi menghadiahkan jelingan tajam pada Ain.
“There’s one more thing that I’ll always remember about you.” Fuadi tiba-tiba kembali mendekatkan muka dia pada telinga Ain.
“You’re a killer!” Bisik Fuadi perlahan di telinga Ain. Tersenyum sinis dia pada Ain.
‘Dush! Tu la Ain. Sapa suruh kau cari pasal.’ Jelingan tajam Ain hadiahkan pada Fuadi yang sudah kembali membetulkan kedudukan dia. Ain tersenyum kecil untuk tidak mencurigakan ummi dan ayah. Dia tidak terkesan langsung dengan tuduhan Fuadi. Sudah lali. Ain kembali menyuap nasi ke mulut.
Makan malam mereka selepas itu berlangsung dalam keadaan tenang. Tak ada seorang pun yang menyentuh perihal ‘rahsia’ Fuadi. Nampaknya, mereka semua bersetuju yang masa makan bukan lah masa yang sesuai untuk menyentuh isu sensitive itu.

Usai solat Isyak, mereka terus berkumpul di ruang keluarga. Kali ini, tanpa kehadiran Zara sebab ummi awal-awal lagi sudah mengingatkan Zara supaya tidak masuk campur dalam hal yang mereka akan bincangkan.
Ain dan Fuadi duduk sebelah menyebelah, berkongsi sofa yang sama. Di hadapan mereka, ummi dan ayah sudah sedia menanti untuk memulakan ‘perbincangan.’ Serius muka yang dipamerkan ummi dan ayah. Fuadi di sebelah tetap bereaksi tenang. Ain rasakan, dia pula yang terlebih gelabah padahal bukan dia yang tengah buat hal.
“Ain tahu tak yang Fuadi ni dah buat keputusan nak kahwin dengan Sofea?”  Nah! Ummi sudah memuntahkan peluru dia sebagai pembuka untuk perbincangan mereka. Terkejut Ain. Betul-betul direct soalan ummi. Langsung tak ada nak berselindung atau berkias. Ain nampak ayah menepuk perlahan paha ummi.
“Awak ni, tak sabar sangat.” Bisik ayah pada ummi. Tapi Ain rasa mampu didengari oleh semua yang ada di ruang itu. Melihatkan muka ummi yang nampak serba salah, Ain hanya menghadiahkan senyuman kecil untuk ummi. Ain tahu ummi tengah geram dengan perkara ini.
“Ain dah tahu ummi.” Tenang Ain menjawab.  Ayah menunjukkan riak tidak percaya bila melihat Ain yang masih boleh bereaksi setenang itu.
“Ain macam mana? Tak ada nak cakap apa-apa pasal perkara ni? Ain setuju ke?” Ayah mula menyoal. Menunjukkan keprihatinan dia pada Ain. Fuadi tiba-tiba mengalihkan pandangan dia kepada Ain. Turut sama menantikan jawapan Ain. Teringin sangat dia nak tahu penerimaan Ain tentang perkara ni.
“Hmmm..apa lagi Ain boleh cakap. Abang dah buat keputusan pun.” Perlahan jawapan Ain. Fuadi sudah mula menghadiahkan pandangan tajam pada Ain. Ain faham maksud disebalik renungan suami dia itu.
‘Jangan nak buat hal depan ummi dan ayah! Ain pasti. Kalau boleh, ayat itulah yang Fuadi ingin luahkan pada dia.
“Ain. Kalau kamu tak setuju, cakap je. Sebab ummi pun tak boleh terima pasal ni. Baru je kahwin, dengan Ain yang tengah mengandung lagi, boleh pulak dia nak buat hal.” Ummi memandang geram pada Fuadi. Suara dia sudah naik senoktah.
Melihatkan kemarahan ummi, Ain tahu dia perlu buat sesuatu untuk meredakan keadaan.
“Ummi, tipu lah kalau Ain cakap langsung tak sakit hati, tak sedih, dengan benda ni. Tapi,..” Ain memandang sekilas pada Fuadi sebelum kembali menyambung kata.
“….Ain rasa abang dah buat keputusan yang betul. Sofea dah tak ada sesiapa lagi. Kalau abang kahwin dengan Sofea, sekurang-kurangnya, nasib Sofea terbela.” Ummi sudah mula mengalirkan air mata. Pasrah suara Ain. Macam orang yang tak berperasaan.
“Adi, kamu pulak macam mana? Tak ada nak cakap apa-apa dekat kami semua ke? Kenapa kamu nak kahwin sangat dengan Sofea tu?” Ayah sudah mula melontarkan soalan kepada Fuadi yang dari tadi masih belum bersuara.
“Saya terpaksa. Sebab ada orang tu, dah langgar Danish! Sebabkan kematian Danish! Sekarang, Sofea dah tak ada sesiapa lagi. She has no one else except me!” Fuadi menengking Ain sebelum dia tiba-tiba bangun berdiri. Pandangan tajam dia masih melekat pada Ain.
Tersentak Ain. Malu bila ditengking sebegitu rupa. Ketenangan yang dia rasakan tadi sudah mula goyah. Mata sudah mula terasa hangat. Fuadi sudah berani menunjukkan kemarahan dia pada Ain di hadapan ummi dan ayah.
“Ya Allah. Fuadi. Kenapa kamu ni! Tak habis-habis nak salahkan Ain. Ayah ingatkan dah ok keadaan kamu.” Ayah yang tadinya turut terkejut dengan perubahan sikap Fuadi sudah mula melepaskan amarah dia pada Fuadi.
Ummi bangun menghampiri Ain. Memeluk bahu Ain yang sudah mula teresak-esak menahan tangis.
“Adi naik dulu…” Fuadi sudah mula meningalkan ruang tamu. Membiarkan perbincangan mereka tergantung.
“Ain, ummi minta maaf. Ummi tak tahu keadaan nak jadi macam ni.” Ummi meluahkan rasa bersalah.
“Ummi, insyaAllah Ain okay. Ain tak pernah menyesal dengan semua ni. Lagipun kalau difikirkan, nasib Ain jauh lagi baik dari Sofea. Masih ada keluarga untuk menyokong. Ummi terima lah keputusan abang.” Tangan ummi digenggam erat.
 “Kalau diikutkan ayah pun tak setuju dengan keputusan Fuadi. Tambah-tambah dengan layanan dia pada Ain sekarang ni.Tapi, bila difikirkan, betul jugak keputusan yang dia ambil. Diaorang pun sama-sama nak sambung study nanti.”
“Ummi tak tahu macam mana Ain boleh jadi sekuat ni. Kalau ummi dekat tempat Ain, ummi tak rasa ummi boleh jadi tenang macam Ain sekarang ni. Silap hari bulan, dah melayang pinggan dekat dapur tu.” Kata-kata ummi membuatkan Ain tergelak kecil.
“Ain bukannya baik hati sangat nak berkongsi suami. Tapi, bila memikirkan rasa bersalah Ain pada Sofea, Ain rasakan ini lah keputusan yang terbaik. Lagi pun Ain dah letih dengan semua ni. Entah lah ummi, sekarang ni Ain rasa tak sabar nak tunggu abang dan Sofea pergi sambung study. Biar Ain dah tak payah nak fikirkan pasal mereka.”
“Ummi faham perasan Ain. Ummi harap walau apa pun terjadi, Ain jangan pinggirkan kami. Kami tetap keluarga Ain. Tambah-tambah dengan cucu ummi dalam perut ni. Ini darah daging kami juga.” Sayu pandangan ummi pada Ain. Bagaikan sudah dapat menghidu kepincangan rumah tangga Ain.
“Ain takkan buat macam tu. Selagi boleh bersabar, Ain akan bersabar. Cucu ummi ni, walau apa yang jadi sekalipun, tetap cucu ummi.”
“Hmmm…Ain. Tidur sini je lah malam ni. Tak payah nak drive malam-malam.” Ayah yang tadi nya hanya menjadi pemerhati drama air mata Ain dengan ummi, mula bersuara.
“Errr…ummi, ayah. Ain kena balik jugak malam ni. Sebenarnya, pagi esok Ain dah nak pergi Jerteh. Ada lagi barang nak kena kemas. Lusa Ain lapor diri. Maaf sebab tak bagitahu awal-awal. Ain datang sini hari ni sebenarnya sebab nak bagitahu pasal ni lah. Kalau ummi tak telefon Ain pagi tadi pun, memang Ain dah berniat nak datang sini hari ni.” Panjang lebar penjelasan Ain. Takut ummi dan ayah terasa hati.
“La ye ke? Habis Ain tinggal kat mana nanti?” Lega Ain bila ummi tidak menunjukkan riak terasa hati langsung.
“Ain menyewa dengan kawan.Tak larat nak ulang alik.”
“Hmm..bagus lah macam tu. Runsing juga kalau Ain nak berulang alik. Fuadi dah tahu?” Terkedu Ain dengan soalan ayah.
“Err..belum.” Teragak-agak Ain nak bagi jawapan.
Ummi tiba-tiba mengusap lembut bahu Ain.
“Ain, walau tengah sakit hati macam mana sekalipun, suami tetap suami. Ain kena bagitahu dia. Ummi bukan nak sebelahkan Fuadi sebab ummi dah pun anggap Ain macam anak ummi sendiri. Tapi, ummi nasihat untuk kebaikan Ain.” Berhati-hati ummi menyusun kata.
“Ain faham ummi. Ain naik dulu ya. Nak jumpa abang sebelum balik.” Ain meminta diri sebelum perlahan-lahan melangkah ke bilik.

Ain melangkah perlahan ke katil. Menuju ke arah Fuadi yang sedang duduk menyandar di kepala katil. Nampak tengah ralit membelek telefon. Perlahan Ain melabuhkan duduk di sebelah Fuadi.
“What?” Terus Fuadi melontarkan soalan tanpa sempat Ain menyusun kata.
“Hmmm..Ain dah nak balik.” Ain merenung Fuadi. Mahu ditelek muka Fuadi sepuasnya sebelum kekasih hati dia ini menjadi milik orang lain.
“So? Nak kena berhantar ke?” Seperti biasa. Fuadi dengan ayat sinis dia memang tak boleh dipisahkan.
“Kalau Ain minta abang hantarkan, abang okay ke?” Sengaja Ain menyoal. Tiba-tiba dia rindu untuk berbalas kata dengan Fuadi.
“Buat penat badan je. Siapa suruh nak balik jugak malam-malam ni. Tidur sini je lah.” Tiada jawapan yang jelas dari Fuadi. Pandangan dia masih tidak dialihkan dari handphone di tangan.
“Ain dah nak pergi Jerteh pagi esok. Kena pergi awal sebab nak kemas rumah sewa. Lusa lapor diri.” Akhirnya. Berjaya juga Ain mengalihkan perhatian Fuadi dari handphone dia. Pandangan mula dilemparkan kepada Ain.
“You didn’t inform me earlier. Why?” Tak ada nada marah. Lebih kepada terkejut.
“Kalau Ain bagitahu awal pun, takkan ada apa-apa yang berubah.” Fuadi tampak terkedu dengan jawapan Ain.
“Abang kerja esok….” Fuadi seperti berkata-kata dengan diri sendiri. Nampak seperti tengah memikirkan sesuatu. Mungkin Fuadi tidak sedar, dia sudah kembali membahasakan diri dia ‘abang.’ Tersenyum kecil Ain. Gembira.
“Ain tak minta abang hantar pun. Takut kalau minta tolong abang, tiba-tiba abang abang ada hal. Kecewa lagi Ain. Lagipun Ain dah biasa….”
Belum sempat Ain menghabiskan kata, Fuadi sudah menyampuk.
“Ain nak cakap apa? Nak cakap yang Ain dah biasa hidup tanpa abang? Macam tu?” Fuadi tiba-tiba tergelak sinis. Keras suara Fuadi. Tak sangka pula Ain kata-kata dia boleh menaikkan kemarahan Fuadi.
“Unbelievable. Dah prepare nak hidup seorang rupanya. Tu yang tenang je tadi tu.” Ain tak tahu, betapa sakit hati dia melihat ketenangan pada muka Ain di hadapan ummi dan ayah tadi. Sebab tu dia sengaja menyakitkan hati Ain di bawah tadi.
Tersentak Ain. Kenapa lah perbualan mereka selalu berakhir dengan ketegangan.
“Apa lagi pilihan yang Ain ada?  Selama ni, abang banyak pinggirkan Ain. Asyik lebihkan Danish dengan Sofea. Takkan abang tak sedar. Sampai Ain rasa yang Ain ni dah pun bermadu dengan Sofea. Jadi tak ada bezanya samada abang kahwin atau tak dengan Sofea. Tapi, Ain rasa lah kan, better abang kahwin je. Sekurangnya, tak ada lah abang berdosa bila selalu keluar dengan dia.” Sindir Ain.Puas hati dia bila melihatkan muka Fuadi yang kemerahan. Menahan marah.
“Apa lagi yang kau tak puas hati pada Danish? Pada Sofea? Danish dah mati pun. Sofea dah hilang anak dia. Apa lagi yang kau tak puas hati. Bagitahu aku? Kau nak Sofea mati jugak ke?” Kuat jerkahan Fuadi pada Ain. Terhenjut bahu Ain sebab terkejut. Fuadi sudah kembali ‘berkau’, ‘ aku’ dengan Ain.
“Ain bukan tak puas hati dengan diaorang. Tapi, Ain tak puas hati dengan abang sebab asyik lebihkan diaorang. Ain nak balik.” Beg tangan di atas meja solek terus dicapai sebelum Ain bergegas keluar meninggalkan bilik. Tak mampu berlama-lama di situ. Takut nanti, air mata dia pula yang tumpah.




No comments:

Post a Comment