DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday, 30 November 2015

JODOH UNTUKKU - BAB 33

BAB 33

Sayu pandangan Ain melihatkan wajah polos putera kesayangan dia. Raut wajah yang saling tak tumpah seperti Fuadi.

Ahmad Aqil.’ Inilah kekuatan dia sekarang. Pandangan dilemparkan pada dinding yang bercat putih disekeliling dia. Sunyinya rasa hati sekarang. Sebelah tangan perlahan diangkat untuk menyentuh dahi yang bertampal dressing. Ya Allah..Menitik perlahan air mata Ain.

Masih segar diingatan dia perlanggaran yang terjadi semalam. Rasa sakit yang makin kuat mencucuk meresahkan Ain. Kelajuan kereta sedikit ditambah untuk membolehkan dia cepat sampai di hospital. Tak tahu lah macam mana dia tiba-tiba boleh terbabas melanggar penghadang jalan. Hentakan yang kuat di perut membuatkan Ain menyeringai kesakitan sebelum keadaan sekeliling tiba-tiba menjadi gelap. Ain pengsan tidak sedar kan diri.

Buka sahaja mata, Ain tahu dia sudah di dalam wad. Tangan dia terus menyentuh perut yang sudah sedikit kempis. Mata ditalakan pada mama dan ummi di sebelah.

Macam mana anak-anak Ain?” Ya, anak-anak Ain. Sengaja Ain menyorokkan berita tentang kehamilan kembar dia.

Ain pandang muka ummi yang tengah resah menyusun kata. Mama tiba-tiba menghampiri Ain. Kemas genggaman dia pada tangan Ain.

Ain…ingat Allah. Ain kena kuat. Anak perempuan Ain, tak dapat diselamatkan.”

Ain terkedu. Rasa kosong tiba-tiba. Hanya air mata yang laju mengalir di pipi.

Ain nak tengok anak Ain.” Bergetar suara Ain menahan sebak.

Kejap lagi Ain boleh tengok. Ayah dengan papa tengah uruskan.” Ain meraup tangan ke muka. Ya Allah. Kuatkan aku!

Ain cium perlahan dahi anak perempuan dia. Sejuk sangat dahi dia. Tenang wajah dia,sesuai dengan namanya. Nur Auni. Cahaya ketenangan. ‘Mama redha. Sekurangnya mama tahu, syurga tempat mu.’

Sekarang Ain keseorangan di wad. Mama pergi ke surau untuk solat. Yang lain, ayah, papa, dan ummi semuanya pulang ke rumah untuk menguruskan pengebumian anak perempuan dia. Sedikit ralat Ain sebab dia tak dapat turut sama menguruskan jenazah anak dia.

Panggilan telefon dari ummi menyentakkan Ain yang tengah mengelamun.

Err..Ain. Fuadi suruh tunggu dia nak kebumikan Auni ni. Kalau ikutkan lagi 3 jam dia sampai. Macam mana?”

Hmmm…balik juga Fuadi. Tapi bagi Ain sekarang, Fuadi balik atau tak, sama je. Tak akan merubah apa pun.

Ummi. Kalau ikutkan Ain, baik terus uruskan je. Ain tak mahu lambat-lambat. Kesian dekat Auni.”

Tak mahu tunggu Fuadi?” Sedikit serba salah ummi. Ain tahu perasaan ummi sebab dia sekarang pun sudah menjadi ibu.

Ummi, tak elok. Dah lama sangat ni. Lagipun salah dia. Siapa suruh tunda tarikh balik sini.” Macam tak ada perasaan jawapan Ain.

Hmmm..kalau Ain dah cakap macam tu. Ummi ikut je.”

Ummi tak mahu mendesak lagi. Jawapan Ain, memang tak dapat disangkal lagi.

Malam itu, Ain keseorangan di wad. Sengaja Ain suruh mama balik berehat di rumah. Mesti mama pun penat menguruskan tahlil di rumah tadi.

Ain tak dapat tidur. Masih terkenang muka arwah anaknya. Walaupun redha, ibu mana yang tak sedih bila kehilangan anak yang dikandung selama ini. Tak puas rasanya menatap wajah comel itu tadi. Muka Nur Aini, lebih banyak mengikut riak wajah dia. Hmmm..tak dapat Ain bayangkan kalau dia kehilangan kedua-dua anak dia sekaligus.

Pintu bilik yang dikuak dari luar mengejutkan Ain. Takkan nurse sebab baru sekejap tadi sudah ada nurse datang memeriksa keadaan dia.

Lambat-lambat Ain memusingkan badan ke arah pintu. Fuadi! Walaupun dalam keadaan samar, tidak susah untuk Ain mengecam susuk tubuh Fuadi. Dah sampai nampaknya dia.

Sedikit berkerut Ain memandang langkah Fuadi yang semakin mendekati katil dia.

Tak tidur lagi?” Perlahan suara Fuadi. Kerusi ditarik mendekati katil sebelum dengan perlahan dia melabuhkan duduk di kerusi. Mata dia tidak lepas dari memandang Ain. Tangan dia yang naik ingin menyentuh ubun-ubun Ain segera ditepis. Jelas di mata Ain riak Fuadi yang sedikit terkejut dengan reaksi Ain.

Buat apa dekat sini?” Keras suara Ain.

Kenapa dengan Ain ni? Dah la tak bagi abang tengok muka anak kita. Terkilan sangat abang bila sampai je, tengok-tengok anak kita dah selesai dikebumi.” Memang terkilan sangat suara Fuadi. Tapi, buat apa Ain nak kisah kan.

You shouldn’t come here. Ain nak rehat.” Terus Ain kembali memusingkan badan dia ke

arah dinding.

Hmm..tidur je lah. Ain penat kan? Abang temankan Ain.” Perlahan suara Fuadi sambil membetulkan selimut Ain.

Ain sudah tak mahu membalas bila tubir mata dia mula terasa panas. Diseka perlahan air mata yang mula mengalir. Tak mahu Fuadi perasan. Kalau la Fuadi tahu betapa Ain inginkan kehadiran dia semasa dia sedang cemas memandu sorang-sorang ke hospital. Kalau la Fuadi tahu betapa Ain inginkan kehadiran dia saat menerima berita kehilangan anak mereka. Tapi, sekarang, Ain rasa kehadiran Fuadi sudah tak ada makna.

Tengah hari itu, Ain sudah dibenarkan keluar dari wad. Terpaksa juga Ain balik sekali dengan Fuadi bila hanya Fuadi yang datang menjemput dia tengah hari itu.

Sepanjang perjalanan, Ain hanya menyepi. Dia duduk di kerusi belakang sambil mengendong anak dia. Lebih selesa duduk di belakang untuk memudahkan dia beralih posisi bila terasa lenguh.

Ain ada nak makan apa-apa ke? Kalau nak abang boleh berhenti beli kejap.” Soalan pertama yang terpacul dari mulut Fuadi. Memecahkan kesunyian di dalam kereta.

Ain biarkan soalan Fuadi tak berjawab. Takkan dia tak tahu. Ain kan sedang berpantang. Mana boleh main makan ikut sedap mulut je. Lagipun, Ain memang tak ada selera nak makan sekarang ni. Masih terkesan dengan kehilangan anak perempuan dia.

Bila lama soalan dia dibiarkan tak berjawab. Fuadi tahu, Ain memang sengaja. Dari semalam, dia sudah dapat mengesan aura dingin Ain pada dia.

I know you’re mad with me. But, now is not the correct time to discuss about it.” Fuadi pandang je Ain yang tengah melayan perasaan sendiri. Pandangan dia dilemparkan ke luar tingkap.

Sampai je di rumah mama, ramai yang sudah menunggu. Walaupun terpancar kegembiraan di wajah masing-masing, Ain masih dapat mengesan riak serba-salah di wajah mereka. Mungkin mereka mahu berhati-hati supaya tidak mengguris hati Ain secara tak sengaja.

Mama sudah menyiapkan tempat untuk Ain di ruang keluarga. Ada satu katil bujang diletakkan di satu sudut untuk membolehkan Ain berehat. Buat sementara, Ain akan menggunakan bilik tetamu di tingkat bawah untuk tidur.

Aqil nampaknya menjadi perhatian ramai. Dari satu tangan ke satu tangan dia beralih. Nasib baik dia tak meragam. Mungkin sebab sudah kenyang menyusu tadi.

Ain, pergilah masuk berehat dalam bilik dulu. Nampak penat muka tu. Aqil tinggalkan je dekat sini. Biar diaorang jaga.” Ain mengangguk setuju dengan mama. Memang dia mengantuk sangat sekarang ni. Mungkin disebabkan tidur yang tak lena semalam.

Fuadi tak tahu pergi ke mana. Tadi, Ain ada nampak dia berborak dengan papa kejap. Hmm.. malas Ain nak fikir pasal dia.

Bunyi baby menangis mengejutkan Ain dari lena. Dipandang sekilas jam di dinding. Pukul 4 petang. Lama juga dia tidur.

Haaa…mama dah bangun pun. Anak papa lapar ye?” Ain lihat Fuadi tengah menepuk-nepuk memujuk Aqil yang tengah merengek-rengek. Memang patut pun Aqil lapar sekarang ni. Terus Ain ambil Aqil dari kendongan Fuadi.

Hmm..abang keluar la. Ain tak selesa abang kat sini.” Direct ayat Ain. Tak ada nak berselindung. Dia memang tak selesa nak menyusu kalau Fuadi ada si di sini.

Fuadi pandang tajam pada Ain. Lama. Sebelum pandangan dia kembali lembut tiba-tiba.

Okay. Nanti siap menyusu, jangan lupa keluar makan.” Fuadi terus melangkah keluar dari bilik.

Malam itu, ketika Ain sedang menidurkan Aqil, Fuadi tiba-tiba melangkah masuk ke dalam bilik. Eh, kenapa dia ada dekat sini? Ain ingatkan Fuadi sudah balik rumah ummi tadi. Ain pandang je Fuadi yang mula melabuhkan punggung di birai katil. Memerhatikan Ain yang sedang menepuk lembut punggung Aqil.

Kehadiran Fuadi langsung tak dihiraukan. Yang Ain resahkan sekarang, Aqil masih merengek-rengek. Ain tak tahu apa lagi nak buat. Kalau nak cakap lapar, baru je dia selesai menyusu. Ain rasa Aqil mengantuk. Tapi, dari tadi, masih tak mahu tidur lagi. Ain dah la tak berapa berpengalaman menguruskan baby.

Mari sini, biar abang tidurkan Aqil ni.” Terus Fuadi mengangkat Aqil dari katil. Dia mengendong Aqil sambil berjalan ke bawah kipas. Tangan dia cekap mendodoikan Aqil sambil mulut perlahan melagukan zikir. Senyap suara Aqil. Rengekan dia sudah tak kedengaran.

Ain lupa. Fuadi pastilah sudah ada pengalaman semasa menguruskan Danish dulu. Ain ralit melihat Fuadi. Sedikit terpana dia dengan gaya Fuadi. Nampak terserlah sifat kebapaan dia.










No comments:

Post a Comment