DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Thursday 5 March 2015

Bertaut Kasih - Bab 2

DHIEYA duduk berteleku di atas sofa empuk berwarna merah garang. Dia diam tidak berkutik. Takut untuk menatap wajah serius Firdaus sejak dari dalam kereta lagi. Sejak dari itulah dia juga langsung tidak mendengar suara Firdaus setelah lelaki itu menjerkahnya.

Firdaus duduk di sofa berhadapan dengan Dhieya. Tangannya dirapatkan lalu menongkat dagu. Matanya masih tajam memandang wajah putih mulus Dhieya. Tidak tahan dengan keadaan sepi sebegini, Dhieya bersuara perlahan. 

“Kenapa encik bawa saya ke sini? Saya nak balik rumah saya.”

‘Oh! Ada suara rupanya perempuan ni. Ingatkan bisu tadi. Aku saja je diam, nak tengok reaksi dia macam mana.’ 
 
“Kenapa? You rasa kenapa?” Tanya Firdaus berdolakdalik. Nadanya masih dingin dan matanya tajam merenung Dhieya yang sejak tadi tidak berani memandang wajahnya. Wajah Dhieya berubah mendung. Dadanya terasa sebak dan sempit. Matanya mula berair.

“Si... sini bukan tempat saya. Encik... Saya bu... bukan...”

“Pelacur maksud you?” Pintas Firdaus laju. Dingin. Dhieya terdiam.

“You know what? You should thanks me for bringing you here. Kalau I takde waktu you pengsan tadi, I gerenti waktu sekarang ada jantan lain dekat sebelah you dan…”

“Encik!” Dhieya terjerit. Wajahnya ditekup.

‘Ya Allah... Sehina itukah aku? Tapi apa yang telah berlaku sebenarnya? Mengapa lelaki ini pelik tingkah lakunya?’

“What? You marah? Hah!” Firdaus ketawa kecil, sinis. 

“Itu yang you cakap pada I tadi, kan? Your… what is his name? Whatever. Dia nak jual you pada bapak ayam. I tak tahu apa diaorang dah buat pada you sampai you pengsan, but you should really be thankful to me sebab dah susah payah selamatkan you dan bawak you datang sini! Is that clear enough to you?” Sambung Firdaus panjang lebar. Matanya tajam bagaikan helang yang ingin menerkam mangsanya bilabila masa sahaja.

Dhieya terdiam. Wajahnya diangkat perlahan memandang wajah tampan yang dingin dan tegas itu. Dahinya berkerut sedikit.

‘Dia... dia selamatkan aku?’

“Ke... kena...”

“Kenapa I bawak you ke sini you tak perlu tahu! I nak buat apa pada you... that’s my business. Tapi you kena ingat, tak ada benda free dalam dunia ni,” tempelak Firdaus sinis namun hati dan akalnya masih bertingkah.

‘Apa maksud lelaki ni? Apa yang dia nak buat? Ya Allah... Apa yang ingin kau tunjukkan kepadaku sebenarnya?’ Dhieya terkesima.

“En... Encik nak…”

“Ohoo... I’m not that type okay! I tak minta banyak. Just listen to me. Every single words! Clear?” Pantas sahaja Firdaus bangun dari duduknya lalu melangkah menuju ke anak tangga namun dia berpaling seketika.

“But... kalau you sanggup jadi ‘hamba’ I seumur hidup, I will appreciate that! Bukan senang I ‘ambik’ you daripada si Victor tu!” Sinis. Pedas. Mencucuk-cucuk tajam hati Dhieya yang sudah sedia berdarah ini.

“Ops! Lupa pulak. I ni bukanlah kejam sangat nak biarkan gadis cantik macam you ni duduk kat sini aja. Tu bilik you,” Firdaus mengunjukkan bibirnya ke arah pintu bilik yang berdekatan dengan dapur. Selepas itu dia terus melangkah menuju ke tingkat atas.

“Arghhh!!! Letihnya!” Rungut Firdaus. 

Dhieya terkapai-kapai sendirian. Perlahan-lahan dia melangkah menuju ke arah pintu bilik yang telah ditunjukkan Firdaus tadi. Melihatkan suasana bilik itu, dia mengucapkan syukur lalu terus merebahkan tubuhnya ke tilam empuk itu. Perlahan matanya mulai layu. Terasa malam ini merupakan suatu malam yang ajaib bagi dirinya. Hidupnya bakal berubah selepas ini tetapi tidak tahu berubah bagaimana. Dia pasrah. Semuanya diserahkan kepada Allah.

DHIEYA TERJAGA awal pagi saat dia terdengar laungan azan sayup-sayupan kedengaran. Pilu hatinya mengenangkan nasib diri. Entah apa yang akan berlaku. Tidak sudah-sudah ditimpa malang.

‘Astaghfirullahal’azim... Apa yang aku cakap ni? Tak sepatutnya aku cakap macam tu. Mungkin ini adalah qada’ dan qadar Allah untuk aku. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni. Aku pasti, mungkin akan ada sinar kebahagiaan untuk aku pada suatu hari nanti. Tapi entah bila. Apakah Allah mengutuskan insan bernama Firdaus itu untuk membantuku? Entahlah. Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui.’

Dhieya bangun dan segera menuju ke bilik air yang terletak berhampiran dengan dapur kering. Usai mandi, dia berwuduk dan mengenakan pakaian semalam sementelah semalam Pak Cik Bakar terus menariknya keluar daripada rumah itu tanpa apa-apa. Hanya kad pengenalannya saja masih tersimpan rapi dalam kocek baju kurungnya sementelah dia baru sahaja mengeluarkan duitnya dari akaun simpanan sebanyak RM 200 petang semalam.

Selesai berwuduk, dia memandang ke arah sekelilingnya, mencari-cari kain yang boleh dibuat tutup kepala dan kakinya untuk bersolat. Dia membuka almari pakaian yang ada di dalam bilik itu, yang ada hanyalah sehelai tuala sederhana besar dan kain kapas berwarna putih.

“Kain kapas? Buat apa ni? Ah! Tak kisahlah. Janji ada benda nak tutup aurat aku masa nak solat nanti,” kata Dhieya sendirian.

Terus tuala itu diikat pada kakinya untuk menutup kaki dan kain kapas putih itu dijadikan untuk menutup rambutnya yang terdedah. Namun dia terlupa.

“Mana arah kiblat?” Tanya Dhieya pada diri sendiri.

“Nampaknya aku terpaksa tanya dialah. Takkan aku nak pakai solat je,” getus Dhieya.

Terus dia meleraikan tuala dan kain kapas itu lalu menuju ke tingkat atas. Perlahan-lahan dia melangkah. Matanya sedikit jakun melihat keadaan sekeliling yang dirasakan terlalu mewah pada pandangan orang miskin sepertinya.

“Bilik yang mana eh?”

Dia terus mendekati pintu bilik pertama. Entahlah... dia cuma mengikut gerak hatinya. Perlahan-lahan pintu bilik itu diketuknya. Firdaus yang masih lagi hanyut dibuai mimpi terjaga. Dia mendengus kasar.

“Hesy! Kacau ajelah. Manusia mana entah kacau aku pagi-pagi buta ni!” Marah Firdaus. Dia melangkah perlahan menuju ke daun pintu. Tombol dipulas. Tersembul wajah polos gadis yang sedikit ketakutan. Wajah gadis itu tertunduk. 

“Hah! Nak apa? Kacau orang pagi-pagi buta ni,” marah Firdaus. Rimas pula dia memandang wajah polos itu. 

“Maaf, saya ganggu encik. Cuma saya nak tanya mana arah kiblat. Saya nak solat subuh, takut nanti terlepas pulak,” kata Dhieya perlahan. Dia sedikit gugup melihat wajah masam mencuka Firdaus. Firdaus berdecit perlahan. Kiblat? Mana ek? Itulah... dah lama sangat tak solat, kiblat kat rumah sendiri pun lupa. Firdaus meraup wajahnya yang kusut, lalu segera keluar dari biliknya.

“Ikut I,” arahnya. Dhieya mengikut langkah Firdaus menuju ke bilik yang baru sahaja dihuninya. Sejadah yang terdampar di atas katil setelah diletakkan oleh Dhieya tadi dicapai oleh Firdaus. Dia segera membentangkan sejadah itu. Setelah selesai, tanpa berkata apaapa dia dengan selamba terus keluar dari bilik itu.

‘Argh!!! Ngantuknya!’ Jerit Firdaus dalam hati sambil menutup mulutnya yang menguap tadi. Dhieya hanya terkebilkebil seketika di situ.

“Dia terus keluar macam tu aje? Takkan tak nak tanya macam mana aku nak solat? Hurmmm, takpelah. Ada tuala dengan kain ni pun dah cukup. Duit yang aku keluarkan  petang semalam tu pun ada. Boleh beli telekung nanti bila aku nak keluar. Tu pun kalau dia izinkan,” bisik Dhieya. Dhieya terus menunaikan kewajipannya yang satu itu. Di akhir solatnya dia berdoa moga Allah memberikannya petunjuk untuk mencari jalan keluar dari kepompong gelap ini dan bermohon agar dilancarkan segala urusannya kini.

“APALAH YANG perempuan tu buat pagi-pagi ni? Semak kepala betullah!” Bebel Firdaus. Dia terus melangkah bangun apabila jarum jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi. 

‘Huh! Nasib baiklah hari ni hari Ahad.’ Firdaus melangkah longlai menuju ke bilik mandi. Usai mandi, dia mengenakan seluar jeans biru tua dan t-shirt Polo berkolar berwarna maroon. Kasual dan ringkas. Perlahan-lahan dia melangkah menuruni anak tangga, lalu terus menuju ke arah dapur. Matanya menatap figura tubuh gadis itu yang berdiri tegak di hadapan kabinet dapur.

“You buat apa ni?” Sergah Firdaus serius. Dhieya tersentak. Nyaris dia hampir melatah akibat terlalu terkejut. Mukanya pucat sedikit. Firdaus hampir ketawa melihat wajah pucat Dhieya itu namun segera ditahan. 

‘Terkejutlah tu.’ Sengaja dia mempamerkan wajah seriusnya.

“Ma... maaf. Sss... saya nak buat sarapan tt... tapi takde apa-apa. Ma... maaf sebab kacau encik,” ujar Dhieya tergagapgagap. Firdaus mengangkat keningnya. Dia mengeluh perlahan. Memandang wajah Dhieya mengingatkan tentang agenda yang perlu dia laksanakan.

“Nevermind. Ikut I jap, nak cakap sikit,” arah Firdaus lantas terus berlalu pergi menuju ke ruang tamu. Dhieya terus melangkah perlahan mengikuti langkah Firdaus. Dia duduk berhadapan dengan Firdaus saat lelaki itu memberi arahan. Dia duduk diam tidak berkutik. Kepalanya ditundukkan tidak berani menentang pandangan tajam itu. Firdaus hanya memandang wajah mulus di hadapannya. ‘Cute jugak perempuan ni,’ desis Firdaus nakal. Matanya beralih ke tubuh Dhieya yang dibaluti baju kurung semalam.

“Nama you apa?” Tanya Firdaus memecah kesunyian antara mereka.

“Dhieya,” jawab Dhieya perlahan. Sedikit gugup dengan Firdaus. Entah mengapa dengan lelaki ini dia gugup. Mungkin kerana wajahnya yang sentiasa serius dan langsung tidak pernah tersenyum kut. 

“Dia?”

“Err... Bukan Dia. D-H-E-I-Y-A, Dhieya. Nama saya Dhieya Arisha Arshad,” balas Dhieya sambil mengangkat wajahnya memandang ke hadapan. 

‘Dhieya Arisha. Cantik!’ Sebut Firdaus dalam hati.

“Umur?” Tanya Firdaus sepatah.

“Err... 20 tahun bila masuk bulan Oktober ni.”

“Oh! Family?”

“Saya anak tunggal. Ayah dah meninggal masa saya umur 5 tahun. Ibu... baru meninggal bulan lepas,” kata Dhieya sedikit sebak apabila menyebut perkataan ibu. 

‘Ya Allah! Rindunya aku pada ibu.’

“Orang tua tu bapak tiri you?” Dhieya mengangguk pantas menyambung.

“Ya. Ibu kahwin dengan Pak Cik Bakar masa umur saya 11 tahun sebab masa tu Pak Cik Bakar ambil berat sangat pasal arwah ibu. Ibu pun terimalah Pak Cik Bakar. Tapi lepas dah kahwin...” Dhieya berhenti. Nafasnya sedikit tersekat. Pilu mengenangkan penderitaan yang ditanggung oleh ibunya selama menjadi isteri kepada Pak Cik Bakar. Dia tidak terkecuali turut menerima tempiasnya. Sakitnya apa yang ditanggung masih dapat dirasakan saat ini.

“It’s okay. Tak payah cerita. None of my business. Tahu siapa I?” Dhieya menggeleng perlahan. Wajahnya tunduk ke bawah. Firdaus tersenyum sinis.

“Semua orang kenal I siapa. But nevermind, disebabkan mood I baik hari ni, I tak kisah kalau you tak kenal siapa I,” balas Firdaus sinis dan angkuh. Sebelum Dhieya membuka mulut, Firdaus pantas menyambung.

“ I nak cakap dengan you sikit. I tak nak you keluar dari penthouse ni kalau I tak ada. I tak nak orang kat sini tahu you ada kat sini. Berapa lama you kena duduk sini terpulang kepada I. Kalau ada apa-apa, call I guna telefon rumah, nanti I bagi my phone number kat you. Tapi ingat, kalau ada kecemasan aje. Faham?” Jelas Firdaus panjang lebar. Dia perlu berbuat begitu. Cuma mahu memastikan tidak timbul masalah kemudian hari.

“My parents tak tahu pasal you. Diaorang takde kat sini, ada kat UK. Minggu depan my parents balik. So... I tak selalu balik rumah ni. Kalau ada masa, I akan datang sini. But make sure tak ada sorang pun tahu you ada kat sini. So please, behave yourself. Tak kisahlah you nak anggap apa diri you ni... sebagai mistress I sekalipun... tapi untuk bayar hutang you... you kenalah jadi hamba abdi I kat sini. Faham?” Sinis suara Firdaus menutur ayat. 

Pedihnya terlalu menusuk di kalbu. Dhieya mengangguk kepala. Tahulah... dia tidak akan dilepaskan sewenang-wenangnya. Pasti akan dijadikan alasan kerana budi yang ditabur. Akurlah, kini dia telah masuk ke dalam mulut buaya. Belum tentu nasibnya akan baik selepas ini. Hamba abdi? Sebegitu rendah taraf dirinya sebagai orang miskin, yatim piatu yang tidak punya apa-apa, sekadar maruah diri yang masih dipertahankan. Begitukah menjadi orang kaya? Menggunakan wang yang banyak untuk menindas orang miskin sepertinya. Menggunakan kuasa dan pengaruh yang ada untuk memiliki apa yang diingini. Dhieya cuba menahan air mata yang bertakung di tubir mata. Pedih hatinya. Pilu jiwanya mengenangkan nasib dirinya kini.

“I nak keluar. You duduk rumah! Jangan nak merayau ke mana-mana. Nanti I balik, tak payah tunggu. Kalau nak makan, you tengoklah apa yang ada kat dalam fridge or kabinet dapur tu,” selamba Firdaus berkata tanpa menghiraukan langsung perasaan Dhieya.

Pantas langkah kakinya terus melangkah ke muka pintu lalu pintu itu dikunci. Dhieya menarik nafas perlahan, lantas air mata pun laju menuruni pipinya. Menangisi nasib diri yang sudah tidak berdaya. Kini dia hanya pasrah saja pada ketentuan takdir Ilahi.

FIRDAUS MEMANDU Nissan Skyline miliknya masuk ke kawasan parkir. Pasti Zaff sudah menunggunya lama.  

‘Hesy!!! Aku dah lambat. Makin berasaplah mamat tu karang!’ Marah Firdaus dalam hati.

Pantas kakinya melangkah laju menuju ke restoran mewah itu. Dari jauh dia melihat Zaff yang asyik memandang jam di pergelangan tangan. Firdaus tersengih. Zaff menarik muka.

“Bro, sorry!” Ucap Firdaus terus duduk sebaik sahaja sampai di meja yang sudah diduduki 
Zaff.

“Kau ni kan... boleh tak lain kali on time? Kau janji dengan aku pukul berapa? Kau datang pukul berapa? Wei! Belajarlah jadi bertanggungjawab sikit! Takkan itu pun aku nak kena cakap!” Zaff yang sudah menggelegak kepanasan dalam hati, terus menghamburkan marahnya sebaik sahaja Firdaus melabuhkan punggungnya.

Firdaus terkesima. Panas hatinya apabila dihambur kemarahan sebegitu. Ada mata-mata yang memandang mereka dengan pandangan yang sukar ditafsir.

“Wei! Kau apahal nak marah-marah sampai macam ni sekali? Agak-agaklah. Aku lewat beberapa minit je, takkan itu pun dah mengamuk. Aku dah say sorry, kan? Hei! Panas pulak aku dengan kau ni,” Firdaus mula naik bengang. 

‘Aduyai, emo pulak mamat ni. Bukan selalu aku lambat,’ bebel Firdaus.

Zaff menarik nafas panjang. Pantas dia beristighfar. Dia meraup mukanya. Kusut betul fikirannya beberapa hari ni. Pantang ada sahaja yang tak kena, semua nak naik angin. Kali ni tak pasal-pasal pulak Firdaus yang jadi mangsa letupannya. 

‘Semua ni Tira punya pasallah! Masalah betul! Adoi! Kusutlah!’’ Bentak Zaff geram.

“Sorrylah bro, aku takde niat pun nak mengamuk dengan kau, cuma.... Cit! Kusut betullah,” luah Zaff. Dia menarik nafas berkali-kali.

“Apa masalah kau ni? Datang bulan ke apa yang kau nak mengamuk sangat dengan aku ni? Kau kusut, aku lagilah kusut tengok kau. Ni mesti pasal perempuan, kan? Kau frust dengan sape pulak kali ni?” Tanya Firdaus sambil memandang wajah sahabat baiknya itu. Belum sempat Zaff menyampuk, pantas Firdaus menyambung.

“Okay, let me guess... semua ni mesti pasal Tira, model tu kan?” Tembak Firdaus yakin. Memang yakin pun. Zaff menunduk. Mengangguk, mengiakan kata-kata Firdaus itu. Memang sahabatnya itu mempunyai firasat yang tepat.

‘Kan? Aku dah agak dah! Pompuan macam tu memang!’ Desis hatinya.

“See? Aku dah agak dah. Apa lagi pompuan tu buat kali ni?” Tanya Firdaus lagi.

“Aku tak sangka Tira curang belakang aku. Aku ingat dia memang betul-betul serius dengan aku,” luah Zaff lemah. Firdaus menggeleng kepala. 

‘Zaff, Zaff... Kau ni memanglah. Nak kata bengong, tapi cerdik! Nak kata bengap, kang marah pulak! Lagipun memang bengap sikit mamat sekor ni. Dah banyak kali kena macam ni pun tak sedar-sedar lagi mamat ni. Lembap!’

“Zaff, please wake up! Dari awal lagi aku cakap jangan hanyut sangat dengan minah plastik tu. Dia cuma nak mainmainkan kau aje. Duit kau pun memang dia nak. Letihlah aku dengan kau ni, dah kena banyak kali macam ni dengan pompuan pun kau tak sedar-sedar lagi. Agaknya aku kena hantuk kepala kau kut kat tembok tepi jalan tu supaya kau sedar sikit! Sekarang padanlah dengan muka kau!” Tempelak Firdaus pedas. 


‘Hambik kau sedebik! Geram betul aku. Aku dah cakap dah, berbuih mulut aku.’

“Wei! Kejam gila kau! Nak hantuk-hantuk kepala aku pulak! Sebelum kau hantuk aku... aku campak kau dalam laut dulu! Nak sindir-sindir aku pulak. Bukan nak tolong tenteramkan kawan kau yang tengah dalam kesusahan ni,” marah Zaff dalam nada merajuk.

Ceh! Nak merajuk konon! Ingat muka kau tu cute sangat? Nak simpati akulah tu!

“Wei! Kau tak payahlah nak buat drama king muka tak cute kau kat aku! Tak makanlah aku dengan ayat-ayat mintak simpati kau tu. Aku dah berbuih mulut ni cakap kat kau, jangan percaya sangat dengan perempuan tu, dia memang gold digger, kan. Sekarang kau tayang pulak muka kusut kat aku. Eh! Kau ni kan, cepat sangat jatuh cinta dengan perempuan. Cakap dah jumpa cinta sejati konon! Nah hambiklah cinta kau yang sejati tu. Dengan aku, kau cakap perempuan-perempuan yang kau dah jumpa tu semua cinta sejati. Ceh! Lain kali telek dulu betulbetul, jangan main cakap je. Kesian betullah aku dengan kau ni,” bebel Firdaus panjang. Dah macam mak nenek pulak gaya dia membebel. Hairan, dengan Dhieya tak pulak dia banyak mulut ekk?

‘Hah! Tuuu diaaa! Dah keluar dah mak nenek dia. Sakit telinga aku ni dengar dia bebel. Fir ni, sekali dia bebel, fuhh!!! Macam mak nenek. Kereta api pun kalah, laju lagi mulut dia.’ Zaff meraup wajahnya berkali-kali.

“Aduh! Fir, aku tak mintak kau bebel, sakit telinga aku ni,” Zaff mencebik.

“Hah! Tu la kau. Asal aku nasihat sikit, kau kata aku bebel. Macam mana aku tak bising. Aku cakap kau bukannya nak dengar. Ikut sangat dengan cinta sejati kau tu konon!” Tempelak Firdaus lagi. 

‘Hahaha... padan muka kau. Memang dah lama aku  tunggu nak fire kau habis-habisan,’ ketawa Firdaus dalam hati. 

“Hey Fir! Please stop babbling on me okay! I know it all my fault. Salah aku sebab tak dengar cakap kau, tapi... benda dah jadi nak buat macam mana?”

“Nak buat macam mana apa? Macam tu je la. Lain kali jangan cepat sangat jatuh cinta tu. Kau ni kan, nak kata buaya... memang perempuan bertenggek keliling pinggang kau, tapi lurus pun ya jugak,” kutuk Firdaus lagi.

“Hei Fir! Aku datang sini ajak kau bukan nak dengar kau punya mukadimah yang berjela tu. Aku dah kebulur ni, kau panggil waiter tu cepat. Dengar kau bebel... sampai tak sudah aku tak dapat makan. Cepat!” Arah Zaff. 

Firdaus mencebik. Dia terus memanggil pelayan tersebut. Barulah dia terasa perutnya lapar. Yalah, dah penat bermukadimah tadi, kan? Banyak tenaga yang dah terbuang. Now, makan time!

DHIEYA MEMBUKA satu per satu kabinet dapur. Tak ada? Dhieya mengeluh. Dia memegang perutnya. Krukk! Krukkkk!

‘Alamak dah berdendang zapin! Ya Allah! Laparnya. Nak makan tapi tak ada apa pun. Dia ni tak makan ke? Kosong je kabinet dapur.’ Dhieya pantas melangkah menuju ke peti sejuk Panasonic besar, dua pintu kiri dan kanan.

“Kalaulah peti sejuk yang besar gedabak ni pun langsung tak ada apa-apa, baik campak je fridge ni kat laut, bukan guna pun. Membazir elektrik je bayar bil,” bebel Dhieya. Sesampai saja di depan peti sejuk itu, dia terus membuka pintu peti sejuk. Lantas senyuman terukir di bibir mungilnya. 

“Alhamdulillah! Ada rupanya rezeki aku hari ni,” bisik Dhieya.

Dhieya terus mencapai bungkusan sosej sejuk beku dan sebiji telur. Pantas dia terus ke singki. Dicapai periuk kecil lalu dia membuka kembali kabinet dapur yang di bawah, ingin menanak nasi.

“Nasib baiklah ada beras ni. Tapi... pelik jugak ada beras ni. Kan dia tinggal sorang, takkan dia masak kut? Tak kisahlah. Jom masak!” Girang Dhieya menanak nasi.Sosej dan telur pula digorengnya. Setelah nasi siap dimasak, dia mencapai botol kicap.

“Makan dengan kicap pun sedap jugak.” Dhieya menikmati hidangan tengah harinya dengan penuh rasa gembira. Sudah lama dia teringin hendak makan sosej namun ibu tidak mampu beli kerana kesempitan hidup.

Terlalu besar jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin. Bagi Dhieya, makan nasi dengan kicap pun sudah cukup baik daripada tidak makan langsung. Sekurang-kurangnya, perut dia terisi.

“BRO, NANTI teman aku beli baju jap,” ajak Firdaus.

“Aik? Pelik pulak aku.” Zaff tersentak.

“Sejak bila kau suka shopping ni? Kau nak beli baju? Aku rasa kau baru je beli baju kan hari tu?” Soal Zaff musykil. Firdaus mengeluh.

“Alah! Kau ikut jelah. Jangan banyak bunyi pulak,” bising Firdaus.

“Yelah, yelah. Tanya sikit pun tak boleh,” cebik Zaff. Selain daripada Adif, Zaff adalah sahabat karib Firdaus sejak kecil lagi. Ke mana-mana pasti mereka berdua. Dah macam adik-beradik dah. Tambah-tambah pulak parents masing-masing memang rapat, persahabatan mereka pun bertambah erat.

Meskipun saling bertikam lidah dan berbeza pendapat, tetapi itulah yang semakin mengeratkan persahabatan mereka. Antara mereka, tiada rahsia. Semua dikongsi bersama.  Cuma rahsia tentang kehadiran Dhieya Arisha sahaja yang masih belum diketahui Zaff. Firdaus masih tercari-cari ayat untuk memberitahu Zaff akan hal itu.

Pada Tan Sri Syed Fahim pula, masih belum dikhabarkan. Selain Zaff, daddynya adalah antara insan dan ahli keluarga yang paling rapat dengannya. Dia juga tidak menyembunyikan apa-apa rahsia daripada daddynya. Semua diceritakan kerana daddynya seorang yang penyabar dan tidak cepat melatah. Setiap perkara atau tindakan Firdaus, pasti akan didengar terlebih dahulu sebelum memberi pandangan. 

Tidak seperti mummynya, Puan Sri Sh. Faridah. Mummynya itu terlalu cepat melatah dan satu lagi sikap yang kurang digemari Firdaus, mummynya terlalu mementingkan darjat dan harta seseorang. Hendak memilih calon isteri untuk dirinya pun perlu dalam kalangan keturunan Syed dan Sharifah. Contoh calon terdekat yang sering mummynya banggabanggakan mestilah Sh. Emilina. Huh! Perempuan gedik tu. Dahlah gedik menggeletis, rimas Firdaus dibuatnya. 

Karinna... Mendengarkan nama itu sudah membuatkan hatinya berdarah kembali apatah lagi menyebutnya. Sebolehbolehnya dia cuba untuk melupakan sebaris nama itu yang pernah bertapak indah di dalam hatinya. Cinta pertama sukar dilupakan. Begitulah cinta Karinna yang telah disemai bertahun lamanya. Namun, kerana satu kejadian yang tak diduga, menjadikan Firdaus nekad. Karinna harus dibuang jauh daripada hidupnya!

Kini dia lebih bahagia hidup begini. Bertukar-tukar teman wanita, berkunjung ke kelab malam menjadi hobinya saban minggu. Semua itu dilakukan untuk melupakan semua sejarah lama kisah cintanya.

“Eh Fir! Apa yang berangan tu? Kata nak aku temankan kau cari baju, cepatlah,” gesa Zaff sekali gus mencantas lamunan panjang Firdaus.

“Okey! Okey!” Kata Firadus.

No comments:

Post a Comment