DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Tuesday 17 March 2015

Bertaut Kasih- Bab 7

         KARINNA memandang wajah serius Firdaus yang tekun meneliti fail di tangannya sambil menyelak sehelai demi sehelai kertas yang tertera di fail itu.Sejak dari mula mereka diperkenalkan, sehingga dia duduk di hadapan jejaka itu, Firdaus membisu tanpa sepatah perkataan. Hanya duduk sambil membelek itu dan ini. Pandang dia pun tidak.

         Karinna menahan rasa. Kalau diikutkan hatinya yang melonjak-lonjak kegembiraan kanak-kanak Ribena, sudah lama dipeluk lelaki itu. Melepaskan kerinduan yang lama terpendam. Melihatkan wajah keruh dan serius yang dipamerkan, Karinna mematikan hasratnya. Dia tahu, marah Firdaus masih belum surut. Malah masih membara amarah itu. Mungkin.

        Sungguh tidak disangka yang dia akan berjumpa kembali dengan pemuda tampan di hadapannya ini. Pemuda yang pernah bersama-sama dengannya suatu masa dahulu. Pemuda yang pernah berjanji akan menyayangi dan mencintainya sehingga ke akhir hayat. Dia sungguh bahagia saat itu. Langsung tidak memikirkan kesannya. Namun cintanya terhalang. Tetapi Firdaus tidak tahu.

      Dia langsung tidak ingat bahawa Merida Holdings yang bakal bekerjasama dengan syarikat yang diwakilinya adalah milik keluarga lelaki itu. Dia terlupa kerana perbezaan masa lapan tahun menjauhkan diri di negara orang membataskan pemikirannya untuk mengingati semua itu. Firdaus pernah menceritakan tapi dia yang tidak ambil peduli. Terlalu mabuk dengan kasih sayang Firdaus.

      Sewaktu dilantik menjadi wakil bagi syarikatnya, dia seakan-akan ingat lupa akan nama Merida Holdings walaupun syarikat gergasi itu semakin gah membina nama di persada dunia. Sehinggalah takdir menemukan dia dan Firdaus, pemilik mutlak hatinya.

      Namun sedikit pun dia tidak lupa akan tentang lelaki itu. Kesukaannya, kebenciannya, kegemarannya dan segala yang berkaitan tentang lelaki itu. Lapan tahun dia membawa diri tidak sedikit pun menjejaskan ingatannya daripada terus mengingati lelaki itu. Lelaki itu sering bermain dalam mindanya, fikirannya malah masih kekal kukuh di hatinya.

     “I rasa setakat ini aja perbincangan kita,” ayat pertama meluncur di bibir Firdaus menyentak tangkai hati Karinna. Dia terpana.

      “But why? Kita belum discuss apa-apa pun lagi Fir.”

     “Encik Firdaus!” Firdaus membetulkan. Tegas nadanya. Matanya tidak dihalakan kepada Karinna. Bimbang hatinya lemah dengan wanita yang pernah bertakhta di hatinya dahulu. Firdaus menutup fail dan menyusun kertas-kertas yang berselerak di mejanya tanda semuanya sudah selesai.

   Karinna hanya melihat menahan rasa.

    “I’m sorry,” Karinna meminta maaf. Dia mengeluh perlahan. Terasa masa berlalu dengan pantas. Dia masih belum puas menatap wajah kacak itu.

    “Tak payah discuss apa-apa. Semua okey mengikut perancangan. So, lepas ni you tak perlu susah-susah datang sini. I akan hantar wakil I untuk adakan perbincangan ni kalau ada-ada perubahan,” tegas Firdaus bersuara

        Sebenarnya dia hendak mengelak daripada bertemu dengan Karinna lagi. Dia tidak mahu kisah silam diungkit lagi setelah dia mula selesa dengan kehidupannya sekarang. Kisah silam yang menyakitkan. Pedih untuk dikenang. Dia pasti Karinna akan menyebut perkara itu. Itulah yang ingin dia elakkan.

      “You nak elakkan diri daripada I, kan Fir?” Perlahan suara Karinna. Sayu. Dia memandang wajah Firdaus yang lansung tidak mempedulikannya.

        Firdaus yang berpura-pura sibuk mengemas itu sedikit terkedu namun tangannya laju menyusun kertas-kertas itu. Itu semua adalah gimik, sedangkan selama ini Akma yang akan mengemaskan semua fail-fail tersebut.

      “ I takde masa nak elak-elak ni semua. Maaf ya Cik Karinna. This is office. Bukan taman bunga!” Sindir Firdaus terus bangun dari kerusinya hendak berlalu ke muka pintu. Namun tangan Karinna pantas memaut lengan Firdaus.

      “Please Fir. Don’t do this to me. You tak sayangkan I lagi ke?” Rayu Karinna.

         Firdaus mendengus lalu merentap lengannya kasar. Matanya tajam memandang wajah Karinna yang sayu. Karinna mengetap bibir. Ternyata telahannya tidak silap. Dia dapat melihat bahang amarah di mata kelabu milik Firdaus.

       “What? Sayang? Hei! You siapa nak cakap pasal sayang dengan I ni? Please Karinna, we are over. Don’t you get it?” Marah Firdaus namun suaranya masih dikawal agar tidak didengar oleh stafnya.

        “Fir, bagilah I peluang untuk jelaskan semua. I tak berniat nak buat you macam tu. I terpaksa Fir. Selama lapan tahun, I sikit pun tak lupa pada you. You masih tetap dalam hati I.”

       “Peluang apa? Hei! You tak payah nak ungkit cerita lama depan I! I tak nak dengar apa-apa pun dari mulut perempuan macam you! That’s all rubbish!” Merah mata Firdaus menikam anak mata Karinna yang jelas terkejut.

         “Sampai hati you Fir. Langsung tak bagi I peluang untuk jelaskan semua, betulkan semua ni. You tak tahu I terseksa di sana. Berjauhan dengan you Fir hampir buat I putus asa,” Karinna mengalirkan air mata. Sebak hatinya mengenangkan kata-kata tajam Firdaus.

         “You tak payah nak buat air mata depan I Karinna. I dah cukup happy dengan life I sekarang, and now you datang nak musnahkan? You tak puas lagi ke hancurkan hati I dulu? Enough Karinna! Baik you keluar sekarang. I tak nak tengok muka you. Out!” Tengking Firdaus. Wajahnya merah menahan amarah dan sakit di hati yang melampau.

          Karinna cuba merayu namun pandangan tajam Firdaus mematikan hasrat Karinna. Mungkin Firdaus memerlukan masa untuk bertenang. Mungkin juga dia masih terkejut dengan kehadirannya di sini tanpa diduga.Karinna mencapai beg tangan dan barangnya. Wajahnya ditenangkan. Dia menapak perlahan namun langkahnya terhenti di hadapan Firdaus. Dia berpaling memandang wajah yang dirindui saban waktu.

        “Fir, walau apa pun yang berlaku pada hubungan kita dulu, I tetap sayangkan you. Tak pernah berubah. Masih tetap macam dulu. I masih ingat dan pegang janji you untuk menyayangi dan mencintai I sehingga ke akhir hayat. I tak pernah lupa Fir dan I harap you juga tak pernah lupa,” sayu suara Karinna. Matanya berkaca-kaca namun ditahankan juga agar empangan itu tidak pecah meluahkan isinya sehingga dia keluar dari pejabat mewah Firdaus.

         Karinna terus berlalu sebaik sahaja ayat terakhirnya menjengah ke telinga Firdaus. Firdaus terkaku walaupun pintu itu telah ditutup rapat. Akma mengetuk pintu sebelum masuk, melakukan tugasnya seperti biasa mengemas meja Firdaus.  namun Firdaus pantas menghalang.

        “Leave me alone!” Akma akur dengan arahan ketuanya pantas keluar dari bilik itu. Tidak sanggup melayan mood kepala angin Mr. Big Bossnya.

         Firdaus menghenyakkan tubuhnya di sofa empuk yang terdapat pada ruang yang luas itu. Dia meraup wajahnya perlahan. Mendengar kata-kata terakhir Karinna membuatkan dia tersentak. Dia sesekali tidak pernah melupakan janjinya. Tidak pernah!

        ‘Janji aku pada kau dah mati sejak kau tinggalkan aku, Karinna!’ Ucap Firdaus perlahan. Perasaan marah dan kecewanya masih berbahang di hatinya. Seumur hidup, dia tidak akan pernah lupa yang Karinna pernah meninggalkan dirinya!


 Sambungan


        TANGAN DHIEYA lincah melakukan kerja di dapur. Petangpetang begini kebiasaannya dia akan berada di dapur. Menyediakan minuman petang. Hanya untuk dirinya kerana Firdaus akan pulang setelah waktu maghrib berlalu.

         Hari ini dia menyediakan puding karamel kegemarannya. Setelah gula hangus dituangkan ke atas puding yang sudah dimasak, dia mengangkat pinggan sederhana besar itu ke dalam peti sejuk. Melihatkan peti sejuk yang tidak teratur dan sedikit berselerak, membuatkan Dhieya mengetap bibir.

       “Isy! Baru aje semalam aku kemas elok, ni dah berselerak dah! Ni mesti ‘tuan besar’ punya kerja. Kalau menyelongkar tu tak pernah nak elok!” Dhieya berdecit geram.

         Pantas tangannya menyusun kembali botol, bekas dan segala macam dengan teratur. Baru petang ini dia membuka peti sejuk. Tengah hari tadi dia tidak memasak, tiada selera. Petang baru ada semangat nak masak. Setelah selesai mengerjakan isi peti sejuk, dia meletakkan pinggan puding karamel itu dengan berhati-hati. Takut gula tertumpah, nanti melekit. Satu kerja pulak nak membersihkan peti sejuk.

       Piring kecil berisi sos dikeluarkan. Dia mendekatkan hidungnya. Dia mencebik.

      “Ni mesti makan tak habis, sumbat aja! Senang betul kerja lelaki ni? Satu kerja pulak nak buang. Membazir betul! Sos cili letak dalam peti sejuk! Senang aja kerja dia.” Bebel Dhieya lagi.

        Piring kecil yang masih penuh dengan sos cili itu dibawa ke singki lalu diletakkan di tepinya. Periuk bekas gula hangus itu perlu dibersihkan terlebih dahulu supaya tidak menjadi sasaran semut. Manis! Dia membasuh sebersihnya lalu diletakkan di atas para.

        Tiba-tiba tangannya telah tertepis piring sos tersebut lalu tertumpah ke lantai. Habis merecik ke merata tempat

       “Alamak! Jatuhlah pulak! Hesy! Satu kerja pulak!” Dhieya mengambil kain tuala kecil lalu dibasahkan sedikit. Kakinya terus melangkah, tanpa diduga dia telah terpijak percikan sos cili yang tertumpah lalu tergelincir ke lantai.

        Auw! Sakitnya! Dhieya mengusap punggung dan kakinya yang terasa sengal akibat tergelincir. Dia mengeluh lemah. Tangannya pantas mengelap sos yang tertumpah tadi. Dibersihkan lantai itu berkali-kali bagi memastikan tiada kesan sos yang tertinggal.

       “Karang kotor, tuan besar tu bising pulak,” rungut Dhieya lalu menyental kuat lantai itu. Tiba-tiba dia terdengar bunyi kunci berlaga. Dahinya berkerut.

         “Aik dah balik? Awal lagi ni.”

         Firdaus masuk ke dalam rumah dengan wajah yang lesu. Dia menutup lalu terus mengunci pintu. Wajah Dhieya terpacul di hadapan sambil melemparkan senyuman manis. Tangan dihulurkan untuk mengambil briefcase dan kot hitam Firdaus.

       “Assalamualaikum. Awal awak balik hari ni?” Sapa Dhieya tersenyum manis. Comel!

      “Hurm! Waalaikumussalam. Salah ke nak balik rumah sendiri?” Sinis Firdaus menjawab lalu kakinya melangkah ke ruang tamu. Dia terus merebahkan tubuhnya di sofa tanpa mempedulikan Dhieya. Penat! Dia memejamkan mata.

     Dhieya memuncung.

     “Jawab elok-elok tak boleh ke?” Rungut Dhieya. Dia meletakkan kot dan briefcase milik lelaki itu di atas sofa lalu laju langkahnya menuju ke dapur. Setelah air dituang, gelas berisi air oren itu dibawa ke hadapan.

     “Awak... ni air,” gelas dihulurkan kepada Firdaus yang enak menyandar di sofa sambil mata terpejam rapat.

      Firdaus mencelikkan mata. Disambut gelas itu lalu diteguk isinya. Haus gila! Dahi Firdaus berkerut sebaik sahaja Dhieya berpaling membelakangkannya untuk mengambil kot dan briefcasenya.

     Oppss!


     “Err... Dhieya,” panggil Firdaus teragak-agak. Malu nak sebut tapi.. . argh! Cakap ajelah!

     “Emmm...” Balas Dhieya lembut. Wajahnya dipalingkan menghadap Firdaus.

      “You period ke?”

      Tersirap darah Dhieya apabila diajukan soalan sebegitu. Merah wajahnya.

     “Hah?”

       “No. Cuma skirt you tu ada kesan warna merah. I tak sure but…” Belum pun sempat Firdaus menghabiskan ayat, Zara Lily 81 Dhieya pantas menoleh ke belakang melihat skirt labuhnya yang berwarna putih. Terbuntang matanya.

       ‘Tak mungkinlah! Ni mesti... alamak!’

      “Eh taklah. Ni mesti kesan sos cili tadi!” Nafi Dhieya sebelum Firdaus berfikir yang bukan-bukan.

     “Sos? You mandi dengan sos ke?”

     “Mana ada. Tadi sos tu tertumpah, saya tertepis. Masa nak bersihkan tadi saya tergelincir, agaknya masa terjatuh tadi skirt saya terkena sos cili tu,” jelas Dhieya sungguh-sungguh.

      Firdaus tersenyum. Senyuman nakal. “Betul ke? Bukan you period ke?” Usik Firdaus.

      Makin merona merah wajah Dhieya apabila diusik begitu.

     “Taklah! Kalau period, mesti saya tahu. Err... saya masuk bilik dululah. Nak tukar,” katanya gelabah.

       Dhieya pantas berlari menuju ke biliknya. Malu dilihat Firdaus.

       Firdaus ketawa kecil melihat gelagat Dhieya yang mengelabah. Semakin comel wajah itu apabila malu diusik. Merona merah wajah putih mulus itu. Firdaus terus meneguk minumannya yang masih berbaki. Senyuman masih tersungging di bibir merahnya. ‘Dhieya. Dhieya... Comellah kadang-kadang. Oppss?’





 

No comments:

Post a Comment