DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Friday, 6 March 2015

Bertaut Kasih - Bab 5

DHIEYA tersenyum puas melihat hasil air tangannya sudah tersedia di atas meja kaca itu. Semuanya sudah disediakan tinggal untuk makan sahaja. ‘Hurm... Sementara nak menunggu Tuan Harimau tu balik, baik aku mandi dulu. Berlengas badan dah ni,’ kata Dhieya dalam hati. Dia terus menuju ke bilik mandi untuk membersihkan badannya. Hurmm... busuk! Firdaus meraup wajahnya yang lesu keletihan kerana bebanan kerja yang menimbun di pejabat. Punat kunci Nissan Skyline ditekan. Firdaus melangkah menuju ke lif yang hampir tertutup lalu pantas kakinya melajukan langkah. Firdaus tergamam seketika melihat empat orang lelaki bersongkok dan berbaju melayu berada di dalam perut lif apabila pintu lif itu terbuka semula. Firdaus menarik nafas perlahan.

‘Takkan ni pegawai pencegah maksiat kut? Ah! sudah! Bala mana pulak datang ni? Ni mesti si Dhieya ni keluar ke manamana sampai orang sekeliling tahu aku ada simpan perempuan.
Balik nanti... siaplah kau Dhieya!’ Bentak Firdaus marah. Dia cuba menahan rasa amarahnya yang sudah dirasakan naik ke kepala. Bila-bila masa sahaja pasti akan meletus namun ditahan sahaja melihatkan beberapa lelaki yang berada bersamanya. ‘Tak boleh jadi! Aku mesti siasat. Tak mungkin Dhieya ingkar arahan aku. Aku dah bagi amaran pada dia, tapi takkanlah... Argh!!!’

“Err... Assalamualaikum. Maaf tumpang tanya. Encik semua ni sebenarnya siapa ye?” Tanya Firdaus menyibuk. Bukan nak menyibuklah, nak pastikan aje sebenarnya!

“Waalaikumussalam. Oh! Sebenarnya kami ni semua pegawai Jabatan Agama Islam. Kami dapat aduan daripada penduduk sini yang mengatakan ada pasangan bukan muhrim yang bersekedudukan. Sudah menjadi tanggungjawab kami untuk membanteras kegiatan maksiat. Encik tak tahu ke?” Pegawai itu menjawab sekali gus bertanya kembali sambil
tersenyum manis. Firdaus menelan liur.

“Err... Maaflah! Saya tak tahu apa-apa pun. Selalunya saya pagi-pagi lagi dah keluar pergi office, malam-malam macam ni baru balik. Orang bujang pulak tu... sebab tu saya tak ambil tahu sangat,” nafi Firdaus. Dia melemparkan senyuman kepada pegawai itu untuk menutup pembohongan yang telah dilakukan.

“Oh! Tak mengapalah.”

Firdaus merenung nombor yang tertera pada kotak kecil di dinding lif. Satu per satu angka itu bertambah menandakan lif bergerak ke tingkat atas. Tidak lama kemudian pintu lif terbuka di tingkat 12. Pegawai-pegawai tersebut terus keluar dari lif selepas memberi salam kepada Firdaus. ‘Fuh! Nasib baik!’ Firdaus menarik nafas lega. Ternyata sangkaannya meleset sama sekali. Tidak mungkinlah orang di kawasan penthouse ini tahu tentang Dhieya. Dia yakin yang Dhieya mendengar arahannya.

DHIEYA TERKOCOH-KOCOH bersiap saat dia terdengar pintu rumah dibuka dan ditutup.

‘Mesti dia dah balik.’ Bisik Dhieya.

Pantas dia membuka pintu bilik lalu terus menuju ke ruang tamu saat melihat Firdaus menghempaskan tubuhnya ke sofa. Terpandangkan wajah Firdaus yang terlalu serius dan masam bak kedondong yang memang tak masak terus dimatikan hasratnya untuk menghampiri lelaki itu. Sebaliknya dia menuju ke dapur untuk mengambil air masak. 

‘Mesti dia penat,’ monolog Dhieya lagi.

Firdaus mengeluh perlahan. Kusut sungguh kepalanya saat ini. Memikirkan kejadian di dalam lif tadi sungguh membuatkan dia tidak senang duduk. Sepanjang perjalanannya melangkah menuju ke pintu rumah tadi, sudah diperahkan otaknya untuk mencari jalan penyelesaian.

Tiada jalan lain yang terlintas dalam fikirannya selain yang satu itu. Tangan yang kasar dan gagah itu meraup wajah tampannya. Masih difikirkan bagaimana dia hendak menyuarakan rancangannya kepada Dhieya. 

‘Argh! Kusut betullah!’

Dhieya menghampiri Firdaus dengan segelas air putih. Dia menelan liurnya. Menggeletar tangannya untuk menghulurkan gelas itu. Firdaus yang menyedari kehadiran Dhieya mengangkat wajahnya memandang Dhieya dengan wajah yang cukup serius. Dhieya tertunduk lalu dengan tangan yang menggigil-gigil dihulurkan juga gelas itu.

“Air en... encik,” ucap Dhieya terketar-ketar. 

Firdaus mengambil gelas itu tanpa banyak soal lalu diteguk air putih itu dengan rakus. Dia menyerahkan semula gelas itu kepada Dhieya. Pantas kaki gadis itu mengatur langkah perlahan menuju ke dapur. 

‘Tak sanggup aku nak tatap muka serius dia lamalama,’ kata Dhieya dalam hati. Namun tiba-tiba... 

“Tunggu dulu! I nak cakap sikit,” Firdaus bersuara. Dhieya terkelu. Dia memalingkan wajah. Firdaus memberi isyarat menyuruhnya duduk. Firdaus masih merenungnya dengan pandangan yang cukup tajam sehinggakan Dhieya berasa tidak selesa duduk di sofa itu.

“You ada dengar apa-apa cerita kat kawasan penthouse ni?” Soal Firdaus serius.

“Tak ada,” jawab Dhieya pendek sambil menggeleng. Dah tentulah si Dhieya ni tak dengar apa-apa cerita. Kan Firdaus sendiri dah bagi warning awal-awal kat Dhieya supaya jangan keluar rumah. Takkan itu pun dia tak ingat. Dia lupa kut!

“Sure?” Tekan Firdaus lagi. Sengaja dia berbuat begitu, nak tengok wajah cuak dan menggelabah Dhieya yang comel itu.

‘Dah lama rasanya aku tak usik dia, kan?’ Bisik Firdaus nakal.

“Betul! Sa... saya tak tahu apa-apa. Kan encik jugak yang tak benarkan saya keluar dari rumah ni,” ujar Dhieya jujur. Wajahnya takut-takut memandang Firdaus yang serius. Tapi... ‘Eh nampak macam dia nak senyum aje kat aku. Isy! Biar betul? Jangan perasanlah Dhieya!’

“Baguslah, you masih ingat warning I but... kalau keadaan ni berterusan, you dan I akan dapat masalah besar,” Firdaus memandang Dhieya mencari reaksi gadis itu. Dhieya mengerut dahi. Tak paham. 

“Err... Saya tak faham. Apa maksud encik yang kita akan dapat masalah besar?”

“Do you want to know? Really? You tahu tak sekarang kawasan penthouse ni dah jadi target JAIS. Ada couple yang bersekedudukan kat tingkat 12. Itu pun sebab dapat aduan daripada penduduk kat kawasan penthouse ni. Sebelum ni, mana pernah ada JAWI datang. Kalau orang kat sini tahu yang I simpan you kat rumah ni... habis I! Mana I nak letak muka kalau
I kena tangkap nanti dengan you!” Wajah Firdaus jelas tegang dan menahan kemarahan yang meluap-luap.

Dhieya telan liur. ‘Maknanya... dia nak lepaskan aku?

Tapi... tak mustahil kalau dia nak jual aku balik pada bapa ayam keparat tu atau... Ya Allah! Bantulah hamba-Mu ini. Aku tidak mahu masuk ke lembah hina itu! Berhadapan dengan manusia yang sungguh keji! Ya Allah, aku mohon Ya Allah.’ Dhieya menahan air matanya yang hampir menitis apabila terfikirkan akan segala kemungkinan itu.

“Jadi, encik nak saya…” Terhenti pertanyaan Dhieya. Cuba menahan sebak agar tidak terlalu kelihatan cengeng di mata lelaki itu. Firdaus mengerutkan dahinya.

“Buat apa I nak bagi balik you pada Victor tu kalau I dah susah payah culik you? Bodohlah I!” Dhieya tertunduk. Dalam diam dia kembali bersyukur kerana sangkanya dia akan dikembalikan semula dari mana lelaki itu mengutipnya. Dia cuba mengesat air matanya. ‘Ya tak ya jugak, kenapalah aku tak fikir macam tu tadi. Dhieya, Dhieya…’

‘Macam manalah minah ni boleh fikir macam tu? Lembap betullah.’ Firdaus menggelengkan kepalanya. Mata lelaki itu curi-curi memandang wajah mulus melepak Dhieya yang sedikit merah. Mata, hidung dan yang paling membuatkan dia menelan liur berkali-kali adalah bibir Dhieya yang merah merekah dan mungil itu. Semuanya merah.

“I dah fikir. Hanya cara ini aje yang boleh selamatkan keadaan, tapi macam yang dijanjikan. Ia cuma sementara dan sampai masanya I akan lepaskan you bila semuanya dah selesai,” putus Firdaus membuat keputusan. Dhieya terkedu. Segala-galanya di tangan lelaki itu. Dia hanya mampu pasrah dan akur.

“Apa caranya?” Bisik Dhieya perlahan lalu tertunduk.

“Kita kena kahwin secepat mungkin.” Laju perkataan itu meluncur keluar dari bibir Firdaus. Dia terkedu dengan ucapannya sendiri. Wajahnya sedikit memerah. ‘Ah! Aku tengah lamar Dhieya ke tadi? What? Kahwin?’ Dhieya pula tercengang memandang wajah Firdaus atau lebih tepat lagi anak mata Firdaus yang berwarna kelabu itu.

FIRDAUS MENONGKAT tangannya pada palang besi di balkoni biliknya sambil matanya menala ke arah langit yang dihiasi bintang-bintang yang cukup meriah. Tetapi tidak semeriah hatinya. Dia berasa waswas dengan keputusannya. ‘Betul ke apa yang aku buat ni? Macam mana aku nak explain nanti kat daddy, Zaff and of course dengan mummy. Daddy dengan yang lain mungkin boleh kompromi tapi mummy? Huish! Confirm dia akan tentang habis-habisan. Argh! Peninglah! Tapi kalau aku tak buat macam ni, lagi besar masalah akan datang. Aduh! Takkan aku nak tarik balik kut? Tak-tak! Tak boleh! Nanti apa pulak kata Dhieya nanti? Isy! Apasal aku nak kena fikir pasal dia pulak? Arrghhh!!! Memang jiwa kacau betullah!’ Firdaus meraup wajahnya perlahan. Dia menarik nafas panjang berkali-kali untuk menenangkan hati, akal dan perasaannya yang sedang kacau-bilau ni.
 
 ‘Apa si Dhieya tu fikir tadi masa aku cakap nak kahwin dengan dia? Tadi pun dia diam aje pastu terus masuk bilik. Seronoklah agaknya kut? Kan? Takkanlah tak suka nak kahwin dengan orang hot dan popular macam aku ni! Ah! Fir kau ni memang mamat perasanlah! Nampaknya memang terpaksalah aku kahwin dengan minah gelabah tu! Dah tak ada cara lain. Fir, you are not bachelor anymore after this. Get ready!

DHIEYA BERPUSING ke kiri. Tak kena! Berpusing ke kanan. Tak selesa! Dia terlentang. Lagilah tak selesa! 

“Isy! Apa kena dengan aku ni? Selalu kalau kepala cecah aje kat bantal ni tak sempat nak tarik selimut ke apa dah masuk ke alam mimpi. Tapi malam ni mata ni degil pulak. Lawan tuan! Takkanlah sebab penangan lamaran yang tak romantis daripada jejaka tampan kat luar tu yang buat aku sampai tak boleh tidur? Yelah tu kut? Aduh! Ya Allah! Bantulah hamba- Mu ini Ya Allah. Berilah aku petunjuk.” Dhieya pantas bangun daripada pembaringannya lalu menapak ke pintu bilik. Tombol dipulas, pantas langkahnya diatur ke bilik air untuk berwuduk. Dia ingin melakukan solat sunat.

Usai solat sunat taubat, dia melakukan solat hajat lalu diikuti pula dengan solat sunat istikharah. Dia masih ingat lagi pesan arwah ibunya. Jika kita di dalam keadaan keliru atau dilema sesuatu perkara, eloklah melakukan solat sunat istikharah meminta petunjuk daripada Allah S.W.T. kerana hanya Dialah yang telah menentukan segala-galanya. Insya- Allah pasti Allah akan membantu.

Usai menunaikan solat sunat itu, Dhieya terus berbaring di katil. Tubuhnya mengiring ke kanan menghadap kiblat sambil telapak tangan kanannya diletakkan di pipi kanannya. Itu adalah cara tidur mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. Dia masih terkebil-kebil. Perlukah dia bersetuju dengan lamaran lelaki itu? Tapi jikalau dia ingkar pasti mereka mendapat susah kelak.

Bagaimana pula nanti dengan penerimaan keluarga lelaki itu jika dia bersetuju menerima Firdaus? Dia yakin lambat-laun dia perlu berhadapan dengan keluarga lelaki itu yang datang dalam kalangan orang yang terkenal dan hebat. Sudah semestinya tidak pantas dengan status dirinya yang langsung tidak punya apa-apa. Jauh sekali harta dan pangkat yang menjadi kebanggaan manusia akhir zaman. Mampukah dia menghadapi tentangan daripada keluarga lelaki itu? Dan Firdaus, mampukah lelaki itu sentiasa berada di sisinya bersama?

“Ah! Sukar untuk ditafsirkan segala persoalan yang menari dalam minda. Ya Allah! Aku berserah segala-galanya kepada-Mu Ya Allah. Jikalau ini adalah qada’ dan qadar untukku, jodohku yang kau telah pilih di Loh Mahfuz, aku reda Ya Allah. Aku mohon kau berilah kekuatan kepadaku untuk menempuh dugaan yang bakal kau titipkan untukku.Amin Ya Robbal’alamin.

“AKU TERIMA nikahnya Dhieya Arisha binti Arshad...” Ucap Firdaus sekali lafaz di hadapan kadi dan beberapa orang saksi di pejabat agama itu.

Beberapa orang saksi di situ mengangguk-anggukkan kepala. Tidak terkecuali Zaff yang turut berada di situ menjadi saksi pernikahan Firdaus dan Dhieya. Dia tersenyum sinis menjeling ke arah Firdaus yang kelihatan serba salah. Dhieya tertunduk.

“Sah!”

“Sah!”

“Fir, kau hutang aku satu penjelasan,” bisik Zaff serius di telinga Firdaus sebelum bersama-sama mengangkat tangan untuk bacaan doa. Firdaus menarik nafas perlahan. Dalam mindanya sudah terangka pelbagai ayat untuk soalan Zaff tadi. Dia tahu dia harus menjelaskan semuanya. Firdaus tiada pilihan lain selain terpaksa memanggil Zaff sebagai saksi pernikahannya dan Dhieya supaya Zaff dapat dijadikan back-up apabila dia perlu berhadapan dengan keluarganya nanti. Setidak-tidaknya ada juga orang yang tahu akan kewujudan Dhieya dalam hidupnya yang bakal ditempuhi kelak.

DHIEYA MENGANGKAT dulang berisi jag air dan beberapa gelas untuk tetamu ‘kejutan’ yang datang. Tetamu yang menagih sebuah penjelasan tentang kewujudan dirinya. Sejam lalu, dia sudah menjadi seorang isteri. Isteri dalam terpaksa untuk mengelakkan perkara yang memalukan berlaku. Tidak kerana cinta. Isteri di atas kertas sahaja. Tidak lebih daripada itu. Dia reda jikalau itu sudah menjadi ketentuan buat dirinya.

Dari dapur dia dapat mendengar dengan jelas suara Firdaus yang menguasai suasana. Menjelaskan segala-galanya. Dia mengagak pemuda tampan yang hadir bersama dalam upacara pernikahan mereka tadi mungkin orang yang rapat dengan Firdaus. Kalau tidak, masakan Firdaus meminta lelaki itu hadir bersama. Lelaki yang tidak dikenali itu hanya mendengar dengan penuh khusyuk. Sesekali matanya menjeling memandang Dhieya yang kelihatan sedikit canggung apabila dirinya menjadi topik perbualan.

‘Hairan, mana keluarga Abang Firdaus? Abang? Yerk! Sejak bila pulak lidah aku ni gatal bebenor panggil abang ni? Tak malu betul! Mesti keluarga dia tak tahu yang Firdaus kahwin dengan aku. Kalau tahu... dah tentu ada tentangan. Siapalah yang setuju nak bermenantukan aku yang datang entah dari mana. Aku bukan sesiapa. Bukan somebody yang yang boleh dihormati dan dikenali masyarakat. Aku adalah Dhieya Arisha Arshad. Kehidupanku bagaikan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Keluargaku bukan orang kenamaan. Hanya orang kampung yang hidup miskin dan sering ditindas oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan. Harta? Jauh panggang dari api. Bukan seperti lelaki itu. Melihatkan penampilannya saja, dah dapat diagak lelaki itu bukan sembarangan orang. Keluarganya mesti seseorang yang terkenal dan disanjung masyarakat.’ Fikir Dhieya.
Dulang diletakkan di atas meja kecil di tengah-tengah ruang tamu antara sofa itu. Dua pasang mata yang cukup tajam dirasakan sedang memandang setiap pergerakannya. Dhieya kekok. Segan. Dia menegakkan tubuhnya bersedia untuk beredar dari situ, namun arahan Firdaus menghentikan langkahnya.

“Duduk dulu Dhieya,” arah Firdaus.

Dhieya melabuhkan punggungnya ke atas sofa yang empuk itu. Baju kurung berwarna merah jambu pemberian Firdaus beberapa hari lalu dibetulkan. Dhieya hanya melihat lelaki yang tidak dikenali itu melemparkan senyuman manis kepadanya.

“Kau suruh dia duduk aje? Tak nak kenalkan kat aku?” 

Ujar Zaff tersengih-sengih memandang Dhieya yang tertunduk. Malu kut. Alololo... comel pulak!

“Kan kau dah tau nama dia masa aku akad nikah tadi?” Balas Firdaus mencebik. Menyampah pulak tengok Zaff tersengih-sengih asyik memandang isterinya. Isteri? Sejak  bila pulak Firdaus anggap Dhieya tu isterinya? Ke Firdaus cemburu?  Apakah ni?

“Eh apa salahnya kau introduce lagi sekali? Kat sana lain cerita. Sini lain cerita la, bro. Alah... itu pun nak kedekut ke? Takutlah tu aku nak mengurat isteri kau yang comel ni,” usik Zaff sambil mengerling ke arah Dhieya dengan sengihan nakal. Wajah Dhieya merona merah saat Zaff berkata begitu. Dia kekok.

“Kau tanyalah dia sendiri! Kau kan pandai nak ayat perempuan ni!” Ujar Firdaus mendengus. Ada rasa tidak puas hati. Zaff bersikap selamba. Buat tak tahu saja dia dengan  sikap pelik Firdaus. Zaff tahu, Firdaus cemburu. Dia boleh lihat dari wajah Firdaus.

“Aik! Malu ye wife Fir? Ala janganlah malu dengan saya. Fir tak nak introduce awak kat saya, baik saya introduce diri saya. Saya Zaffril Aqmal. Just call me Zaff. Awak?” Zaff mula memperkenalkan diri. Bibirnya tersenyum lebar menampakkan giginya yang cantik.

“Hesy! Dengan isteri orang pun dia nak try test market. Dahlah isteri aku pulak tu!” Firdaus yang mencebik terus bangun dari sofa lalu terus menuju ke dapur. Menyampah dia melihat ayat-ayat manis Zaff. Aik Firdaus! Mengaku isteri nampak. Dah ada ura-ura cemburu kat situ! Firdaus cemburu? 

“Jealouslah tu!” Cebik Zaff. Dhieya memandang ke arah Firdaus yang berlalu.

“Awak tak payah tengoklah. Fir tu kalau jealous memang buruk muka dia. Mengalahkan monyet nak beranak!” Kata-kata Zaff membuatkan Dhieya ketawa kecil. Lawak juga

Zaff ni. Tak sama langsung dengan Firdaus yang selalu serius sepanjang masa. Susah sangat dia nak senyum. Macam mana boleh jadi kawan?

“Awak ni tak baik cakap dia macam tu. Dia tak jealouslah. Untuk apa jealous? Dia penat agaknya tu,” kata Dhieya. Tak mungkinlah dia nak cemburu. Mustahillah! Bukannya dia suka Dhieya pun. 

“Ala Dhieya... saya gurau je la. Tapi saya tahu, Fir tu memang jealous. Tengok muka pun saya tahu! Saya dengan Fir dah lama kenal, sejak kami kecil lagi. Kami banyak kongsi rahsia sama-sama. Sebab tu saya boleh agak perasaan dia bila dia buat muka macam tu. Actually, saya dengan Fir macam adik-beradik. Cuma, bila dia cakap nak kahwin ekspres macam ni memang buat saya terkejut. Firdaus yang saya kenal bukan seorang yang jenis terburu-buru. Especially soal kahwin ni. Selama ni kalau mummy dia timbulkan soal kahwin, mesti dia pusing cerita lain!”

Dhieya hanya diam tidak berkutik mendengar cerita Zaff. Banyak yang dia tidak tahu tentang lelaki bernama Firdaus itu.

“Firdaus yang saya kenal cerewet pasal perempuan. Kebanyakan perempuan yang dia kenal semuanya tak menepati ciri-cirinya. Emilina calon pilihan mummy dia pun dibuat tak tahu je. Menyampah dia kata! Cantik memang cantik. Tapi plastik! Kalau nak dibandingkan Dhieya dengan Emilina tu... Awak sejuta kali lebih cantik daripada dia! Comel pun comel. Sebab tu la saya tak kisah sangat kalau Fir kahwin dengan awak sebab saya yakin awak wanita yang sempurna dan baik untuk Firdaus,” tambah Zaff panjang lebar.

Dhieya hanya senyum sekilas. Tidak berkata apa-apa. ‘Cerewet? Patutlah asyik tayang muka singa dia aja kat aku. Serius dua puluh empat jam. Tapi siapa Emilina tu?’ Dhieya ketap bibir.

“Awak tak kenal saya lagi Zaff. Macam mana awak boleh nilai saya macam tu?” Lembut suara Dhieya.

“Awak pernah dengar tak orang tua-tua cakap, dari mata turun ke hati. Hati saya cakap macam tu. Tengok wajah awak pun dah buat saya tenang. Untung tau si Fir tu. Nanti kalau saya nak cari isteri, memang saya akan cari perempuan macam awak,” puji Zaff lagi.

“Awak ni memang sweet talker ya?” Dhieya tersenyum. Zaff pula tersenyum sumbing.

“Amboi, sehati sejiwa betul pengantin baru ni. Saya tahu mesti si Fir ni yang cakap macam tu, kan? Tak baik tau,” rajuk Zaff membuatkan Dhieya ketawa kecil. Mimik wajah Zaff lucu sungguh.

Firdaus yang sejak tadi panas hati dengan gelagat Zaff dan ketawa manja Dhieya menjadi bertambah berapi saat menjadi sang pemerhati dari arah dapur. Hatinya meluap-luap menahan rasa sakit yang mencengkam di hati. Semakin berapi perasaannya sehingga ke otak. Diketap bibirnya menahan amarah yang membahang di dada.

‘Tak boleh jadi ni! Siap gelak-gelak lagi!’

“Dhieya... berapa lama lagi you nak bergelak ketawa kat situ? Tak tahu ke suami you ni tengah kebulur? Cepat masak!” Firdaus gagal mengawal amarahnya yang berbaur cemburu dan marah itu. Dhieya tersentak mendengarkan laungan keras Firdaus.
 
“Dia jealouslah tu saya berborak dengan awak. Okeylah awak, saya balik dulu. Nanti kita borak lagi,” Zaff bangun meminta diri lalu tersenyum. Dhieya mengangguk membalas senyuman Zaff.

Zaff datang mendekati dan bersalaman dengan Firdaus yang masam mencuka.

“Chill la beb! Cemburu betullah kau ni. Aku gerak dulu. Nanti apa-apa call aku,” ujar Zaff.

‘Aduh! Kenapalah dengan aku ni? Tak boleh kawal marah depan Zaff.’ Firdaus serba salah.

“Sorry Zaff. I didn’t mean it. Aku bukannya nak halau kau pun. Kau jangan fikir bukan-bukan pulak. Aku cuma...” Pantas Zaff memintas.

“Alah, no hal la! Kita bestfriend, kan? Aku happy kalau kau happy. Kau jangan risau, rahsia kau selamat dengan aku. Jaga Dhieya elok-elok. Dia perempuan baik. Trust me!” Zaff menepuk perlahan bahu Firdaus lalu terus menuju ke muka pintu.

Firdaus terkesima dengan kata-kata Zaff. Dhieya menutup pintu lalu terus berlalu menuju ke dapur. Dia melintas di hadapan Firdaus.

“Dhieya... I’m sorry,” kata-kata Firdaus membuatkan Dhieya terpaku. Cair dia sekejap! Dia memandang anak mata Firdaus namun hanya sekejap. Tak sanggup nak tenung anak mata warna kelabu lelaki itu lama-lama. Firdaus tersenyum kecil. Suka dia melihat wajah malu Dhieya. Comel! 

“Err... takpe. Memang salah saya sebab lupa tanggungjawab saya. Saya yang patut minta maaf,” Dhieya berkata perlahan.

“It’s okay. You pergilah masak. Nanti kalau dah siap panggil I kat atas,” Firdaus terus berlalu pergi menuju ke anak tangga untuk ke tingkat atas. Dhieya memandang langkah Firdaus sambil tangannya memegang dada yang sudah pun berlari marathon. Kencang!

“Ya Allah! Betulkah apa yang aku rasa ni?” Dhieya tersenyum lalu terus menuju ke dapur. Hari ini dia akan memasak hidangan yang paling istimewa untuk mereka berdua kerana hari ini adalah hari yang bahagia buatnya! 

“Argh! Aku dah jatuh cinta ke?”

No comments:

Post a Comment