HARI minggu yang indah..
Nik Pasha menghirup udara pagi yang dingin lalu menghembuskannya perlahan-lahan. Segar! Hari ini dia berpakaian sut lengkap seperti seorang pelumba motorcross. Dia menyarung sarung tangan kulit di kedua-dua belah tangannya. Helmet full face jenama Arai dipakai. Motosikal motorcross Kawasaki KLX150S ditunggang. Dia memacu keluar perlahan-lahan jentera dirt bike itu menghala keluar jalan. Apabila berada di jalan besar, dengan penuh keyakinan jentera itu dipacu laju. Berdesup melalui celah-celah kenderaan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MMR2).
Hanya satu perkara yang bermain dalam fikirannya supaya mahu segera tiba ke destinasi yang bakal dituju. Tak sabar! Dia pasti rakan-rakannya sedang menunggu di Trek Kemensah. Tekaannya ternyata benar. Rakan-rakan dirt bike sedang menanti dengan suasana riuh-rendah dengan jentera masing-masing. Kelihatan dari jauh rakan-rakannya sedang asyik menguji skil-skil kemahiran yang ada pada mereka. Nik Pasha sudah dapat membayangkan keseronokan rakanrakannya menguji kemahiran permotoran motorcross mereka di trek seluas lebih satu hektar itu.
“Orang kuat sudah datang. Apa lagi bro, takkan nak tengok saja kut?” Usikan seorang rakannya bernama Kota membuatkan diri rasa tercabar. Oh, tengok saja, ya! Hm.. nanti aku tunjuk skil baru ternganga semua orang. Nik Pasha sekadar tersengih. Chills! Not yet! Belum tiba waktunya lagi.
“Chills bro! Kejap-kejap lagi turn aku tunjuk skil kasi ternganga semua orang,” ujar Nik Pasha sambil membuka helmet di kepala. Dua, tiga orang gadis yang berada bersama mereka bukan main asyik memandang Nik Pasha tanpa berkelip. Maklumlah jejaka kacak terhangat di pasaran. Kota mencebik.
Nik Pasha sekadar tersenyum kacak ke arah kumpulan gadis itu. Saja tunjuk macho. Rakan-rakan kelab dirt bike yang ada di situ makan hati berulam jantung melihat cikaro yang cantik-cantik dan comel-comel tanpa segan silu tergedik-gedik menayang bodi masing-masing ke arah Nik Pasha. Konon bersaing siapa yang lebih cantik dan mengancam. Sebelum Nik Pasha sampai bukan main lagi cikaro sekalian itu mengendeng dan menggesel mereka. Sekali Nik Pasha datang, semuanya angkat kaki ke tempat Nik Pasha. Semua cikaro berlumba-lumba cuba menarik perhatian lelaki itu. Mana tak hangin!
“Tengok! Kan main gedik lagi cikaro tu duk usyar kau. Hii.. tak malu langsung!” Meluat pula Kota melihatnya. Nik Pasha cuma mengangkat kedua-dua belah bahunya. Malas nak mengambil tahu. Tujuan dia datang ke sini nak hilangkan tension di trek. Cikaro-cikaro tiada dalam senarai. Lagipun cikaro yang gedik-gedik itu bukan cita rasa dia. Buat cuci mata yang masih bersisa dengan perasaan mengantuk menggantikan kafein pun jadilah. Cun-cun semuanya tetapi sayang harga diri mudah dijual beli. Nik Pasha masih berpegang kepada agama dan prinsip. Skandal. Dadah. Arak. Say NO!!!
“Jomlah, test power!” kata Nik Pasha lantas helmet disarungkan di kepala. Kawasaki KLX150S itu dihidupkan enjinnya. Mengaum deruman enjin membingitkan telinga. Waktu untuk beraksi telah tiba. Nantikan semua kehebatan aku. Tanpa berlengah, Nik Pasha memulakan aksinya. Dia memulas pendikit minyak jenteranya dan mula menjalar di atas trek. Seakan-akan satu kepuasan kepada dirinya apabila menunggang pada kelajuan tinggi melepasi selekoh tajam di samping melakukan beberapa aksi lompatan di udara.
Padanya, sukan ekstrem berlitarkan jalan tanah dan debu itu merupakan permainannya sejak berumur 15 tahun lagi. Sukan motorcross bukan sahaja memerlukan keberanian malah melibatkan kemahiran mengawal motosikal. Ia penting bagi membolehkan dirt biker sepertinya berhadapan dengan rintangan seperti laluan berbukit, tidak rata dan berlumpur. Balik ke rumah dengan keadaan selekeh terpalit debu, tanah dan lumpur membuatkan mamanya dah naik angin. Nik Pasha tahu mamanya bengang tetapi apa boleh buat, dah hobinya begitu. Kalau hujan lagi seronok dan lagi seronok apabila mata mama menjegil garang kepadanya tatkala melihatnya di muka pintu. Berlumpur sampai ke muka. Dua biji mata aje yang berkelip-kelip dengan gigi putih tersusun cantik tersenyum melihat mamanya. Peace No War! Dah ini ketagihnya! My passion..
Di satu sudut yang lain..
“Show off betul!” Kota menjuih bibirnya kepada aksi Nik Pasha yang sedang melompat bukan main tinggi lagi mengalahkan lompatan dirt biker yang lain. Rakan-rakan kelab yang ada di situ cuma memandang iri pada kemahiran Nik Pasha yang hebat.
Cikaro yang ada di situ apalagi bukan main gedik bertepuk tangan. Sudahlah masing-masing memakai baju macam balut sarung nangka. Siap terangkat-angkat menampakkan pusat. Jelik pula Kota melihatnya. Perempuan macam inilah jangan harap hendak dijadikan isteri. Buat stok touch and go bolehlah. Darjah menyampah Kota rasanya dah sampai ke tahap apa pun tidak tahu. Terlalu menyampah tak hengat!
Sudah lama Kota memendamkan perasaan tidak puas hati dan dengki dengan Nik Pasha. Kota merasakan lelaki bernama Nik Pasha itu terlalu banyak keistimewaan, kelebihan dan keberuntungan. Kacak. Tahap IQ nya yang tinggi. Kategori pelajar terpintar di sekolah. Latar belakang keluarga boleh tahan juga. Dan, yang paling membuatkan Kota cemburu ialah Chempaka Rania. Gadis cantik dan pintar malah paling popular di sekolahnya tidak terkecuali tertarik dengan Nik Pasha. Chempaka Rania ialah pujaannya sejak di tingkatan satu lagi. Berbagai-bagai cara dia telah lakukan untuk menambat hati Chempaka Rania tetapi hampa. Terus terang Chempaka Rania memberitahu Kota yang gadis itu terlalu meminati Nik Pasha. Kecewa dengan penolakan Chempaka Rania, membuatkan Kota terlalu sakit hati dan berdendam dengan Nik Pasha. Kota mengetap bibir.
“Tak boleh jadi ni! Aku pun power juga!” Enjin motosikalnya dihidupkan. Helmet disarung pantas. Sesaat berdesup motosikal Kota menjalar ke trek. Dengan lajunya dia menyaingi Nik Pasha sambil membuat lompatan di udara seberapa tinggi yang boleh. Aku pun hebatlah!
“Woi, tercabar nampak!” jerit Nik Pasha dalam suasana bising dengan bunyi motosikal yang mengaum kuat.
Kota cuma membuat thumbs up dan mengangkat kening. Huh! Berlagak, eh..
Nik Pasha memulas pendikit minyak lantas memacu enjinnya menuruni laluan berbukit dan berhenti betul-betul di laluan rata yang berselut. Mengaum-ngaum motosikalnya menanti tuannya memulakan skil lompatan yang paling hebat. Seperti yang dijangka, Nik Pasha membuat lompatan tinggi tetapi tidak berhenti begitu sahaja malah diteruskan lompatan berkali-kali apabila melalui perbukitan kecil-kecil. Melantun-lantun motosikal Nik Pasha dan kesudahannya dengan lompatan yang paling tinggi yang tidak pernah dibuat dirt biker yang lain. Sungguh hebat!
Kota lagi tercabar dengan skil Nik Pasha yang terlebih hebat itu. Lantas dia pun turut sama melakukan seperti gaya Nik Pasha tetapi dengan sikap terburu-burunya membawa padah. Terpelosok motosikalnya di dalam lumpur. Terjatuh tanpa sempat membuat apa-apa lompatan hebat tetapi tersungkur malu bertemankan selut. Kota geram sambil menyepak lumpur dengan kuat. Kemudian dia terus mengangkat motosikalnya. Kota menyorot pandang mencari kelibat Nik Pasha. Kelihatan dari jauh Nik Pasha pula dikerumuni cikaro gedik melampau menambahkan lagi tahap sakit hatinya kepada lelaki itu. Tunggulah! Jangan ingat kau sorang aje hebat di dalam dunia ini. Kota menyimpan dendam. Hasad dengki beraja dalam hati.
“Makan selutkah, bro? Chill.. practice make perfect!” Nik Pasha menepuk bahu Kota dengan harapan Kota tidak putus asa mencuba gaya sepertinya tadi. Kata-kata Nik Pasha membuatkan hati Kota bertambah panas. Berlagak betul! Jaga kau! Nanti aku kenakan kau cukup-cukup. Kota sengih menutup segala yang terbuku di dada.
Nik Pasha menyambung semula perbualannya dengan cikaro-cikaro gedik yang tidak pernah putus asa mencari perhatian Nik Pasha yang serba-serbi hebat. Wajah kacak. Bergaya. Mempesona. Kota gigit bibir. Dahlah Chempaka Rania kau rembat! Cikaro gedik pun kau nak sapu? Nik Pasha harus diajar. Berdendam..
SEPERTI biasa, Nik Pasha pulang dengan rupa yang terlampaulah comot dan selekeh. Maria cuma mampu menggelengkan kepalanya beberapa kali. Nik Pasha tidak terus masuk ke dalam rumah tetapi menjerit kepada bibik supaya mengambil tuala. Sambil menanti bibik membawa tuala yang diminta, Nik Pasha membuka paip air di laman dan menyiram badannya yang dipenuhi dengan pasir dan lumpur. Biar dia puas hati ke seluruh badannya telah bersih dari lumpur yang melekat. Nik Pasha membuka satu persatu pakaiannya kecuali seluarnya sahaja. Terpampang bentuk badannya yang kelihatan maskulin. Titik-titik air yang melekat pada tubuhnya membuatkan diri Nik Pasha bertambah seksi. Tuala pada tangan bibik diambil.
Bibik nampak tersengih-sengih melihat anak muda ganteng seperti Nik Pasha menunjukkan bentuk badannya. Waduh.. bisa cair bibik dibuatnya. Mencicit bibik masuk ke dalam rumah dek tidak tahan matanya melihat panorama seksi.
Nik Pasha selamba melilit tuala pada pinggang lantas menarik seluarnya yang basah. Kini, Nik Pasha hanya mengenakan tuala sahaja. So.. seksi..
Dengan bertuala melilit di pinggang, Nik Pasha selamba mencuci motosikal kesayangannya yang comot dan kotor. Tekun menjirus air sabun pada motosikal dan menyental kekotoran pada rim dan tayar. Kasi kilat-kilat!
Sesiapa yang lalu lalang di hadapan rumah lelaki itu tertoleh-toleh hatta lelaki yang lalu pun turut menoleh. Perempuan lagilah, sekali terpadang terus mencair macam ais krim. Ada yang tanpa segan bersuit-suit. Nik Pasha sekadar tersenyum. Malas hendak melayan perangai perempuan sekarang yang terlalu berani. Santun perempuan Melayu terakhir sudah tiada di dalam kamus hidup mereka. Sorrylah kalau nak berkenan.
Adelia yang baru pulang dari rumah Karina terkejut cimpanzi melihat Nik Pasha di laman dalam keadaan hanya bertuala. Lelaki itu kelihatan begitu leka membelek motosikal motorcrossnya. Sekejap bangun, sekejap duduk. Entah apa yang dibelekkan sangat pun tidak tahu, khusyuk benar. Teragak-agak Adelia hendak melintas di hadapan Nik Pasha. Segannya! Dengan kepala menunduk Adelia berjalan cepat-cepat. Jantungnya melantun bukan main laju lagi. Sikit lagi nak tembus keluar dari dinding dada. Berdebar! Sambil itu sempat pula terngiang-ngiang di telinga Adelia lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi siap dengan yang ahh.. ahh.. tu.. Meremang bulu roma Adelia lebih-lebih lagi ketika berlalu di hadapan Nik Pasha. Rasa nak terbang terus sampai ke bilik. Auntie, pleaselah ajar anak teruna auntie ni tatatertib berpakaian kat depan rumah seperti yang selayaknya. Pakai kain pelekat pun dah memadai. Bukan macam ni! Ini penderaan pancaindera, ni. Ishh.. zina mata ni! Adelia beristighfar banyak kali.
Nik Pasha terpandang Adelia yang berjalan laju di hadapannya. Terangkat kening lelaki itu melihat telatah Adelia. Kena sampuk apa? Jalan macam tak cukup tanah. Nik Pasha mencebik. Tiada perasaan. Selamba meneruskan kerjanya membelek motor tak habis-habis.
Sampai saja di dalam bilik, Adelia menarik nafas lega. Show off betul! Tak segan langsung tayang bodi. Konon seksi sangatlah tu! Adelia mencebik meluat. Beg galas dibaling selamba ke atas katil dan dengan dirinya sekali dia baling ke atas katil. Kemudian dia meletakkan kedua-dua belah tangannya di belakang kepala. Mata menatap siling tetapi wajah Nik Pasha pula yang menjelma. Sebenarnya bukan sekadar wajah tetapi badan Nik Pasha yang tough dan maskulin terhidang di depan mata. Ulang tayang balik keperkasaan badan lelaki itu yang menggetarkan jiwa.
Serentak itu datang kembali lagu Mulan Jamilah eh.. Jameela dengan lenggok suaranya yang seksi.. ahh.. ahh.. Adelia cepat-cepat menggelengkan kepalanya. Kemudian, menepuk kedua-dua belah pipinya supaya cepat sedar. Panas di pipi dapat dirasakan ketika ini. Blushing gila-gila! Adelia tersengih apabila teringat Nik Pasha dan motosikalnya. Teringat karakter Azroy di dalam filem Gila-Gila Remaja. Ku jejak.. jalan yang berliku.. siap menyanyi dalam hati. Hehe.. Faizal Hussein teramatlah kacak di dalam filem itu. Maklumlah tengah budak-budak lagi waktu itu. Mat rempit zaman 80-an. Siap merajuk bawa diri sambil bawa motorcrossnya jalan jauh-jauh. Siap jenguk Rosyam Nor di penjara bagai. Rosyam Nor pun boleh tahan, cute gila juga waktu itu. Hehe.. kumpulan gagak hitam. Memang tak boleh blah! Kih.. kih.. kih.. hilang terus bayangan seksi Nik Pasha apabila diganti dengan bayangan hero Azroy. Nik Pasha.. Azroy...
No comments:
Post a Comment