DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Thursday 5 March 2015

Bertaut Kasih - Bab 4

FIRDAUS bersiap-siap hendak ke pejabat. Hari ini dia mengenakan kemeja biru cair dan tali leher warna senada bersama seluar slack hitam. Wajahnya bersih daripada sebarang jambang. Setelah bersiap, Firdaus menyemburkan minyak wangi Hugo Boss. Bau wangi mulai semerbak memenuhi ke setiap genap ruang bilik tidurnya.

Dia terus menuruni anak tangga sambil menjinjit briesfcase dan kot hitamnya. Dari situ lagi dia sudah mendengar bunyi pinggan berlaga dari arah dapur. Firdaus mengerutkan dahinya.

‘Aik! Aku tak cakap apa-apa lagi, dia dah mula kerja? Bagus, mengikut arahan.’ Desis Firdaus. Dia mula mempamerkan riak wajah serius walaupun hatinya terasa semacam. Pelik! Melihatkan Dhieya yang hanya mengenakan t-shirt lengan panjang warna biru dan seluar track berwarna hitam yang dibelinya semalam, hatinya sedikit tidak keruan. Walaupun hanya berpakaian ringkas, Dhieya tetap nampak comel dan cantik ditambah pula dengan kulitnya yang putih gebu.

‘Isy, Fir! Apa yang kau merepek ni? Dia cuma hamba kau ajelah!’ Bisik hati sombong Firdaus. Sebaik sahaja nampak kelibat Firdaus, Dhieya menunduk melarikan anak matanya daripada terus memandang susuk tubuh Firdaus yang segak dan tampan pagi itu. Dhieya menahan debaran di dada. Rasa malu yang membahang sejak semalam masih lagi tebal terasa menempek pada wajahnya. Dia pura-pura sibuk menghidangkan sarapan pagi. Firdaus terus melabuhkan punggungnya di kepala meja. Dan pantas Dhieya terus menyapu butter dan jem pada roti bakar, lalu dihulurkan kepada Firdaus. Firdaus menyambutnya dan langsung tidak menegur Dhieya.

Air milo dituangkan di dalam cawan. Firdaus terus menikmati hidangannya tanpa mempelawa Dhieya bersama. Melihatkan sikap dingin dan wajah serius Firdaus, Dhieya terus menyusun langkah menuju ke dapur.

“Ada I suruh you pergi?” Tanya Firdaus memecah kesunyian pagi itu. Dhieya tersentak apabila lelaki itu bersuara. 

“Saya ada kerja sikit di dapur. Lagipun saya tak nak ganggu encik sarapan,” balas Dhieya takut-takut. Gerun melihat wajah yang sentiasa serius itu.

“Tak payah, duduk sini kejap. I nak cakap sikit,” tegang suara Firdaus. Dhieya perlahan-lahan menapak ke kerusi bersebelahan lalu terus duduk. Firdaus tergelak dalam hati melihat wajah Dhieya yang takut dan sedikit gelabah apabila dia bersuara.

‘Comel! Comel bila tengok muka dia tengah gelabah,’ bisik Firdaus nakal. Menyedari Dhieya sudah duduk sambil tertunduk, dia terus mempamerkan wajah seriusnya.

“You tahu tugas you apa, kan?” Dhieya mengangguk.

“Angkat muka you bila I tengah cakap!” Bentak Firdaus keras. Dhieya terkejut mendengar suara keras Firdaus. 

“Maaf,” ucap Dhieya memandang wajah Firdaus namun hanya seketika. Dia mengalihkan matanya memandang rambut pacak Firdaus yang kemas stylo itu. Firdaus senyum sinis. 

“Baguslah. Jadi hamba abdi I dalam rumah ni. Kan? Macam bibik pun boleh jugak. Itu untuk bayar hutang you pada I. So... ikut apa yang I cakap. Faham?” Kata Firdaus angkuh.

“Saya faham.” Dhieya mengangguk. Firdaus memandang sekeliling penthousenya.

“I nak you cuci setiap ceruk ruang rumah ni. Bilik hari-hari you bersihkan. I tak nak ada sebarang habuk pun. You jaga rumah ni macam you jaga diri you sendiri. Kalau ada apaapa barang dalam rumah ni pecah, you just wait and see what punishment would you get,” ujar Firdaus sedikit mengugut. Dhieya telan liur.

‘Setiap ceruk rumah ni? Yalah... aku kan hamba abdi dia,’ lirih Dhieya dalam hati.

Firdaus menghabiskan sarapannya lalu terus bangkit dari kerusi. Kot hitam disarungkan ke tubuhnya yang tegap dan tinggi lampai itu. Dhieya bangkit dari kerusi juga. Dia menelan liur. Pemandangan sebeginilah yang tak mahu dilihatnya. Pasti jantungnya berdebar tak tentu arah. Dia melarikan pandangan. 

“Kenapa tak nak pandang? Malu? Or you takut jatuh hati pada I?” Serkap Firdaus selamba. Bertambah merah pipi Dhieya menahan malu yang teramat.

‘Kalau dah tahu lagi mahu tanya! Kalau mana-mana perempuan pun mesti jatuh hati tengok tuan aku yang memang dah hensem tahap kronik ni!’

Tanpa pamitan Firdaus melangkah menuju ke pintu rumah.

“Err... encik! Terima kasih sebab belikan baju dan barang-barang lain untuk saya,” kata Dhieya malu-malu. Harapharap dia tak ungkitlah ‘adik-adik’ aku yang dia beli semalam. 

“It’s okay. Oh! Lupa pulak nak tanya, yang ‘adik-adik’ tu boleh pakai tak?” Selamba Firdaus berkata membuatkan wajah Dhieya bertambah merah. Pipinya sudah tidak terkata merahnya. Malunya lagi-lagi bertambah tebal. 

‘Ayark! Malunya Ya Allah!’

Firdaus tersenyum sinis tanda-tanda tidak terkesan langsung dengan apa yang dikatakannya. Namun hatinya siapa yang tahu. Betapa kencangnya jantungnya sebaik melihat wajah merah malu Dhieya yang comel tu. Dia terus melangkah pergi meninggalkan Dhieya yang masih lagi diselubungi rasa malu yang teramat. Dhieya terus masuk, lalu mula mengemaskan meja makan. Tidak sudah-sudah dia tersenyum malu. ‘Malu! Malu! Tak tahu mana nak letak muka bila Firdaus balik nanti.’

Firdaus yang keseorangan dalam kereta sportnya pula tidak henti-henti tersenyum juga dari tadi. Lucu bila mengingatkan wajah Dhieya yang gelabah dan... yang paling dia suka, wajah Dhieya yang malu-malu. Merah sungguh wajah dan pipi comel gadis itu.

‘Comelnya! Tak sangka aku, still ada lagi perempuan yang cute miut macam tu lagi. Dhieya! Dhieya! Kesian pulak tengok dia yang terlampau malu sangat tadi. Hahaha... Syok jugak usik dia.’ Amboi Firdaus ni, nakal ek dia...

SEHINGGALAH TIBA ke pejabat, bibir Firdaus masih tersenyum. Sukar untuk melupakan insiden pagi tadi. Beberapa orang kakitangan pejabat yang berpapasan dengan Firdaus pun terpinga-pinga melihat wajah riang bos mereka pagi itu. Hairan! Belum pernah mereka lihat bos mereka tersenyum lebar seperti itu. Hah! Dah kena sampuk dengan hantu senyum manalah agaknya tu.

“OMG! Yat, kau tengoklah tu. Boss handsome dah sampailah! Eh dia siap senyum lagi. Oh! Handsomenya! Mahu terlentok aku kat sini,” kata Ada gedik. Yat pun sama tergedik, suka sakan melihat jejaka pujaan hati yang tersenyum menggoda memandang mereka sebentar tadi.

“Alahai Ada, kau ingat kau sorang je lentok? Aku dah rasa nak gugur jantung ni tau tak bila dia tegur dan senyum kat kita tadi. Selama ni mana pernah dia senyum macam tu. Hai, tak tidolah aku malam ni,” ujar Yat mengada-ada. Hai, kalau dah namanya kawan baik, memang sehati sejiwalah mereka ni. Perangai pun lebih kurang sama aja. Gedik! Zaff terpempan melihat Firdaus yang masih tersengihsengih dari tadi.

‘Pehallah pulak dengan kawan aku sorang ni? Tersengih-sengih macam kambing. Nasib baik kambing yang ni hensem!’

“Oit! Sengih-sengih, tak penat ke? Aku pulak yang rasa pipi aku ni letih,” sergah Zaff menepuk bahu Firdaus.Firdaus tersentak. Dia menjeling tajam. 

‘Hesy mamat nenek! Kacau ajelah.’

“Kau tak boleh bagi salam ke kalau nak tegur aku?” Marah Firdaus.

“Hehe... Sorrylah. Okey! Okey! Assalamualaikum Fir. Kenapa kau tersengih-sengih macam kambing suka sakan ni? Boleh kongsi?” Gurau Zaff. Dia ketawa perlahan melihat wajah cemberut Firdaus.

“Agaknya... mulut kau ni memang tak pernah makan kasut aku yang hitam berkilat ni kut? Suka suki kau aje panggil aku kambing! Kau tu... kerbau menguak kat tepi jalan! Cakap orang! Hempuk kepala kau kang!” Firdaus menjeling tajam. 

Geram betul dengan kawannya yang sorang ni. ‘Aku senyum salah, dikatanya aku kambing suka sakan! Kang aku tak senyum muka masam mencuka, dia kata aku macam orang utan sembelit! Masalah betullah!’ 

“Hehe... gurau jelah. Tu pun nak ambik hati. Kau ni kenapa happy sangat ni?”

“Kenapa? Aku tak boleh senyum? Salah?”

“La... aku tak kata pun salah, cuma nak tahu je. Kau ni mana mudah senyum. Tiba-tiba sengih lebar sensorang macam ni,” kata Zaff perlahan di hujung-hujung ayatnya. 

“Biarlah! Kau sibuk nak tahu apesal? Ni rahsia aku je,” ujar Firdaus angkuh.

“Eleh... kau berlagak pulak!”

Firdaus tidak membalas kata-kata Zaff. Dia lebih senang mendiamkan diri sambil membelek-belek fail yang baru sahaja dihulurkan Zaff sebentar tadi. Malaslah dia nak beritahu kat Zaff.

‘Zaff ni bukan boleh sangat. Nanti macam-macam pulak dia usik aku! Hesy! Dhieya... Dhieya... Comellah!’ 


DHIEYA BARU sahaja keluar dari bilik Firdaus untuk menukar cadar yang baru. Letih telinganya mendengar dengusan dan kata-kata pedas Firdaus semalam hanya disebabkan dia terlupa untuk menukar cadar di bilik lelaki itu.

“You ingat you ni mem besar dalam rumah ni ke? I dah pesan kan pada you kemas dan bersihkan setiap ceruk rumah ni! I don’t want any dirt or dust, even. Tak paham ke pekak? Atau you ni memang lembap?”

Perghh! Begitulah ayat-ayat power yang Firdaus hadiahkan kepadanya. Air matanya berderai-derai menuruni pipi. Entah mengapa kali ini dia menjadi terlalu sensitif. Jikalau dahulu Pak Cik Bakar mengherdik atau menengkingnya, dia akan pekakkan telinga saja.

Dhieya mengeluh perlahan. Entah sampai bila dia harus berada di rumah mewah ini. Baru lima hari, sudah dirasakan bagai lima tahun duduk di dalam penjara. Dia langsung tidak dibenarkan keluar walaupun untuk mencecahkan jari kaki ke lantai luar rumah sekalipun. Jika kehabisan barang dapur, dia perlu menghubungi Firdaus untuk membelinya.

“Macam ni la nasib orang miskin. Perlu menjadi hamba hanya kerana budi yang ditabur. Nak buat macam mana, aku terpaksa. Ibu... kalaulah ibu masih ada, mesti Dhieya takkan jadi macam ni ibu,” rintih Dhieya sayu.

Terdengarkan dentingan jam yang menunjukkan sudah pukul sepuluh, Dhieya pantas mengangkat cadar yang tebal itu lalu dibawa ke mesin basuh. Dia masih banyak kerja yang perlu dilakukannya. Ruang tamu masih belum divakum lagi. Lantai mozek belum dimop lagi. Buatnya kalau balik dek Tuan Harimau tu habislah dia.

Pantas Dhieya melakukan semua tugasan yang menjadi rutin hariannya. Setelah selesai semua kerja, Dhieya merebahkan tubuhnya ke sofa merah garang itu. Penat sungguh. Seketika, dia membelek majalah yang terdapat di bawah meja kopi di tengah-tengah ruang tamu itu. Terbeliak matanya melihatkan kulit hadapan majalah Business itu. Terpegun hatinya melihat gaya lelaki itu berposing di hadapan kamera. Macho! Kacak bergaya! Dan yang paling membuatkan Dhieya tertawan ialah senyuman menggoda lelaki itu yang turut dihiasi dengan sepasang lesung pipit yang dalam. Dia langsung tidak menyangka yang lelaki itu mempunyai lesung pipit.

‘Nak tahu macam mana? Setiap masa asyik tunjuk muka serius garang dia aja depan aku. Kedekut sangat senyuman tu. Macamlah kena bayar. Ops! Tak baiklah aku mengumpat dia. Kalau dia dengar aku umpat , mahunya dia telan aku hiduphidup. Dia punya renungan tu tajam. Isy!’ Umpat Dhieya dalam hati.

‘Tapi... garang-garang dia pun, bila tengok gambar dia memang cair hati. Patutlah dia kata ramai yang kenal siapa dia. Kalaulah orang tahu yang dia simpan perempuan...’ Dhieya terdiam. Tidak dapat dibayangkannya apa yang akan terjadi kalau masyarakat tahu.

Lamunan Dhieya terputus saat terdengar deringan telefon rumah. Dia terus mengangkat gagang telefon lalu ditekapkan di telinga. Siapa lagi yang telefon rumah ni kalau tak Tuan Harimau tu!

“Helo, assalamualaikum,” lembut Dhieya menyapa pemanggil di sana. Firdaus sedikit kaku mendengar suara lunak itu menyapanya. Pantas dia meraup wajahnya.

“Waalaikumussalam. I nak beritahu pada you yang I balik malam ni. I nak you masak dinner,” tegas Firdaus berkata. Sengaja dia berbuat begitu supaya Dhieya takut akan dirinya. 

“Err... baiklah. Nanti saya masak. Ada apa-apa lagi yang encik nak saya buat?” Giliran Dhieya menyoal. 

“Nope. Thanks. Itu aje,” balas Firdaus ringkas lalu mematikan taliannya. Dia menarik nafas panjang sambil matanya masih tertancap pada telefonnya. Entah mengapa hatinya tidak keruan apabila berbicara dengan Dhieya. Hatinya diterpa rasa yang membuak-buak untuk mendengar suara gadis itu.

“Argh! Aku dah angau ke ni? No! No! No! Firdaus, please wake up! Dia tak sesuai dengan kau.” 

‘Dia dah letak? Takkanlah dia telefon rumah sematamata nak cakap itu aje?’ Dhieya termangu-mangu saat talian dimatikan.

KONSENTRASI FIRDAUS terganggu sebaik sahaja telefon bimbitnya berdering. Dia berdecit perlahan. Matanya memandang nama pemanggil yang tertera pada skrin. Pantas tangannya menekan butang hijau.

“Helo daddy,” sapa Firdaus.

“Assalamualaikum Fir,” jawab Tan Sri Syed Fahim sambil tersenyum sinis.

‘Alamak! Lupa pulak!’ Firdaus mengetap bibirnya sambil tersenyum sumbing.

“Sorry daddy, waalaikumussalam.”

“Hesy kamu ni Fir, cepat sangat lupa. Memberi salam tu sunat. Ni kamu dekat mana?” Tanya daddynya. 

“Isy! Mana ada daddy. La... sekarang kan waktu kerja, Fir kat officelah. Mana lagi,” jawab Firdaus. 

“Baguslah kalau macam tu. Macam mana dengan Merida Holdings? Ada apa-apa masalah? Yang masalah dengan beberapa pembekal di cawangan hotel baru kita tu dah settle ke belum?” Bagaikan peluru berpandu Tan Sri Syed Fahim melontar soalan.

“Dahlah daddy. Dah settle semua. Relakslah daddy, ni kan Firdaus. Insya-Allah semua masalah mesti settlelah,” jawab Firdaus bangga.

“Alhamdulillah kalau macam tu. Daddy tahu Fir boleh buat. You are my son right? Ni daddy call sebab nak beritahu yang Jumaat malam ni, daddy dan mummy akan sampai Malaysia,” kata-kata Tan Sri Syed Fahim membuatkan Firdaus menelan liur berkali-kali.

Hatinya mula rasa gundah. Gelisah. Tidak senang duduk dibuatnya. Dia tidak mahu sesiapa tahu berkenaan Dhieya. Dia masih belum bersedia untuk menceritakan kisah sebenar. Pada Zaff pun dia masih berahsia meskipun sahabatnya itu sudah mula menabur syak ke atasnya. Dia yakin bahawa daddynya masih boleh berkompromi tetapi bagaimana pula dengan mummynya? 

‘Aduh! Kusut pulak kepala aku ni.’

“Fir! Fir! Kamu dengar tak apa yang daddy cakap ni? Hesy! Budak ni berangan pulak dia,” getus daddynya. Firdaus tersentak daripada monolognya.

“Ya daddy, Fir dengar. Okey. Mummy dan daddy nak Fir jemput ke kat airport nanti?”

“Tak payahlah. Daddy dah beritahu pada Pak Jan suruh jemput kami semua nanti.”

“Wait daddy! Kami semua? Bukan daddy dengan mummy aje ke yang balik?”

“La... lupa pulak daddy nak beritahu pada kamu. Aria dan Fahmi ikut balik sekali.”

“Why? Kan diaorang study kat sana? Sekarang ni bukan cuti semester lagi, kan?” Soal Firdaus ingin tahu. ‘Isy! Kalau budak dua ekor tu balik, susahlah aku nanti. Diaorang mesti nak lepak dekat rumah aku punya nanti!’

“Sekarang ni diaorang dah start cuti semester. Aria dan Fahmi akan sambung belajar kat sini. Sebab tu la daddy dan mummy pergi UK, nak uruskan pertukaran merekalah,” jelas Tan Sri Syed Fahmi panjang lebar.

“La... kenapa pulak nak further study kat sini? Dulu bukan main beria-ia nak pergi sana,” rungut Firdaus pula. 

“Mummy kamu tu risau sangat dengan kembar tu. Sekarang ni kan kat UK selalu kena ribut. Aria dengan Fahmi pun tak selesa tinggal kat sana. Tu yang diaorang nak balik sangat tu. Tak apalah Fir, takdelah mummy dan daddy ni risau sangat pasal budak kembar tu bila kat sana. Yang kamu ni Fir... macam tak suka aja adik-adik kamu balik ni kenapa? Selalu okey je?”

“Err... Takde apalah daddy. Fir okeylah. Happy ni. Kan adik-adik Fir yang nakal tu nak balik. Rindu ni kat twins tu,” nafi Firdaus menutup pertanyaan daddynya.

“Yalah tu Fir. Jangan kamu buli adik-adik kamu nanti, sudahlah,” Tan Sri Syed Firdaus seakan-akan memberi amaran. Firdaus ketawa perlahan.

“Adeh! Daddy ni. Takkanlah daddy tak tahu. Selalunya siapa yang buli siapa, daddy? Fir juga yang kena,” Firdaus meyakinkan daddynya.

“Yalah tu Fir. Okeylah daddy nak keluar ni. Nanti kalau ada apa-apa, daddy call kamu lagi. Fir jaga diri.” 

“Okay daddy. Don’t worry. I’m okay. Nanti daddy kirim salam pada mummy and my beloved twins okay?” 

“Yalah. Nanti daddy sampaikan. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam,” balas Firdaus. Dia mengeluh. Kemudian dia tersenyum. Hubungan dia dan daddynya amat rapat. Malah lebih rapat daripada mummynya. Daddy menganggap dia umpama seorang kawan yang sangat rapat membuatkan Firdaus lebih selesa untuk berkongsi apa-apa saja.

Terasa rindu pula pada adik kembarnya yang sudah berusia 20 tahun dan sebaya dengan Dhieya itu. Pada saat usianya mencecah 9 tahun, dia begitu seronok apabila mendapat tahu yang dia akan mempunyai adik kembar. Tidaklah sunyi hidupnya. Dia memang rapat dengan adik-adiknya terutama sekali dengan Aria. Tetapi itu tidak bermakna dia tidak rapat
dengan Fahmi kerana dua-dua adalah adiknya. Sayang sama rata.

Dhieya. Lambat laun dia perlu juga memperkenalkan gadis itu kepada keluarganya kerana Dhieya sudah menjadi tanggungjwabnya kini meskipun mereka tidak bernikah. Seperti yang dia sedia maklum, Dhieya tidak mempunyai siapa-siapa lagi walaupun saudara-mara kerana dia yatim piatu, sebatang kara, yang ada hanya bapa tiri. Huh! Bapak tiri? Bapak tiri dia pun sanggup nak jual dia.

Bila diingatkan balik, rasa bersalah pulak dia kerana menengking Dhieya semalam hanya kerana gadis itu terlupa untuk menukar cadar katilnya. Dia masih ingat akan mata cantik Dhieya yang berkaca sebaik sahaja dia menengking. 

‘Pasti Dhieya menangis. Hesy! Kenapa aku nak kesian dengan dia pulak? Dah gila agaknya aku ni! Tapi aku rasa bersalah sangat sebab tengking dia macam tu... Ermmm... Bernikah?  Tak mungkinlah! Dah tentu-tentu mummy takkan terima Dhieya. Aku dah masak sangat dengan sikap materialistik mummy tu.

No comments:

Post a Comment