DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Friday 6 March 2015

Bertaut Kasih - Bab 6

FIRDAUS menekan punat kunci Nissan Skyline di porch banglo milik keluarganya. Pintu rumah terkuak dari dalam. Muncul wajah Aria yang ceria menyambutnya di muka pintu.

“Along!” Jerit Aria girang lalu terus berlari memeluk abangnya. Firdaus tersenyum melihat keletah Aria yang manja dengannya.

“I miss you so much along!”

“You miss me? But I didn’t miss you!” Gurauan Firdaus membuatkan Aria mencebik geram. Dia menjeling Firdaus. 

“Jangan kawan dengan Aria lima minit!” Rajuk Aria memuncung. Firdaus ketawa. Muncul Fahmi, Tan Sri Syed Fahim dan Puan Sri Sh. Faridah antara mereka.

“Kamu berdua nak berkelah makan kat sini ke? Kalau macam tu... jomlah ambik kerusi meja semua berkelah kat sini,” perli Tan Sri Syed Fahim.

“Mana ada. Daddy tengoklah along ni. Saja je nak buat Aria geram tau!”

“Padanlah muka!” Sampuk Fahmi giat mengusik.

“Sudahlah tu. Dah Fir masuk. Kita dinner sama-sama. Jangan layan sangat adik-adik kamu ni,” ujar Puan Sri Sh. Faridah lalu terus masuk ke dalam.

“Ni adik along merajuk dengan along lagi ke ni?” Usik Firdaus sambil mencuit Aria yang masih masam berpeluk tubuh. Aria sememangnya manja dengan Firdaus berbanding dengan kembarnya yang sangat suka mengusik.

“Dahlah along. Biar dia merajuk kat sini sorangsorang. Nanti adalah yang berbaju putih tu temankan dia,” giat Fahmi mengusik sambil memeluk mesra bahu Firdaus. Mereka berdua ketawa berdekah-dekah melihat raut wajah Aria yang berubah cuak.

“Bye Aria! Jaga-jaga tau!” Giat Firdaus lagi terus masuk bersama Fahmi. Mereka berdua ketawa besar. Seronok mengenakan adik perempuan mereka yang sememangnya penakut. Takde kerja betul abang-abang si Aria ni! 

“Benci betul ada abang yang macam ni!” Gerutu Aria.

Aria ketap bibir menahan geram. Dia menghentak kakinya. Matanya meliar memandang kawasan luar rumah yang sedikit gelap dan suram. Dia telan liur melihat kawasan perumahan itu yang sunyi sepi terletak di atas bukit.

“Eei! Takut!!!

Mereka menikmati hidangan makan malam dengan suasana yang cukup ceria. Puan Sri Sh. Faridah seronok melihat anak-anaknya menikmati makanan kegemaran masing-masing hasil dari air tangannya sendiri. Sanggup dia masuk ke dapur memasak untuk makan malam bersama keluarga kecilnya sambil dibantu tukang masak.

Senyuman sentiasa tersungging di bibir tua Tan Sri Syed Fahim dan Puan Sri Sh. Faridah melihat anak-anak mereka seramai tiga orang sibuk berceloteh itu dan ini. Bisingnya mengalahkan ada anak sedozen! Pot-pet! Cot-cet! Mulut Aria berceloteh bercerita itu dan ini kepada Firdaus. Sekali-sekala Fahmi menyampuk.

“Along tahu tak, kat sana kan ada minah salih tu nak tackle Fahmi. Sampai Fahmi ni kena menyorok ajelah kat mana-mana. Arialah yang terpaksa jadi mangsa jadi kaunter pertanyaan kat sana. Rimas tau!” Celoteh Aria bercerita.

“Alah! Fahmi kan handsome, mestilah berebut orang nak kan Fahmi. Sana sini orang tertarik tau. Aria jealouss cakap jelah!” Ujar Fahmi selamba.

“Eleh Fahmi ni. Berlagak konon! Cakap besar. Kenapa asyik menyorok aje bila nampak minah salih tu? Perasan betullah!” Cebik Aria tidak puas hati.

“Alah, tu pasal Fahmi ni malu. Mana boleh tayang suka-suka hati aje muka Fahmi yang ni!” Tak nak mengaku kalah si Fahmi ni.

“Alah kau! Kau tu hensem sikit je. Along lagi handsome banyak! Jangan nak perasan sangat!” Kata Firdaus tak mahu mengaku kalah. Aria ketawa melihat wajah cemberut Fahmi.

“Along ni seboleh-boleh tak nak jugak kalahlah!” Rungut Fahmi.

“Hei mestilah! Mana boleh lawan abang. Langkah bendullah nanti!” Selamba Firdaus membalas. Aria mengerut dahi. Merapu betul along aku ni!

“Along ni mengarutlah! Langkah bendul ape kebendanya? Kalau nak tahu siapa lagi handsome, tu hah! Mestilah daddy, kan daddy? Kalau takde daddy, along dengan Fahmi jangan nak beranganlah nak dapat mewarisi kekacakan daddy! Kan mummy?” Aria menjeling mummy dan daddynya yang ketawa melihat mereka. Puan Sri Sh. Faridah hanya
menggeleng kepalanya. 

“Betullah tu. Fir dengan Fahmi jangan perasan sangat. Ni hero mummy ni lagi handsome tau dari anak-anak bujang mummy ni. Berebut dulu mummy dengan mak uda kamu nakkan daddy kamu ni!” Kata Puan Sri Sh. Faridah mengiakan kata-kata anak perempuannya.

“Alih-alih daddy pilih mummy jugak kan?” Sampuk Aria girang melihat wajah mummynya merah menahan malu. Firdaus dan Fahmi ketawa melihat wajah tersipu-sipu mummynya apabila diusik sebegitu rupa.

“Kamu semua ni pandai betul usik-usik mummy ya. Tengok tu... merah dah muka mummy, kamu usik,” sampuk Tan Sri Syed Fahim. Tersenyum dia melihat wajah isteri kesayanganya.

“Ececeh daddy, pandang mummy macam ada something aje. Hah! Ada apa-apa planning malam ni ke?” Giat Fahmi mengusik mummy dan daddynya. Firdaus ketawa besar.

“Eh korang ni bodek-bodek mummy dengan daddy ni  ada apa-apa ke? Tengok ni mummy, daddy... adalah tu budak dua orang ni nak!” Firdaus menjeling adik-adiknya penuh makna.

“Alah along ni buat spoil jelah. Baru nak tengok mummy dengan daddy malu-malu, blushing-blushing. Kacau ajelah. Mana ada bodek-bodek kan Fahmi?” Muncung Aria. Matanya tajam menjeling abang sulungnya.

“Dahlah makan semua.” Kata Tan Sri Fahim mengekek ketawa melihat wajah terkulat-kulat mummy mereka.

FIRDAUS MENDAIL nombor telefon penthouse. Sekali, dua kali berdering barulah ada orang mengangkat. 

“Assalamualaikum. Helo,” sahut suara lembut di hujung talian.

“Waalaikumussalam, Dhieya I ni,” ujar Firdaus memperkenalkan diri.

“Oh encik... eh... awak. Ada apa hal?”

“You buat apa?”

“Saya rehat kejap sambil tengok berita. Kenapa?” Tanya Dhieya sekali lagi.

“Err... nothing! Actually, I balik lambat malam ni. You jangan tunggu I balik.”

“Oh ye ke? Takpalah...”

“Okay. I got to go. See you at home,” ujar Firdaus bersedia menamatkan panggilan walaupun hatinya tidak mahu. Dia masih mahu mendengar suara Dhieya. Walaupun baru sekejap berpisah dengan Dhieya, dia sudah berasa sesuatu yang lain menggamit hatinya untuk menelefon gadis itu. ‘Isy! Apa kena dengan aku ni? Angau ke? Mengarut! Takkanlah!’

“Okay. Enjoy with your family. Take care,” ucap Dhieya. Firdaus mengerut dahi. ‘ Pandai pulak dia speaking.’ 

“Err... okey. Thanks. You ada nak pesan apa-apa tak?” Tanya Firdaus lagi.

“Takde apa-apa pun. Terima kasih sebab ambik berat,” kata Dhieya. Bibirnya tersenyum sendirian.

“Kalau takde apa-apa, I pergi dulu. Okey bye. Assalamualaikum,” ucap Firdaus lalu terus mematikan talian. Tidak sanggup berlama-lama, khuatir akan ada perasaan lain yang terbit di hatinya yang sudah tak betul sejak kebelakangan ini.

“Waalaikumussalam,” jawab Dhieya perlahan lalu terus meletakkan cordless phone bewarna silver itu ke tempat asalnya.

Dia mengukir senyuman manis saat mengenangkan perbualanya tadi. Dia sedar, sejak akhir-akhir ni, Firdaus sudah sedikit berlembut dengannya. Wajahnya tidak lagi serius dua puluh empat jam. Sekali-sekala terpamer wajah tenang.

FIRDAUS MELANGKAH penuh bergaya menuju ke pejabatnya yang terletak di tingkat 15. Sepanjang langkahnya menuju ke pintu lif, dia perasan akan mata-mata dan jelingan nakal wanita yang berpapasan dengannya dan mereka yang berada di lobi. Seperti biasa, sebaik nampak kelibat Mr. Big Boss berjalan di ruang legar lobi, Ada sudah menguntum senyuman yang paling manis sekali. Memandang wajah lelaki pujaan ramai wanita tanpa berkalih pandang sehingga lelaki itu hilang di sebalik kotak lif menuju ke pejabatnya.

‘Kalau tak tengok sekarang, bila lagi? Dahlah dia tu hot, ramai peminat, memang susahlah nak jumpa. Apatah lagi nak face to face. Setakat pandang je kira oraitlah, at least dapat lepaskan rindu. Hehehe...’ Gatal Ada bermonolog sendirian.

“Hoit! Berangan tak ingat dunia! Taulah Mr. Big Boss yang lalu tadi, agak-agaklah kau. Sampai dia dah masuk lif pun kau duk sengih-sengih lagi. Kalau lawa takpe jugak,” kutuk Yat yang dari tadi memerhati gelagat Ada. Over sangat! Firdaus membelek-belek beberapa kertas yang menuntut perhatiannya dengan segera. Fail-fail yang bersusun di atas meja dibelek dan diselak satu per satu. Setiausahanya, Akma mengetuk pintu sebelum masuk sebaik sahaja mendengar arahan. Ditangannya terpegang erat buku nota yang diisi dengan jadual dan meeting untuk Firdaus selaku bakal CEO tidak lama nanti.

“Yes, Akma. Apa jadual saya hari ni?” Tanya Firdaus tanpa memandang Akma yang tersenyum memandang Mr. Big Bossnya itu.

“Hari ni Tuan Firdaus ada meeting dengan wakil dari Mega Jaya Sdn. Bhd pada pukul sebelas pagi nanti. Then, pukul dua petang ada meeting lagi dengan setiap wakil department
Merida Holdings dan Tuan Firdaus jangan lupa esok ada business associate with Datuk Mukhriz pasal new branch hotel di Australia,” ujar Akma menyenaraikan jadual Firdaus.

“Okey.” Firdaus menganggukkan kepala.

“Ada lagi satu, Encik Adif ada call tanyakan rancangan malam ni. Dia mintak Tuan Firdaus beritahu jawapan secepat mungkin. So... how?” Ujar Akma lagi lalu matanya dihalakan ke wajah Firdaus yang menopang dagunya di atas meja. Berfikir. 

‘Malam ni? Huh! Heavenlah tu. Malas pulak aku nak lepak sana. Rimas dengan Tiara tu. Nanti macam mana dengan Dhieya? Takkan aku nak tinggal dia sorang-sorang malammalam? Kalau dengan Adif, sah-sah pukul dua tiga pagi baru balik.’

“It’s okay. I will tell him later. You may go now and thanks,” putus Firdaus lantas menyambung kerjanya semula.

Akma mengangguk lalu terus melangkah keluar dari bilik Firdaus.

DHIEYA MENGGOSOK kemeja milik Firdaus dengan berhatihati. Risau jika kemeja milik lelaki itu rosak kerana kecuaiannya. Setelah selesai, dia menyangkutkan kemeja dan seluar slack dengan penyangkut baju lalu dibawa ke walk-in-drobe. Suis lampu dipetik. Bilik sederhana luas itu terang-benderang menampakkan semua aksesori lelaki itu yang hampir penuh satu bilik. Kasut, tali leher, kot, baju, jam tangan, kaca mata hitam pelbagai jenis, topi, jaket dan macam-macam lagi. Mengalahkan perempuan! Segala macam aksesori ada! Dhieya terus menyimpan kemeja dan seluar Firdaus di dalam almari yang khusus menempatkan pakaian formal. Pakaian yang lebih kasual terletak di dalam almari lain. Pesanan Firdaus terlekat kukuh dalam ingatannya.

“Dia pantang kalau aku buat salah sikit. Benda remeh pun dia bising-bising mengalahkan mak nenek! Bingit telinga ni nak menadahnya.”

Jari-jemari Dhieya berlari menyentuh setiap kemeja milik Firdaus. Serasa menyentuh tuan empunya badan yang tegap dan sasa. Dipegang kemeja itu lalu dipeluk erat. Kalau depan-depan jangan haraplah nak pegang. Cuit pun tak berani. Diciumnya kemeja Firdaus. Wangi. Masih terbau lagi haruman perfume Hugo Boss yang terlekat di kemeja itu.

“Ermm... Kalau dia tau aku bertapa kat bilik dia lamalama mesti dia marah.” Dhieya keluar dari bilik Firdaus. Pintu dikatup rapat. Kakinya melangkah menuruni tangga dengan berhati-hati lalu terus menuju ke dapur. Banyak kerja nak buat! 

ZAFF MENGETUK pintu bilik Firdaus sebelum memulas tombol pintu. Senyuman dilemparkan buat sahabatnya yang tekun membuat kerja.

“Hah! Kau nak apa ni? Takde kerja ke?” Tanya Firdaus sekilas memandang Zaff lalu terus menyambung kerjanya. 

“Eh! Datang bulan ke apa ni? Macam marah aje!” Gurau Zaff ketawa kecil. Firdaus menjeling tajam. Buat lawak pulak dia ni!

“Tak payah nak buat lawak dengan akulah Zaff! Hah! Cakap cepat, kau nak apa ni?” Firdaus mula bengang.

“Aduh! relakslah Fir, janganlah nak emo sangat! Aku datang ni nak tanya khabar pengantin baru, sihat ke tak? Seronok ke tak kahwin ni,” ujar Zaff selamba. Firdaus mengerutkan dahinya. Pengantin baru? 

“Macam takde soalan lain. Nak tahu seronok ke tak, kahwin la. Tanya aku pulak!” Lancang Firdaus menjawab. Entah mengapa moodnya tiba-tiba tak baik. ‘Ni semua Emilina punya pasallah! Buat benda ikut kepala dia aja.’

“Eh Fir, aku tanya je takkan marah kut? Memang pengantin baru mood macam ni ek? Apesal? Malam-malam tak dapat ke?” Usik Zaff sepintas. Firdaus menjegilkan matanya. 

“Eh Zaff! Kau merepek apa ni? Kau pun tahu kan macam mana hubungan aku dengan Dhieya, just nak selamatkan keadaan. Not more than that! No love!” Tegas Firdaus. Dia menyandarkan tubuhnya di kerusi. Menarik nafas perlahan. 

“Aku tahulah, tapi takkan langsung takde sikit pun perasaan kat Dhieya tu? Eh! Dhieya tu ada something yang special tau. Kau yang bekukan hati kau, tak nampak keistimewaan dia.”

“Zaff, she’s only a naïve girl. Innocent. Kau tengoklah dia, tak banyak mulut”.

“Dah kau asyik tayang muka serius kau aje, mana dia tak senyap, tak takut? Sekali-sekala cuba senyum sikit, borakborak dengan dia. Dia okay what? Kalau kau tak nak, pass aje kat aku! Dia tu cantik, comel lagi! Siapa tak nak?” Kata-kata Zaff membuatkan Firdaus tersentak.

‘What? Nak pass Dhieya kat mamat romeo ni? No way!

“Kau jangan nak mengarut ek! Kau ingat Dhieya tu barang, nak main pass-pass sana sini? Tu isteri aku okey?” Merah wajah Firdaus menahan marah yang mula membahang. Langsung hilang marahnya kepada Emilina yang geletis itu.

“Kalau jealous cakap jelah Fir. Tak payah nak covercover lagi. Aku dah nampak,” provoke Zaff. Dia tersenyum sinis memandang wajah Firdaus yang berbaur marah.

“Mana adalah. She’s not my taste okay!”

“Not my taste konon! Hei Fir, kau jangan ingat orang macam Dhieya tu takde orang nak, tau? She’s perfect! Kau tengoklah... one fine day, nanti kau sendiri yang akan jatuh cinta dengan Dhieya. Masa tu kalau kau jumpa aku cakap yang kau dah fall in love dengan dia...memang bergolek aku gelakkan kau nanti!” Sakat Zaff. Dia yakin Dhieya akan membuatkan Firdaus yang ego ini jatuh cinta. Dia yakin! Seratus peratus!

“Kau tak payah nak jadi nujum kat sini. Takde maknanyalah,” kata Firdaus berlagak. Di luar aje cakap macam tu sebenarnya dalam hati tak yakin dengan kata-kata sendiri. Sekarang ini pun dia sudah merasakan ada sesuatu perasaan yang sangat aneh.

“Well, we will see. Jangan berlagak sangat. Nanti kau jugak yang rebah!” Firdaus ketawa sinis dengan kata-kata Zaff.

“Oh by the way, sampai bila kau nak sorokkan Dhieya daripada famili kau? Kau jangan tangguh-tangguh, nanti tak pasal-pasal timbul gosip yang bukan-bukan, niaya kau!Tahulah mulut manusia ni. Melompat mummy kau nanti!” Zaff mengingatkan Firdaus.

Firdaus mengeluh perlahan. Tu lagi satu masalah! “Tu yang aku fikir tu. Tak tahu macam mana aku nak cakap dengan famili aku. Sekarang ni mummy aku dah sibuk nak jodohkan aku dengan Emilina tu. Eei! Tak nak aku!” Zaff ketawa. Tahu sangat perangai Firdaus yang anti dengan Emilina yang gedik dan menggeletis tu. Dia yang tengok ni pun rimas!

“Tu la. Kau kena bertindak cepat sebelum mummy kau bertindak. Kau slow talk la dulu dengan daddy kau, aku yakin dia faham dan boleh terima. Dia pun bukannya jenis yang cepat melatah macam mummy kau. Kau sendiri pun boleh nilai daddy kau. Jangan runsing sangat. Insya-Allah. Niat kau hanya nak tolong Dhieya daripada jadi mangsa jahiliah tu, takde niat lain pun. Mintalah moga dipermudahkan,” nasihat Zaff lembut. Firdaus memandang Zaff. Dia tersenyum kelat. Dalam fikirannya pun, berfikir yang sama. Daddynya mungkin boleh dibawa berbincang.

“Macam mana kalau daddy aku tak boleh terima? Mana aku nak letak Dhieya? Dia bukan ada siapa-siapa,” keluh Firdaus. Persoalan itulah yang membelenggu fikirannya. Takkanlah dia nak buang Dhieya, mustahil. Kesian. Mana Dhieya nak pergi nanti?

“Janganlah fikir negatif. Cuba dulu. Kalau awal-awal dah down macam ni, memang payahlah ceritanya,” nasihat Zaff lagi. Menaikkan semangat Firdaus.

“Thanks Zaff. Kalau takde kau, tak tahulah kat mana aku nak mengadu.”

“Alah no hal la! Apa gunanya kawan kalau tak tolong? Aku yakin Dhieya adalah isteri yang Allah kirimkan untuk berada di sisi kau sepanjang hayat. Sebagai tulang rusuk kau. Percayalah.” Firdaus tertunduk diam mendengar kata-kata Zaff yang terlalu yakin. Pelik. Sedangkan dia yang empunya diri pun tidak seyakin itu.

Tiba-tiba telefon di tepi meja berkelip-kelip, menandakan panggilan datang daripada setiausahanya. Firdaus menekan butang.

“ Yes Akma?”

“Tuan Firdaus, wakil dari Mega Jaya Sdn. Bhd. dah sampai. Nak saya jemput masuk ke?” Tanya Akma. 

“Okey. Suruh dia masuk dan jangan lupa bawak masuk fail yang saya minta tadi,” pesan Firdaus sebelum menamatkan panggilan.

“Okeylah. Kau ada guest. Aku blah dulu. Ingat! Fikirkan apa yang aku cakap tadi,” pesan Zaff. Spontan pintu diketuk. Sebaik laungan masuk kedengaran, pintu bilik dikuak dari luar.

“Tuan Firdaus, wakil syarikat tu dah sampai. Silakan masuk cik,” alu Akma memberi senyuman manis lalu dia terus beredar dari situ. Firdaus bangun dari duduknya lalu mengangkat wajahnya. Dia terkesima. Lidahnya kelu. Tubuhnya langsung tidak berkutik. Zaff turut mempamerkan reaksi yang sama dengan Firdaus.

Wanita itu turut terkesima melihat wajah pemuda berkot hitam yang berdiri tegak. Pandangannya turut dihalakan kepada seorang lelaki yang turut terpinga-pinga melihatnya.

“Karinna?” Firdaus menyebut nama yang sudah terlalu asing dengan dirinya. Zaff mengerling Firdaus lalu pantas dia meminta diri.

No comments:

Post a Comment