DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Thursday 5 March 2015

Di Penghujung Cintaku... Adelia - Bab 1



MATA terpaku melihat sekujur tubuh yang begitu sempurna. Kacaknya! desis hati Adelia. Seorang pemuda mungkin sebaya dengan dirinya. Berdiri di hadapan Adelia tanpa senyum. Dingin. Adelia masih terpegun melihat pemuda kacak itu.

“Apa tercegat kat situ? Macam patung buruk aku tengok!” Perlahan tetapi menusuk suara lelaki itu. Bisanya kata-kata. Adelia tersentak lantas tersedar mungkin dia terlalu teruja mengamati wajah lelaki itu. Oh, malunya! 

Tetapi, lelaki itu tidak sepatutnya berkata begitu.  Rupa saja yang kacak tetapi sombong. Adelia hanya mampu tertunduk malu. Inikan rumah lelaki itu, bolehlah bercakap sesuka hati. Dia harus bertahan. Ayah pun satu, pergi ke Dubai tidak mahu mengajak dia. Sanggup ayah tinggalkan dia di sini dengan keluarga yang tidak pernah dia kenal. Kata ayah kawan rapatnya sewaktu di universiti dulu. Ayah tak takut ke nanti dia kena dera ke? Apa ke? Percaya betul ayah dengan kawan rapatnya. Tolong! Dia tak nak ada cop mohor seterika kat badannya yang putih mulus ni. Hati Adelia menjerit. Imaginasi karut datang berlumba-lumba menyesakkan kepala. Tak nak! Adelia pantas memegang kedua-dua belah pipinya sambil menggelengkan kepalanya. Matanya bulat besar. Takutnya..

“Eh, budak kecik! Kau ni kenapa?” Tergaru-garu kepala Nik Pasha apabila melihat telatah gadis poyo di hadapannya. Kepala otak budak ni bermasalah agaknya macam tak betul aje. Mama pun satu, nak ambil anak angkat pun tengoklah dulu orangnya. Ini poyo aje dia tengok! Nik Pasha menggelengkan kepalanya beberapa kali.

“Siapa budak kecik? Ada budak kecik kat sini ke?

Tak nampak pun!” Kepala Adelia ligat mencari kelibat budak kecil. Tertoleh-toleh Adelia mencari budak kecil di belakangnya. Tak ada pun! Adelia hairan. Dia ni saja nak kenakan aku apa? Adelia pandang lelaki di hadapan dengan muka keliru.

“Kaulah budak kecik tu! Bengap betul!” Apa pasallah budak ni lembab sangat! Nik Pasha geram. Kecik aje budak perempuan itu dilihatnya. Kalau boleh dipenyek macam semut dah lama dia buat. Amat menjengkelkan. Entah apa-apa entah. Hii..

“Aku ke?” Adelia tunjuk jari ke wajahnya dengan muka tidak puas hati. Lelaki sombong itu buat muka sombong. 

“Siapa lagi kat sini cik adik oii..” balas Nik Pasha masih dengan muka sombongnya.

“Kau panggil aku budak kecik? Nama aku Adelia Nur Qaireen la!” jerit Adelia geram. Bengang kerana lelaki itu memanggilnya dengan panggilan budak kecil. Ingat dia budak darjah satu ke? Dia sudah berumur 16 tahun tau! Tajam mata bulat Adelia memandang wajah lelaki itu. 

“Badan aje besar tapi IQ macam budak sekolah tadika!” Sedapnya mulut Nik Pasha berkata tanpa menghiraukan perasaan Adelia. Nik Pasha relaks dengan berpeluk tubuh. Jarinya dicuit sekali dihidungnya yang mancung. Berlagak macho konon.

“Kau! Mulut macam longkang!” Eii.. rasa nak bagi penampar sebiji kat muka mangkuk ni! Ingat kau handsome sangat! Sesuka hati nak kutuk orang? Geram! Geram! bentak hati Adelia.

“Poyo betul! Apa yang mama nampak kat kau pun aku tak tau!” Malas nak bertekak Nik Pasha beredar dengan muka selamba naik ke tingkat atas. Bang!! Pintu bilik dihempas kuat.
Adelia tertutup mata apabila terdengar pintu dihempas kuat. Kuss.. semangat!

Adelia hanya mampu menahan geram dalam hati. Hish, mulut memang nak kena cili! Kurang ajar betul! Ayah.. nak pergi Dubai tak nak duduk sini! Adelia mencemik muka. Sedih betul hatinya.

“SETAHUN aje sayang, nanti bila dah habis SPM bolehlah ikut ayah ke Dubai. Auntie Maria dan Uncle Nik baik orangnya. Ayah percaya dia orang boleh jaga Yaya dengan baik. Dia orang ada anak sebaya dengan Yaya tau nanti boleh dibuat teman studi. Dengar kata Pasha tu pelajar terbaik di sekolah. Boleh ajar Yaya, nanti tak adalah keputusan corot aje.” Hidung Adelia dicuit manja oleh ayahnya, Encik Helmi.  Anak nakal yang comel itu akan dirinduinya nanti. Terpaksa meninggalkan buah hati kesayangannya di Malaysia kerana dia tahu Adelia bukanlah tergolong orang yang cerdik. Dia tidak mahu pelajaran anaknya terganggu. Lagipun, tinggal setahun saja lagi untuk menghabiskan pelajaran. Maria dan Nik Nazrin sudah berjanji dengannya akan menjaga anaknya seperti anak mereka sendiri. Maria yang begitu beria-ria ingin menjaga Adelia kerana terlalu inginkan anak perempuan. Adelia termangu di atas sofa teringat kembali perbualannya dengan ayahnya. Ayah.. rindu kat ayah.. nak nangis ni! Air muka Adelia berubah mendung. 


“Yaya, kenapa ni? Sedih aje auntie tengok?” tegur Maria sewaktu melabuhkan badannya ke sofa bersebelahan dengan Adelia. Bahu gadis sunti itu dipegang, matanya menyorot mencari wajah Adelia yang suram. Kenapa, ya? soal Maria dalam hati.

“Ingat ayah ke? Janganlah sedih sayang. Auntiekan ada.” Maria menepuk lembut bahu Adelia anak gadis yang comel pada pandangannya. Maria telah jatuh kasih terhadap gadis comel di hadapannya itu ketika pertama kali diperkenalkan oleh teman rapatnya sewaktu di universiti dulu iaitu Helmi ayah kepada Adelia.

“Tak adalah, auntie! Yaya, okey aje..” Adelia senyum paksa. Apabila teringatkan tingkah laku anak Auntie Maria yang macam bagus tu, Adelia bengang tahap gaban. Auntie Maria baik dan lemah lembut orangnya tetapi kenapa anaknya kurang ajar sangat? Mungkin kerana terlebih belajar agaknya. Terlebih bijak pun bermasalah juga. Yalah, kepala asyik hendakkan straight A itu yang kepala jadi macam biul aje dia tengok. Manners totally out!! Hati Adelia mendongkol geram.

“Betul ni? Tadi auntie tengok macam nak nangis aje. Pasha kacau Yaya ke? Tadi auntie macam dengar suara orang bergaduh aje?” tanya Maria bimbang jika anak sulungnya mempermainkan Adelia. Dia maklum sangat dengan tingkah laku anaknya itu. Dingin. Macam bagus! Ish, mengutuk anak sendirilah pula! Tak baiknya aku! Maria ketawa dalam hati. Di luar Maria sekadar tersenyum nipis menjaga hati si gadis comel.

“Tak adalah, auntie! Tadi kita orang berbual aje. Mungkin bunyi TV yang kuat tadi yang buatkan auntie sangkakan ada orang bergaduh,” jelas Adelia perkara yang tidak benar sama sekali. Takkan nak cakap yang anak auntie teramatlah kurang ajar. Sudahlah hidup menumpang buatlah cara hidup menumpang. Adelia senyum mengambil hati.

“Auntie tau anak auntie macam mana Yaya tapi apapun Yaya jangan terasa hati ya. Pasha memang macam tu. Sabar ya.” Maria senyum sambil memeluk bahu Adelia dengan lembut. Adelia yang tidak pernah merasai kasih sayang seorang ibu begitu terharu dengan kemesraan Auntie Maria. Hm.. ni nak nangis ni.. Hm.. muka dah mendung semacam tunggu nak jatuh aje air mata ni. Adelia mencebik sayu.

“Baiklah, auntie! Yaya okey aje.” Kedengaran suara  Adelia sebak. Maria sedar Adelia masih dalam kesedihan. Jauh dari ayah kandungnya dan terpaksa tinggal dengan keluarga yang tidak pernah dikenali. Baiklah, mulai sekarang Adelia Nur Qaireen ialah anak perempuannya dan akan dimanja dan ditatang sepenuh hati, janji Maria. 

“Jom kita pergi ke dapur, auntie ada buat kek tau. Sedap..” Tangan Adelia ditarik dan dengan tergesa-gesa Maria menolak badan Adelia menghala ke arah dapur. Tak sabar hatinya mahu menunjukkan kek buatannya yang disediakan  khas untuk Adelia.

“Wah.. cantiknya kek!” Kecur air liur Adelia melihat kek yang telah dihias cantik berada di hadapannya. Maria senang hati melihat wajah comel Adelia ceria semula. 

“Mari, auntie potongkan kek ini untuk Yaya.” Pantas Maria mengambil pisau dan memotong kek buatannya dan meletakkannya di atas piring berbunga kecil. Lalu diletakkan di hadapan Adelia.

“Jemputlah makan!” jemput Maria sambil tersenyum. Maria senang hati melihat Adelia mula mencapai sudu untuk menjamu kek yang diberi. Adelia membalas senyum. Apa lagi! Nyum! Nyum! Lazatnya kek. Adelia makan dengan penuh berselera.

“Sedapnya auntie, kalah Secret Recepie rasanya” puji Adelia ikhlas. Dengan muka tak berapa nak malu Adelia dengan gopoh menghabiskan kek coklat di hadapannya. Sedap tak hengat! Nanti nak tambah lagi. Hehe.. 

“Tambahlah lagi! Kek ni auntie buat khas untuk Yaya.” Bahagianya bila mempunyai anak perempuan. Adelia yang mendengar kata Auntie Maria terus aje mencapai pemotong kek. Sepotong lagi selamat dikendurikan oleh Adelia. Pucuk dicita ulam mendatang. Rezeki jangan sesekali ditolak. Hehe.. Adelia riang. Terlupa terus episod sentap dengan Nik Pasha tadi.

“INI bilik Yaya ke auntie?” tanya Adelia tak percaya. Wow!  Kamar tidurnya seperti kamar tuan puteri beradu. Elegan! Dipenuhi dengan lace dan warna merah jambu. So.. girlish! Seperti cerita fantasi Barbie. Cutenya! 

“Cantik kan? Auntie sediakan khas untuk Yaya. Dah lama auntie nantikan anak perempuan supaya auntie dapat hiaskan bilik seperti ini. Cutekan!” Seronok melihat ‘anak perempuannya’ yang begitu teruja dengan pengubahsuaian bilik yang comel.

Adelia tersenyum sampai ke telinga melihat kamar yang bakal didudukinya. Bayangan mengarut dia didera dengan seterika hilang begitu sahaja. Adelia sedar Auntie Maria seorang yang baik dan penyayang. Kata ayah benar. Adelia silap kerana terlalu cepat memberi tafsiran negatif. Keluarga ini tidaklah teruk sangat cuma anak lelakinya saja yang teruk tak hengat!

“Thanks, auntie! Yaya hargai apa yang auntie lakukan untuk Yaya. Baru sekarang Yaya dapat merasai kasih sayang seorang ibu.” Hampir menitis air mata Adelia terharu dengan penerimaan Auntie Maria. 

“Tak apa, Yaya! Auntie memang teringin sangat nak anak perempuan. Dengan kehadiran Yaya impian auntie tercapai. Okey, Yaya? Sekarang, Yaya rehat dulu. Auntie nak sediakan makan malam yang istimewa hari ini.” Dengan lembut Maria mengusap bahu Adelia sebelum berlalu meninggalkan Adelia bersendirian di bilik barunya. Pintu bilik yang terbuka dibiarkan. Adelia memerhati persekitaran bilik. Terasa kehangatan dan kemesraan. Adelia tidak perasan ada seseorang sedang memerhatikannya di muka pintu. Nik Pasha memerhati dengan tajam. Gadis itu dilihatnya tersenyum sorang-sorang melihat begitu banyak teddy bear dan soft toy yang comel-comel di persekitaran bilik. Dilihatnya lagi gadis itu begitu geram memeluk dua ekor teddy bear sekali gus. Amboi! Kalau teddy bear itu bernyawa, mungkin dah lama minta nyawa. Semput kena peluk kuat-kuat. Nik Pasha geleng kepala. Dasar budak  perempuan cengeng! Bajet comel sangatlah tu!

“Tak malu, dah besar panjang pun nak main dengan teddy bear lagi. Macam budak kecik dahlah gedempol!” Berdesing telinga Adelia mendengar suara budak setan yang menyakitkan hati. Budak ni lagi, tak habis-habis nak menyakitkan hati. Entah hutang apa dia berhutang agaknya suka sangat buat dia sakit hati. Tahulah badannya berisi tapi tak adalah gemuk sangat. Chubby sikit aje kut. Ini ayah punya pasallah suka sangat belikan coklat. Ah, salah dia juga yang pelahap sangat makan coklat tu kenapa? Salah siapa? Salah dia juga!

“Terima kasih! Aku memang dah tau sangat aku ni siapa? Kau boleh pergi tak? Mata aku ni dah berbulu tengok kau yang kurang ajar ni!” Dengan pantas Adelia menolak Nik Pasha dengan kedua-dua teddy bear yang dipegang sehingga keluar dari bilik. Kemudian, menutup pintu dengan kuat. Adelia terlalu geram.

Nik Pasha yang tidak bersedia dengan tindakan Adelia amat terkejut kerana hidungnya hampir tercium pintu. Kalau terkena pintu tadi mahu patah hidungnya yang mancung. Nik Pasha menggosok hidungnya berkali-kali. Aset penting ni!

“Eh, budak ni!” Tangan Nik Pasha dengan kasar menepuk pintu bilik Adelia. Geram! Tak padan dengan menumpang rumah orang! Nik Pasha merengus kasar. Sakit hati.

Adelia baru nak gembira duduk di sini tetapi dia dapat merasakan anak Auntie Maria nampak sangat tidak menyukai dan mengalu-alukan kedatangannya ke rumah ini. Tetapi, apa yang harus dia lakukan? Terima seadanya? Hm.. ayah..

No comments:

Post a Comment