DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday, 13 July 2016

Jodoh Sebelah Pintu - Bab 13

AKU oleskan secalit gincu ke bibir dan aku
merapatkan bibir beberapa kali. Meratakan gincu yang berwarna
natural itu. Aku muncungkan mulut ke arah cermin. Nampak
cantik sangat bentuknya! Eh? Riak! Riak! Astagha.
Kemudian aku kepitkan bulu mataku dengan pelentik
bulu mata. Melindungi mata sembabku semalam. Teruk benar.
Menangis tak ingat dunia! Tiba-tiba rasa malu pada Encik
Tunang Tubi. Entah apalah yang dia katakan padaku nanti.
Aduhai. Harap dia tidak mengadu pada abah aku yang aku
menangis bagai nak rak hanya disebabkan bergaduh dengan
Julia. Tentu abah akan kata yang aku masih belum matang
lagi.
Melihat wajahku sendiri di dalam cermin membuatkan
aku tertawa kecil. Mata sembab sakan!
“Siapalah yang malang nak kat aku ni?” Aku menyoal
sendiri.
Pipiku, aku tepuk berkali-kali dengan kedua belah
tangan. Tak percaya. Mukaku yang biasa-biasa ini, ada ke
orang nak? Tapi, Encik Tunang Tubi kan tak pandang rupa?
Haraplah dia jenis macam itu. Jangan bila dia tengok aku
nanti, dia lari sebatu. Bukanlah nak kata muka aku tak lawa.
Lawa sebenarnya... ececeh!
Eeee, Ya Allah! Perasannya aku! Sambil membelek
muka sendiri yang bebas daripada noda jerawat ni. Tiba-tiba
aku tersentak.
‘Just give me a reason just a little bit enough! Just
a second we’re not broken just bend. And we can learn to
love again...’ SMS masuk! Aku berlari mendapatkan telefon
bimbitku di atas katil. Semenjak perbualan mesra antara aku
dengan Encik Tunang Tubi itu semalam, memang aku rasa
excited sekali melihat telefon bimbit.
Pagi tadi, celik sahaja mata, terus aku sambar
telefon. Entah apa penyakit aku hari ni agaknya? Ternantinanti
SMS daripada Encik Tunang Tubi. Aku belum kronik
lagi kan? Hehehe. Adakah SMS yang baru aku terima ini
daripadanya? Melihat ada satu SMS masuk. Aku berharap sangat
agar dia yang mesej. Hendak terkinja-kinja aku apabila SMS
daripadanya masuk.
Assalamualaikum. Morning, Aira. Kerja elokelok
tau. Drive safe.
Aku tersenyum sehingga ke telinga. Dah lama aku
tinggalkan perasaan begini. Sudah lama! ‘Fareez’ yang baru
muncul semula. Bahagianya. Apa aku nak balas ni? Banyak
kali aku membaca SMS yang sama. Bibir pula tidak hentihenti
menguntum senyuman. Jujur aku bahagia. Buat masa
sekaranglah...
Waalaikumussalam. Morning awak! Awak
pun sama. Kerja elok-elok. Jangan mengurat
nurse. Drive safe.
Sengaja buat-buat cemburu. SMS masuk lagi tidak
lama kemudian.
Saya dah ada awak. Buat apa saya nak
mengurat nurse?
Aku tersenyum sahaja. Membiarkan SMSnya yang
itu tidak berbalas. Sekarang sudah jam enam empat puluh
minit pagi. Biasanya aku bertolak ke sekolah pukul tujuh.
Hari ini sengaja aku hendak bertolak awal. Malas hendak
bertembung dengan Julia.
Telefon bimbitku berbunyi. Aku tersengih melihat si
pemanggil.
“Helo assalamualaikum.” Salam kuberi. Debaran tibatiba
muncul. Kali pertama berbual dalam telefon dengannya
untuk hari ini.
“Waalaikumussalam. Aira. Awak tak balas SMS saya...”
Ujarnya bernada rajuk. Aku ketap bibir. Heee. Tak balas mesej
pun jadi isu ke? Sedih sungguh suara dia bila aku mengabaikan
sahaja SMS daripadanya.
“Saya nak balas apa?” Aku menyoal pelik. Bila dia
dah kata macam tu, aku nak balas apa lagi? Aku bukannya
jenis yang suka berSMS sangat pun. Menaip menggunakan
komputer riba aku sukalah! Berbeza tu...
“Hmm, balas ajelah apa-apa. ‘Baiklah sayang’ atau apa
ke? Jangan gatal-gatal ke, sayang awak ke, apa ke...” Dia
merungut. Aduhai. Cair mak! Aku tergelak kecil mendengar
rungutannya itu.
“Sayang? Awak serius nak saya cakap macam tu?
Heee. Tak naklah saya!” Aku berkata sambil menggeliat geligeleman.
Dia ikut tergelak di hujung talian.
“Yalah. Saya dengar aje suara awak saya dah jatuh
sayang pada awak. Dengar awak menjerit malam tadi pun
dah berdetak hebat jantung saya. Tak tahulah awak macam
mana.” Ujarnya.
Aku telan liur. Wujudkah orang seperti ini? Mendengar
suara sahaja boleh jatuh sayang? Mendengar aku menjerit
pula berdetak hebat si jantung? Berdetak hebat sebab terkejut
gamaknya. Mengarut!
“Banyaklah awak punya sayang. Merepek. Kalau
jadi tunang saya pun belum tentu saya nak sayang ye.” Aku
berkata selamba.
“Betullah saya sayangkan awak. Tambah-tambah lepas
awak menjerit semalam. Alhamdulillah, itu awak. Tak ada
nak cover ayu. Tapi awak tu tak tentu lagi nak sayang
saya bila dah jadi tunang awak. Sampainya hati awak...”
Rajuknya. Dengar aku menjerit pun bertambah sayang? Hei,
ini pelik! Tak habis-habis dia duduk ungkit mengenai suara
aku menjerit semalam. Yakin aku ini jodoh dia hanya
disebabkan jeritan lolong aku? Dan... Alhamdulillah, itu aku
katanya? Bertambah tak faham aku dibuatnya!
“Okeylah. Gurau aje. Sorry okey? Saya kena pergi
kerja cepat ni. Saya tak nak terserempak dengan housemate
saya. Marah masih belum reda lagi ni.” Aku bersuara selamba.
Tak ada masa nak pujuk dengan ayat bunga-bunga.
Memang silap besarlah kalau dia nak aku pujuk dia cara
macam tu. Dia tergelak kecil.
“Jangan marah lama-lama sangat Aira. Tak elok untuk
awak. Tak elok untuk dia. Okeylah. Saya sayang awak. Bye
bye. Take care.” Ujarnya selamba. Mudahnya dia sayangkan
aku?!
“Err. Okay. Bye, take care too. Assalamualaikum.” Aku
berkata tanpa membalas kata-kata sayangnya. Baru sehari,
Mona. Baru sehari...
“Bye, waalaikumussalam.” Jawabnya.
Talian mati. Panaskan enjin sahaja sudah hampir
sepuluh minit. Aku masukkan buku ke dalam kereta. Sesudah
itu, aku duduk di dalam kereta sambil kaki tersadai keluar
sebelah macam biasa.
“Malam tadi ada yang terjerit kuat. Tension katanya.
Tension dengan bakal tunang ke...?” Sindir satu suara meleret.
Aku mendengus. Bad ni, kalau sehari tak ganggu aku
memang tak boleh ke? Memang dia tak dapat hidup tenang
ke macam mana? Dengar suara dia saja buat aku sakit hati.
Tapi... Alamak! Dia dengar suara aku menjerit macam tarzan
semalam? Gulp!!
Aku pandang dia dengan kerutan di dahi akibat rasa
tak puas hati. Irfan di sebelahnya hanya tersenyum manis.
Masing-masing berpakaian formal. Aku tak faham. Doktor
memang berpakaian formal begini ya? Pernah aku lihat,
seorang doktor hanya memakai baju t lengan pendek berkolar.
Atau kurang berdisiplin eh? Entah?!
“Hai Mona.” Sapa satu suara.
Oh my! Ini Encik Taufiq! Si Julia yang punya.
Nak tegur ke tak payah? Kalau tak menegur nanti, dia
tuduh aku sombong. Kalau menegur nanti, Julia tuduh aku
menggedik. Balas sahajalah pendek.
“Hai.” Balasku seperlahan yang boleh.
“Awak menjerit semalam kenapa?” Soal Taufiq lagi.
Aku telan liur. Dua-dua belah rumah dengar ek?
“Eh! Tak ada apalah...” Aku berkata malu-malu.
“Ye ke tak ada apa?” Muncul pula si Amirul Rashid.
Dia tersengih-sengih. Tangan di dalam kocek. Aku
telan liur. Aduhai. Semua dengarkah? Malunya. Menyesal aku
ikut cakap Encik Tunang Tubi semalam! Menyesal sangatsangat!
Kalau tak, tak adalah jiran-jiran aku nak pandang
pelik macam ni.
“Betullah tak ada apa. Cuma tension sikit je.” Aku
tersengih malu.
“Tension tu tension jugak. Mengganggu ketenteraman
awam tu kena ambil kisah jugak.” Sindir Bad lagi.
Hei, sekali aku ikut cadangan Encik Tunang Tubi
malam tadi ni bagus jugak. Mujurlah rumah aku tak ada
tukul. Kalau ada tukul, dah lama aku ‘senyapkan’ si Bad ni!
“Sibuklah!” Aku menjerkah.
Mukanya berubah. Dia mengusap dada. Barangkali
terkejut dengan jerkahanku. Siapa suruh mengganggu? Taufiq
dan Amirul Rashid ikut memegang dada dengan muka
terperanjat. Kuat sangat ke aku menjerkah? Aduhai.
“Uih mak! Garang betul la jiran kita ni. Tension benar
dia ni. Nampak! Nampaklah aku tekanan yang dia hadapi ni.”
Dia berkata kepada Irfan dengan muka terkejut.
Menyampahnya aku! Tangan masih setia mengurut
dada. Macam terperanjat sangat je kena jerkah.
“Biarlah dia lepaskan tension dengan cara dia. Berkesan
cara tu.” Irfan membela aku dengan senyuman meleret.
Aku menarik nafas. Dugaan macam ini kan hari-hari
aku hadap? Chill, Mona! Chill!
“Malang tunang dia...” Komen Bad sambil tersengih.
Urgh!
“Dengan tunang lainlah! Awak berdua apa tahu?!
Menyibuk aje tak sudah-sudah!” Aku marah lagi. Kenapa
mereka sering menyakitkan hati aku? Terutamanya Bad ini.
Benci betul aku dibuatnya.
“Uuuu! Dengan tunang tu lain macam mana ya Kak
Fashionista?” Bad menyakat lagi.
Irfan tergelak kecil sahaja. Comel! Eh? Aku bakal ada
tunang tak lama lagi, kan? Tak elok aku pandang lelaki lain.
Astaghfirullah.
“Macam ni!” Aku mengangkat penumbukku ke arah
Bad. Dia tergelak sambil menekan-nekan perutnya. Taufiq dan
Amirul Rashid ikut terkekeh-kekeh gelak melihat pergaduhan
aku dengan Bad ini.
“Mak aih!” Irfan terperanjat. Kemudian, dia tergelak
sama.
“Dum!” Pintu kereta aku tutup. Air-cond aku pasang.
Pagi-pagi lagi dah berasap satu badan! Budak dua orang tu
memang tak boleh nampak aku ke macam mana?! Geram
sungguh aku jadinya. Mujurlah dua beradik tu behave sikit
perangainya. Tak adalah nak menyakat aku macam si Bad
dan Irfan. Kalau mereka juga sekepala, boleh masuk hospital
sakit mental aku dibuatnya!
Aira... Awak sibuk ke?
SMS AKU terima pada hari itu membuatkan senyumanku
tanpa dapat ditahan lagi sudah mencecah ke telinga!
Jemariku laju sahaja menyentuh papan kekunci. Membalas
SMSnya.
Dalam kelas. Duduk-duduk aje pun. Tunggu
budak siapkan latihan
Aku membalas SMSnya dengan senyuman.
Awak jangan menggatal dengan budakbudak
tu ye
Bahuku terhinggut menahan gelak. Budak tak baligh
lagi pun dia ingat aku terliur ke? Kalau baligh sekali pun,
apa dia ingat aku ni jenis yang mudah jatuh cinta?! Apalah
Encik Tunang Tubi ni! Merepek betul!
Banyaklah! Awak ingat saya gatal sangat
ke sampaikan budak tak baligh lagi pun
saya nak tackle?
Tersenyum. Telefon bimbit di tangan aku pandang
dengan tak sabar. Cepatlah balas...
Okey. Kalau macam tu jangan menggatal
dengan yang dah baligh. Guru-guru lelaki ke
Dia menghantar SMS kepadaku tidak lama selepas
aku membalas. Aku tergelak juga akhirnya. Tak larat betul
aku kalau macam ni. Dia cemburu ke? Takkanlah!
Merepeklah awak ni!
Aku siap letak tanda seru lagi. Geram!
Betullah Aira. Saya tak nak awak menggatal
ke, digatalkan ke... Saya tak nak. Saya
tak nak awak tinggal saya walaupun saya
bukan siapa-siapa pada awak. Belum siapasiapa
lagi. Saya tak mahu bakal tunang saya
terberkenan kat lelaki lain...
Aku terlongo sekejap. Comelnya. Serius ke dia? Apa
pasallah romantik sangat ni? Siapalah gerangannya? Tak
sabar untuk aku tahu siapa dia. Cepatlah kahwin! Wehehehe...
gatalnya aku!
Eh nanti kejap, dia tak sibuk ke? Pelik juga aku!
Dari tadi berSMS denganku.
“Cikgu...” Panggil seorang anak muridku.
Aku angkat kepala. Masya-Allah! Dah depan mata aku
sahaja rupa-rupanya budak Ariff dan Zahid. Aku urut dada.
Telefon bimbit tercampak ke dalam beg. Mujur tak tercampak
ke lantai. Phew! Cepat-cepat aku kawal senyumanku.
“Ya Zahid, Ariff.” Aku menjawab serius.
“Dari tadi cikgu senyum. Ada apa-apa ke...?” Soal
mereka berdua sambil mengangkat-angkat kening dengan
riak muka nakal tak terampun. Aku membuntangkan mata.
Busybody betul budak dua orang ni!
“Tak adalah. Eh? Pelajar lain mana?!” Menyedari
bahawa hanya ada aku dan mereka berdua di dalam
kelas membuatkan aku terkejut sangat! Tadi, anak muridku
memang sedang tekun mengadap buku. Nak keluar rehat
punya pasal.
“Semua dah keluar rehat. Loceng dah berbunyi tadi.”
Zahid berkata jujur.
Aku terbelalak. Bila masa loceng berbunyi?! Ye yo
oh je budak-budak ni?! Aku pandang keluar. Eh?! Memang
sekarang dah waktu rehatlah! Pelik! Bila masa loceng berbunyi
ni? Takkan aku tak sedar bunyi loceng yang kuat tu?
Penangan Encik Tunang Tubi la ni.
“Hah?! Kenapa diaorang tak tunggu sampai cikgu
bagi keluar?!” Aku membebel geram. Boleh diaorang main
keluar aje? At least, hantarlah buku dulu, ke apa?
“Diaorang tanya tadi tapi cikgu sengih-sengih pandang
telefon dan tak jawab. Saya bagilah diaorang keluar. Kesian.
Diaorang mesti tengah lapar.” Ariff berkata. Aku tepuk dahi.
Baik hati si Ariff ni...
“Siapa suruh awak bagi diaorang keluar?!” Aku
membuntangkan mata dengan geram. Sesuka hati dia saja
memberi arahan kepada rakan-rakannya. Ya Allah budak dua
orang ni memang melampau sungguh!
“Sengaja, cikgu kan kawan uncle kita orang.” Jawab
Zahid tanpa rasa bersalah.
Muka tu dah la macam muka Bad. Aku tenyeh jugak
dengan cili muka budak ni! Selamba dia saja menjawab
begitu. Sabar ajelah! Boleh dia jawab ‘sengaja’? Eii! Terbit
perkataan ‘uncle’ itu mengingatkan aku kepada si Bad dan
Irfan. Sudahlah pagi tadi Bad menyakitkan hati aku dengan
sindiran dia. Huh! Meletup!!
“Masa bila entah cikgu berkawan dengan uncle korang?
Please! Bagi free pun tak nak!” Aku dah mula merusuh.
Dah ternampak Bad di muka si Zahid ini. Dendamku
pagi tadi masih belum berbalas. Tak balas pada Bad, pada
Zahid pun jadi! Padan muka! Siapa suruh muka sama?! Siapa
suruh perangai sama?!
“Ye ke tak nak? Uncle handsome pun cikgu tak nak ke?”
Soal mereka tak percaya.
“Tak nak.” Entah kenapa. Satu kerja pula aku nak
bergaduh dengan budak-budak ni! Memang aku dah tak ada
kerja lain sangat dah agaknya.
“Weh, percaya ajelah cakap cikgu tu. Tadi muka
cikgu berseri-seri main mesej. Rasanya ada lagi handsome
daripada uncle kita kut yang mengurat cikgu?” Ariff berbisik
kepada Zahid. Zahid mengangguk-anggukan kepalanya. Ingat
aku tak dengar bisikan korang berdua?! Berbisik macam pakai
mikrofon! Bertuah punya budak! Ada yang makan rotan ni
kejap lagi...
“Tapi uncle paling handsome. Pakwe cikgu mesti tak
handsome macam uncle.” Zahid mencebirkan bibirnya.
Aku rasa macam nak marah bila Encik Tunang Tubi
aku kena kutuk oleh pelajar tak siap ni. Encik Tunang Tubi
aku tak bersalah! Biarlah muka dia tak handsome sekali pun
asalkan perangai dia lagi handsome daripada jiran aku tu!
“Hei! Pergi rehatlah!” Aku mengamuk geram. Sakit
pula hati aku diapi-apikan anak muridku ini. Mereka berdua
tergelak serentak dan berlari-lari anak keluar kelas.
“Cikgu menggatal! Tak malu!” Sempat lagi mereka
menyanyi mengejek sambil menonggengkan punggung
kepadaku. Eee! Sebijik perangai Bad dan Irfan! Aku geram
betul! Tak hormat aku langsung. Mentang-mentanglah aku
dah capai kata sepakat dengan Irfan dan Bad dulu bahawa
aku tidak akan mengenakan sebarang tindakan terhadap
mereka. Menyesal aku!
Telefon bimbit dalam beg aku capai semula. Bertubitubi
SMS daripada Encik Tunang Tubi aku. Hailah. Sorry!
Aira.
Aira...
Kenapa tak balas?
Sibuk eh?
Baru lagi hendak membalas, telefonku bergetar.
Panggilan masuk. Hesy dia ni! Tak boleh nak tunggu
langsung ke? Aku mulalah rasa nak marah bila setiap masa
dia asyik nak on call, nak mesej. Sudah lama aku abaikan
telefon bimbitku sebelum ini, dan sekarang aku perlu sentiasa
bersama telefon bimbit kembali.
“Helo, assalamualaikum.” Aku memberi salam lantas
mengemas barang-barangku. Aku mahu naik ke pejabat guru.
Sudah habis waktu mengajar rupa-rupanya. Malu betul aku
tertangkap dengan dua orang budak nakal tak terampun
itu.
“Kenapa tak balas SMS saya, Aira?” Soalnya merengek.
Aku tahan gelak. Tak balas pun jadi isu?! Bukan tak balas
sebenarnya, tak sempat balas.
“Saya tak sempat balas. Anak murid saya yang namanya
Zahid dan Ariff tu nakal tak terampun. Dia perasan kita
berSMS. Dia sakat saya. Tak larat betullah saya dengan diaorang
berdua tu. Dua kali lima dengan pak cik saudara diaorang.
Tak tahan! Nak pecah kepala saya ni!” Aku mengadu geram.
Terkacip habis gigiku. Tanpa aku dapat tahan, kaki sudah
pun menghentak lantai. Geram!
“Pak cik saudara dia? Awak kenal? Hmm?” Soalnya
seakan-akan merajuk.
“Ya, saya kenal. Dulu, budak dua orang tu pancitkan
tayar kereta saya. Saya suruh diaorang panggil penjaga, sekali
dia panggil pak cik saudara diaorang. Lagi malang bila pak
saudara diaorang tu jiran sebelah rumah saya, awak tahu
tak? Dahlah yang dua orang tu perangai kalah badut! Di
rumah, saya kena sakat dengan diaorang berdua, di sekolah
dengan anak buah diaorang berdua. Saya sampai pengsan
hari tu. Semuanya disebabkan empat makhluk tu! Dahlah saya
dirawat oleh jiran saya tu jugak, awak fikirlah sendiri
berapa kali malang yang saya terima sebab diaorang dalam
satu hari sahaja.” Aku berkata bersungguh.
Geram. Encik Tunang Tubi berdekah-dekah mendengar
aduanku. Aku mencemik. Tak bersimpati pada akukah?!
“Kesiannya kat awak, Aira. Kat sekolah ada orang
menyakat, kat rumah pun ada orang menyakat juga. Kat
rumah mak dan abah pun mesti mak dan abah awak menyakat
awak kan?” Soalnya. Aku tersenyum. Dia faham aku.
“Ya. Memang betul sangat tu. Dekat rumah dengan
dua ekor badut, dekat rumah mak, dengan perangai abah
yang susah nak serius. Kat sekolah dengan murid lagi. Cikgu
pun sakat saya juga. Cikgu Farhan! Orangnya nampak serius.
Tapi kuat menyakat.” Aku berkata pula bersama keluhan. Harihari
aku disakat lima makhluk itu. Tak larat... Mujurlah aku
jarang disakat abah sebab aku jarang balik rumah mereka...
“Cikgu Farhan? Lelaki ke perempuan dia tu?” Soalnya.
Aku tergelak.
“Lelakilah! Mana ada Farhan nama perempuan.” Aku
membebel. Setahu aku, payah nak ada perempuan nama
Farhan. Ada tu memanglah ada... Tapi... Jarang-jarang.
“Ada... Pesakit saya nama Farhan, perempuan...”
Katanya pula.
“Okey. Dia lelaki.” Aku membetulkan.
“Awak jangan menggatal dengan Farhan tu.” Dia
memberi pesan. Aku menggeleng-gelengkan kepala. Tak sangka
dia ni jenis cemburu juga orangnya.
“Tak ada masa saya nak menggatal dengan dia. Kalau
saya nak, dari dulu lagi saya menggatal dengan dia.” Aku
menjawab selamba.
“Dia menyakat apa?” Dingin suara Encik Tunang
Tubi. Alamak. Cemburu ke?
“Kes tayar pancit dululah. Dia ajak saya naik
motor dengan dia. Konon nak tumpangkan saya. Bersungguhsungguh
dia ajak...” Belum pun aku habis bercerita, dia
menyampuk.
“Lepas tu awak naik tak?!” Soalnya kuat. Terkejut
aku!
“Tak. Sebab tu bukan motor dia, tapi tu motor pak
cik tukang kebun. Dia gelak semahunya bila saya cakap
yang saya tak nak naik motor dengan lelaki. Tak manis.
Geram betul saya. Lepas tu dia ajak saya naik kereta dia.
Itu baru betul. Kereta dia...” Aku tak habis bercerita lagi,
sekali lagi dia menyampuk.
“Habis tu awak naik?!” Soalannya kuat macam tadi.
Aku mendengus. Apa kena dengan Encik Tunang Tubi aku
ni?!
“Taklah. Saya dah malu gila sebab kena sakat masa
tu. Takkan saya nak naik? Lepas tu saya bawak buku saya
tunggu bas. Saya tumpang jiran saya balik rumah. Jiran
yang badut tu...” Aku bersuara takut-takut. Takut sebab suara
Encik Tunang Tubi tadi macam marah-marah. Tiba-tiba dia
tergelak.
“Eleh, dalam badut orang tu nak pulak awak tumpang!
Lain kali jangan tumpang sesiapa. Jiran-jiran awak pun jangan,
melainkan ada orang lain. Perempuan atau budak! Dengar
cakap saya ni...” Dia berpesan.
“Baik awak...” Aku patuh.
“Saya tak nak awak jatuh cinta dengan jiran awak.
Saya nak awak jatuh cinta dengan saya seorang sahaja.” Ujarnya.
Aku angguk. Eh! Dia tak nampak!
“Baik awak. Insya-Allah...” Aku patuh lagi.
“Mona!” Panggil satu suara garau. Aku berpaling.
Telefon bimbit masih di tangan. Kelibat Cikgu Farhan menyeluk
poket seluarnya muncul. Dia bersandar ke pintu kelas aku.
“Ya saya?” Aku menyahut.
“Aira?” Di talian pun sama! Adess!
“Awak tak keluar rehat ke?” Soal Farhan. Aku
menggeleng.
“Tak rehatlah, Pa’an. Saya puasa hari ni.” Aku berkata
sambil tersenyum.
“Oh! Puasa ganti erk?!” Soalnya nakal bersama sengihan
yang memang selayaknya menerima tamparan menggunakan
kaki. Aku menjegilkan mata. Malunya! Dia tergelak kuat.
“Gurau-gurau. Saya pergi dulu.” Dia meminta diri.
Aku mengangguk.
“Saya panggil, awak buat tak tahu. Dia juga yang
awak layankan...” Ujarnya berjauh hati. Aku menelan liur.
“Dia siap bergurau pasal peribadi awak pula tu.
Saya tak suka. Gatalnya cikgu tu. Kalau kita dah kahwin
nanti, memang saya cucuk dia dengan ubat pelali kalau dia
bergurau macam tu lagi dengan awak.” Dia berkata geram.
Aku tergelak mendengar kata-katanya. Mentang-mentanglah
dia itu doktor. Main cucuk-cucuk orang sajalah yang dia
tahu!
“Ganasnya doktor ni!” Aku berkata sambil tergelak.
“Jangan gelak. Saya sedang serius. Saya tak nak orang
kacau wife saya macam tu. Sekarang dia selamatlah sebab
awak belum jadi tunang dan wife saya...” Dia bersuara
geram. Aku mengulum senyum. Aduhai. Kelakar juga dia
ni rupa-rupanya.
“Okey sorry. Saya pun tak expect dia nak bergurau
benda macam tu. Saya puasa nazar sebenarnya. Anak murid
saya banyak dapat 5A dalam percubaan.” Aku bercerita hal
sebenar kenapa aku berpuasa. Bukanlah disebabkan puasa
ganti.
“Itu pun awak yang berpuasa nazar kenapa?” Soalnya
sambil tergelak kecil. Tiada lagi suara merajuk. Lega. Mudah
sejuk rupa-rupanya dia ni.
“Sebab... Saya punya subjek ramai yang dapat A...”
Ujarku bangga.
Bukan sengaja nak berbangga tetapi... Ini berita
gembira. Aku perlu berkongsi dengan seseorang dan dia
adalah Encik Tunang Tubi aku.
“Tahniah Aira. Saya tahu awak seorang guru yang
bagus.” Pujinya.
Aku tersenyum. Kaki melangkah ke bilik guru
apabila masa rehat hampir tamat. Aku dan Encik Tunang Tubi
akhirnya berhenti berbual buat masa ini...

No comments:

Post a Comment