“KAU ni kenapa?” bentak Harith dengan kasar
sebaik saja mereka sudah berada di dalam bilik. Pintu bilik
yang besar dan indah itu sudah berkatup rapat. Matanya
masih tajam merenung Qaseh yang hanya membisu dengan
wajah tanpa sebarang riak. Sakit hati!
Qaseh pula masih berdiri kaku merenung di segenap
ruang bilik tidur milik Harith yang tampak mewah dan indah
itu. Memang jauh berbeza dengan bilik usang miliknya di
kampung.
‘Patutlah Harith berlagak tak ingat dunia.’ Gumam
Qaseh sambil matanya masih tetap setia, melilau ke segenap
ruang tanpa mempedulikan jelingan tajam Harith.
“Hoii!!! Kau dengar tak? Aku bercakap dengan kau
ni!” Harith semakin hilang sabar. Tangan Qaseh disentap
kasar sehingga tubuh Qaseh terdorong ke depan dan terus
berlaga dengan tubuh sasa miliknya.
“Aduhh!!! Awak ni kenapa? Nak bunuh orang ke apa?”
Qaseh sudah menarik tangannya kembali dan mengundur
sedikit ke belakang, menjarakkan dirinya daripada Harith.
‘Adoi! Sakit lengan aku. Dahlah tangan besar macam
gajah!’ kutuk Qaseh dalam hati.
“Kau tu yang pekak!!! Aku bercakap dengan kau,
boleh kau buat tak tahu aje. Aku tahulah bilik kau yang dekat
kampung tu tak secantik bilik aku ni, tapi janganlah tunjuk
sangat jakun kau tu.” Suara Harith masih lagi meninggi,
merenung Qaseh dengan tajam tanpa berkelip. Jika diikutkan
rasa hatinya yang tengah marah itu, mahu ditamparnya
Qaseh cukup-cukup.
‘Boleh pulak orang bercakap dengan dia, dia buat
bodoh aje!!!’
“Hmm... apa yang awak tak puas hati ni? Cuba awak
bawa mengucap. Asyik-asyik nak naik angin aje. Apa sebab
yang awak nak meroyan tak tentu pasal ni?” soal Qaseh
dengan nada perlahan dan muka yang selamba, malas mahu
melayan angin Harith.
“Kau tu la! Tadi kenapa depan tok ayah kau buat
muka hah? Kan kita dah setuju nak berlakon depan semua
orang.”
“Buat muka?” Dahi Qaseh sudah berkerut, buat-buat
tidak faham dengan pertanyaan Harith.
“Kau tak payah nak buat muka seposen. Aku tahu
kau faham maksud aku.” Harith masih belum berpuas hati.
“Okey! Saya cuma tak suka awak pegang dan peluk
saya sesuka hati. Kalau ye pun awak nak berlakon, tak
payahlah nak ambil kesempatan. Saya tak suka!!!” bidas
Qaseh akhirnya.
“Wooowooo.... tunggu dulu! Kau cakap apa tadi? Aku
cuba ambil kesempatan? Ha... ha... ha... lawak bodoh ke apa
ni? Kau jangan nak perasan boleh tak. Aku pun tak inginlah
nak sentuh kau. Kalau bukan sebab nak berlakon depan tok
ayah, jangan harap aku nak sentuh atau pegang kau. Dalam
mimpi pun aku tak inginlah.” Harith sudah ketawa mengejek.
Kakinya melaju ke arah penyidai tuala dan terus mencapai
tuala dengan laju. Panas betul hatinya melayan Qaseh.
‘Mandi lagi bagus!!!’ gumam Harith dalam hati
dengan muka yang mencuka.
“Awak nak buat apa ni???” Qaseh separuh menjerit.
Mukanya sudah merona merah, lalu dia terus berpaling ke
arah lain.
Jantung Qaseh kembali berlari laju. Seumur
hidupnya, inilah pertama kali dia melihat seorang lelaki asing
tak berbaju berdiri di hadapannya. Selalunya cuma Tok Daud
saja yang berbuat begitu.
“Buka bajulah! Kau nampak aku tengah makan nasi
ke?” bidas Harith sambil tersenyum mengejek.
‘Berlagak suci konon!’ ejek Harith dalam hati. Dia
mencampakkan baju dan seluar yang dipakainya tadi ke atas
katil dan dengan hanya bertuala, dia terus menghilangkan
diri ke dalam bilik air.
Qaseh menarik nafas dalam-dalam, rasa tersekat
seketika nafasnya di kerongkong.
“Huh!!! Mamat berlagak tak tahu malu. Kalau
macam ni hari-hari, boleh sakit jantung aku.” Qaseh
merungut sendiri sambil mengurut dadanya.
QASEH masih terkebil-kebil di meja makan. Usai
menunaikan solat isyak sebentar tadi, dia telah dipanggil
turun oleh Mak Siti untuk makan malam bersama. Hidangan
penuh di atas meja masih dipandang sepi oleh Qaseh. Nasi
di pinggannya pun belum terusik lagi. Ingatannya pantas
melayang jauh, teringatkan datuknya yang berada nun jauh
di kampung.
‘Atuk buat apalah sekarang? Apa yang atuk makan
malam ni agaknya?’ Qaseh mula bermain dengan emosi.
“Qaseh, apa yang termenung lagi tu? Makanlah
cepat.” Tegur Tan Sri Musa dengan lembut sambil tersenyum
manis apabila melihat Qaseh hanya merenung saja lauk-pauk
yang terhidang di atas meja sedari tadi.
“Hah? Err... ye tok ayah.” Jawab Qaseh
tergagap-gagap. Kini wajah tua datuknya sudah hilang
dari ingatan, diganti pula dengan wajah Tan Sri Musa. Dia
mengukir senyum, cuba menyembunyikan rasa di hati.
“Kenapa sayang, tak suka lauk-lauk ni ke? Tak biasa
makan lauk-lauk macam ni ye?” tanya Harith perlahan sambil
tersenyum nipis.
Qaseh tahu Harith sedang memerli sebenarnya.
“Ehh... tak adalah. Suka.” Jawab Qaseh laju sambil
tersenyum kelat.
‘Kurang asam punya mamat berlagak! Saja nak
kenakan akulah tu. Aku tahulah aku ni orang miskin, tak
pernah makan lauk-pauk yang mewah macam ni.’ Desis
Qaseh dalam hati. Sakit pula hatinya melihat wajah Harith
yang tampak bersahaja itu.
“Dah tu... cepatlah makan. Ke sayang nak abang
suapkan?” tanya Harith lagi sambil mengangkat kening dan
tersenyum lebar. Dia merenung manja kepada Qaseh.
Tan Sri Musa hanya tersenyum senang melihat
kemesraan cucu dan cucu menantunya itu. Lega rasa hatinya
melihat layanan baik Harith terhadap Qaseh.
“Errr... tak payah!” Laju saja Qaseh memangkah.
‘Cis!!! Sayang konon. Nak termuntah pulak aku rasa.
Kau pandai berlakon ek. Takpe, aku bagi kau berlakon dulu
puas-puas. Tapi kan, bila kau senyum macam tu... kenapa ek,
jantung aku ni laju pulak berdegup? Haisshhh!!! Qaseh!!! Apa
yang kau merepek ni?’
“Dah tu, termenung apa lagi tu?” sekali lagi suara
lelaki Harith menerjah tepat ke gegendang telinganya.
Qaseh cepat-cepat menyuakan nasi ke mulutnya
sebaik saja mendengar pertanyaan Harith, tidak mahu lagi
isu itu dipanjangkan. Tan Sri Musa tersenyum lebar melihat
gelagat Harith dan Qaseh.
“AWAK buat apa tu?” tanya Qaseh dengan dahi berkerut
melihat Harith yang sedang menghampar Toto tebal di lantai.
Dia berdiri tegak berhampiran Harith, memerhatikan segala
tingkah Harith dengan penuh minat.
Harith berhenti seketika, mata Qaseh direnung
tajam.
‘Huhh! Dah tengok, lagi mahu tanya ke?’ bentak
Harith dalam hati.
“Soalan apa kau tanya ni? Kau tengok aku tengah
buat apa, makan jajan?” bidas Harith dengan nada menyindir
sambil menyambung semula kerjanya.
Berdesing telinga Qaseh mendengar jawapan yang
begitu sinis daripada suaminya itu.
‘Ee... geramnya aku! Sabar Qaseh... sabarrr... dia
sekarang dah jadi suami kau.’ Qaseh menarik nafas panjang
cuba menyabarkan dirinya. Pesan Tok Daud bagaikan
terngiang-ngiang di telinganya.
‘Qaseh, sekarang Qaseh dah jadi isteri
orang. Walau apa pun yang terjadi, Qaseh
kena patuh dan taat pada suami, hormat
suami. Syurga seorang isteri itu terletak di
tapak kaki suami. Atuk tak nak Qaseh jadi
isteri derhaka.’
Qaseh mengeluh kecil, dia beristighfar beberapa kali
di dalam hati. Sukar betul untuk dia mendidik hatinya supaya
berlembut dan berbaik sangka kepada lelaki, lebih-lebih lagi
kepada lelaki yang sedang berdiri di hadapannya sekarang.
Lelaki yang langsung tidak dikenalinya dan kini sudah sah
bergelar suaminya. Lelaki yang terang-terangan membenci
dirinya.
Sekali lagi Qaseh mengeluh, cuba menghilangkan
rasa geram yang berbekam di hatinya kini. Seketika kemudian
dia bersuara dengan perlahan, cuba sedaya upaya untuk
berlembut. Nanti tak pasal-pasal pula jadi isteri derhaka.
“Hmm... saya tahulah awak tengah hampar Toto tu,
tapi nak buat apa hampar dekat situ suamiku sayanggg... Lagi
satu, boleh tak kalau saya tanya awak apa-apa, awak jawab
dengan baik? Tak payahlah nak ikut angin meroyan awak tu,”
balas Qaseh lembut sekali tapi cukup berbisa.
Harith pantas berpaling, merenung tepat ke dalam
anak mata Qaseh. Mata mereka bertembung, lama begitu.
Tiba-tiba saja jantung masing-masing mula berdegup
kencang.
Qaseh sudah macam cacing kepanasan. Redup
mata Harith yang menikam tepat ke dalam anak matanya
itu membuatkan dadanya berasa sesak dan sukar untuk
mengatur nafas.
‘Hesy, kenapa ni Qaseh! Tak pernah-pernah pulak
kau rasa macam ni. Cool okey... kawal emosi kau tu.’ Qaseh
sudah mula bercakap sendiri dalam hati.
Dada Qaseh semakin sesak tatkala Harith sudah mula
datang mendekat, rapat terus kepadanya. Qaseh mengundur
setapak ke belakang, tetapi Harith mara lagi setapak ke
hadapan.
Gulppp!!! Qaseh sudah menelan liur. Mukanya sudah
berubah cuak. Mata Harith yang masih setia merenungnya
itu benar-benar membuatkan jantungnya bagaikan mahu
melompat terus keluar. Sekali lagi Qaseh mengundur, namun
langkahnya sudah tersekat. Dia sudah tersandar di dinding
bilik, tidak dapat bergerak ke mana-mana lagi.
Harith tersenyum sinis, terus mara ke depan
betul-betul menghadap Qaseh. Wajah mereka begitu dekat
sehinggakan Qaseh dapat mendengar dengan jelas bunyi
desahan nafas Harith yang seakan tidak begitu teratur tika
itu.
‘Ya Allah... apa kena dengan mamat berlagak ni?
Janganlah dia buat benda yang bukan-bukan.’ Getus Qaseh
tidak putus-putus dalam hati. Mukanya sudah berpeluh nipis,
seram melihat renungan dan senyuman yang dilemparkan
Harith kala itu.
Harith pula semakin galak mengenakan Qaseh.
Wajah ayu Qaseh direnung dengan begitu rakus, seakan
tidak mahu ketinggalan walau seinci pun. Dari dahi turun ke
kening, kemudian beralih pula pada mata Qaseh yang jernih.
Dari mata, turun pula pada hidung Qaseh yang terletak cantik,
dan akhirnya pandangan Harith jatuh tepat pada bibir merah
basah milik Qaseh. Lama pandangannya terpaku di situ.
Gulpp!!! Kini giliran Harith pula yang menelan liur.
Entah mengapa hati lelakinya berdebar-debar melihat semua
keindahan milik Qaseh.
‘Huhh!!! Cantik juga isteri aku ni. Lama-lama boleh
cair jugak ni,’ bisik Harith sendiri. ‘Isy!!! Jangan buat kerja
gila Harith! Ingat balik tujuan kau kahwin dengan dia. Bukan
sebab cinta okey. Kau dah ada Bella, lagi seksi, lagi hot.
Perempuan kampung ni boleh jadi bahan je untuk kau!’ desis
Harith lagi. Dia kemudiannya tersenyum penuh makna.
Bulu roma Qaseh mula berdiri tegak tatkala Harith
sudah mula membelai pipi dan bibirnya dengan hujung jari.
Qaseh kaku. Seumur hidupnya dia tidak pernah berdepan
dengan situasi begitu. Selama ini dia paling rapat dengan
Aamar, tetapi Aamar tidak pernah berkelakuan begitu. Qaseh
mula rasa keliru.
‘Ya Allah!!! Aku takut... bantulah aku...’ doa Qaseh
tidak putus.
“Nak cakap baik-baik macam mana? Macam
sekarang ke?” Harith berbisik lembut di telinga Qaseh sambil
tangannya membelai mesra rambut Qaseh.
“Errr...” Qaseh kelu. Jantungnya jangan cakaplah,
rasa macam nak melompat terjun aje. Dahinya pula sudah
berpeluh-peluh, takut betul apabila Harith berkelakuan
begitu.
“Hmm... kalau kau nak tahu, aku hampar Toto tu
sebab aku nak tidur kat situ. Kau ingat aku kebulur ke nak
tidur dengan kau kat atas katil tu. Memang taklah.” Bisik
Harith masih perlahan di tepi telinga Qaseh tapi cukup
berbisa dan menggores hati Qaseh. Tubuh Qaseh ditolak ke
tepi dan sambil ketawa mengejek, Harith berlalu ke arah Toto
yang dihampar sebentar tadi. Dia terus merebahkan diri di
situ.
Zupp!!! Terasa darah menyerbu ke muka Qaseh.
Tiba-tiba saja perasaan yang terbuai tadi bertukar rentak.
Seketika itu juga perasaannya bercampur baur. Ada rasa
benci, ada rasa malu, ada rasa sedih, ada juga rasa geram.
Yang nyata semua rasa itu kini bercampur baur menjadi
satu, membuatkan Qaseh seolah-olah mahu menjerit dan
menangis.
‘Ya Allah... sakitnya hati!!! Atuk.... Aamar... Comot...
tolong Qaseh. Qaseh nak balikkk...’ rintih Qaseh dalam hati
dengan mata yang mula berkaca.
No comments:
Post a Comment