DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday, 13 July 2016

Jodoh Sebelah Pintu - Bab 6

“KESIAN dia...” Masih lagi dalam mood
mengejek aku.
Aku tahankan rasa geram yang sudah mencapai
tahap dangerous ni. Sudah puas aku halau dia balik, tapi dia
masih berdegil konon-konon nak temankan aku kat sini.
Kalau tak teman, tak adanya hati aku nak sakit macam
sekarang ni! Masalahnya, dia buat apa kat sini?
“Awak boleh balik tak?” Soalku kasar.
“Awak ni sombong sangatlah, Mona. Tak baik tau
sombong-sombong sesama jiran.” Tegurnya.
“Habis yang awak gatal sangat nak menegur tu
kenapa? Dah tahu saya memang spesies macam ni dari awal
awak pindah rumah tu kan?” Soalku sambil menghentam.
Dia tersenyum manis. Tidak langsung terkesan. Seperti
kebiasaannya. Oh tuhan, dia memang kacak.
“Saya tegur awak sebab kesombongan awak ni la.
Betul-betul respect pada awak sebab awak tak melayan. Saya
cuma nak ajak awak berkawan. Bukan ajak berkahwin. Tapi
kalau berkahwin pun...” Pappp! Buku aktiviti anak muridku
aku tumbuk geram. Biarpun tanganku sakit, muka aku buatbuat
tenang. Macam aku dapat sambung saja ayatnya di
belakang.
“Sebab itulah saya tak suka awak! Awak ni spesies
kuat mengayat!” Aku menembaknya dengan kata-kata sinis.
Dia tersengih sahaja. Kepala digaru-garu dengan muka
berkerut-kerut.
“Saya memang macam ni. Dengan awak aje
sebenarnya. Awak mengingatkan saya pada seseorang yang
sangat baik dengan saya. Tapi awak janganlah risau, bukan
nak mengayat pun.” Ujarnya sambil tersengih.
“So Irfan, kalau awak nak berkawan, awak kawanlah
dengan Julia. Dia tu macam ada hati kat awak.” Aku berkata
selamba. Kalau Julia tahu yang aku sedang kenenkan dia
dengan Irfan, tentu dia rasa bangga gila. Dia itukan suka
pada Irfan?
“Saya suka dia sebab dia ramah. Tapi saya suka
awak jugak sebab awak misteri. Awak garang. Seperti yang
saya kata, awak mengingatkan saya pada seseorang yang
saya kenal.” Misteri? Aku mencemik.
Siapa orang yang dia kenal? Kekasihkah? Wah! Kalau
dia ada kekasih, rasanya tak perlu lagi dia nak menggatal
di sini. Tapi, dia menggatalkah? Sebenarnya tidak. Habis
tu, berkahwin tadi? Alah, aku tak tahu pun ayat seterusnya,
bukan?
“Saya tak suka awak suka saya sebab saya tak
suka awak yang suka mengayat ni suka kat orang yang
suka menyendiri macam saya.” Aku berkata dengan penuh
semangat.
Lama-lama aku terdiam. Memikirkan semula katakataku.
Apa pasal macam lebih daripada lima aje perkataan
‘suka’ yang aku sebut ni? Betul-betul tak suka ke eh? Muka
Irfan pun terkejut. Kemudian dia mengulang tayang ayat
aku beberapa kali dan beberapa kali itu juga dia tersangkut.
Alamak Mona! Kau dah buat dia dan kau sendiri keliru! Aku
tepuk dahi.
“Saya tak suka, awak suka saya, sebab saya... Apa
tadi, Mona?” Soal Irfan sambil menggaru belakang telinga.
Aku tergelak spontan. Kasihannya dia. Macam duduk kat lost
world! Terkeliru pula. Usahkan dia, aku sendiri pun keliru!
“Saya dah lupa.” Aku bercakap sambil berdeham.
Tak sangka aku boleh tergelak. Irfan ikut tergelak.
“Apalah awak ni! Cakap sampai berbelit urat otak
saya.” Dia tergelak kecil.
Aku tersenyum. Lama-lama keadaan jadi canggung
pula. Teringat bagaimana aku menempek aiskrim ke atas
kepalanya baru-baru ini. Err. Dia ni sebenarnya okey. Cuma
aku tak suka tang dia menggatal tu aje. Rasa nak cekikcekik
aje.
“Pasal aiskrim tu. Err, maaf...” Aku bersuara serbasalah.
Aku tak sangka yang aku akan minta maaf dengan
dia. Mungkin sebab kesudian dia untuk menegur aku tanpa
mengungkit kisah aiskrim itu kut? Dia tergelak spontan.
“Dahlah. Apa-apa ajelah Mona. Saya tak kisah langsung.
Betul kata awak, automatik saya rasa sejuk atas kepala
waktu tu.” Dia berkata. Aku tergelak kuat. Hilang keayuan
yang aku cuba cover selama ni. Kelakarlah dia ni rupanya.
Boleh dia relaks aje bila dah dapat ‘hadiah’ daripadaku.
“Jom, saya hantarkan awak balik.” Dia mempelawa
sambil tergelak lagi. Aku tersenyum sahaja mendengar
pelawaannya. Dia baik. Sebenarnya... At least! Hahaha.
“Tak apalah!” Aku bersuara. Menolak. Malu.
“Anggap ajelah saya maafkan awak kes aiskrim
tu kalau awak sudi dihantar saya.” Dia berkata sambil
tersenyum senget.
“Tadi awak kata tak kisah?!” Aku memprotes. Ingatkan
aku dah dimaafkan.
“Tak kisah dan dah maafkan tu berbeza.” Dia pamer
senyum senget lagi sekali.
Aku mendengus. Oh! Nak ambil kesempatan
rupanya. Tak maafkan dan tak kisah tu berbeza ke? Macam
pelik aje. Kalau tak kisah, tentulah kesalahan aku dimaafkan.
Eh? Teori mana pula yang aku pakai ni?
“Cepatlah Mona.” Ajaknya.
Aku akhirnya bangkit. Memang sampai kiamatlah
kalau tunggu bas ni ada. Biasanya hampir setiap jam ada.
Entah kenapa hari ini payah sangat nak dapat bas, entah?
Kalau aku bawa kereta, hampir setiap minit terserempak
dengan bas. Tak RapidKL, Metrobus! Hari ini, semua tak ada.
Dah kena bom ke apa? Hesy!
“Sebelum awak masuk, hai! Nama saya Irfan, saya
jiran baru awak.” Irfan mengucap salam perkenalan. Aku
sengih. Nak kena jawab jugak ke sedangkan aku memang
dah tahu nama dia Irfan dan dia memang dah tahu nama
aku.
“Hai, Irfan. Nice to know you. Really.” Aku haikan
dia dengan senyuman aje. Dia tergelak bukan main kuat
lagi. Entah apa yang lucunya aku pun tak tahu?
“Masuklah, Mona. Jom, saya hantar awak.” Dia
mengalah akhirnya. Aku akhirnya mengangguk. Buku, aku
letak atas riba.
“Meh sini buku-buku tu.” Dia meminta. Aku
mengangkat buku-bukuku.
“Kenapa?” Soalku pendek.
“Nak letak kat belakang la.” Ujarnya pula.
“Tak apalah.” Aku menolak. Dia tetap meminta.
Akhirnya aku menyerahkan dengan keluhan. Mengalah.
Dia ni gentle sangat ni pasal apa? Aku rasa dia ni
dah salah anggap. Aku bukan orang yang dia kenal tu. Aku
Mona aje. Jiran dia.
“Saya nak ajak awak makan dulu ni. Perut dah
berkeronyot.” Dia berkata pula.
Berkeronyot ke berkeroncong? Berkeronyot bunyinya
buruk benar! Entah perkataan itu diapprove atau tidak dalam
kamus dewan. Aku rasalah... Eh kejap? Dia nak pergi makan
dulu ke?
“Awak nak pergi makan dulu?” Soalku. Dia angguk.
Seatbelt dipasang. Aku menelan liur. Aku kena teman diakah?
Menyesal pula aku tumpang dia balik!
“Awak dah habis kerja dah?” Aku menyoal lagi.
“Belum. Patutnya saya buat half day hari ni. Tapi...
Macam malas pulak! Sayang gaji. Nanti nak cuti lagi dah
payah.” Katanya sambil tergelak. Aku tersenyum.
“So, apa kes awak tadi? Macam mana boleh rosak
kereta?” Dia menyoal sambil memandu.
Air-cond bukan main kuat lagi dia pasang. Boleh
beku bulu hidung aku duduk menghirup udara di dalam ni.
Dah tentu-tentu kerja dalam office ni. Berair-cond. Berkemeja
dan bertali leher bagai. Nak duduk tempat sejuk aje. Beruang
kutub tak sedar diri! Eh? Terkutuk pulak!
“Anak murid saya pancitkan tayar kereta saya.” Aku
berkata selamba. Dia tergelak.
“Mana awak tahu anak murid awak yang pancitkan
tayar kereta awak tu? Entah-entah awak terlanggar paku ke.”
Soalnya sambil memandang aku sekilas.
“Diaorang memang ada rekod macam tu. Tiap-tiap
minggu, kalau tak puas hati dengan mana-mana cikgu
mesti diaorang pancitkan tayar. Dah tak larat nak larang dah.
Puas didenda. Nakal sangat. Guru besar punya kereta pun
diaorang pancitkan.” Aku menjawab. Irfan gelak bertambah
besar.
“Tau-tau aje awak diaorang pancitkan tayar guru
besar.” Dia komen.
“Saya taulah sebab saya nampak tapi saya tak
beritahu sesiapa.” Aku berkata pula.
Dia tergelak lagi. Kali ini semakin kuat tawanya.
Serius, aku tak tahu tang mana yang lucu sehingga
dia tergelak dari tadi. Dia ni memang mudah gelak tak?
Mungkinlah! Tapi okey juga. Manis. What?
“Awak tahu tapi awak tak report kat guru besar tu
kenapa?” Soal Irfan dengan muka memerahnya. Aku tersengih.
“Sebab itu hari, saya bengang dengan guru besar
tu jugak.” Aku berkata sambil tergelak kecil. Mona, jahatnya
kau! Dia, macam biasa tergelak lagi.
“Oh, I see. Nampak tu.” Dia berkata selamba.
“Budak-budak zaman sekarang ni memang nakal
mengena.” Komen Irfan sambil membelok ke satu arah.
Eh? Dia nak bawa aku ke mana? Aku dah gelabah.
“Nak makan kat mana ni?” Soalku kalut.
“Jangan cuak sangat. Saya nak bawak awak makan
dekat dengan Kompleks Mutiara aje.” Ujarnya kepadaku.
Aku mengangguk. Tak apalah. Baik aku belanja
dia. Mungkin sebagai balasan kepada pertolongan dia pada
hari ini. Mata aku tertancap pada sesuatu. Automatik aku
tersenyum.
“Kad apa ni?” Soalku sambil tersengih.
“Macam punch card la lebih kurang. Jangan tengok
lama-lama. Saya skema sangat waktu tu.” Dia berkata sambil
tersengih.
Aku angguk-angguk dan gelak. Dia berkemeja dan
berjubah putih. Macam doktor! Bercermin mata tanpa
bingkai dengan rambut belah tepi. Mujurlah aku dalam
kereta, tak boleh gelak golek-golek! Kelakarnya muka dia
waktu ni! Siapalah yang membahan dia sampai muka jadi
begini?
“Amirul Irfan bin Kamal.” Aku menyebut namanya.
Dia tersenyum.
“Rahsia nama penuh saya...” Hek eleh! Nak berahsia
pula. Kau dah kenapa?
“Kenapa?” Soalku pelik. Dia tersenyum sahaja.
“Macam mana awak boleh lalu dekat Intan Baiduri
ni?” Soalku pelik.
“Saya memang selalu lalu dekat situ. Nak tengok
anak buah saya sama ada sudah naik bas ataupun tidak.”
Beritahunya.
“Awak ada anak buah yang belajar dekat situ?”
Aku agak terkejut. Dia mengangguk sambil matanya fokus
memandang jalan raya. Malas nak tanya lebih-lebih.
“WAHH, SEJAK bila balik berdua ni? Semenjak peristiwa
aiskrim terlungkup di atas kepala ke, macam mana ni?” Soal
Bad mengejek.
Aku menutup pintu kereta Irfan dengan rasa sebal.
Cis dia ni! Ada saja menyibuk! Aku jeling dia dua ratus lapan
puluh darjah. Geram!
Irfan di dalam kereta tersengih-sengih sahaja ditegur
begitu. Dia memasukkan kereta ke halaman rumah. Aku
tunggu dia keluar dari kereta sebenarnya. Terlupa nak ucap
terima kasih tadi. Dah kena ‘potong’ tadi! Bad ni buat aku
menyampah betullah!
“Irfan, terima kasih ya?” Aku mengucapkan terima
kasih.
Dia mengangguk dan tersenyum. Dua jarinya
dicantumkan dan diletakkan ke kening. Salute. Maknanya,
no big deal! Aku angguk dan tersenyum. Bad bersorak riang
dan bersiul-siul menyakat aku dengan Irfan. Aku jeling dia
tiga ratus sepuluh darjah.
Tiba-tiba teringat pada buku aku! Aku tepuk dahi.
“Irfan, buku saya...” Aku bersuara sambil ketap bibir.
Kalau boleh aku nak lari aje ke dalam rumah
sekarang ni. Tension tengok muka Bad yang nakal mengena
ni. Irfan membawa keluar buku-bukuku.
“Hailah, mesti payahkan jadi cikgu? Kena bertahan
dengan ragam budak-budak lagi. Kena tanda buku lagi. Kena
itu kena ini.” Irfan faham situasi aku. Aku berbangga. Dia
menyerahkan bukuku sedikit demi sedikit. Aku mengambil
dan tersengih.
“Terima kasih.” Aku mengucapkan terima kasih dan
dia mengangguk.
“Sama-sama.” Balas Bad. Bad? Eh?! Macamlah aku
cakap dengan dia. Perasan tak sudah mamat ni!
“Apa kes boleh balik berdua ni?” Soal Bad sambil
tersengih nakal dan menyenggol bahu temannya. Aku
berjalan masuk ke rumah. Malas nak melayan. Malas nak
mendengar. Malu betul aku bila kisah kereta aku masuk
berita hangat.
Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam
rumah, aku disapa oleh wajah Julia yang berkeronyot. Aku
tahu apa problem dia. Aku tahu sangat! Tak lain tak bukan.
Irfanlah tu. Bukan aku sengaja nak balik dengan jiran aku!
“Kau sengaja aje kan? Dah tahu aku tak suka kau
rapat dengan dia, itu jugalah kau sibuk nak menggatal!”
Dia sindir aku. Sinis. Aku berkerut. Apa pasal pula dia ni?
tiba-tiba nak emo? Masa bila aku menggatal?
“Wey, agak-agaklah. Kau ni tolonglah jangan
menuduh melulu macam ni! Semak dulu cerita sebenar.
Kaji dalam-dalam. Kau tengok aku menggatal ke tadi? Aku
takde panggil dia ‘abang’ macam kau pun!” Aku menempelak
geram.
Langkah kaki kuhayun ke bilik. Tak pernah aku
setegang ini dengan Julia. Sebab lelaki pula tu. Kalau aku
berkawan sekali pun, salah ke? Bukan aku jangka aku bakal
berkawan dengan dia!
“Wey! Kau kan tahu aku suka dia. Kenapa kau ikut
dia balik??” Soal Julia bengang.
Aku tergelak kecil. Langkah kakiku mati di hadapan
pintu bilik. Aku tak nak bergaduh dengan Julia sebab crush
dia. Tak masuk akal. Aku senang dengan Irfan tapi aku tak
ada hati kat dia. Kalau ikutkan kat mana hati aku berada,
masih lagi pada Fareez dan selama-lamanya Fareez. Mungkin
nanti, suami aku pula yang merasa kasih sayangku tetapi
bukan lelaki bergelar kawan!
Ternyata Julia masih tidak kenal aku. Aku nak cerita
kat dia satu cerita ni. Harap dia tak fikir bukan-bukan lagi
pasal aku.
“Meh ikut aku masuk bilik.” Aku menarik Julia.
Sebuah kotak bawah katil, aku tarik keluar. Agak besar kotak
itu. Dia tercengang.
“Dulu kau yang minta aku berkawan dengan jiranjiran.
Bila aku mula tegur, kau marah-marah. Aku tak kisah
sebab dia tu crush kau. Aku pun tak nak kacau crush orang.
Sebab aku memang bukan perampas! Ni, dia ni ex-fiance aku.
Hati aku kat dia. Takkan berubah!” Aku bersuara parau.
Gambar Fareez yang sudah lama tidak aku keluarkan,
akhirnya kembali aku keluarkan dari kotak itu. Julia tercengang.
Dia memang tak tahu pasal Fareez. Aku rahsiakan daripada
dia.
“Kau pernah bertunang?” Soalnya terkejut. Aku bawa
keluar tiga bentuk cincin pula. Dia berkerut.
“Ini cincin tunang, cincin risik dan... Cincin
perkahwinan kami. Sepatutnya! Dia meninggal sehari sebelum
kami berkahwin. Kau ingat, semudah itu aku nak lupa dia?
Makan masa bertahun, Julia. Makan tahun... Sebab aku
dengan dia bercinta dari zaman aku habis sekolah lagi!
Sebab itulah aku tak nak ada lelaki pun dekat dengan
aku sebab aku takut jadi macam ni lagi. Kau jangan risau.
Mak abah aku sedang usaha cari jodoh untuk aku. Aku
yang suruh sebab aku dah tak ada masa nak bercinta.
Kau hentikanlah berdengki dengan aku kalau disebabkan
Irfan, Bad atau sesiapa sajalah. Buang karan. Kasih sayang
aku pada Fareez dan pada suami aku nanti. Kau pegang
kata-kata aku ni.” Aku berkata dengan suara tertahan. Mata
terasa panas.
Tengok gambar Fareez yang segak berpeluk tubuh
dan bersandar di tiang rumah itu benar-benar meluluhkan
hati aku. Rasa rindu kembali membuak-buak di dalam dada.
Sungguh. Aku rindukan arwah. Kami bercinta agak lama
dan... Langsung tiada happy endingnya.
“Aku... Aku...” Julia sudah tergagap-gagap.
Aku menggelengkan kepala. Aku tak salahkan dia.
Dia patut tahu semua ni supaya tiada lagi salah faham. Dari
awal lagi dia cemburu dengan aku yang sering menjadi
perhatian Irfan kononnya.
“Ini semua buktinya. Lepas ni, kau jangan fikir bukanbukan
lagi pasal aku. Tadi tu kebetulan dan aku terpaksa!
Terpaksa tumpang dia sebab tak ada bas dan teksi. Dan
kebetulan dia ada kat situ. Tak ada menggatal menggedik
langsung. Kau jangan risau.” Aku berkata sambil mengeluh.
Kemudian aku meletakkan semula barang-barang yang aku
keluarkan tadi ke dalam kotak. Kotak aku tutup dan kubawa
rapat ke dada. Ada rasa rindu yang menggebu di hati...

No comments:

Post a Comment