“BADRUL! Awak buat apa kat sini?” Soalku
terkejut apabila Bad sampai ke pejabatku pada tengah hari
itu.
Dia berkemeja jalur berwarna biru. Lengan baju
sudah dilipat ke siku. Tali leher masih tersemat indah
di lehernya. Alamak segaknya. Mukanya serius tanpa secalit
senyuman. Eh? Dah kenapa? Datang tempat orang lepas tu
tunjukkan muka sinis dia? Sumpah aku lebih rela tengok
muka Julia!
“Zahid call saya tadi. Awak ada suruh saya datang
ke? Dia ada buat masalah lagi ke dengan awak, hmm?” Soal
Bad dengan muka seriusnya.
Aku menggeleng-geleng menidakkan kata-katanya.
Apa pula motif Zahid menelefon Bad? Aku tak suruh pun!
Lagi pula, selepas kejadian dulu, mana ada budak dua orang
tu buat masalah dengan aku dah melainkan menyakat aku
tak kira masa. Selebihnya, pancit tayar ke, bagi katak ke,
memang tak ada. Mereka sudah pandai menjaga tingkah laku
mereka sekarang.
“Tak ada. Saya tak ada cakap apa-apa... Rasanya...”
Aku jawab teragak-agak.
Memang tak ada rasanya. Memanglah tumpuan
aku terganggu dek SMS dan panggilan Encik Tunang Tubi tadi
tapi aku rasa, tak adalah sampai tahap aku suruh Zahid
telefon unclenya. Aku hanya mengumpul dosa kering dengan
mengutuk unclenya saja tadi. Selebihnya, tiada!
“Lah! Habis tu macam mana dia boleh telefon tibatiba?”
Soal Bad masih tidak percaya.
Dia berpeluk tubuh di hadapanku. Nampak otototot
lengannya. Ouh! Seksi... Eh! Kejap? Zahid telefon dia
guna apa? Public phone ada ke kat sekolah ni? Aku tak
pernah perasan agaknya. Atau, Zahid bawa telefon bimbit
ke sekolah?
“Serius memang tak ada. Manalah saya nak tahu
kenapa dia menelefon awak?” Aku menjawab dengan muka
serius juga.
Keningnya bertaut. Aku juga sama melihat
keadaannya begitu. Dia garu kening dengan jari kelingking
manakala sebelah tangan lagi bercekak pinggang. Mungkin
dia sedang sibuk, tiba-tiba Zahid menelefonnya lantas dia
terpaksa meninggalkan kerja. Cheh! Ulasan aku bagus benar!
“Tak apalah kalau macam tu. Saya balik dulu.
Kalau dia nakal-nakal, awak beritahu saya.” Bad berkata pula
dengan muka tak mau senyumnya itu. Kerek gila!
“Maaflah kalau panggilan Zahid tu menyebabkan
kerja awak terganggu.” Aku meminta maaf bagi pihak anak
muridku a.k.a anak saudaranya! Hesy! Patutnya aku tak
payah minta maaf pun tak apa. Bukannya salah aku.
“Eh tak apalah. Jay tu memang manja orangnya.
Sengaja nak cari perhatian saya agaknya.” Bad menggeleng
gelengkan kepalanya. Aku angkat bahu. No comment.
“Mona, kita ada mesyuarat kat bilik mesyuarat
satu. Guru besar suruh berkumpul pukul dua belas setengah
kejap lagi.” Cikgu Farhan muncul membawa berita yang
agak memeranjatkan aku.
Ada mesyuarat? Ada yang bestnya tentang mesyuarat
ni walaupun aku paling tak suka bermesyuarat. Satu-satunya
perkara best ialah, aku tak payah masuk kelas mengajar
budak. Budak-budak pun bergembira sakan bila cikgu-cikgu
tak masuk kelas.
“Lah! Ye ke? Awak tahu dari mana, Pa’an?” Soalku
sambil mengeluh.
Aku tak suka bermesyuarat sebab aku tak suka satu
detik yang dipanggil FORMAL! Aku tak suka bermesyuarat
juga sebab aku rasa BOSAN! Duduk dalam tu kena dengar
si guru besar membebel. Haish! Bosan...
“Saya pun baru dapat tahu. Ada notis. Lagipun
Syakila beritahu saya tadi.” Farhan berkata lantas pergi
meninggalkan aku dan Bad.
Aku pandang Bad. Bad pandang aku. Aku angkat
kening sekali, dia angkat kening dua kali. Heee, ada yang
kena hayun dengan aku ni kang.
“Saya balik dululah Kak Fashionista, ya?” Dia meminta
diri dengan sopan. Panggilan tu yang buat aku panas hati.
“Mona okey.” Aku membetulkan nama aku.
“Saya suka nama Kak Fashionista. Rare.” Ujarnya
sambil tersenyum senget. Dia berjalan meninggalkanku.
Aku terlopong. What? Rare apanya?! Apa motif dia ni?!
Urfff! Setakat datang, nak tunjuk muka kerek dan panggil
aku dengan nama tu baik tak payah! Benci sungguh aku
dibuatnya.
“Eh kak, mana kelas si Zahid? Alang-alang ni, nak
jumpa dia kejap. Nak bagi duit belanja.” Kak, dia panggil
aku? Heee! Memang nak kenalah dia ni!
“Kelas dia kat bangunan depan tu. Kelas ketiga dari
kiri.” Aku berkata.
Bad mengangguk dan pergi selepas mengucapkan
terima kasih. Yayaya, whatever! Tapi... Bagusnya dia. Siap nak
beri duit belanja lagi.
“KENAPA ADA kat sini lagi ni Farhan?” Soalku apabila
menyedari Farhan masih tidak pulang.
Farhan tersenyum hambar. Muka macam tak ada
nur sahaja. Kenapa dengan dia ni? Tertanya-tanya juga aku!
Sekarang sudah lewatlah! Hampir jam tiga suku petang.
“Kereta saya pancit.” Ujarnya sambil tersenyum
hambar.
“Kerja siapalah ni, entah? Empat-empat tayar. Semua
pancit. Dulu kereta awak. Sekarang kereta saya.” Bebelnya
sambil menggaru-garu belakang kepala. Dia bercangkung di
tayar kereta dengan riak hampa. Kasihannya dia.
“Saya ada pam!” Aku berkata bersungguh. Selepas
kejadian dulu, memang aku tidak pernah tinggalkan pam
kereta di rumah lagi. Serik!
“Saya nak pinjam boleh? Ni, habis calar kereta
saya. Sudahlah baru tukar colour.” Dia membebel lagi sambil
memicit-micit dahi.
Kasihannya dia. Terdapat kesan calar. Macam calar
yang disengajakan. Takkan kerja Zahid dan Ariff kut? Setahu
aku, Farhan tak mengajar budak dua orang tu di dalam
kelas. Hmmm. Siapa punya kerja? Tertanya-tanya jadinya aku.
Sambil tertanya-tanya tu, aku hulurkan juga pam
di dalam bonet keretaku kepadanya. Telefon bimbit aku tibatiba
berbunyi. Eh? Encik Tunang Tubi ni takkanlah tak busy
langsung hari ini? Banyak masa dia menelefon aku!
“Aira, awak kat mana?” Soalnya.
“Dekat sekolah lagi ni ha. Kereta Pa’an pancit. Entah
siapa punya kerjalah. Kesian dia.” Aku berkata dengan nada
simpati sambil menunggu pamku digunakan.
“Ha, padan dengan muka dia. Siapa suruh menggatal
dengan tunang saya? Saya memang berterima kasih pada
siapa yang buat dajal kat dia tu. Biar dia rasa.” Kata Encik
Tunang Tubi penuh dendam. Aku berdeham. Belum pun tunang
lagi.
“Isy awak ni! Tak baik cakap macam tu!” Aku marah
dengan suara tertahan. Bimbang si Farhan mendengar.
“Yalah. Tu hukuman buat dia. Dahlah. Sekarang awak
abaikan dia, awak balik rumah. Rehat-rehat. Awak tu dahlah
puasa. Penat awak nanti.” Bebel Encik Tunang Tubi penuh
prihatin.
“Pam saya pada dia.” Aku bersuara berbisik.
“Bagilah dia pakai dulu. Besok suruh dia pulangkan.
Awak jangan nak mengada nak berdua-dua dengan dia ek
kat sekolah tu? Besok jugak kita bertunang kang...” Encik
Tunang Tubi mula mengugut.
“Hee, awak ni. Belum jadi hak awak lagi awak
nak kongkong saya.” Aku mula naik marah. Suaraku aku
kawal serendah yang boleh. Mana boleh dia kawal-kawal aku
macamlah aku ni tidak punya perasaan?
“Bukan maksud saya nak mengongkong awak. Tapi
saya tak suka dia. Sebab saya dengar dia bergurau perkara yang
saya tak suka. Dia bergurau tentang peribadi awak. Sedangkan
saya nak sentuh hal peribadi awak pun saya malu. Saya bakal
tunang awak. Kalau awak nak berbual dengan lelaki lain
saya tak kisah. Tapi jangan dia! Saya dah mula nampak aura
negatif dia.” Si Encik Tunang Tubi dah mula merengek. Aku
tahan senyum. Awal-awal dah tunjuk cemburu.
“Heee, awak ni. Yalah. Saya balik sekarang.” Aku
mengalah. Silap Farhan juga... Siapa suruh bergurau tak
kena pada tempat dan masa? Dan tak kena pada orang.
Kihkihkih.
“Okey. Thanks sayang. Drive elok-elok.” Ujarnya
dengan suara mengendur. Aku tersengih. Merinding bulu
roma dipanggil sayang. Auwww!
“Baik awak. Awak kerja elok-elok.” Pesanku pula.
“Saya kerja separuh hari saja hari ni. Tadi ada hal
yang tak dapat dielakkan. Nanti kita jumpa.” Ujarnya. Aku
terbelalak.
“Nak jumpa?” Soalku kuat.
“Eh?! Nanti kita berbual lagi. Dah nak kahwin
nanti kita jumpalah. Atau awak nak jumpa sekarang?” Soalnya
bersama tawa kecil.
Aku mencemik. Tak nak aku jumpa dia. Tunggu dah
nak kahwin nantilah! Baru tak sampai dua hari berkenalan.
Macam gatal pula aku kalau nak jumpa dengan dia
sedangkan kami baru berSMS. Masih belum kenal diri
masing-masing lagi.
“Nak kahwin nantilah baru jumpa ek? Saya segan
lagilah sekarang...” Aku berkata malu-malu. Dia tergelak
senang.
“Itulah. Malam ni saya telefon awak lagi ya. Kita
berbual macam semalam...” Ujarnya. Semalam? Syoknya
berbual dengan dia. Lama. Suara lemak merdu. Ah! Sukanya.
“Baik awak...” Aku tersengih.
“Dah. Sekarang, masuk kereta dan drive home
safely,” pesannya.
“Sekarang?” Soalku main-main.
“Yalah sayang. Sekarang...” Leretnya. Hailah! Bulu
romaku... Merinding lagi... Seksi betul suara dia.
“Pa’an, saya balik dulu ya?” Tanpa mematikan
panggilan, aku bercakap dengan Pa’an.
“Temanlah saya, Mona... Saya seorang diri saja ni...”
Leret Farhan.
“Jangan dilayan! Gatal punya jantan. Siaplah dia
besok! Aira... Baliklah eh? Janganlah termakan dengan pujuk
rayu dia. Tak manis kalau awak berdua dengan dia.” Suara
cuak Encik Tunang Tubi memujuk.
Siaplah dia besok? Amboi. Tak mudahlah ayat Encik
Tunang Tubi aku! Macamlah dia kenal siapa Farhan! Comelnya
dia! Entah rupa dia comel entahkan tidak. Isy! Fikirkan
tentang itu pula!
Aku sepatutnya dengar kata Encik Tunang Tubi. Ya,
memang tak manis dipandang orang. Berdua-duaan. Tiada
sebarang ikatan pula. Isy! Baik aku bagi alasan nak balik.
“Tak bolehlah Pa’an. Tak manis kalau kita berdua je
kat sini.” Ujarku cuba menolak. Farhan kelihatan frust sedikit.
“Tapi pam awak ni?” Soal dia bersedih. Dia
memuncungkan mulutnya ke pam di sebelah tayar.
“Saya ambil besok ajelah pam tu, awak pakailah
dulu ya. Lagipun saya kena balik cepat ni. Ada hal kat
rumah.” Terpaksalah aku berbohong. Tambah lagi dosa kering.
Ada hallah sangat... Hal nak bergayut dengan Encik Tunang
Tubi. Kihkihkih!
“Okeylah kalau macam tu. Awak hati-hati.” Pesan
Farhan yang akhirnya mengalah.
Aku angguk. Telefon masih melekap di telinga. Aku
masuk ke dalam kereta. Enjin kuhidupkan. Handsfree aku
cucuh ke telefon dan sumbat ke telinga.
“Dah, I’m on my way back now. Puas ke?” Soalku
menyindir.
Tanganku memulas stereng menuju jalan keluar. Aku
pun kenapalah excited semacam nak balik ni? Macamlah dia
ada di rumah. Encik Tunang Tubi dah bersorak sakan. Yes
berkali-kali. Nak tergelak aku mendengar suara gembiranya.
“Thanks Aira. Thanks! Duduk rumah diam-diam tau?”
Encik Tunang Tubi berpesan.
“Baik awak.”
“Ingat, jangan bergaduh dengan housemate tu
lama sangat. Things might get worst kalau tak cari jalan nak
sembuhkan.” Pesannya lagi.
Aku tersengih. Ingat juga dia pada pergaduhanku
dengan Julia sedangkan sepanjang hari ini, aku terlupa.
Yalah! Aku pun bukannya nak sangat bergaduh dengan dia.
Dah dia cari pasal tu siapa suruh?
“Baik awak...” Aku menyahut sahaja. Akur. Dia bukan
tahu pun kalau aku berbaik ke tak berbaik ke...
“Saya suka bila awak cakap ‘baik awak’ tu. Sounds
so... Obey.” Katanya. Aku tersengih. Tabiat, mungkin?
“EH! DAH balik dah dia?!” Cerianya muka Bad!
Rajin pula dia menegur aku dengan senyuman
hari ni? Pelik! Pelik! Aku senyum sekejap sahaja pada dia.
Malas hendak membalas sapaannya. Kemudian, aku buka pintu
rumah dan kembali semula ke kereta. Buku latihan anak
muridku, aku bawa keluar.
“Jumpa lagi kita.” Ujarnya ceria.
“Jumpalah. Dah nama pun jiran. Sebelah pintu pulak
lagi.” Aku berkata mendatar.
Dia tersenyum. Terlebih gula ke apa dia ni? Tadi
sewaktu dekat sekolah, bukan main serius lagi muka dia!
Aku menolak pintu kereta dengan kepala lutut. Itu sahaja
yang tengah ‘free’ sekarang. Tangan sudah penuh dengan
buku dan beg tangan. Muka Bad kelihatan terkejut melihat
keadaan aku.
“Ganasnya akak. Tutup pintu guna kepala lutut.”
Ujarnya kemudian tergelak-gelak. Kelakar sangat ke? Aku
menjelingnya.
“Nak tutupkan mata orang dengan kepala lutut
ni pun boleh.” Aku jawab selamba lantas membawa buku
masuk ke rumah.
Terkekeh-kekeh dia gelakkan aku. Tak faham betul
aku. Apa yang mengubah mood dia bertukar 360 darjah
macam itu pun aku tak tahu?! Ceria sangat!
Masuk saja rumah, terserempak pula dengan Julia.
Dah balik dah dia rupa-rupanya. Tak perasan pada kereta dia.
Kami masing-masing terkaku. Berdiri tegak. Dia kelihatan
seperti hendak membuka mulut. Aku mendengus.
Aku belum bersedia lagi nak tengok muka dia! Aku
berjalan terus ke bilik. Tak berpaling lagi. Pintu aku kunci.
Pakaian aku tukar sesudah mandi, selepas itu aku solat Zohor.
Selepas solat, aku duduk termenung sekejap. Otak bagai
terngiang-ngiang suara Encik Tunang Tubi menyuruh agar
aku berbaik dengan Julia. Hmm nanti-nantilah!
Laptop yang memang setia di atas meja, aku dekati
lantas kubuka. Sudah lama aku tidak menulis. Puisi pun dah
lama tak jalan. Haish! Tanganku menaip laju. Idea mencurahcurah
kalah hujan lebat. Agaknya idea datang di kala aku
sedang ‘berbahagia’ sekarang ni kut? Ngeh ngeh ngeh!
No comments:
Post a Comment