DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday 13 July 2016

Jodoh Sebelah Pintu - Bab 5

“PAN, petang semalam, kau ada dengar tak
suara Bruno dari Marikh menyanyi sambil tersembelit?” Suara
sumbang menyapa telingaku awal pagi itu.
Hesy! Dia menyindir aku tu sebab aku menyanyi
sakan semalam. Aku buat tak dengar sahaja sindirannya
itu sambil langkah kuhayun laju ke kereta. Enjin kereta
kuhidupkan dengan sekali pulas. Hari ini, terpaksalah aku
menumpangkan Julia lagi memandangkan keretanya masih
di bengkel.
“Tak ada pun? Suara Bruno Mars, adalah aku dengar.
Best. Versi perempuan punya...” Irfan pula berkata manis
yang entah ikhlas entahkan tidak. Aku mendengus. Buatbuat
tak ambil tahu tentang ‘siapa’ yang mereka katakan
itu.
“Julia!” Aku melaung.
“Kejap!!” Julia menyahut.
Kejap? Kejap Julia itu bermaksud lagi dua puluh
minit lagi! Huh! Aku mengeluh. Enjin, cepatlah panas.
Hati, cepatlah sejuk. Julia, cepatlah bersiap!
“Selamat pagi, Kak Fashionista!” Aku tutup pintu
kereta bersama dengusan kasar sebaik sahaja mendengar
suara Bad itu.
Aku pasang lagu Bruno Mars yang telah aku burn
dalam CD. Kuat-kuat. Lalalala!! Ekor mata terpandang budak
dua ekor di rumah sebelah. Bad sedang menari-nari sambil
menjelirkan lidah ke arahku manakala Irfan tergelak sambil
memegang perutnya. Sakit betul hati aku!!
Lagu, aku perlahankan. Diaorang boleh dengar
lagu yang aku pasang agaknya. Sebab tu sampai menarinari.
Kelibat Julia muncul juga. Dia sempat bersapa-sapaan
dengan Irfan dan Bad macam hari-hari sebelumnya. Ramah
sungguh Julia ini. Bagus... Yang tak bagusnya, dia melengahlengahkan
masa aku!
Aku tekan hon! Pin!! Bad melatah agaknya apabila
dia menekup mulutnya. Irfan pula berdekah-dekah bersama
Julia yang tergelak cover ayu sambil melangkah ke kereta.
Bad menghantar pandangan maut kepadaku tetapi, do I look
like I care?
Julia membuka tingkap dan melambaikan tangannya
ke arah lelaki dua orang itu. Dia dah buat gaya ratu
dunialah pula.
“Take care, Monafendy.” Bad bersuara sarkastik.
Aku menekan hon sekali lagi bersama jeritan, “Take
care like I care!” Ambik nak! Puas... Cermin pandang belakang
aku lihat. Irfan terkekeh-kekeh gelak. Aku tersenyum senget.
This means war, baby... This means war...
“CIKGU, SAYA nak pergi ke tandas! Nak shesyi. Tak tahan.”
Nora berkata manja tetapi dengan dahi yang berkerut-kerut.
Terkejut aku dibuatnya! Bertuah punya budak.
Tergelak satu kelas itu mendengar kata-katanya. Hesy!
Tak malunya Nora ni! Mujurlah budak-budak lagi. Kalau
tidak, memang aku hayun dengan buku sampai terteleng
kepalanya.
“Nora, cukup sekadar beritahu cikgu yang kamu
nak ke tandas. Jangan sebut nak shesyi ke, nak ‘em em’ ke,
nak mekap ke. Tak manis, sayang.” Aku tegur Nora apabila
dia mengambil pas kebenaran keluar kelas daripadaku. Dia
mengangguk akur.
“Cikgu, saya nak temankan Nora pergi shesyi,
boleh?” Aku kemam bibir.
Automatik teringat pada dua ekor badut nakal di
sebelah rumah. Ini cerminnya. Zahid dan Ariff. Selepas
mereka berkata begitu, mereka tergelak sungguh-sungguh.
Rakan sekelas yang lain ikut tergelak. Aku, tidak terkecuali.
Eh? Kenapa mesti aku gelak?! Aku berdeham untuk menahan
diri daripada rasa nak gelak.
“Ariff! Zahid! Berdiri kat depan kelas! Siapa ajar jadi
gatal macam tu?” Soalku garang.
Mereka berdua tertunduk-tunduk menahan senyum.
Aku capai rotan sebesar jari kelingking. Berdiri bercekak
pinggang di hadapan. Terkocoh-kocoh mereka berdua berlari
ke hadapan. Di sekolah, hari-hari muka mereka berdua sahaja
yang buat perangai. Di rumah pula, Bad dan Irfan!
Rotan aku acu ke arah mereka. Buat muka garang
sikit dengan kening sebelah terangkat tinggi kalah Ziana
Zain. Sebelah tangan lagi aku cekak pinggang. Muka masih
tegang kalah muka Kak Ton pakai kolagen.
“Apa saya nak buat dengan budak nakal macam
awak berdua ni?” Aku berkata sendiri... Muka mereka
dah cuak. Aku berpaling menghadap budak kelas yang
memandang wajah garangku dengan takut-takut.
Mereka kemudiannya tergelak kecil. Aku pusing ke
arah Ariff dan Zahid, mereka buat muka selamba. Aku
kembali pandang ke budak kelas. Tak jadi! Mereka gelak
menjadi-jadi bila aku berpaling memandang mereka. Hati
aku rasa lain macam. Budak dua ekor tu ada buat sesuatu
di belakang aku. Aku pusing laju-laju.
Naik mencanak darah aku sampai hampir menyembur
ikut hidung! Dua ekor beruang mini Bad dan Irfan ni sedang
menonggeng punggung dekat aku. Cepat-cepat mereka
berdua cover malu. Dah terkantoi pun okey? Tak kelakar
langsung!! Darah terasa turun naik... Tanpa dapat ditahan,
piap!! Piapp!!! Dua budak lelaki itu dilibas di punggung.
Menggeliat-geliut budak itu menahan sakit. Haa, rasakan.
Puas!! Puasss hati aku! Puassss!!! Puas aku nak jawab
dengan mak bapak budak ni nanti. Adoilah Mona!! Kenapa
kesabaran aku makin menipis sekarang? Budak dua orang
itu hanya tergelak sahaja. kawan-kawan kelasnya terdiam
dan menggigit bibir. Takut! Huh...
Nora masuk ke kelas sesudah shesyi. Muka
bertambah bedak nampak. Hailah! Budak lapan tahun pun
suka melawa! Kalah cikgu... Budak zaman sekarang...
“Uuuu, cantiknya Nora!” Zahid bersuara kagum
melihat muka Nora yang sudah bertambah bedak itu. Masih
tak serik meskipun telah dirotan. Ya Allah, give me the
strength.
“Macam Nora Danish la! Nak nombor...” Ayat si
Ariff pula. Aku naik angin sampai kepala. Bilalah budakbudak
ni nak belajar jadi serius?
“Ariff, Zahid!! Berdiri kat atas kerusi dengan
sebelah kaki! Se-ka-rang! Jangan letak kaki kalau tak nak
kena rotan!!” Aku menghamun geram.
Sebenarnya, aku dapat lihat Irfan dan Bad versi
kecil. Sebab itu aku mengamuk! Zahid dan Ariff pun berdiri
menggunakan sebelah kaki di atas kerusi masing-masing.
Sekejap ke kiri sekejap ke kanan tubuh mereka cuba
mengimbangi badan. Rasakan. Kalau versi besar dia aku tak
dapat nak denda, versi kecil pun jadi! Yang pasti, hati
aku puas! Soal berjawab dengan orang tua mereka, tak
mengapalah. Aku jawab aje yang budak ni nakal sangat!
“AKU RASA aku tahu siapa punya kerja ni! Aduhai anak
muridku!!” Aku tepuk dahi. Julia, aku minta maaf, kereta
aku pun bakal ke ‘hospital’ juga macam kereta kau. Haih!
Aku mendail nombor telefon Julia.
“Jue, aku tak boleh ambik kau la! Kereta aku pancit.
Aku tahu siapa buat. Ini mesti kes dendam kesumat...” Aku
mendengus. Tangan aku genggam-genggam geram. Zahid,
Ariff, kalau besok, aku jumpa kau berdua, memang siap!!
Siap aku kerjakan!!
“Lah, ye ke? Aku naik bas la kalau macam ni...
Penatlah aku nak berebut dengan anak murid. Haih. Jatuh
market aku...” Julia merengek.
Hesy! Fikir market dia aje. Market aku pulak macam
mana? Tak suka tau? Arghh! Besok memang kena budak
dua ekor tu. Tengok la kalau tak percaya!!
Aku bercangkung di tayar keretaku. Tangan memicit
tayar. Entah siapa yang ajar budak dua ekor tu buat
benda-benda yang begini. Habis tayar kereta aku pancit!
Pancit sangat pula tu! Keempat-empat tayar, okey? Memang
langsung tak kelakar! Adess!
Mulalah menyesal sebab tak dengar perintah abah.
Abah suruh aku letak pam angin kat dalam kereta siap-siap.
Aku buat dek sebab aku cakap, perkara macam ni takkan
terjadi punya. Sekarang?!! Mulalah rasa kesal itu timbul.
Berapalah sangat pam angin tu...
“Cikgu Mona, ada masalah ke?” Suara garau menegur.
Aku berpaling. Kening, secara automatik terangkat
sebelah. Kelihatan Cikgu Farhan melangkah penuh segak ke
arahku. Dia memegang beberapa buah buku di tangannya.
Aku mula garu hidunglah, garu telingalah. Nak mengaku
yang aku ada masalah? Aduh! Malunya. Aku ni payah nak
meminta tolong dengan orang. Selama ini, apa yang aku
buat mesti sendirian berhad punya kerja.
“Err, tak ada...” Aku jawab malu-malu.
“Saya dari tadi perhatikan awak, Mona. Nampak
macam ada masalah. Bila saya duduk dekat sini, barulah
saya tahu kenapa. Kereta awak... Tayar pancit eh?” Farhan
menyoalku sambil mengerling ke arah tayar keretaku. Aku
tersenyum sumbing. Dah nampak pun, kan? Buat apa tanya
lagi?
“Err. Ha ah! Biasalah, Pa’an. Jadi cikgu ni, banyak
yang tak kena...” Aku tersengih malu. Farhan ikut tersenyum.
Hati aku kuat menyatakan ini kerja budak dua
orang itu. Sebab mereka memang mahir buat kerja kimpalan
segala ni. Entah belajar dari mana pun aku tak tahulah.
Yang pastinya, jika aku seratus peratus benar, akan aku cari
tok gurunya dan aku cekik-cekik sampai pucat. Menyusahkan
aku sungguhlah!
“Err, jom saya tumpangkan awak!” Farhan mempelawa.
Aku menggelengkan kepalaku, menolak. Pada mulanya
aku menggeleng sekali. Bila tengok dia berjalan menghampiri
kenderaannya, kali ini aku menggeleng seribu kali! Naik
kapcai! Gila apa? Ingat aku suka nak merempit dengan
dia? Reputasi aku sebagai guru bertudung tu kena jaga.
Sebagai perempuan muslimah pulak tu, meskipun kurang
muslimahnya. Hehehe...
Biasanya aku tengok dia naik kereta. Apa pasal pulak
hari ni dia nak naik motor? Alah! Kalau naik kereta sekali
pun, memang aku tak nak tumpang dia. Aura dia kuat.
Serius. Muka kacak. Jambang nipis dia trim baik punya. Aku
memanglah terlebih lemah dengan lelaki yang berjambang
nipis ni. Rasa tak selamat jiwa. Memang spesies eye-candy
aku.. Isy Mona, gatalnya kau!
“Tak apalah, Pa’an... Saya balik naik bas aje.” Aku
tersenyum.
Muka dia dah macam hero filem hindustan, Arjun
Rampal kesayanganku! Aduhai Mona! Awat gedik sangat
kebelakangan ni? Dah terkena jangkitan virus Julia agaknya
aku ni. Dulu muka Pa’an ni aku pandang tak guna mata
pun... Bahaya sungguh virus Julia sebarkan ni.
“Saya ada dua helmet ni. Jomlah!” Serius gila
Cikgu Farhan sorang ni? Dia menepuk-nepuk dua helmet
di atas sit motor itu. Aku sudah mula rasa tak selesa.
Kalau dia ajak naik motorbike ke, mahu jugalah aku. Eh?!
Teruknya!
“No thanks.” Aku berkata. Rasa tak sedap hati dah
ni. Muka dia serius bukan main. Itu yang aku tak boleh
blah!
Helmet dihulurkan kepadaku. Helmet stail tahun bila
dia pakai ni? Macam cengkerang kura-kura saja! Aku lebih
rela sarungkan cengkerang kura-kura ke atas kepala. Aku
menggeleng-geleng tidak mahu. Rasanya dah boleh dapat
penyakit geleng tak sudah, dah aku ni. Apa pasallah dia
tak balik lagi ni?
“Cepatlah.”
Eh... Eh dia ni! Dah aku tak mahu, takkan nak
mendesak pula? Aku paling pantang dengan orang yang
suka mendesak begini. Mulalah angin datang menyerang
satu badan. Jangan tanya kenapa kalau kedua-dua helmet
itu tersarung di atas kepala dia nanti. Kenapa ramai pula
orang yang menaikkan darah aku sekarang? Ini ujian ke,
apa?
“Tak apalah! Saya tak selesa.” Aku akhirnya bersuara
jujur.
Dah tak sanggup untuk berterusan didesak. Takut
nanti dia makan kasut aku saja. Kesabaran aku semakin
nipis semenjak munculnya Bad dan Irfan sebagai jiranku.
Ditambah dengan anak murid yang gatal macam Zahid dan
Ariff itu. Oh tuhan! Farhan tergelak besar sebaik sahaja aku
berkata begitu. Apa pasal eh?
“Saya gurau ajelah. Ini motor pak cik kebun! Takkan
saya nak rembat. Kunci pun takde! Lagipun kita mana halal.
Saya kena jaga batas. Alahai awak ni Mona! Lurus sangat
orangnya. Jom, saya tumpangkan awak. Kereta kat depan
sana.” Farhan tergelak lagi.
Aku mendengus. Geram betullah! Apa pasal ramai
orang suka buli aku ni? Apa dosa aku? Memang dah tertulis
kat dahi aku ke, SILA BULI SAYA? Ke macam mana? Di
kelas dengan anak murid yang senget-senget macam Zahid
dan Ariff itu! Di sekolah dengan cikgu tak siap ni! Di rumah
nanti ada lagi! Cabaran terbesar aku adalah di rumah. Bad
dan Irfan. Aduhai! Nak pindah! Nak tukar sekolah!! Warghh!
“Tak apalah Pa’an, saya balik sendiri aje. Serius.
Saya tak naklah susahkan orang, kalau boleh.” Aku memberi
alasan. Sebenarnya nak tutup rasa malu. Gila tak malu?
Bersungguh-sungguh aku menggeleng kepala tadi macam
orang ada sakit anjing gila pula! Isy! Mintalah dijauhkan.
“Tak ada menyusahkanlah, Mona. Saya naik kereta.
Awak jangan bimbang.” Farhan berkata sambil tersenyum.
Aku menggeleng-gelengkan kepala lagi sekali. Kali
ini slow motion punya. Aku tak mahu menyusahkan dia dan
aku tak mahu ada apa-apa berita tak elok di sekolah nanti
mengenai aku dan dia. Cikgu-cikgu sekarang ni kadangkadang
bergosip tentang kita macamlah kita ni artis.
“Tak apa. Serius. Saya nak tunggu kawan saya aje
yang datang ambil.” Aku menipu. Punyalah tak nak! Malu
ni...
“Oh, kalau macam tu. Tak apalah. Saya balik dulu
eh? Awak hati-hati tau Mona? Saya balik dulu. Apa-apa
hal, awak call saya tau? Saya boleh datang ambil.” Farhan
bersuara dengan muka risaunya.
Aku mengangguk dan tersenyum sedikit. Dia
risaukan aku? Heaven! eaven! Ya Allah! Aku ni dah makin
gatal sekarang semenjak Julia menyebarkan virusnya. Bukan
nak kata apa, sebelum ini, rasa malu aku begitu terlindung
sekali. Hahahaha!
“Baik Pa’an. You too, take care.” Aku bersuara pula
lantas memasukkan buku tutor ke dalam beg besar gedabak
aku. Buku latihan anak murid yang berada di bumbung
kereta aku capai dan membawanya dengan bersusah payah.
Malang nasib aku bila buku sebanyak ini, hanya
mampu aku bawa dengan menaiki bas. Bas Metro nombor
55 atau 50 atau pun RapidKL. Alah! Seringgit saja pun. Lagi
pula, bukanlah jauh mana jarak rumah aku dengan sekolah
ni. Kalau jalan kaki pun memang takkan jauh manalah.
Cuma, barang yang banyak menyukarkan aku untuk berjalan
kaki.
“Anak murid buat spoil! Berdendam tak ingat!
Kau berdua tu dahlah ada rupa orang gila sebelah rumah
aku! Perangai lagilah sebijik! Memang kau berdua ni nak
kena dengan aku! Besok, aku panggil mak ayah kau datang
sekolah! Aku sebat korang depan mak ayah korang. Memang
melampau sangat!!!” Aku memaki sambil berjalan bersusah
payah menuju ke pondok bas. Geram! Geram!
Pap!! Buku aku hentak ke bangku di pondok bas.
Sudahlah hari ini aku pulang lewat, terkena pula dengan
buku latihan budak yang banyak ni. Lima puluh lebih buah
buku! Gabung dua buah kelas. ku rasa nak pitam! Nak
pitam sangat! Lelah rasanya apabila terpaksa berjalan ke
sini dengan buku yang banyak. Aku nak balik! Nak minum
ais kosong. Rasa-rasanya buat masa ni, ais kosonglah air
paling enak yang dapat aku bayangkan...
Baru lagi duduk, sebuah bas sudah muncul. Aku
kembali berdiri tetapi kemudian, duduk semula.
Crowded Ya Rabbi! Waktu budak sekolah menengah
balik dari sekolah. Haruslah bas penuh! Dah macam sardin
saja aku tengok. Teksi mana? Kenapa waktu macam ni
teksi tak nak lalu? Warghh!! Aku sudah kepenatan tahap
unta dah ni. Tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti. Macam
pernah tengok saja kereta ini. Cermin kereta diturunkan.
Dia tersenyum senget. Aku menjeling dan memandang ke
arah lain. Memang pernah tengok. Malah, selalu tengok
sejak beberapa hari ni.
“Kereta mana, Monaaa?” Leretnya mengejek. Aku
mendengus.
“Rosak!” Aku jawab sepatah.
“Oh! Pity you. Come, sehala ni. Jomlah naik sekali.”
Dia mengajak. Aku memandang mukanya. Tersenyum bukan
main lagi. Lupakan niat kau kalau kau nak mengejek aku
kat sini!
“No thanks!” Aku jawab kasar.
Dia menaikkan cermin kereta dan pergi dari situ.
Aku mengeluh. Macam mana aku nak balik ni? Kenapa
aku tak tumpang aje dia? Ah! Jatuhlah reputasi aku kalau
aku tumpang dia tadi. Aku tau niat dia, memang dia nak
mengejek aku!
Pap! Bunyi pintu kereta ditutup. Pandanganku
terkalih. Eh? Dia lagi? Kenapa tak balik lagi? Dia parking
kereta kat tepi jalan untuk apa? Aku mendengus apabila
langkahnya semakin hampir. Dia masih setia dengan senyum
senget dia. Tangan diseluk ke dalam kocek. Kemudian, dia
duduk di sisiku. Tali leher dirungkai perlahan. Aduhai. Jiwa
kacau! Seksi pulak dia dalam keadaan begitu.
“Pity you...” Ejeknya lagi.
Telinga aku berasap ke main. Kalau aku hempuk
dengan buku-buku latihan anak murid aku ni, tak pasalpasal
dia ni hilang ingatan. Bagus juga kalau dia hilang
ingatan! Nak aje aku tuntut dia sebagai bibik aku. Biar
padan dengan muka.
“Pergilah sana!” Aku menghalau. Langsung tak
pandang ke arahnya.
“Ada tulis ‘Ini Mona Punya Kerusi’ ke kat sini?”
Soalnya sambil membelek-belek kerusi simen yang kami
duduk. Dasar... Argh! Bencinya! Kenapa mesti dia yang muncul
kat sini? Kenapa?!
“Tak ada. Tetapi kat mulut ni yang cakap, pergilah
sana.” Aku menjelingnya. Dia tergelak cara orang beriman.
Huh!

No comments:

Post a Comment