DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday, 13 July 2016

Jodoh Sebelah Pintu - Bab 3

“GOOD morning, sunshine!” Aku disapa satu
suara garau yang seksi seperti biasa. Semenjak dia menjadi
jiran aku ni, pantang nampak aku, pasti dia akan menegur.
Dengan ayat-ayat ala-ala buaya naga dia tu. Siapa
lagi kalau bukan Irfan? Kalau si Badrul tu pulak, pantang
nampak aku, mesti nak mengena aje kerja dia. Aku pandang
sekilas pada Irfan yang duduk di dalam kereta dengan sebelah
kakinya keluar. Segak dia bersandar ke pintu keretanya
dengan enjin kereta yang sedang dipanaskan. Berpakaian
formal. Macam orang kerja pejabat. Erm... Kacak.
Aku buat tak endah sahaja pada kewujudannya di
situ walaupun dia tersenyum-senyum bajet kacak. Pedulilah!
Dasar lelaki kuat mengayat! Tanganku lincah memasukkan
segala jenis buku ke dalam kereta dan kemudian, aku
panaskan enjin kereta Myviku. Aku buat tak dengar sapaan
dia tadi. Malaslah. Bukan dapat apa pun kalau layan buaya
karat tu.
“Hey sunshine. Shining bright today?” Soalnya pula.
Geram aku nak tanya, muka aku ni ada gaya
tengah shining ke? Macam matahari ke? Tak nampak ke dia,
muka aku sikit punya berkeronyot ni? Menyampah betul.
“Stop calling me that! I’m not sunshine! Please stop calling
me sunshine or I’ll cut you!” Aku mengugut. Geramnya. Dia
tersenyum sahaja.
“Teacher huh, sunshine? Nama apa?” Dan dia... Masih
lagi memanggil aku dengan panggilan sunshine.
Aku sakit hati betul! Mana dia tahu aku cikgu?
Err, buku-buku latihan ni kut? Ketara amat! Mujur aku tak
pakai name tag lagi. Kalau tak, terserlah ‘ke-skema-an’ aku.
Kenapa dia tak mengalah sahaja? Takkan dia tak nampak
betapa ‘ikhlasnya’ aku nak melayan dia sekarang?
“Tak payah tahu nama saya.” Aku berahsia.
Aku mengukir senyum paksa. Kemudian melangkahkan
kaki kiri masuk ke dalam kereta dan duduk bersandar
macam si Irfan. Kaki kanan terjulur keluar. Bezanya, kereta
aku menghadap rumah, kereta dia pula menghadap ke luar
pagar. So, sebelah-menyebelahlah kami ni.
“Ala, senanglah nanti. Kalau saya panggil awak,
sunshine, awak marah.” Dia berkata dengan senyuman segak
Diether Ocamponya.
Oh no, no! Bukan Diether tapi, ‘kembar’ Diether
yang lagi handsome tu, Xian Lim. Ermm. Boleh tahan
mengancam. Eh, eh? Mona, jangan dilayan sangat perasaan
tu. Dugaan mata. Dugaan sangat.
“Don’t call me, then! It’s easy.” Aku berkata sinis
sambil mata menghala ke pintu rumah. Menanti satu kelibat
untuk muncul dari situ.
Mana budak Julia ni? Melaram kalah orang nak
kahwin! Aku tak nak berlama kat sini. Takut si beruang tu
keluar! Bila dia keluar, tentu aku lagi menjadi mangsanya.
Dan seperti yang aku geruni, beruang itu keluar dengan
segaknya. Gulp! Dah macam... Arghh! Handsomenya! Kenapa
mata aku ni? Bertambah power ke apa? Kena buat spek
mata barulah ni nampaknya.
Segaknya dia dengan kemeja biru laut disinsing
paras siku dengan tali leher berwarna biru tua yang belum
dipasangkan lagi tersangkut di bahu. Kemeja pun tak
butang habis menunjukkan keseksian dia. Stoking dikibaskibas
sebelum disarungkan dengan kalut. Eh, eh? Mona!!!
Kenapa leka pandang dia? Aku terus pandang ke tempat lain.
Malas nak layan perasaan gila aku ni. Aku ada terpuji dia
seksi? Memang dunia ni dah nak kiamat ke apa?
“Eh, eh! Kak Fashionista rupanya!” Dia dah buat dah!
Dia dah buat! Dia memang dah buat aku marah!!! Seluar
slack yang dipakainya disapu-sapu bagai ada kekotoran.
Aku menjelingnya tiga ratus enam puluh darjah.
Masih tak lupakah dia pada kejadian memalukan aku tu?!
Geram betul!
“Kau ni, Bad! Tak baik panggil sunshine aku macam
tu.” Irfan bersuara. Sejak bila entah aku jadi sunshine dia?
Uwerk! Tak ingin! Bad tayang muka meluat.
Aku lagilah seribu kali meluat. Kalau mulut ni
boleh buat lebih mencebik dari huruf U yang terlingkup
ke bawah, sudah lama aku buat untuk menandakan betapa
meluatnya aku dengan dia.
“Sunshine kau ke kak Fashionista aku ni, Pan?” Soal
Bad lantas terkekeh-kekeh mentertawakan aku.
Aku julingkan mata ke atas. Sejak bila aku jadi Kak
Fashionista dia entah? Mulalah waktu ni aku nak pinjam
alat pemadam ingatan yang dalam cerita MIB tu. Biar dia
hilang semua ingatan terus, lagi bagus. Boleh aku mengaku
yang dia itu orang gaji aku selama ini.
“Sunshine, please? Tell me your name?” Soal Irfan
masih memujuk untuk tahu namaku. Aku menggeleng dan
tersenyum nipis. Tak nak beritahu. Memujuk atau mendesak?
Dari tadi tak putus asa pun dia. Aku pula yang rasa nak
putus asa menunggu Julia di sini.
“Nama dia, Fa-shio-nis-ta!” Sebut Bad satu persatu.
Argh! Ada yang makan kaki goreng berempah ni kang!
Tak sempat aku nak jawab lagi dia dah jawab. Letak nama
bukan-bukan pulak tu. Sabar, Mona!
“Hesy! Kau ni Bad! Kacaulah! Awak, bagitahulah
nama siapa.” Pujuk Irfan lagi.
“Nama dia... Jeng jeng jeng...” Bad dah buat gila.
Aku mendengus. Kalau marah, cepat tua. Aku tak
nak nampak tua disebabkan umur pun dah meningkat
saban hari ni. Kesabaran aku semakin terhakis sejak
kemunculan Bad ni. Aku genggam stereng sekuat hati. Tak
tahan. Tak tahan betul! Ini dugaan pagi-pagi buta namanya.
Sangat-sangat dugaan! Hon aku picit sekuat hati sehingga
Bad termelatah.
“Opocot!” Hahahaha! Melatah anak teruna orang ni
rupa-rupanya. Buat malu! Aku anak gadis Mak Cik Sarimah
ini tak melatah pun. Aku rasa diri aku hebat tika ini. Hebat
kerana tak melatah.
Dia mengusap dada manakala Irfan sudah terkekehkekeh
mentertawakan dia. Err. Lebih sesuai kalau guna,
berdekah-dekah kut? Sebab... Muka Irfan tu, lagi sikit nak
sama dengan muka beruang sembelit. Ketawa bukan main
kuat lagi. Aku tahan senyum dengan mengetap rapat bibir
aku. Tercuit juga hati ni nak ketawa sebab aku betul-betul
rasa lucu bila berhadapan dengan lelaki melatah. Lebih
melucukan lagi bila berhadapan dengan orang yang ketawa
dengan volume yang sangat tinggi macam si Irfan ni.
Siapa sangka, orang sekacak ini tidak cover langsung apabila
ketawa?
Muka Bad dah macam cemberut. Oh sekarang,
aku akan panggil kau Encik Opocie! Kenapa tak Opocot?
Tak comel langsunglah bunyi Opocot tu kat telinga aku.
Klise. Selalu sangat dah dengar. Rasakan kau Encik Opocie!
Rasakan!!! (gelak jahat).
Hon aku tekan lagi. Nak kenakan Encik Opocie
dengan nak panggil Julia di dalam. Bukan main lagi cikgu
seorang tu melaram! Dan sekali lagi Encik Opocie melatah.
Aku tahan gelak sampai keras perut. Sabar Mona, sabar...
Jangan gelak.
“Eh dia ni memang nak kena!” Encik Opocie
dah berbunyi. Macam marah saja pada aku sebab aku dah
menyebabkan dia melatah. Hahaha. Rasakan. Sekarang aku
dah tahu kelemahan kau! Kau Opocie!
“Bisinglah Mona! Sabarlah kejap!” Suara Julia dari
dalam menjerit. Aku telan air liur. Gulp!
Kenapa Julia panggil nama aku? Kenapa Julia?
Kenapa? Soalku di dalam hati sambil membuat riak wajah
orang tak dapat menerima hakikat. Memang habis aku kena
tegur setiap hari jika Irfan dan Bad ni tahu nama aku. Tak
sukanya. Tak ada masa nak beramah dengan orang gatal
dan kaki sakat macam jiran senget aku ni.
“Mona...” Leret Irfan sambil tersenyum. Alamak! Dia
dah tahu nama aku. Wrong actionlah tadi! Huh. Mesti harihari
dia nak menegur aku lepas ni... Hmmm...
“Monalisa...” Leret si Bad pula.
Ada jugak aku hayun pasu bunga kat kepala dia
ni kang. Boleh pulak dia buat gaya potret Monalisa kat
depan aku?! Aku tak tahan betul! Dugaan melampau. Irfan
terkekeh-kekeh melihat Bad buat gaya potret Monalisa tu.
Harus aku akui, sedarjah lagi muka Bad dengan Monalisa
tu nak dekat sama. Aku ketap gigi. Kesabaran sudah tiada
lagi.
“Sehari tak ganggu hidup orang tak sah ke hidup
tu? Tak boleh nak tengok orang hidup tenang ke?” Aku
menyoalnya geram dengan suara tertahan dan gigi yang
terkacip elok.
“Eh! Garangnya!” Bad buat-buat takut dengan
menggigit kuku-kuku jemari tangannya. Meluatnya aku tengok
dia ni! Reaksinya bukan main over lagi. Apa dia ingat, dia
dah cukup comel agaknya nak buat reaksi macam tu?
Macam sotong!
“Siapa suruh panggil orang Monalisa? Saja nak
tengok orang naik darah? Saya starlight jugak awak ni
nanti!” Aku marah lagi. Turun naik nafas aku dikerjakan
dia ni! Fareez dulu tak macam ni pun. Eh! Bukan! Irfan
tak macam dia pun!
“Okay sorry... Sorry. My bad! Pan, jangan panggil
dia Monalisa, tau? Aku tersilap tadi. Kesian kat dia.” Bad
menunduk-nunduk meminta maaf.
Aku menarik nafas. Haaa, tau pun takut kena
starlight! Mujur dia tahu meminta maaf. Kalau tak, spanar
kat bawah kaki ni, memang aku hayun kat kepala dia lajulaju.
Biar biol anak teruna orang ni setahun! Bertahuntahun
lagi bagus. Biar dia merempat terus dekat tepi jalan
sana. Astaghfirullahal’azim Mona, bawa bersabar...
“Panggil dia Monafendy. Kejam tu dah ada gaya.”
Tambah dia.
Aku rasa nak menangis kat situ juga. Siapa yang
kejam sekarang? Ingatkan dia betul-betul insaf. Ruparupanya,
dia panggil aku dengan panggilan pembunuh
yang pernah menggemparkan satu Malaysia dulu tu. Lagi
teruk daripada Monalisa, tau tak? Seribu kali lagi teruk
daripada Monalisa! Jangan tanya kenapa kalau sebulan lagi
aku masuk berita dan ganti tempat Monafendy! Aku betulbetul
rasa nak katuk kepala orang sampai bersepai dengan
spanar sekarang ni!
Irfan pula menahan tawa sehingga tawanya
tersembur ikut hidung. Aku benci dua ekor beruang ni! Aku
benci sangat. Benci! Benci! Benci!!! Kelibat Julia akhirnya
muncul juga. Amboi. Hampir tak kenal aku Julia dengan
cina opera! Aku mendengus. Kalau tak memikirkan kereta
dia rosak, memang aku cabut awal-awal lagi! Tak ingin aku
mengadap dua ekor beruang entah dari kutub mana asalnya
yang tinggal kat sebelah rumah aku ni. Menyakitkan otak
saja.
Tanpa menghiraukan budak dua ekor tu, terus aku
tutup pintu kereta dengan kuat. Saja nak tunjuk protes.
Julia sempat lagi bersapa dengan jiran aku tu. Hai, abang
Bad, abang Irfan. Sihat ke? Nak pergi kerja dah ke? Dan
bermacam-macam soalan yang ditanya. Aku julingkan mata
ke atas. Bad melayan Julia dengan ramah, manakala Irfan
hanya tersenyum memandang aku. Manisnya senyuman dia...
Geram. Rasa macam nak tanya Julia. Hai Julia, nak
makan penampar aku tak?! Sengaja nak melengah-lengahkan
masa aku. Aku mendengus dan menekan hon sekali lagi.
Terlompat kecil Julia. Kali ini si Bad tak melatah tapi dia
pandang aku. Tajam sangat. Gulp!

No comments:

Post a Comment