DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday, 13 July 2016

Jodoh Sebelah Pintu - Bab 8

“AKU cakap dengan kau kan?” Suara Julia
mematikan ingatan aku pada kejadian petang tadi. Aku
meletakkan beg tangan aku ke kerusi. Duduk di situ
menghilangkan penat. Julia nampak macam tak puas hati
bila soalannya tak dibalas. Aku mendengus.
“Ya, aku balik dengan diaorang. Diaorang datang
sekolah aku tadi. Ada hal penting yang tak dapat dielakkan.”
Aku memberitahu.
Tudung di kepala, aku cabut dan sidai di bahu
kiri. Julia ni angin pasang ke? Cemberut sahaja mukanya.
Bukannya dia tak tahu kisah aku dengan Fareez. Itu pun
nak cemburu lagi ke? Tak faham betul aku dengan dia ni.
“Kalau kau risau aku mengurat diaorang, jangan
risau lagi. Aku tak ada mood nak mengurat dua ekor beruang
tu. Tadi aku balik dengan diaorang sebab terpaksa aje. Ada
kes urgent. Jangan risau, mak aku dah telefon aku. Dia kata,
abah aku tengah giat cari jodoh untuk aku. Minggu depan
aku balik rumah. Nak tahu sejauh mana mak dan abah aku
dah berjaya dapatkan calon-calonnya. Tak lama lagi, kau dah
tak payah nak buat muka meluat setiap kali pandang aku.”
Aku berkata sinis lantas masuk ke dalam bilik. Tak pasalpasal
Irfan dan Bad dapat gelaran beruang lagi. Beruang
jadian aje sebenarnya. Hahaha.
“Betul ni Mona?” Soal Julia bersungguh.
“Yup!” Aku jerit dari bilik.
Julia terkinja-kinja di luar bersama tawa galaknya.
Aku menggeleng-gelengkan kepala. Tudung aku campak ke
katil. Tak ada masa nak gantung-gantung.
“Thanks Mona!” Luahnya gembira.
Whatever, Julia. Aku malas nak ambil tahu hal kau.
Aku melangkah ke meja kerjaku di dalam bilik. Laptop
kubuka. Sudah lama aku meninggalkan kerja penulisanku.
Aku tak tahu nak sambung novel apa? Atau mulakan novel
baru aje senang?
Mata tiba-tiba rasa gatal pulak nak tengok semula
kenangan aku dengan arwah Fareez. Aku meninggalkan laptop
yang masih terpasang itu dan berjalan ke katil. Kotak di
bawah katil aku ambil dan buka. Nota-nota yang berwarnawarni
aku tatap sedih. Warnanya sudah usang sedikit. Sudah
terlalu lama aku menyimpan nota-nota cinta ini.
Nota pertama aku belek.
Assalamualaikum, saya dah lama perhatikan
awak. Awak comel sangat.
*sila balas segera dan letak semula dalam
sampul ni
Nota pertama yang menyebabkan jantung aku
hampir terloncat keluar ketika mula-mula aku membacanya.
Mulanya aku ingatkan nota tersebut tersalah ‘terbang’. Tapi...
Nota itu sudah terselit elok di dalam sampul yang tertulis,
‘buat Mona’! Aku pelik! Siapa tahu nama aku? Siap buat
nota suruh balas lagi. Aku berkerut sakan membacanya. Siapa
yang terlalu kuno sangat nak berbalas surat ni? Macamlah
telefon bimbit tak ada. Mungkin dia orang susah...
Waktu dulu memang aku tak expect langsung yang
dia bakal jatuh suka pada aku sebab aku selalu nampak
dia melepak di laman rumahnya sambil mendengar earphone
dan melukis tanpa menghiraukan persekitarannya. Nak
harapkan teguran, memang taklah! Dia pandang aku pun
tidak! Selalunya, aku yang curi pandang dia.
Aku ingat lagi, kali pertama aku pandang dia
adalah ketika bila dia membasuh kereta. Dia menegur baik
dan aku jawab acuh tak acuh. Malu-malu meow gitu. Selepas
kejadian itu, terus dia tak tegur aku dah. Ternanti-nanti
juga aku bila dia nak menegur lagi. Tapi hampa... Nama
dia pun aku tahu bila mama dia panggil dia dulu. Bukan
kerana dia menegurku. Bila terserempak dengan dia di laman
rumah, aku senyum dan dia hanya menjeling. Selepas itu
terus aku tak senyum setiap kali bertentang mata dengan
dia. Padaku dia sangat sombong! Mungkin sebab aku yang
terlebih dahulu sombong padanya. Hehehe.
Selepas aku membaca nota itu, aku langsung tak
balas. Bukannya apa, aku takut orang sengaja nak buat
khianat dekat aku. Atau lebih tepat lagi, rakan-rakanku
yang nakal tak terampun! Jadi aku buat tak tahu sahajalah.
Besoknya muncul sampul surat baru, buat Mona lagi. Aku
dah naik gerun.
Tulisannya bukan main cantik lagi. Sumpah aku tak
tipu. Bulat-bulat aje. Macam tulisan orang perempuan. Jadi
aku expect, kawan-kawan aku sengaja nak kenakan aku. Aku
buka sampul tu, ada kertas merah tergunting bentuk love.
Di tengah-tengahnya ada orang lidi, lelaki dan perempuan.
Di hati sebelah kiri, orang lidi lelaki itu menghulurkan
‘love’ atau cinta. Yang si perempuannya sebelah kanan
pula menadah. Aku tak dapat nafikan yang aku suka terima
surat ‘layang’ tu sebab itu pertama kali ada yang berminat
dengan aku dan menggunakan cara paling kuno tetapi
romantik untuk mendekatiku. Perlahan-lahan kepala otakku
teringatkan kenangan itu...
“Siapa ni? Fail betul melukis! Orang lidi aje?” Aku
membebel dan mendengus. Ada sekeping lagi kertas terselit.
Aku baca kertas kecil itu.
Saya nak berkenalan dengan awak, tapi saya
malu
“Habis, macam mana nak kenal kalau dah malu?
Aduhai. Pelik betullah! Ni siapa yang nak kenakan aku tak
ingat dunia ni?” Aku mendengus dan mendengus lagi.
Betapa geram dikenakan si misteri person. Tapi
surat itu aku simpan juga. Nak tengok tulisannya macam
mana pula kalau ada lagi surat selanjutnya. Buat masa ini,
tulisannya sama sahaja.
Hari ketiga pula, aku tengok mailbox lagi, masih
ada surat baru. Lukisan yang lain pula disertakan. Kali ini
lukisan berwajah aku. Tergamam aku. Takkan dia dengar aku
kutuk lukisan dia kut? Cantik lukisannya. Mungkin sebab dia
lukis gambar aku kut? Hehehe.
Bilalah awak nak balas surat saya? Saya nak
berkawan dengan awak, Mona.
Apa kata, layankan sahajalah surat lelaki ini? Aku
masuk ke bilik. Ambil kertas warna-warni lalu aku gunting
bentuk tapak tangan. Sebatang lidi aku tampal menjadi ‘lengan’
bagi tapak tangan itu. Ayat pertama aku...
“Tolong tampar pipi anda dengan kertas ini berkalikali
sehingga pengsan!” Selepas itu aku tinggalkan di
mailbox.
Puas aku nanti, siapa yang datang menghampiri
mailbox itu? Tiada orang! Aku mengeluh. Tiada sesiapa.
Keesokan paginya, aku ke mailbox. Terkejut aku apabila
mendapati tiada ‘penamparku’ di situ. Eh? Pergi ke mana
pula? Sehelai kertas berlipat elok tertinggal di dalam itu.
Aku ambil dengan teragak-agak.
Saya tak pengsan pun! Macam mana ni?
Aku tersenyum. Bersiap sedia untuk membalas
suratnya yang seterusnya.
“Tell me your name.” Akhirnya ‘surat’ menjadi nota
pendek sependek-pendeknya. Seperti biasa, entah waktu bila,
nota itu diambil dan digantikan dengan nota yang baru
oleh orang yang aku tak tahu siapa.
Fareez
Balasan surat itu membuatkan aku terjerit dan
terlompat kecil di hadapan mailbox akibat terperanjat.
Kedengaran suara lelaki mentertawakan cara aku
terkejut yang tak terampun itu. Aku menilik. Entah siapa? Tibatiba
dia keluar dari tempat persembunyiannya dan bersandar
di pagar rumahnya iaitu di sebelahku. Aku telan liur. Lambatlambat
aku pandang dia. Dia menunduk dan tersenyum sambil
memeluk tubuh. Di tangannya terdapat ‘penampar’ aku! Aku
gigit bibir. Aku tak jangka langsung yang dia lelaki misteri
itu!
Saat itu, aku mula patah-patahkan jari. Goyanggoyang
pinggang. Menahan rasa kekok dan malu.
“Assalamualaikum...” Macho suaranya memberi salam.
Aku berdeham beberapa kali. Membuang debaran di dada.
“Waa... waalaikumussalam...” Aku jawab tersipu-sipu.
Jari telunjuk aku cantum-cantumkan tanpa sengaja. Ah, gedik
sungguh aku waktu tu rupa-rupanya!
“Ehem...hem... Saya Fareez. Maaflah, lukisan orang lidi
dulu tu buruk. Erm, lukisan muka Mona tu, okey?” Soalnya
dengan mata setia memandang kasut. Aku tersenyum.
“Okey. Cantik sangat. Awak dengar eh kritikan saya
dulu? Sorry...” Aku berkata dengan suara yang meleret-leret.
Malunya. Dia dengar aku kutuk lukisan dia! Then, he comes
with the better one. Lot more better than I’ve expected! Muka
aku terus yang dia lukis. Dia memang berbakat.
“It’s okay. Erm, so macam mana ni?” Soalnya sambil
menampar-nampar pipinya dengan ‘penampar’ aku.
Matanya masih memandang kasut. Lebih baik dia
tengok aku daripada dia tengok kasut dia. Muka aku lagi
cun daripada kasut dia, okey?! Aku mendengus sikit. Kenapa
dia tampar muka dia dengan benda alah tu? Nak mengejek
aku atau dia masih dalam mood nak tampar pipi sendiri
sampai pengsan?
“Kita... Ermm... Kita surat-menyurat sahajalah!” Aku
berkata lantas berlari-lari anak masuk ke dalam rumah.
Serius aku mengaku, aku gedik sangat masa tu!
Kalau aku jadi Fareez waktu tu, harus aku tarik balik
keputusan nak berkenalan. Entah macam mana Fareez
masih okey dengan aku selepas kejadian itu.
Selepas itu, kami masih berutus surat. Cuma katakata
yang pendek menjadi ‘perutusan’ kami sepanjang
hari seperti, ‘rindu’, ‘mengada’, ‘suka awak’, ‘gatal’ dan
sebagainya. Adalah satu hari tu, terkantoi dengan abah aku!
Aku rasa tak nak muncul lagi dekat dunia ni... Abah aku
perasan yang aku selalu pergi ke mailbox setiap pagi. Jadi
dia pergi sebelum aku di waktu pagi buta!
Hari itu, aku tertunggu-tunggu surat daripada
Fareez. Dia terlupa hantarkah? Rupa-rupanya, abah aku
buat dajal tanpa pengetahuan aku. Dari pagi aku tunggu
surat Fareez sehinggalah ke tengah hari. Pada waktu itu,
abah sedang duduk bersila dekat atas bangku di beranda.
Konon-konon sibuk membaca surat khabar. Lama sungguh
dia baca surat khabar. Dari pagi, bawa ke tengah hari. Surat
khabar apa yang tebal sangat tu?
Tak pernah dalam hayat aku melihat abah baca
surat khabar di luar rumah pada waktu pagi sehinggalah
tengah hari panas membahang begitu. Lama sungguh. Aku
yang ternanti-nanti surat daripada Fareez, tentu-tentunya
duduk di luar juga.
“Aira tak nak masuk dalam tolong mak memasak
ke?” Abah aku bersuara tanpa memandangku.
Aku lihat bahunya terhinggut. Abah ketawa? Dalam
surat khabar ada benda yang melucukan ke? Oh! Teringat
pada sketsa kartun yang biasanya diselitkan dalam surat
khabar itu. Mungkin abah sedang baca sketsa tu... Fikirku.
“Abah ni duduk luar kenapa? Dari pagi sampai siang
duduk kat sini. Pergilah masuk ke dalam sana. Tak pernah
hayat abah duduk kat sini selama ini.” Soalan abah aku
tak layan. Terus aku suruh abah aku duduk dalam rumah.
“Malaslah! Panas duduk kat dalam tu...” Abah aku
membalas.
“Hari-hari duduk bawah kipas, panas apanya lagi?
Sebelum ni elok aje abah duk kat dalam sana. Lagi panas
dari hari ini pun ada.” Gumam aku sendiri. Mataku melirik
ke rumah sebelah. Fareez... mana awak ni? Kenapa tak hantar
surat?
“Kenapa duduk pandang-pandang rumah sebelah tu?
Ada kekasih sedang menanti ke?” Soalan abah membuatkan
aku gigit jari! Alamak. Mana ada kekasih... Hehehe. Malu
pula aku jadinya.
“Mana ada...” Aku memuncungkan mulut.
Kaki melangkah ke peti surat. Aku tilik isi dalam.
Kosong. Tak puas hati, aku masukkan tangan ke dalam peti
itu dan meraba-raba. Juga tiada! Kenapa dari pagi lagi tiada
apa-apa di situ?
“Cari apa kat situ?” Soal abah sambil mengangkat
tinggi surat khabarnya dan menutup muka.
Aku berkerut seribu. Surat khabar dan badan abah
bergegar. Abah baca apa ni yang kelakar sangat? Aku
dah mula suspicious dengan abah sendiri. Entah-entah ada
majalah porno di sebalik surat khabar tu tak? Sebab itulah
abah baca ‘lambat’ bukan main! Isy! Mona!!! Aku tampar
mukaku sendiri. Ada pula aku fikir buruk tentang abah
sendiri. Tak baik...tak baik...
“Tak cari apa! Buang lalat ni ha! Masuk mailbox.”
Aku berkata sambil buat-buat menjentik sesuatu yang memang
tak ada.
Abah terkekeh-kekeh gelak. Entah kenapa. Memang
aku teringin nak baca surat khabar tu. Selama ni, mood abah
memang serius setiap kali dia buka surat khabar. Apa yang
kelakar sangat? Itu yang aku nak tahu tu.
Tiba-tiba Fareez keluar dari rumahnya. Aku terkeras
di depan mailbox.
“Mana?” Soalnya tanpa suara. Mulutnya saja bergerak.
Aku angkat kening.
“Mana apa?” Soalku juga tanpa suara. Dia bersandar
di pagar rumahnya dan aku bersandar di dinding peti suratku.
“Kenapa awak tak balas?” Soalnya buat muka. Berbisik
apabila dia semakin mendekat. Aku terbelalak. Nak balas
apa?
Sempat lagi mataku gatal memandangnya dari
atas sehingga ke bawah. Kakinya hanya bersarung selipar
jepun. Seluar pendek berwarna putih dipakai menampakkan
betisnya yang agak berbulu. Aku kulum senyum. Seksi!
Dia mengenakan t-shirt hitam yang ketat. Sesak nafasku.
Alamak! Meskipun badan dia agak keding dan kurang tough,
tapi aku suka... Sebab dia pandai bergaya... Ngehehe!
“Kenapa tak balas?” Dia menyoalku lagi. Aku mengalih
pandangan daripada terus tersengih-sengih merenungnya.
“Nak balas apa kalau bendanya tak ada? Dari pukul
sembilan pagi tadi lagi saya tunggu kat sini!” Aku mengetap
bibir. Volume suara aku rendahkan seminima yang boleh.
Takut abah di beranda dengar. Jarak dalam lima enam
meter sahaja daripada aku dan Fareez.
Abah berdeham. Aku pandang abah. Dia masih tekun
dengan surat khabarnya. Tiba-tiba otak aku rasa curious.
Kenapa abah baca surat khabar tu dari tadi tanpa menyelak
helaian lain? Memang abah aku dah slow membaca ke apa?
Atau aku yang tak perasan abah menyelak helaian baru?
Boleh jadi aku yang tak perasan. Atau abah memang ada
niat nak khatam surat khabar tu berkali-kali.
“Saya dah hantar dah tadi!” Dia membentak
perlahan. Mukanya masam habis. Merajuk. Sambil hentak
kaki dan memeluk tubuh. Comelnya. Macam budak kecil!
“Mana adalah! Tak percaya, awak tengok sendiri ni
ha! Penat saya tunggu surat daripada awak.” Aku bersuara
pula. Hentak kaki juga.
Dia kelihatan terkejut benar mendengar katakataku.
Matanya terbuntang luas. Entah apa isi suratnya
sampai dia jadi macam ni? Ini yang buat aku tak sabar nak
baca isi kandungannya. Hesy. Manalah surat tu dah pergi?
Curious gila aku!
Fareez tercari-cari surat di dalam peti surat
rumahku. Kepala digaru-garu. Daripada tak pernah dia masuk
ke halaman rumahku, kini sudah bersungguh dia masuk
mencari surat. Aku ikut mencari sama di atas rumput. Kutkut
jatuh ke?
“Tadi ada tahu tak? Memang saya yakin yang saya
dah letak kat dalam sini!” Dia berbisik. Serius ke?
“Awak letak surat tu dalam pukul berapa?” Soalku.
“Pukul tujuh lebih.” Jawabnya. Amboi! Pagi sungguh!
Memang tak adalah aku nak bangun sepagi itu bila waktu
cuti begitu.
“Apa pasal awal sangat?” Soalku geram.
“Sebab saya tak sabar nak awak balas surat tu.
Memang tadi saya letaklah. Atau awak dah ambil tetapi
terlupa?” Soalnya semula.
“Taklah. Saya tahulah. Masalahnya sekarang benda tu
tak ada...” Aku sudah mula mencemik-cemik. Geram bila
dia bagaikan tidak mempercayaiku.
“Cari apa?” Soal abah mencelah pergaduhan kecil
antara aku dengan Fareez. Serentak dengan itu, kami berdua
berdiri tegak. Fareez mengetap bibirnya. Baru terperasan
yang dia sudah di laman rumahku. Abah menyilangkan kaki
dari duduknya.
“Tak ada apa-apa, pak cik.” Kata Fareez malu-malu.
Merah menyala muka dia. Comel sungguh wajahnya dalam
keadaan malu-malu begitu.
“Ke cari benda ni?” Soal abah sambil melayanglayangkan
sehelai kertas dengan tawa yang mula meletus.
Kami berpandangan sesama sendiri. Muka aku sudah
naik hijau saat ini, aku rasa. Mujurlah tak ada cermin. Tak
sanggup aku hendak melihat wajahku sendiri dalam keadaan
begini.
“Abah ni jahat!!!” Aku membentak.
Aku berlari ke arah abah. Kemudian surat itu aku
rampas. Fareez kaku di tempat dia berdiri dengan muka
pucat. Abahku terkekeh-kekeh gelakkan aku. Sampai tepuktepuk
perutnya yang agak membuncit.
“Pak cik... Pak cik baca dulu sebelum Mona ya?”
Dia kelihatan sedikit terkilan. Aku tengok sekali imbas surat
itu. Amboi! Panjang berjela dia menulisnya. Entah apalah isi
dalam agaknya?
“Pak cik nak tahu juga.” Jawab abah sambil tergelakgelak.
Fareez ketap bibir menahan senyum malu-malu
kucingnya.
“Mehlah duduk sekali sini. Berkenalanlah dulu dengan
bakal mertua.” Abah jungkit-jungkit kening.
Aku hentak kaki berkali-kali. Malu! Malu! Perlahanlahan
Fareez berjalan ke arah abah. Dia duduk di hadapan
abah dengan teragak-agak.
“Aira, buatkan Fareez ni air.” Arah abah selamba.
Abahku memang sporting. Tapi aku tak tahulah babbab
macam ni dia sporting ke tidak! Aku menurut perintah
abah dan dengan segera berlalu ke dapur.
Surat yang Fareez bagi, aku buka di dapur.
Assalamualaikum Mona.
Saya nak beritahu awak sebab saya selesa
berutus surat berbanding bersms dengan awak.
Ya, awak ada nombor saya, dan saya pun ada
nombor awak. Tapi saya bukan macam lelaki
lain. Saya tak berapa suka bermain dengan
gadget. Saya lebih suka menulis... SMS tu
sekejap aje dah boleh dapat tahu macammacam
mengenai awak. Saya lebih suka tahu
satu persatu. Sebab itulah saya berutus surat.
Oh! Jadi sebab itulah dia suka bermain surat dengan
aku. Baguslah! Aku pun tak berapa suka berSMS. Entah ke
mana aku campak handphone three three ten aku tu pun aku
tak tahu? Aku kembali menyambung bacaan.
Sebelum ni, saya pernah tegur awak. Tapi
awak bercakap dengan tanaman awak. Awak
tak pandang muka saya. Saya tahulah pokok
bunga awak lagi tough daripada badan saya...
Lepas tu saya terus takut nak tegur awak.
Sebab awak macam tak sudi. Bila mak saya
cakap, dia selalu nampak awak duduk dekat
beranda. Kadang-kadang dia perasan awak
pandang saya. Mak saya cakap, mungkin awak
segan nak berkawan. Saya lagilah segan. Sebab
tu saya hantar surat aje. Sorrylah. Kuno sangat
cara ni. Tapi saya suka.
Aku tersenyum. Kantoi dengan mak dia rupanya yang
aku sibuk melihat ke arahnya! Alamak! Abah baca yang ni
ke? Abah ni, spoil!
Setiap surat dari awak, saya masih simpan
elok. Paling saya sayang sekali, tentulah
‘penampar’ awak. Hari-hari saya cuba tampar
diri saya sendiri guna penampar ajaib tu.
Tapi tak berjaya pengsanlah. Saya tak tahu
kenapa? Hehehe. Saya nak cakap yang saya
suka awak. Dah lama. Hari ni baru saya
meluah sebab awak pun... Macam suka saya.
Macamlah! Saya tak cakap yang awak suka
saya... okey. Merepek dah ni! Saya nak cakap
yang saya suka awak! Suka sangat-sangat.
Sebab apa, saya tak tahu. Sila balas surat saya
guna kuasa kuda. Sebab saya betul-betul nak
tahu jawapan daripada awak!
Sincerely,
Fareez.
Terkeras aku apabila membacanya. Tragis! Abah
gelak-gelak tadi, baca surat ni ke? Fareez mengaku dia
suka aku dan and that time, abah yang baca? Mana aku nak
letak muka aku ni?!!
“Aira! Mana air untuk si Fareez?” Soal abah kuat.
Aku terkejut. Surat aku lipat secara random lantas
aku menyumbat surat itu ke dalam poket seluar. Aku
menuang air jus oren yang tersedia di dalam peti sejuk.
“Mona!!!” Panggilan Julia bersama ketukan pintu
mengejutkan aku daripada kenangan itu.
Hilang, terbang melayang semua yang aku
khayalkan tadi. Fareez sudah tiada di hadapan mataku. Jag
air sudah tiada di tangan. Yang ada hanyalah surat-surat
cinta daripada Fareez... Aku menarik nafas dalam. Surat itu
aku letakkan semula ke dalam kotak. Air mata yang entah
bila menitis, aku sapu perlahan.
Fareez, selamat tinggal sayang... Selamat tinggal.
Moga engkau berbahagia di sana di samping penciptamu.
Nafas kutarik dalam. Sebak rasa di dada mengenangkan dia.
“Kenapa Jue?” Soalku dari dalam. Kotak itu aku
simpan di bawah katil.
“Telefon kau berbunyi dari tadi, kenapa tak angkat?
Siapa yang call?” Soal Julia dari luar.
Aku terkejut. Bila masa dia berbunyi? Aku mencapai
telefon bimbitku. Ada tiga panggilan tak dijawab daripada
nombor emakku. Nak apa pula mak ni? Tak pernah mak
telefon aku sampai tiga kali macam ni... Macam ada hal
penting.
Aku kembali mendail nombor mak.

No comments:

Post a Comment