Ian Rayyan tenang memandu
ke Hotel Grenz. Seminggu dia berada di Sabah membuatkan hatinya terlalu
rindukan Arleena. Kotak yang mengandungi kerongsang mutiara diletakkan di atas dashboard Audi Q5nya. Hatinya amat
berharap agar Arleena sudi menerimanya.
“Hi dear,”
terjojol kepala Ian Rayyan disebalik pintu bilik Arleena Sofea.
Tersentak Arleena yang sedang ralit meneliti program ditangannya.
“Assalamualaikum, boooss...” perli Arleena.
Payah sangat dia ni nak beri salam. Mat salih betullah.
Tergelak Ian Rayyan mendengar kata-kata Arleena. Tahu
Arleena memerlinya. Rindunya pada wajah dihadapannya itu.
“How’s your work?” tanya Ian Rayyan.
Seminggu dia berada di Sabah. Setiap masa wajah Arleena tidak pernah hilang di
matanya.
“Everything ok. I
make a few program for the school holidays. Dah siap nanti saya tunjukkan
kat bos.” Jelas Arleena. Nampaknya tempoh seminggu dia aman telah berakhir.
Bermulalah hari-hari diganggu oleh Ian Rayyan.
“Nah.. for you.” Ian Rayyan meletakkan kotak kecil
bewarna coklat di hadapan Arleena. Arleena mengerut kening memandang Ian
Rayyan. Suspen ni.
“Apa
ni?” tanya Arleena.
“Mutiara
sabah. I hope you suka.” Balas Ian Rayyan. Arleena merenung Mr. Ian suka sangat
dia diberikan hadiah setiap kali bosnya itu outstation.
“Bos
ni. dari dulu saya cakap. Tak payahla bagi saya apa-apa.”
“Ala..
untuk my best employee. Present for your
tip top services.” Balas Ian. Aura menguratnya telah keluar. Mana boleh
lupakan kamu wahai gadisku.
“Your another staff?” saja Arleena
menyoal. Bukannya dia tidak tahu. Kebiasaannya hanya dia sahaja yang akan dapat.
Ian
ketawa kuat. “Of coursela. Kali ni
saya baik hati. Saya belikan untuk semua my
staff yang cantik-cantik. Kalau tak ada mereka susahla saya nak uruskan
hotel ni. But for my dear special sikit
la.”
Arleena
tersenyum. Pelik je bosnya hari ni. Selalu nama je hari ni dear, dear lah
pulak. “Bos ok ke?” tanya Arleena.
“Saya ok je. Sihat. Kenapa?” tanya Ian Rayyan
polos. Macam lah dia tak perasan riak muka Arleena berubah setiap kali dia
panggil dear.
“Nothing. Saya banyak kerja.” Jawab
Arleena. Gila, takkan dia nak tanya kenapa panggil dear. Malu la dia.
Ian
Rayyan melangkah keluar dari bilik Arleena. Arleena hanya memandang belakang
badan bosnya.
“Dia
ni la suka sangat buat aku keliru.” Luah Arleena.
Perhatian
yang diberikan oleh bosnya itu kadang-kadang menyentuh hati perempuannya.
Apatah lagi dia juga menaruh hati terhadap bosnya itu. Itu lah rasa yang timbul
sejak kali pertama dia memandang wajah bosnya. Walaupun ketika itu hanya suara
sahaja yang dia dengar, tapi tusukannya sampai ke hati. Hati rasa resah setiap
kali berselisih dengan bosnya. Mata sering kali mencari apabila figura yang
dicari tidak kelihatan. Walaupun mulutnya tidak pernah meluahkan rasa tapi
harapan tetap ada. Hanya satu. Ingin memiliki figura tersebut. Hanya adab gadis
Melayu menjadi benteng buat Arleena. Tidak mahu digelar perigi mencari timba.
Hanya menanti dan menunggu magis itu terjadi.
Ian Rayyan bersiul melangkah ke biliknya. Barulah tenang
apabila melihat pujaan hati.
“Pagi bos.” Pembantunya Kak Yati menyapa.
“Pagi.”
Cukup ringkas dia menjawab. Tangan memulas tombol pintu.
Kak Yati memandang hairan. “Amboi senyum memanjang. Ni
mesti baru lepas jumpa buah hati.” Ujar Kak Yati pada dirinya apabila melihat
kelakuan anak bosnya itu.
Ian berdiri
mengadap tingkap kaca biliknya. Pandangan jalan raya yang bersimpang siur di
bawah. Semuanya mempunyai tujuan. Keluar awal pagi mencari rezeki. Kata-kata
mamanya pagi tadi masih terngiang di telinganya.
“Bila la ada isteri yang mengurus makan
pakai anak mama ni. Asyik mama je.” Dia tahu apa maksud mamamnya. “Sabar ye
mama. Tak lama lagi abang akan bawa menantu untuk mama.” Janji Ian Rayyan pada dirinya. Sebelum berkahwin
dia ingin melengkapkan segalanya untuk bakal isterinya. perancangan terdekat,
dia akan mencari rumah. Dia mahukan persekitan yang luas untuk isteri dan
anak-anaknya. Kalau setakat dia dan isteri, sudah memadai kondo mewah yang
didudukinya sekarang.
Sedang ralit
Ian meneliti fail di tangan, konsentrasinya diganggu panggilan di telefon
bimbitnya.
“Hi dude... Lama tak dengar berita. Sejak balik senyap
je?” Kawan di sebelah sana menerjah apabila panggilannya disambut.
Mengekek Ian Rayyan apabila disergah rakannya.
“Assalamualaikum...”
perli Ian. Kedengaran rakan di sebelah sana pula yang gelak besar.
“Ian datang la sini. Dah lama aku tak menunggang dengan
kau.” Ajak Khairi.
Rakan
baik merangkap teman kuliah Ian semasa mereka belajar di Universiti Adelaide
dahulu. Sejak sahabatnya itu pulang setelah menamatkan pengajian mereka tidak
pernah bertemu lagi. Hanya emel dan whatsApp yang menghubungkan mereka.
“Ada tempat endurance
ke kat sana?” tanya Ian. Sejak pulang ke sini dia pun tidak pernah lagi
melakukan aktiviti kesukaannya.
“Agak-agakla. Ingat kampung aku teruk sangat ke? Kau
datang dulu aku bawak tempat baik
punya. Kau pilih je nak kat TER atau Lembah Bidong. Nak lagi mencabar kita
pergi ke Marang. Boleh juga aku ajar ko bahasa tempatan. Tak ada la ko macam
rusa masuk kampung.” cabar Khairi.
“You know me.
Yang mencabarla baru best. Hello
kawan. Jangan pandang sebelah mata. Aku dah tahu sikit-sikit bahasa sini. Aku
dah ada pakar bahasa kat sini. Nanti aku akan call kau. Aku baru balik dari Sabah ni. Tak kanla aku nak cuti
lagi. Mengamuk orang tua aku nanti.” Ujar Ian.
“Haha.. Siapa.. Qaira ke? Lupala.. orang dah jadi big boss kan.” Usik Khari lagi. Dia juga
mengenali adik kepada sahabat baiknya itu. Malah gadis itu juga mula mendapat
tempat dalam hatinya.
“Ingat aku berkepit dengan dia je ke? Aku dah ada sifu
la....” ketawa Ian Rayyan dapat mengena sahabatnya.
“Ini menambahkan lagi keterujaan aku nak jumpa kau. Aku
nak salute kat sifu yang berjaya
mengubah kawan aku ni. Patutla aku dapat rasa ayat ko dah tak skema berbanding
dulu. Sambil tu boleh aku kenalkan awek-awek Ganu. Awek sini lawo-lawo kaloh awek mata biru.” Mereka
berborak sebentar sebelum masing-masing meletakkan telefon.
Ian
Rayyan tersengih. Teringat kata-kata Khairi. Nampaknya dia kena berguru lagi
dengan Arleena. Menarik juga kata yang diucap oleh Khairi tadi walaupun dia
tidak tahu apa maksudnya.
Interkom di
meja Arleena berbunyi. Selepas mendengar arahan daripada pemanggil, Arleena
meletakkan gagang. Dia mengeluh. Keluar makan dengan bos lagi. Apa lagi alasan
yang hendak diberikan kepada Nina. Nak tak nak dia menaip pesanan untuk Nina.
Kata-kata bos tidak boleh dibantah.
Tepat jam satu petang, Arleeena melangkah keluar dari biliknya. Kaki diatur
ke lift. Senyuman dilebarkan apabila berselisih dengan rakan-rakan yang juga
ingin keluar makan. Keluar daripada lif dia mengatur langkah ke bahagian
parking di bahagian bawah hotel. Mata melilau mencari kereta Audi Q5 milik Ian
Rayyan. Senyum bibirnya apabila yang dicari ternampak di mata.
Semakin hampir dia dengan kereta Ian, tingkap kereta Audi
Q5 diturunkan. “Kenapa lambat?” soal Ian apabila Arleena menjenguk di tingkap.
Pintu kereta dibuka dari dalam. Arleena masuk lalu
menutup pintu. Tingkap dinaikkan.
“Kita
nak berjumpa siapa bos?” tanya Arleena. tadi belum sempat dia bertanya Ian
telah menamatkan panggilannya.
“Ada
la. Nanti dah jumpa awak tahu la.” Ian melirik memandang gadis pujaannya. Kalau
dah sah nak saja aku pegang jari dia ni.
“How your work? Everything ok?”
“Ok..”
jawab Arleena ringkas.
“Kenapa ni? Marah saya ajak keluar?” Ian bersuara sambil
menanggalkan kot dari badannya. Kot diberikan kepada Arleena. Tali leher
dirungkai. Juga diberikan kepada Arleena. Lengan baju dilipat sedikit hampir ke
siku. Arleena suka gaya Ian begitu. Santai saja. Ian mula menggerakkan
keretanya. Menuju ke destinasi yang dia sahaja tahu.
“Ke mana ni bos?” soal Arleena apabila mereka melepasi
restoran kebiasaan mereka.
“Hari ni saya nak bawa awak jauh sikit.” Ian Rayyan
memandu laju ke Tasik Putrajaya.
“Sempat ke masuk office
semula bos. Ini dah satu setengah.” Arleena mengingatkan bosnya.
“Apa nak hairan. Saya kan bos. Orang tanya awak jawabla
kita jumpa klien.”
Arleena merenung Ian Rayyan. Kalau beginilah jawabnya
memang sah-sah tak ada jumpa klien. Dah la dia banyak kerja. Bebel Arleena
dalam hatinya.
“Suka brooch saya bagi tadi?” tanya Ian selepas pelayan
meletakkan pesanan mereka di atas meja. Seperti biasa nasi goreng nanas untuk
Ian dan nasi putih bersama tom yam campur untuk Arleena.
“Thanks bos. Cantik.” Maklumlah tadi dia tak sempat
ucapkan terim kasih.
“Simpan baik-baik tau. Macam awak jaga hati saya.”
Satu
ayat yang menyebabkan Arleena berasa hilang darah. Apa maksudnya? Arleena
menanti kata-kata Mr. Ian seterusnya. Hatinya ingin melonjak gembira. Adakah
bosnya itu akan meluahkan perasaannya. Tapi hampa. Ian kelihatan cukup
berselera menikmati hidangan nasi goreng nanas di pinggannya. Arleena mengeluh
perlahan.
Arleena ralit melayan
perasaan. Tersentak dengan bunyi deringan dari telefon bimbitnya. Tangannya
menggagau ke dalam beg tangannya. Telefon bimbitnya dicapai. Sebaris nama di
skrin dibacanya. Ryzal. Jejaka yang dikenali secara tidak sengaja. Siapa sangka
dia dan Ryzal kini berkawan baik. Baginya hanya sebagai kawan tetapi tidak bagi
Ryzal. Dia tahu Ryzal inginkan hubungan yang serius dengannya.
“Alahai Ryzal...
sabarla...” Arleena mengurut keningnya.
Keluar keluhan
kecil dari bibirnya. Arleena tidak menjawab panggilan daripada Ryzal. Tiada
mood untuk bercakap dengan Ryzal. Sudah dijangka dengan soalan Ryzal. Pastinya
memujuk dia memilihnya. Ryzal seorang lelaki yang tidak mudah mengalah.
Kadang-kadang dia juga kasihankan Ryzal. Sentiasa mengharapkan penerimaannya.
Sedangkan dia masih belum bersedia untuk mempunyai hubungan yang lebih dari
kawan. Malas mahu memikirkan komitmen selanjutnya.
Bagi Arleena setiap hubungan yang dijalinkan mesti
berakhir di jinjang pelamin. Dia tidak mahu menghabiskan masa bertahun tapi
tiada kesudahannya. Oleh sebab itulah dia perlu memikirkan semasaknya pelawaan
Ryzal. Mahu berfikir agar keputusan yang bakal diambil adalah yang terbaik.
Arleena hanya memerhatikan deringan daripada Ryzal berhenti. Kedengaran mesej
pula yang masuk ke dalam telefon bimbitnya. Pastinya dari Ryzal juga. Arleena
tidak menghiraukannya. Maafkan aku Ryzal. Bukan ketika ini.
Ian Rayyan masih tidak mengalih pandangannya
daripada menatap wajah Arleena. Menimbulkan rasa ingin tahu apabila Arleena
mematikannya panggilan tersebut. Terdetik rasa cemburu. Adakah gadis di
hadapannya ini telah dimiliki? Rasa tidak enak mula bermain di tangkai hatinya.
“Siapa?” laju
sahaja mulutnya bertanya.
Arleena
memandang wajah Mr. Ian Rayyan. Perasan dari tadi bosnya itu tidak mengalih
pandangan daripada memerhatinya. Nak cerita ke tak nak? Dia faham dengan reaksi
bosnya itu. Pastinya inginkan penjelasan. Alahai Ryzal ni mematikan mood
sajalah.
“Panggilan tak
penting.” Akhirnya Arleena bersuara.
Mr. Ian Rayyan hanya mengangguk. Rasa ingin
tahu tidak kesampaian. Akhirnya masing-masing menyambung semula menjamah
makanan mereka.
No comments:
Post a Comment