Ian Rayyan berlegar di unit
pemasaran. Jika sehari tidak melihat wajah gadis pujaannya, hatinya tidak
senang untuk membuat kerja. Aura Arleena begitu kuat padanya. Untungla dia big boss jadi ke mana dia pergi stafnya
tidak akan menyoal. Kalau ada yang bertanya, alasanya cukup klise, pemantauan
terhadap staf. Padahal pergi mengusha
staf. Ada sahaja alasan yang direka untuk membolehkan dia bercakap dengan
Arleena. Bukannya dia tidak nampak mata-mata yang memerhatinya. Malah dia juga
sedar Arleena juga naik segan dengannya. Ada dia kisah.
Ian
Rayyan buat bodoh sahaja dengan reaksi tidak senang yang ditunjukkan oleh
Arleena. Hendak diluahkan mungkin Arleena segan dengannya. Bukannya dia tidak
perasan riak tidak puas hati Arleena apabila dia bertanyakan perkara yang sama
berulang-ulang. Yang dia mahu hanyalah mendengar suara gadisnya. Satu hari
tidak mendengar dirasakan harinya tidak bersinar. Arleena diibaratkan matahari
yang menyinari hidupnya.
Sejak
mengenali Arleena dia bertambah faham dengan sikap Arleena. Seorang gadis yang
tegas walaupun nampak lembut. Senyuman yang sentiasa dihulurkan kepada sesiapa
sahaja yang berselisih dengannya. Bijak mengawal keadaan. Yang penting pandai
berkomunikasi. Sesiapa sahaja senang berurusan dengannya. Itu yang dia cemburu.
Senyuman Arleena dirasakan cukup manis sekali. Membuatkan orang memandang lebih
dari sekali. Malah nama Arleena cukup dikenali oleh kliennya.
“Ish..
mana dia ni..” bebel Ian Rayyan apabila tidak melihat kelibat Arleena di unit
pemasaran. Tak kan dia nak menunggu di hadapan bilik Arleena. Dia beredar ke
biliknya setelah bertegur sapa dengan staf yang berselisih dengannya.
Berlari anak
Arleena ke biliknya sebaik mendengar interkom di mejanya berbunyi. Mengeluh dia
sebaik selesai mendengar arahan si pemanggil. Panggilan dari big boss yang meminta Arleena berjumpa
dengannya.
“Ingatkan dia
sibuk, legalah aku hari ni. Ni aku jugak yang kena mengadap dia.” Bebel Arleena
sendiri.
Arleena
kurang senang apabila menerima panggilan daripada big bosnya tadi. Berfikir
apakah lagi agenda big bosnya. Sedangkan tika ini dia banyak kerja yang perlu
diselesaikan. Apatah lagi waktu lunch
nanti dia perlu berjumpa dengan klien. Bukannya dia tidak tahu perangai big
bosnya itu. Berbual benda kosong sahaja. Lebihnya muka dia yang ditenungnya.
Alasan sahaja ada kerja yang perlu dibincangkan. Bukannya dia tidak perasan
akan mata-mata yang memandang ke arah biliknya setiap kali big boss singgah di biliknya. Setiap hari wajib big bossnya itu datang ke biliknya.
Memangla seronok memandang muka kacaknya tapi melayan punya pasal sampaikan
kerja dia terbengkalai sama. Kalau dia jenis suka menggeletis dah lama rasanya
dia tawan si big boss.
Dengan
rasa malas Arleena bangun dari kerusinya. Organizer dikelek. Segala maklumat
dicatat dalam organizer itu. Ibarat nyawanya. Kalau hilang yang itu, tidak
tahulah apa akan jadi padanya. Tidak bersemangat dia menghayun langkah ke arah
bilik bosnya.
Pintu bilik Mr. Ian diketuk. Arleena melangkah ke
dalam bilik Mr. Ian. Salam diucapkan. Ian Rayyan terpegun dengan gadisnya.
Matanya tidak berkalih daripada melihat Arleena. Hari ini Arleena mengenakan
baju kurung yang mengikut bentuk badannya. Cukup seksi baginya. Hatinya agak
geram. Apalah reaksi staf-staf lelaki melihatnya. Bukannya dia tidak tahu ramai
staf lelakinya yang berkenankan Arleena.
Kenapalah kamu cantik sangat wahai gadisku. Walaupun Ian Rayyan berkenan
dengan Arleena tapi dia tidak meluahkannya. Baginya ucapan sayang terlalu
berharga. Bukan senang-senang boleh diucapkan. Dia menunggu masa yang sesuai
untuk menyatakan sayang kepada Arleena.
“Ada
hal apa Mr. Ian minta saya ke sini?”
“Saya
nak tanya progress berkaitan dengan
majlis Datin Mona.” Kata Ian Rayyan.
Oooq...aloh..yang
ni lagi. Semalam baru tanya pasal ni. Dia tahulah Datin Mona tu VVIP customer hotel ni. Lubuk emas.
Takkanlah setiap hari nak tanya.
“Masih
dalam progress bos. Semuanya berjalan
lancar. Hari ni Kimi akan serahkan quotation
kepada Datin Mona. Ian Rayyan tersengih. Bukannya dia tidak tahu tapi saja nak
mendengar suara gadis pujaannya. Asyik dia yang banyak bercakap. Kali ini biar
Arleena pula yang bersuara. Terubat rindu di hatinya.
“Bos
ada apa-apa lagi? Kalau tak saya keluar dulu. Banyak lagi tugas yang saya belum
siapkan.” Sengaja dia berkata demikian. Biar Mr. Ian sedar yang dia
menghabiskan masa stafnya sahaja. “Satu lagi bos, nanti dah setel dengan Datin
Mona saya akan beritahu bos. Jadi bos jangan risau yea...”
Mr. Ian hanya ketawa. Tahu Arleena
menyindirnya. Ada dia kisah!
“Lunch dengan saya nanti.” Selamba Mr.
Ian mengajak Arleena.
Spontan Arleena
menepuk dahinya. Ya Allah tak faham-faham lagi ker.
“Maaf
bos saya dah ada temu janji.” Arleena memberitahu dan cepat-cepat keluar dari
bilik Mr. Ian. lagi lama di situ dia takut dia tidak dapat mengelak. Takut jika
Mr. Ian mengeluarkan aura bosnya. Masa tu tak ada alasan la.
“Arleena, lunch nanti ikut saya. Ada klien nak
jumpa.” Mr. Ian menelefon Arleena.
Belum sempat
Arleena menjawab panggilan telah dimatikan.
Ian Rayyan
ketawa kecil. Berjaya juga taktiknya. Kalau ditunggu lama mau Arleena mencipta
pelbagai alasan.
Masuk sahaja
waktu rehat Arleena cepat-cepat turun ke tempat parking kereta Mr. Ian. Tidak
mahu banyak mata melihat. Kalau lambat takut pula Mr.Ian menjemput dia di
bilik. Lagi haru jadinya. Enjin kereta bosnya telah kedengaran. Cepat pula
mamat ni turun. Ingatkan dia paling awal. Tapi ok juga. Tak adalah dia jadi
guard tunggu di kereta. Arleena mengetuk cermin kereta Audi Q5 milik Ian
Rayyan.
“Masukla,” sapa
Ian Rayyan sebaik dia menurunkan cermin yang diketuk oleh Arleena.
Tanpa berlengah
Arleena meloloskan badannya ke dalam Audi Q5 tersebut. “Bos kita nak jumpa siapa ni?”
Ian Rayyan tersengih.
Arleena pandang lain
macam. Sah-sah dia kena kelentong lagi.
“Tak ada jumpa
siapa-siapa..Pergi isi perut aje.” Ringkas sahaja jawapan Ian Rayyan.
“Bos takkan kita
nak pergi makan berdua. Tadi bos kata nak jumpa klienkan.”
Ian Rayyan
berpaling ke Arleena Sofea. Menghadiahkan senyuman yang betul-betul membuatkan
hati Arleena cair. Alahai dia ni tahu-tahu jer
kelemahan dia. Lomeh lutut eden macam ni!
Malas dia
bertanya lagi. Lebih baik dia fikirkan alasan yang hendak diberikan kepada Nina
nanti. Kalau Nina sahaja ok lagi. Buatnya balik ofis nanti dia diterjah Kak
Yati, apa dia nak jawab. Kak Yati sekarang ni pun tengok dia dah semacam.
“Nah makan ni
dulu. Boleh hilang stress tu.” Ian Rayyan menghulurkan coklat Toblerone kepada
Arleena.
Arleena menilik
coklat yang berada di dalam tangannya. Macam best je coklat ni.
“Makanlah.
Coklat ni terapi untuk hilangkan stress. Kembalikan mood awak tu semula.” Ujar
Ian Rayyan lagi.
“Betul ke bos?”
soal Arleena tanpa memandang Mr. Ian. “Agak-agak
bos kan kalau makan ni sampai berkotak-kotak, kerja kat meja saya tu boleh
setel sendiri tak?” Sindirnya pula. Amboi senangnya. Stress makan coklat. Tapi
dia pernah dengar kalau tengah period
pain, terapinya adalah coklat. Nantilah dia google kesahihannya.
Ian Rayyan hanya
tergelak. Dalam diam, berani juga Arleena mengenakannya. Ada dia kisah. Janji
dia dapat keluar dengan dia. Bukan senang nak keluar dengan minah ni kalau
bukan disebabkan soal kerja. Ian Rayyan bermonolog dalam hatinya.
Adui..dia ni
kalau anggap dia ni kekasih dia ok juga. Laju saja dia setuju untuk keluar. Tak
adalah orang nak salah anggap. Dia sebenarnya mahukan Ian Rayyan, sebab itulah
dia tidak bisa menolak ajakannya. Hatinya ingin juga berada di sisi Mr. Ian. Tapi
dia masih lagi tahu membataskan diri. Menghadkan pergaulan antara majikan dan
pekerja. Hati siapa tidak terbuai apabila dilayan sebegitu rupa. Nasib dia
masih waras untuk membezakannya. Sepanjang perjalanan itu saja yang berlegar
dalam fikiran Arleena.
“Saya
nak hilangkan stress awak tu. Ambil angin dulu. Barulah awak boleh fokus dengan
kerja-kerja yang bertimbun tu.” Ian memandang Arleena di sebelahnya. Payah
sangat nak ajak keluar. Kan dah kena paksa.
“Bos.., makan la angin banyak mana pun.
Otak saya ni duk fikir kerja kat opis tu.” Luah Arleena lagi. Kalau aku ni asyik
kena ganggu, bila la kerja dia nak siap.
Ian Rayyan memberhentikan keretanya di Restoran
Rumbia. Ian Rayyan membuat pesanan. Kegemaran Arleena telah dihafal.
Macam mana dia asyik teringatkan si Ryzal ni. Jangan
lah mereka bertembung. Arleena melontar pandangan ke serata restoran. Manalah
tahu kelibat Ryzal ada di sini tapi kenapa hati dia tiba-tiba teringatkan
Ryzal. Hati Arleena mula tidak senang. Seperti dia membuat salah. Tapi dia keluar
dengan bos. Dia pun bukannya teman wanita Ryzal. Dia saja yang anggap begitu
sedangkan aku tidak beri apa-apa keputusan lagi.
Setelah pesanan tiba, kami menjamu selera. Arleena
makan dengan cepat. Supaya Ian Rayyan tidak mempunyai masa untuk berlengah. Terus
lupakan soal Ryzal. Dalam menjamu
selera, satu mesej telah masuk ke telefon Arleena. Aduh siapa pula ni. Dia
mengeluarkan telefon dari tas tangan. Butang kunci di buka. Mesej daripada
Nina.
You owe me!
Jangan lupa balik karang story mory.....jangan nak ngelat...
Masaaak....dia
macam ni.. Nina dah bagi amaran awal. Bahasa yang digunakan pun boleh tahan
juga. Story mory macam panjang jer. Siapa
tak kenal Nina. Selagi dia tidak berpuas hati jangan harap dapat lari. Aduh..fening la fening... macam mana nak story ni.. sebelum ni baik aku cover
dari dia. Hidung kucing betul la dia ni.
“Siapa mesej?”
Mr. Ian bertanya.
“Nina...” Nasib Mr. Ian tidak bersoal panjang.
“Bos..
thanks belanja. Tapi bos lepas ni bos tak payahlah ajak saya kalau tak ada
apa-apa hal. Saya tak mahu jadi buah mulut pula nanti.”
“Lantak
la apa orang nak kata.”
“Kita
hidup dalam satu organisasi bos. Perlu juga ambil kira pandangan orang lain.
Saya nak kerja lama kat situ bos. Takut pula saya dituduh nak tackle bos.”
“Kalau
betul apa salahnya. Saya bukannya ada sesiapa pun. Masih mencari juga.” Balas
Ian Rayyan selamba. Takkan lah Arleena tak faham dengan layanannya.
“Jom
couple,” kata-kata yang hanya
berlegar dalam benak Arleena. Kalaulah dia lelaki, bosnya sudah diajak bosnya
itu couple.
“Agak-agakla bos. Saya ni kuli je.”
Kata-kata Arleena tidak dibalas oleh Ian Rayyan.
Balik dari
keluar makan dengan Mr. Ian, Arleena menumpukan perhatian kepada kerjanya.
Tidak lama lagi musim cuti sekolah. Dia perlu merangka promosi untuk menarik
pengunjung ke Hotel Grenz. Esok unitnya akan mengadakan mesyuarat dengan Mr.
Khoo. Sebelum masuk mesyuarat perlulah melengkapkan diri dengan
maklumat-maklumat penting.
“Oit.. ada orang keluar date
la..” Kak Yati muncul di pintu bilik Arleena.
“Mana ada kak. Jumpa klien je. Lunch terus.”
“Eleh.. jangan nak tipu akak la. Bos tu mana ada temu
janji hari ni. Macam mana ada sesi luahan hati tak?” tanya Kak Yati lagi.
“Tak ada lah kak. Kami makan-makan je. Cakap soal kerja.
Mana ada cakap soal hati ni.”
“Lembapla bos tu. Jenuh akak ni bagi hint kat dia. Tak faham-faham lagi. Nanti melepas baru gigit jari.”
“Ada-ada saja akak ni. Akak ada hal ke cari saya?”
“Tak ada la. Saja singgah. Kot-kot ada berita sensasi.”
Ujar Kak Yati sebelum berlalu dari bilik Arleena. Arleena hanya menggeleng.
Masakla kalau Kak Yati dah berkias.
Dalam
dia ralit menyusun idea, satu mesej masuk ke dalam telefon bimbitnya. Arleena
melihat nama tertera di skrin. Big boss....
Adui apa lagi la yang dikehendaki oleh mamat ni. Dia tengah banyak idea ni.
Jangan la dia panggil masuk mengadapnya.
Thank
you for accompany me...
Adui ini saja
ker yang difikirnya. Membaca mesejnya membuatkan dia berfikir sejenak.
Maksudnya dia hanyalah penema
Saya akan outstation. Take care...
Awak dah makan. Take care...
Sweet dream my princess....gonna
miss you
Ini
lah antara mesej yang dia terima daripada Mr. Ian. Bagai manakah dia tidak
menganggap dia menyukai aku. Hati perempuan mana tidak terbuai dengan semua
ini. Tapi yang musykil, dia tidak pernah mengucapkannya. Tak kan cukup
dengan dia faham memahami maksudnya tanpa diluahkannya. Bagi aku itu bukannya
cara yang bagus. Apatah lagi pemahaman manusia berbeza. Dia tidak mahu disalah
anggap. Jika dia menyukai aku biarlah keluar dari mulutnya sendiri. Barulah aku
pasti. Ini aku seolah-olah diawangan! Menanti sesuatu yang belum pasti!
Bukan itu
sahaja, setiap kali keluar Mr. Ian akan meminta dia memegang cluth bagnya. Bagi Arleena itu adalah
benda personal yang perlu dijaga. Tidak bagi Ian Rayyan. Seolahnya
barang-barangnya hendak dikongsi bersama Arleena. Malah kereta Audi Q5nya
diminta Arleena pandu.
Ryzal pun tak
pernah tawarkan Harriernya untuk dipandu oleh dia. Itu orang yang sah-sah
anggap dia sebagai kekasih.
Sekali
lagi kedengaran mesej di telefon bimbit miliknya. Adakah sebab dia tidak
membalas mesejnya membuatkan Mr.Ian Rayyan menghantar lagi mesej kepadanya.
Arleena membuka
butang kekunci. Alamak Ryzal la.
Shall we dinner tonight – Ryzal
Ok – Arleena
Tq.. By 8.00 pm I will arrive- Ryzal
Adui dah macam playgirl pulak. Keluar silih berganti. Last-last pastinya kantoi. Jangan
dua-dua melepas dahla. Ini dikatakan tak de penyakit gatal cari penyakit.
Hari
ini giliran Nina memandu. Awal-awal lagi Arleenna telah menunggu di kereta.
Hanya bersandar. Lagipun dia tak ada mood nak buat kerja. Sebab itulah
awal-awal lagi dia dah keluar. Lepas ni nak mengadap Nina pula. Nina
tersengih-sengih menuju ke arahnya. Alarm kereta ditekannya. Dia membuka pintu
kereta. Biarkan haba panas di dalam kereta keluar dahulu.
Nina
menghidupkan enjin kereta. Masih tersengih. Arleena memandangnya hairan.
“Ko ni apa hal.
Buang tabiat?”
“Eleh ko jangan buat tak tahu ek. Sampainya hati selama ni ko tipu aku
kan. Kata jumpa klien. Padahal korang pergi berasmaradana.” Ujar Nina panjang
lebar.
Tu dia ayat power dari Nina sudah keluar. Tengok
Nina sengih semacam dia dah tahu.
“Agak-agakla
cakap macam tu. Ingat aku jahat sangat ker?”
Nina ketawa
kuat. “Eleh tak payah nak selindungla. Ko ni ngan siapa sebenarnya. Ryzal ke bos!”
Soalan maut daripada sahabat baiknya.
“Weh aku keluar
dengan bos jumpa klien la.” Masih berselindung.
“Eleh Kak Yati
dah story mory ngan aku tadi. Ko
jangan nak kelentongla. Takkan Kak Yati tak tahu. Diakan PA big bos.” Nina menyambung lagi katanya.
“Patutla ngan
Ryzal ko buat tak layan. Dah dapat yang baaiik
punye.” Penuh gaya Nina menuturkannya.
Ala Kak Yati dah
tahu ker. Malu la dia macam ni. Dahla Kak Yati tahu dia berkawan dengan Ryzal.
“Ko
jangan gosip aku dengan bos ek. Aku
tak ada apa-apa dengan dia la.”
Dah memang betul
kami tak ada apa-apa. Takkan dia nak cakap dia sukakan bos.
“Ko dengan Ryzal
aku rasa sepadan. Kalau dengan Mr. Ian lagi sepadan haha..”
Nina
terbayangkan rupa anak kawannya itu. Dua-dua jejaka kacak. Ditambah pula dengan
Arleena yang cantik. Pasti anak mereka cute-cute. Kalau dengan bosnya pasti
anak Arleena bermata hazel. Cutenya!! Arleena memandang ke arah Nina. Hairan
melihat rakannya itu tersengih.
“Ko ni kenapa?
Buang tabiat ke? Malam tadi kan aku dah cakap.”
Nina ketawa
kuat. Nampak sangat muka bengang Arleena. Tapi sweet juga. Dah orang cantik,
dalam keadaan macam mana pun tetap cantik. Ikut ko la Aleen....nasib badan la
jadi orang cantik. Ramai peminat.
“Malam
ni aku keluar dengan Ryzal.” perlahan Arleena beritahu Nina.
“Muka
monyok asal. Oklah tu..” balas Nina pula.
“Ini
yang buat aku pening. Sah-sah malam ni dia tanya soalan yang sama.” Keluh
Arleena.
“Dia
berharap sangat dengan ko. Tapi aku faham, mungkin ko rasa belum ada keserasian
antara korangkan.”
“Follow the wind jelah..” balas Arleena.
Malas dia hendak berfikir. Biarlah masa yang menentukannya.
“Malam
nanti jangan ko buat perangai pulak. Dah janji nak keluar tu layan Ryzal
elok-elok walau pun ko tak suka dia. Muka tu jangan tunjuk ketat sangat. Kasihan
Ryzal tu.” Nina mengingatkan sahabatnya itu.
No comments:
Post a Comment