“Weh...menung
jauh nampak!” sergah Harith. Dari tadi dia perhatikan sahabatnya itu.
“Kurus
semangat aku.” Ryzal mengurut dadanya. Langsung dia tidak sedar kemunculan
Harith di hadapannya. Sergahan daripada Harith memecahkan khayalannya.
“Aku betul-betul nak pikat Arleena la..” Ryzal
berterus terang. Muka habis serius memandang Harith.
Kah ..
kah.. kah... Harith memuntahkan gelak. “Itulah dulu berlagak sangat. Kan dah
kena jilat ludah sendiri.” ujar Harith yang masih galak ketawakan Ryzal.
“Woi..
pengotorla ko ni... Ini bukan jilat ludah. Ini soal hati dah tertawan.” Ryzal
masih tidak mengalah. Senyuman mekar terukir di bibirnya.
“Ko
kena ingat. Dia tu bukan macam perempuan-perempuan yang ko kenal sebelum ini.
Dia ni bukannya kaki clubbing macam
Rebecca, Irene or yang lain-lain tu aku sendiri pun tak ingatlah.” Harith mengingatkan
Ryzal.
“Aku
tahulah. Takkan la pakai tudung kaki clubbing. Ko pun agak-agakla. Aku nak
buat isteri. Yang lain-lain tu stok geli-geli
aku jer.” Ujar Ryzal.
“Tengkorak
ko stok geli-geli.” Mereka ketawa
kuat apabila Harith melontar pen yang berada di tangannya ke arah Ryzal.
“Bro..
dah sampai masanya aku nak berubah. Aku rasa Arleena mampu bimbing aku.”
Mengenali Arleena menimbulkan keinginannya untuk berkeluarga. Memikul tanggung
jawab sebagai ketua keluarga. Mungkin Arleena adalah pembimbingnya.
Harith
menarik nafas dalam. Tidak pernah sahabatnya itu berperangai sebegitu. Syukur
kalau Ryzal ingin berubah. Meninggalkan gaya hidup sosialnya.
“Aku
suka kalau ko nak berubah. Tapi ingat pesan aku. Kita lelaki, kita sepatutnya
menjadi pembimbing. Lepas ni ko titik beratlah soal agama.” Walaupun Ryzal seorang
yang suka bersosial, sahabatnya itu belum pernah menodai perempuan yang
didekatinya.
“Apa plan ko?” tanya Harith. Playboy seperti
Ryzal pastinya mempunyai banyak idea. Kalau tak manis mulut, manakan dia boleh
bertukar perempuan setiap minggu.
“Adalaa...”
Ryzal menjungkit keningnya. Menayangkan aksi berlagaknya kepada Harith.
Harith
mencebik. “Malas aku nak layan. Jom makan. Aku dah lapar la.” Ajak Harith.
Ryzal
melihat jam Tissot di pergelangan tangannya. Patutlah Harith datang ke
biliknya. Sudah masuk masa makan tengah hari. “Jomlah..” bingkas Ryzal bangun.
Mereka beriringan keluar daripada bilik Ryzal.
Salam Sunshine... how your day?- Ryzal
Busy!! – Arleena
Ryzal
tersengih membaca balasan pesanan ringkas daripada Arleena. “Punyalah panjang
aku mesej, ini je dia jawab. Betul-betul sibuk ni...” omelnya. Ryzal mula melancarkan sesi mengayatnya.
Dah makan?- Ryzal
Arleena
membaca pesanan yang baru sahaja diterimanya. Alahai mamat ni tak mengalah
nampaknya. Hari ni panggil dia Sunshine. Semalam Sweetie. Lepas ni ape pulak. Jangan panggil dia bucuk
sudahla. Mau mutoh ijo dia nanti.
Arleena membiarkan sahaja mesej Ryzal. Tidak berniat untuk membalasnya. Dia
tahu perangai Ryzal. Kalau dilayan akan melarat seperti semalam. Gara-gara
membalas mesej yang dihantar Ryzal, hampir satu jam dia terpaksa melayan Ryzal.
Tidak cukup dengan mesej, Ryzal menghubunginya pula.
Take care. Jangan lupa makan – Ryzal
Sekali
lagi mesej daripada Ryzal masuk ke telefon Arleena. Arleena mengeluh. Bukannya dia tidak faham
apa yang dimahukan Ryzal, tapi hatinya masih belum terbuka untuk menjalin
hubungan yang lebih serius. Dia tidak mahu memikul komitmen yang lebih berat.
Belum masanya lagi.
Ryzal
merenung telefon bimbitnya. Tiada balasan mesej daripada Arleena. Adakah
Arleena betul-betul sibuk? Sabar Ryzal, jangan gelojoh. Ryzal menenangkan
hatinya. Puas menilik telefon di tangan, dia meletakkannya di atas meja. Fail
hitam d hadapannya dibuka. Menyambung semula kerja-kerja yang tertangguh tadi.
Sedikit sebanyak
kehadiran Ryzal kebelakangan ini menyebabkan Arleena tidak selesa. Bermula dari saat dia menguruskan majlis
syarikatnya, Ryzal semakin berani mendekatinya. Itulah dulu pandang dia sebelah
mata. Sekarang ni setiap hari tidak sah kalau Ryzal tidak menghantar mesej
kepadanya. Nampaknya lelaki itu benar-benar ingin menjalin hubungan dengannya.
Ryzal
tidak pernah putus asa untuk mendekati Arleena. Baginya Arleena adalah gadis
yang mempunyai aura tersendiri. Telah banyak gadis dikeleknya namun tidak ada
yang menyerupai Arleena. Tidak ada lagi gadis yang bisa membuatkan hatinya
bergetaran hebat. Timbul perasaan rindu. Setiap masa dia ingin menatap wajah
Arleena. Sebelum ini hanya perempuan yang menggilainya. Siapa yang tidak
gilakan lelaki yang kacak dan tampan malah poketnya juga sentiasa penuh.
Sesuailah title MD yang disandangnya. Dengan Arleena dia pula yang terpaksa
bekerja keras. Segala skill
kasanovanya terpaksa digunakan demi memiliki sekeping hati milik Arleena.
Lunch
nanti saya jemput. Bagitahu Nina. Harith ada sekali-Ryzal
Arleena
forward mesej Ryzal kepada Nina.
Pandai juga Ryzal ni. Kalau dia seorang dah sah-sah dia tak nak pergi.
Diangkutnya Nina sekali. Bukannya dia tidak perasaaan Nina dan Harith sentiasa
bermain mata. Suka tengok gelagat mereka. Shy-shy
cat hihi.. Nina yang kaki redah tu pun boleh control ayu depan Harith. Nampak sangat dia menyukai Harith. Diakui
mereka berdua sepadan. Kedua-duanya berasal dari keluarga yang berada. Tidak
seperti dia dengan Ryzal. Walaupun dia tidaklah miskin mana, tapi jika dibandingkan
dengan keluarga Ryzal jauh juga bezanya. Lagipun penatla nak ulang-ulang cerita
Melayu ni. Konflik orang kaya dengan miskin.
Arleena mengeluh teringatkan insiden pagi tadi. Tidak tahu
bagaimana lagi dia hendak mengelak daripada Ryzal. Setiap masa Ryzal
memburunya. Rimas!!
“Hai
kakak cantik...” tegur budak penghantar bunga apabila Arleena mendekatinya.
Banyak kali dia membuat delivery
untuk gadis bernama Arleena Sofea tapi belum pernah bersua muka dengan empunya
badan. Ingin juga dia melihat gerangan si penerima. Setiap hari ada sahaja
kiriman yang dihantar kepada Arleena Sofea. Hari ini dia bernasib baik kerana
Arleena tidak sibuk. Kalau tidak dia terpaksa meninggalkan kiriman kepada
penyambut tetamu seperti sebelum ini. “Mmm..cantiknya patutla ada secret admir.”
Arleena hanya tersenyum mendengar kata-kata daripada
pemuda di hadapannya. “Adik, nanti pesan kat abang ni, jangan hantar lagi.
Kakak tak suka bunga la.” Tidak perlu melihat nama pengirim, Arleena sudah tahu
siapa pengirimnya. Siapa lagi kalau bukan si Ryzal. Lelaki yang sedang
mengambil hatinya. Alahai ingat dia ni spesis makan bunga ke apa.
“Akak cantik
mestilah abang hensem sayang.”
Kata-kata daripada penghantar bunga menimbulkan gelak
kepada pekerja di bahagian receptionist.
Mereka juga ingin melihat gerangan yang menghantar kiriman kepada Arleena.
Sepadankah dengan cik Arleena yang cantik manis?
“Untung la cik Arleena.. hari-hari dapat bunga. Ni yang syok
jadi orang cantik.” Rajan salah seorang pekerja di bahagian receptionist mengusik Arleena.
“Hi, Rajan. Ingat saya ni spesis kaki empat tu ke makan
daun. Saya ni makan nasi. Ni habis duit
banyak-banyak bukan boleh kenyang pun. Nah!! Bagi kat awek awak.” Arleena menghulur jambangan bunga ros merah di
tangannya kepada Rajan.
“Banyak rugilah kakak ni. Kasihan abang hensem,” ujar
Rajan.
“Oit.. mana tahu hensem?” Arleena membesarkan matanya.
“Itu tadi budak cakap.” Bukannya dia tidak mendengar
kata-kata penghantar bunga tadi.
Arleena
menahan gelak dengan ayat Rajan. Dia ni SPM Bahasa Melayu agak-agak dapat
berapa ek? Dia pun kadang-kadang kurang
faham hendak mencerna percakapan Rajan. Tapi kalau speaking, dia salute pada
Rajan. Setiap manusia tentulah ada kelebihan dan kekurangan.
“Lain kali kalau dia datang hantar bunga lagi, awak ambil
ye.” Beritahu Arleena sebelum meninggalkan kaunter. Banyak lagi kerjanya yang
belum selesai.
“Cik Arleena!!!
Bunga ni.” Jerit Rajan apabila Arleena berlalu tanpa membawa sekali jambangan
bunga yang diterimanya. Arleena hanya menggunakan isyarat tangan supaya Rajan
mengambil atau membuangnya.
Arleena duduk di kerusinya. Dia tahu sekejap lagi pasti
telefonnya menerima mesej daripada Ryzal. Seperti yang dijangka, dia menerima
mesej daripada Ryzal.
Salam...gorgeous...
dah terima bunga? – Ryzal
Stop sending
flowers to me..- Arleena
Why??? – Ryzal
I tak makan
bunga!!!! – Arleena
La.... kenapa tak
cakap - Ryzal
Cih!! Apa punya orang la...bebel Arleena.
No comments:
Post a Comment