Sejak Arleena dibawa pulang ke kampung, rasa kasihnya
kepada Arleena kian menebal. Hatinya sentiasa bernyanyi riang apabila
teringatkan layanan Arleena kepadanya semasa di kampung. Persisnya si isteri
melayan sang suami. Semua keperluannya akan diminta dengan Arleena. Ceria
sekali hidupnya.
“Senyum je bos.” Sapa Kak Yati apabila berselisih dengan
bosnya. “Seronok kat kampung?”
“Bestla. Rugila selama ni saya tak pernah balik kampung.”
“Mestila best buah hati ikut sekali kan. Bos dah bagi
tahu dia ke?” tanya Kak Yati lagi.
“Belumla. Ala mesti dia tahu saya sukakan dia.” Penuh
yakin jawapan Ian.
“Jangan bos. Nanti melepas bos juga yang gigit
jari.”
“Kalau hari-hari kita ucap, dah tak ada nilainya. Hanya
pada masa dan waktu yang tepat sahaja kata-kata yang amat bernilai itu akan
saya luahkan.” Ian masih menegakkan katanya.
“Ikut sukala bos...” Kak Yati berlalu. Kita tengokla
nanti. Jangan kamu yang melopong dahla. Bisik hati kecil Kak Yati.
“Arleena jom,” ajak Mr. Ian sebaik sahaja dia bertembung
dengan Arleena di luar pejabat gadis itu.
“Ke mana?” tanya Arleena.
Rasanya
dia tidak mempunyai apa-apa temujanji dengan Mr. Ian.
“Saya belanja awak lunch.”
“Tak pe lah bos. Saya dah janji ngan diaorang.”
“Please Arleena. Awak dah tolong saya, tak salah saya
belanja awak,” pujuk Ian Rayyan.
“It’s ok bos.
Saya ikhlas tolong bos. Sekurang-kurangnya saya boleh kenal Tanjung Karang.”
“Please
Arleena, kalau tak nak saya dukung kamu, jom ikut saya.” Mimik muka sedih
ditunjukkan di hadapan Arleena.
“Alahai bos ni. Lainkali tanya dulu. Jomla.” Malas dia nak
bertekak. Sah-sah dia takkan menang.
Ian Rayyan tersenyum lebar. Dapatlah dia berdua dengan
gadisnya.
“Bos boleh ke makan pedas ni?” tanya Arleena sebaik
sahaja pelayan beredar dari meja mereka. Kepala ikan merah di hadapannya membuatkan liurnya kecur.
“Ingat saya tak boleh makan ke?”
“Bos kan tak makan pedas. Boleh tahan ke perut tu?”
setahunya Mr. Ian lebih kepada masakan barat.
“Nak pikat awek lidah Melayu, saya kena makan semua
masakan Melayu la. Saya nak latih perut saya.”
“Bravo la bos.. mesti awek bos suka giler ngan bos. Sanggup tu demi insan tersayang.” Arleena menelan
liur. Macam dia akan terlepas je.
“Jom makan bos. Dari tadi makanan semua tak bersentuh.
Nanti lewat masuk pejabat.” Ajak Arleena.
“Nah...” Ian Rayyan menghulurkan sampul surat kecil
berwarna putih kepada Arleena.
“Apa ni bos?” tanya Arleena.
“Buka la..” saran Ian Rayyan lagi.
“Biar betul bos. Saya tak boleh terima. Saya tolong
ikhlas.” Terjojol mata Arleena melihat jumlah angka yang tertera pada cek itu.
Lebih daripada yang dijanjikan.
“Saya pun ikhlas nak bagi awak. Ambikla. Guna time emergency.”
“Saya mintak maaf banyak-banyak bos. Saya tolong bos
ikhlas. Saya ikut bos bukan sebab saya nak duit bos. Saya syukur dapat juga
saya kenal kampung bos. Kalau bos tak ajak, saya tak akan sampai ke Tanjung
Karang. Bos ambik balikla cek ni,” Arleena menolak cek tersebut kepada Ian
Rayyan.
“Saya tak ambil barang yang saya dah bagi Arleena.”
Berubah tegas suara Ian Rayyan.
Ligat kepala Arleena berfikir. Dia tidak sanggup menerima
wang sebanyak itu.
“Kalau
bos nak kawan dengan saya, cukup dengan bos belanja saya ni.”
Arleena
juga menutur dengan tegas. Kita tengok siapa yang akan mengalah. Dia menjamah
nasi dalam pinggannya. Makan tanpa memandang Mr. Ian di depan. Dia tahu mata
Mr. Ian tidak lari dari memandangnya.
Arleena menilik jam Bonia di tangannya. “Jom bos. Masa
rehat dah nak habis ni.” Sedikit dia tidak takut melihat muka merah Mr. Ian.
“Bukan perempuan suka ke dapat duit. Boleh shopping.”
“Jangan samakan saya dengan perempuan lain bos.”
“Saya tahu. Saya pun dah agak awak tak kan terima duit
saya.”
“Bos
ok tak?” tanya Arleena apabila Mr. Ian tiba-tiba sahaja bersandar pada
keretanya. Berpeluh muka bosnya itu.
“Saya
ok.” Terketar-ketar Ian Rayyan menjawab. Perutnya mula mencucuk. Pedih sekali.
Adakah disebabkan dia makan kari tadi? Alahai perut jangan malukan dia di
hadapan Arleena. Ian Rayyan tidak mampu berjalan.
“Bos..
bos...” takut Arleena melihat akan bosnya. Muka Mr. Ian pucat.
“Saya
tak boleh drive Arleena. Perut saya
sakit.” Terpaksa dia memberitahu Arleena. Mana mampu dia memandu dalam keadaan
dia begitu.
“Bos
kita ke klinik.”
Dalam
terpaksa Arleena memaut badan bosnya yang hampir rebah. Tangan Mr. Ian
diletakkan di belakang tengkuknya. Pinggang dipaut. Beratnya. Sehabis tenaga
Arleena cuba membantu Ian Rayyan berjalan ke sebelah pemandu. Nampaknya dia
yang akan memandu.
Ian
Rayyan hanya menurut langkah Arleena.
“Sorry
susahlan awak,” tuturnya sebaik sahaja punggung dia diletakkan di atas kerusi.
“It’s ok.” Balas Arleena.
Arleena
masuk ke bahagian pemandu. “Klinik mana bos?” tanyanya. Anak orang kaya
pastinya mempunyai doktor peribadi. Kalau dia redah saja mana-mana klinik yang
ada depan mata.
“Mana-mana
jelah.” Lesu suara Ian Rayyan menjawab. Tangan masih mengusap perut.
“Kan
saya dah kata bos tak boleh makan pedas. Nak tunjuk hero depan awek pun banyak cara lagi la bos. Kalau
dia sayang bos, dia akan terima bos seadanya. Tak payah nak mudaratkan diri
macam ni.” bebel Arleena geram.
“Stop
bebel Arleena. Saya sakit ni.”
Ian
Rayyan terbaring lesu di atas katil dalam bilik rawatan itu. Arleena memerhati.
Geram pun ada. Dah tahu ada gastrik teruk, perut kosong pergi makan pedas. Mana
perut tak meragam. Nak kejutkan Mr. Ian, rasa kesian. Sedangkan masa rehat
telah tiga puluh minit berlalu. Dia tidak mahu menjadi buah mulut orang
lebih-lebih lagi apabila tahu dia keluar bersama big boss. Pesanan dihantar pada telefon bimbit Mr. Ian.
“Nurse, nanti pesakit ni dah sedar
bagitahu saya dah balik pejabat. Apa-apa call
saya ye.” Pesan dia pada nurse yang
sedang bertugas.
“Ok
kak. Jangan risau. Kami akan jaga suami akak.” Balas nurse yang memakai tanda nama Sasi.
Arleena
hanya tersengih. Malas dia nak membetulkan tanggapan nurse itu. I like! Sengihnya dalam hati.
No comments:
Post a Comment