Semua staff
Hotel Grenz berkumpul di assembly area
seperti emel yang diterima oleh setiap unit yang terdapat dalam Hotel Grenz.
Hari ini pemilik Hotel Grenz akan memperkenalkan anaknya kepada kakitangan
hotel sekaligus menggantikan tempatnya. Desas–desus mengatakan yang anak Dato’
Kamarudin boleh tahan hensemnya. Kalau dilihat kepada Dato’ Kamarudin sendiri,
Arleena tidak merasa hairan kerana walaupun telah berusia namun wajahnya masih
mampu menarik perhatian wanita-wanita di luar sana. Apatah lagi beliau
berkahwin dengan wanita warga Australia. Sudah tentulah hasil perkahwinan
campur mereka mampu melahirkan zuriat yang good
looking…
Kelihatan Datuk
Kamarudin menghampiri stage di hadapan assembly
area diiringi seorang pemuda di sebelahnya. Pemuda tersebut memakai kot
berwarna kelabu. Arleena tidak dapat melihat dengan jelas wajah pemuda tersebut
kerana kedudukan dia agak terlindung dan dihadang oleh seorang pekerja yang
berbadan besar di hadapannya.
Seperti biasa
majlis perhimpunan akan didahului dengan bacaan doa oleh pengurus bahagian
pengurusan. Selepas itu dia menjemput pemilik Hotel Grenz untuk memberikan
ucapan.
“Assalamualaikum
W.B.T… semua sedia maklum tujuan perjumpaan kita pada pagi ini adalah untuk
memperkenalkan anak saya bagi menggantikan tempat saya menerajui hotel ini.
Kepimpinan daripada orang muda mungkin akan menaikkan lagi nama Hotel Grenz.
Saya sudah lama di hotel ini dan tiba
masanya saya berundur. Saya perkenalkan anak saya Ian Rayyan bin Dato
Kamarudin. Selepas ini beliau akan ambil alih tugas saya di hotel ini. Saya
amat berharap agar kamu semua dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya kepada
beliau,” ujar Dato Kamarudin dengan panjang lebar.
Usai Dato Kamarudin berucap, pemuda tersebut bangun
dan menundukkan diri tanda hormat kepada kakitangan hotel. Seterusnya pemuda
tersebut berjalan ke hadapan untuk memberikan ucapan sebagai tanda pengenalan
dengan kakitangan hotel.
“Terima kasih
kepada Dato’ Kamarudin yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk meneruskan
deligasinya terhadap Hotel Grenz. Saya amat berharap tuan-tuan dapat memberikan
kerjasama dan tunjuk ajar kepada saya dalam usaha memajukan Hotel Grenz,” usai
En. Ian Rayyan berucap dia berjalan menuruni stage dan bersalaman dengan kakitangan hotel.
Ketika pemilik
baru hotel sedang berucap Nina mencuit siku Arleena. Arleena berpaling ke arah Nina sambil mengerutkan kening tanda hairan
dengan tingkahnya.
“Hensem siooot…”
Nina menunjukkan muka terujanya.
“Ye ke?” dia menyoal
Nina kerana pandangannya dihalang oleh pekerja yang berbadan besar di
hadapannya.
Walaupun dia
tidak dapat melihat dengan jelas namun suara garau itu menggetarkan hatinya.
Dia berasa sesuatu apabila mendengar suara tersebut. Dia amat tertarik dengan
suaranya. Garau dan serak-serak sedikit. Suaranya menusuk ke hati. Sesuatu yang
tidak dapat Arleena gambarkan dengan kata-kata.
Arleena Sofea
terpegun dengan keindahan kurniaan Tuhan terhadap insan di hadapannya. Kulit
putih kemerahan, hidung mancung, tinggi, tegap..ni mesti ada six pack..cukup sempurna kejadiannya. Di
tambah pula rambutnya yang dibuat ala Mohawk..begitu kena dengan wajahnya.
Pakaian yang membaluti tubuhnya lebih
menampakkan imej korporat.
Setelah
bersalaman hampir dengan separuh kakitangan hotel, Ian Rayyan, Dato’ Kamarudin
serta beberapa pemegang saham mula meninggalkan assembly area.
“Ala…. Tak
sempat sampai la turn kita.”
Arleena menoleh
kepada Nina sebaik sahaja mendengar keluhannya.
“Relaksla…macam la
selepas ni ko tak jumpa dia..”
“Jumpa
memangla..tapi nak salam tu rasanya tak ada harapan la…Nina menggosok-gosok
tapak tangannya..kalau aku jadi girlfriend
dia lainla…”
“Yang ko ni
gatal sangat kenapa? Agak-agakla orang hensem macam tu tak der makwe.. haram
tau tak bersentuh lelaki dengan perempuan.”
“Ala..relaks
la..Aku gurau-gurau jelah.”
“Jomla
masuk kerja..tengok semua orang dah beredar tu.”
Hari pertama Ian
Rayyan memulakan tugasnya sebagai CEO Hotel Grenz. Di usia muda, memegang
jawatan ini memerlukan komitmen yang tinggi. Dia perlu memastikan Hotel
Grenz sentiasa berkembang maju. Bukannya
satu kerja mudah yang perlu dilakukan. Perniagaan yang diusahakan oleh papanya
sejak lebih tiga puluh tahun dulu.
Sebelum ini Ian
Rayyan banyak menghabiskan masanya di luar negara berbanding dengan negara
asalnya. Mamanya, Puan Serena berasal dari Australia. Sejak dari kecil lagi dia sudah menetap
di Australia. Sekali sekala sahaja
pulang ke tanah air. Sejak Puan Serena pulang menetap di Malaysia, dia tinggal
bersama adik Puan Serena. Ian Rayyan tidak dibawa bersama pada ketika itu
kerana dia dan suaminya sibuk menaikkan nama Hotel Grenz. Ketika itu masanya
banyak dihabiskan di Hotel Grenz. Ian Rayyan ditinggalkan di Australia dan membesar bersama-sama sepupunya iaitu anak Aunty
Sally, adik kepada Puan Serena. Setelah menamatkan pengajiannya di London, dia
terus pulang ke Australia. Tinggal bersama-sama sepupunya kerana papa dan
mamanya sudah pulang ke Malaysia. Dia lebih selesa tinggal di sana. Bekerja di
hotel milik bapa saudaranya.
Kebelakangan
ini, papanya selalu memintanya supaya pulang. Papanya dikatakan sudah tidak
larat bekerja. Mahu dia pula menyambung legasi Hotel Grenz. Apatah lagi adik
bongsunya, Qaira tidak meminati bidang perhotelan. Adiknya lebih meminati dunia
fesyen sama dengan mamanya. Membuka butik dengan jenamanya sendiri adalah
impian adiknya.
Termakan dengan
pujukan papanya dan ditambah pula semua sepupunya sudah berkahwin, akhirnya dia
pulang juga ke Malaysia. Kesian dengan orang tuanya. Sampai bila hendak
dibiarkan papanya bekerja. Dia sebagai anak sulung perlu menggalas tanggung
jawab tersebut. Cuaca di sini dirasakan agak panas. Sebab itulah dia tidak suka
pulang ke sini. ini menyebabkan dia tidak berapa rapat dengan saudara maranya.
Tidak seperti adiknya yang lebih suka tinggal
di Malaysia. Malah adiknya lebih mengenali saudara-mara mereka. Salah satu
faktor yang papanya meminta dia pulang adalah disebabkan oleh ini. Papanya
risau jika dia dan isterinya tiada nanti, sekurang-kurangnya anak-anak mereka masih
mempunyai saudara mara untuk diminta tolong. Dia mahu anak sulungnya itu rapat
dengan saudara maranya. Mengenali asal usul mereka.
Ian Rayyan
memerhatikan kesesakan lalu lintas dari cermin tingkap di biliknya. Sejak dari
tadi dia lebih suka berada di situ. Cuaca diluar agak cerah. Baginya lebih
selesa berada di dalam hotel, cuaca sejuk. Kalau macam ni nampaknya selepas
matahari terbenamla aku pulang. Memang dia tidak tahan panas seperti ini.
Ian
Rayyan berbaring di sofa. Sejak pulang dari Australia ini saja kerjanya. Masih
mencari mood untuk sesuaikan diri. Dia bukannya mempunyai kawan-kawan di sini.
Rykarl satu-satunya kawan yang dia ada di sini. Itupun Rykzrl berada di pantai
timur. Menguruskan perusahaan chalet keluarganya. Rykarl juga berkecimpung
dalam perniagaan yang sama dengannya. Sejak balik ke sini, dunia Ian Rayyan
hanyalah Hotel Grenz dan rumah orang tuanya. Seharusnya Ian Rayyan mencari
seorang teman di sini.
Dato Kamarudin
sedang berehat di ruang tamu. Rumahnya sunyi. Maklumlah dia hanya mempunyai
sepasang anak sahaja. Ian Rayyan masih belum pulang. Diperhatikan anak
bujangnya itu masih cuba menyesuaikan diri dengan suasana di sini. Ian Rayyan
akan pulang pada waktu malam. Setelah matahari menghilangkan diri. Isterinya telah
memberitahu yang anaknya itu mengadu tidak tahan dengan cuaca panas di sini.
Anak manja. Anak sulungnya nampak sahaja kuat tetapi manjanya kadang-kadang
mengalahkan adiknya. Qaira lebih kelihatan matang dari usianya. Namun begitu dia
bersyukur anak-anaknya sentiasa mendengar kata. Baik Ian mahupun Qaira. Sejak
kecil mereka berdua tidak pernah menyusahkan dia dan isterinya.
Sebab
itulah dia mahukan Ian Rayyan menetap di tanah airnya sendiri. mahu membentuk
jati diri melayu dalam diri anaknya. Tapi dia bersyukur, walaupun dinesarkan di
luar negara anaknya itu tidak terpesong dengan budaya barat.
Dia berharap Ian
Rayyan akan dapat menyesuaikan diri dengan suasana di sini. Dia tidak mahu
anaknya itu berasa tidak selesa. Anak sulungnya itu bukannya jenis suka
bercerita. Lebih suka memendam perasaan. Tidak seperti Qaira yang lebih suka
berterus terang. Itulah sebab Ian Rayyan sentiasa mengalah terhadap
adiknya. Itu ragam ketika mereka masih
kecil. Walaupun Qaira sentiasa berjauhan dengan abangnya, hubungan mereka
sangat rapat. Sentiasa berhubung antara satu sama lain. Dia juga bersyukur
walaupun masa anaknya banyak dihabiskan di luar negara, Ian Rayyan masih
mengetahui adat resam budaya melayu.
Puan
Serena keluar daripada dapur. Menatang segelas kopi. Kebiasaan suaminya apabila
menonton televisyen. Dulu suaminya akan meminta kopi ketika menyelesaikan
kerja-kerja pejabat di dalam bilik kerjanya. Sejak semua urusan diserahkan
kepada anak sulungnya, suaminya lebih banyak berehat. Lebih banyak mendekatkan
diri dengan Allah. Dia juga berasa lebih tenang sekarang. Mereka akan ke masjid
bersama-sama. Kadang-kadang ditemani anak gadisnya.
Yang penting,
suaminya kini lebih banyak menghabiskan masa dengannya. Setiap petang
menemaninya melayan pokok-pokok bunganya. Cukuplah selama ini suaminya telah
bekerja keras. Biarlah usahanya disambung oleh Ian Rayyan. Dia juga percaya
anak sulongnya itu mampu mengendalikan Hotel Grenz secekap papanya. Bapa borek
anak rintikkan.
Mengingati
anak sulungnya itu dia agak gusar. Ian Rayyan tidak meluahkan mengenai
perasaannya. Sepertimana anak muda lain yang tika ini sibuk kelek teman wanita.
Sejak balik ke sini tidak pernah Ian Rayyan keluar malam. Tidak pernah
bercerita mengenai wanita idaman. Tidak terbukakah hati anaknya untuk mencintai
dan dicintai? Takkan sekacak Ian Rayyan tidak ada perempuan yang meminatinya.
Ketika Ian Rayyan masih berada di luar negara, dia sering bertanyakan adiknya
mengenai Ian.
Ian Rayyan tidak
pernah membawa perempuan balik ke rumah. Menurut adiknya juga tidak pernah Ian
Rayyan menyebut nama perempuan yang dianggap istimewa. Tidak seperti sepupu-sepupunya
yang lain. Jauh di sudut hatinya berdoa agar suatu hari nanti Ian Rayyan akan
mempunyai keluarganya sendiri.
“Airnya
bang.”
Puan Serena
meletakkan dulang yang dibawanya di meja hadapan suaminya. Matanya melirik ke
arah jam di dinding. Menghitung waktu anak bujangnya pulang ke rumah.
“Abang tak kesian
ker dengan Ian?” tanya Puan Serena kepada suaminya.
Dato Kamarudin
mengalihkan pandangan ke arah isterinya. “Apa maksud mama?”
“Kasihan kat
Ian. Mama rasa nak carikan dia kawan. At
least tak adalah dia sorang-sorang kat sini. Ada juga dia keluar. Ini hotel
dengan rumah saja lifenya. Keluar
pagi balik malam. Takut panas pun ia.” Panjang lebar Puan Serena meluahkan
perasaannya.
“Mama jangan nak plan apa-apa yer. Papa rasa kita biarkan Ian sesuaikan diri dulu.
Anak kita tu masih puteri lilin. Tak tahan panas.”
Risau juga Dato
Kamarudin kalau isterinya ingin memperkenalkan anak kawan-kawannya. Baginya
biarlah Ian tentukan sendiri hidupnya. Ian sanggup pulang ke sini pun dia sudah
berasa syukur. Puan Serena terdiam. Tidak menjangka rancangannya dapat dibaca
oleh suaminya. Sebenarnya dalam kepalanya telah ada beberapa orang anak gadis
kenalannya untuk dikenalkan kepada anak bujangnya. Nampaknya dia terpaksa
menangguhkan dahulu hasratnya.
Dalam mereka berborak, kedengaran bunyi kereta
memasuki halaman rumah. Ian Rayyan telah pulang. Puan Serena bergerak ke arah
pintu. Menyambut anak sulongnya. Sepatutnya dalam usia begini, isteri yang akan
menyambut kepulangan Ian. Ian tersenyum ke arah mamanya yang setia menunggunya
di muka pintu. Dia bersalaman dengan mamanya. Inilah rutin mamanya sejak dia
pulang ke sini. Tidak pernah lupa untuk menyambutnya pulang.
“Abang dah
makan?” Di rumah Ian dipanggil abang. Qaira pula dipanggil adik. Ian Rayyan hanya
menggeleng kepala. Tahu sangat Puan Serena dengan sikap anaknya itu. Sudah tahu
mempunyai gastrik yang agak teruk tetapi dia tidak pernah menjaga makannya.
“Pergi mandi
mama panaskan lauk.”
“Tak payah
panaskan mama. Abang nak makan sekarang.” Tegah Ian Rayyan kepada mamanya. Dua
beranak itu menyusung ke arah meja makan. Sebelum itu Ian bersalaman dengan
papanya yang berada di ruang tamu.
No comments:
Post a Comment