Abang jangan lupa majlis kahwin Abang Zainal
hujung minggu. Papa minta abang ambil cuti. Kita balik awal ke kampung – Qaira
Mesej
yang dihantar oleh adiknya dibaca berkali-kali. Sejak balik ke sini dia tidak
pernah menjenguk saudara maranya di kampung. Malah suasana kampung pun dia
tidak berapa tahu. Macamana dia hendak tinggal di kampung? Dengan siapa dia
hendak bercakap? Rumah ada aircondkah? Runsing. Dari tadi Ian Rayyan tidak putus-putus
memikirkannya.
Sememangnya
Ian tidak mempunyai kawan di sini. Dunianya hanya di hotel sahaja. Kebelakangan
ini sahaja kelihatan Ian rapat dengan staf hotel yang bujang. Itu pun saranan
daripada Arleena. Malah Arleena yang memperkenalkan dia dengan mereka. Katanya
kasihan apabila melihat Ian tidak mempunyai teman. Dari situlah Ian rajin
mengikut mereka bermain futsal.
Malah
kadang-kadang Ian akan melepak di rumah bujang tersebut. Barulah ada life namanya. Arleena! Yes!! Dia mesti
meminta tolong daripada Arleena. Arleena tidak pernah mengecewakannya. Dia
bingkas keluar dari biliknya. Menuju ke bilik Arleena.
Melilau
mata Ian apabila Arleena tidak kelihatan di biliknya. Dia mengeluarkan telefon
daripada poketnya. Nada deringan terdengar dari dalam bilik Arleena. Adui dia
ni tinggal telefon pulak. Hendak bertanyakan staf lain di situ dia berasa segan
pula. Dia masih berdiri di hadapan bilik Arleena. Melihat pandangan daripada
staf-stafnya, Ian beredar daripada bilik Arleena. segan pula dipandang begitu.
Hanya pesanan dihantar kepada Arleena. Meminta dia datang ke bilik. Dia tidak
boleh bertangguh. Takut Arleena mempunyai program lain.
Resah
Ian menunggu di dalam biliknya. Fail di tangan tidak dapat ditelitinya. Tidak
focus. Sekejap sekejap dia melihat telefonnya. Menanti sekiranya ada balasan
daripada Arleena. Dalam dia termangu, kedengaran ketukan di pintu. Yes!
Penyelamat aku dah datang. Laju Ian menyuruh masuk. Terjengul kepala Arleena di
pintu. Ian menggamitnya.
“Kenapa
bos?”
“Awak
mesti tolong saya.” Ian mula bercerita kepada Arleena.
“Agak-agakla
bos. Saya ni bukan ada kena mengena dengan keluarga bos. Apa pula kata keluarga
bos nanti.”
“Tolong
la saya, Aleen. Saya tak kenal sape-sape
kat sana. Ada awak bolehla saya kawan dengan awak.”
“Adik
bos kan ada. Papa dan mama bos kan ada.”
“Please
Aleen. Takkan saya nak berkepit dengan mereka. Sampai kampung sudah tentulah
mama dan papa saya akan join adik beradik
diaorang. Qaira dengan sepupu kami yang perempuan. Saya kontang kanting
sorang-sorang.”
“Tak
manis la bos. Kita bukan ada apa-apa pun.”
“Please
la Aleen. Saya tak pernah balik kampung. Saya tak tahu macam mana nak duduk kat
kampung. Malu la saya.”
“Bos
ni lahir kat mana? Lupa asal usul nampak.”
Arleena
menyindir bosnya. Payah sangat ke nak balik kampung.
Ian
Rayyan mencerlung kepada Arleena. Susah juga nak memujuk Arleena. Keras juga
hati perempuan ni. Mukanya dah habis sayu dimimiknya. Tapi semua tidak dilayan
Arleena. Dia tidak boleh berputus asa. Yang pasti Arleena mesti mengikutnya.
“Please la Aleen. Kita berlakonla. Awak
minta je berapa saya sanggup bayar sebagai upah.”
“Susahla
bos. Apa pandangan orang nanti. Saya ikut bos balik kampung. Dahla family bos pun ada sama. Lagila saya
segan.”
“Aleen.
Ini arahan. Awak kena ikut saya hujung minggu ni. Be prepared!
“Amboi
bos ugut nampak. Nanti staf tahu saya ikut bos jatuhla saham saya. Tak de la
lelaki hensem kat sini nak dekat
dengan saya. Melepas saya.”
“Jangan
main-main Arleena. Saya ada. Kahwin jer
ngan saya.” Sungguh-sungguh mimik wajah Ian. Memang itu isi hatinya. Tak kanlah
Arleena tak faham-faham lagi.
Arleena tercengang. Tidak sangka itu
yang keluar dari bibir bosnya. Dia ni buat statement
maut pulak. Kang aku mintak dia kahwin betul-betul ngan aku menangis. Dahla tak
tahu duduk kampung.
“Kampung bos ni macam mana? Bilik air dalam
rumah ke kat luar? Ada perigi?” Cuak juga dia ni. Buatnya kena mandi air
perigi. Saja-saja susahkan diri sendiri je nanti.
“
Perigi tu apa?” soal Ian Rayyan. Pertama kali dia mendengar perihal perigi.
Arleena
menepuk kepala. Lupa pula big bosnya ini membesar di luar negara. Manalah tahu
semua ini.
“Kelambu? Pacat?
Lintah? Sawah?” Arleena menyoal big bosnya.
Merah muka Ian
Rayyan. Budak ni la. Dah dia kata tak tahu banyak tanya pula. Dia cekik juga
Arleena nanti.
“Arleena,
awak tahukan yang saya tak tahu semua itu kan. Jadi tak payah nak tanya macam-macam.
Sekarang ni yang penting saya nak awak ikut saya.” Tegas kata-kata Ian.
Nampak bosnya tengah bengang. Arleena tersengih.
Eleh nak kerek, tak tolong nanti baru
tahu.
“Nantilah
bos. Saya fikir dulu. Nanti saya text bos. Saya minta diri dulu.”
“Aleen
thanks.”
“Bos
saya belum bagi persetujuan lagila. Jangan happy
dulu.”
“Saya
dah anggap awak setuju. Pakej tiga hari dua malam. I paid 3K ok?”
Ian Rayyan cuba
memancing Arleena.
Arleena
terdiam. Gila punya orang. Duit nak bazir macam tu jer. Ingat dia kaki kikis
ker? Arleena hanya mengangkat bahu. Malas melayan Ian. Dia keluar meninggalkan
bilik Mr. Ian Rayyan. Nak balik kampung pun susah ker?
Sepanjang tiga
hari ini telefon Arleena tidak berhenti diganggu oleh Ian Rayyan.
Sekejap-sekejap mesej memujuk dihantar. Kalau macam ni bagai mana la dia nak
berfikir. Ini pun sebab Arleena ugut sekiranya Mr. Ian datang cari, dia tak
akan tolongnya. Ingatkan habis di situ. Mana tahu telefon dia pula yang menjadi
mangsa. Terdesak sungguh bos dia ni.
Hari ini
giliran Arleena memandu. Sekali lagi mesej daripada Ian Rayyan diterima.
Nampaknya dia perlu berbincang dengan Nina. Kasihan pula dia dengan si bos.
Rasa-rasanya elok juga dia bawa Nina sekali. Takla segan nanti.
“Beb ko nak ikut
aku tak?”
“Ke mana?”
“Mr. Ian ajak
aku temankan dia balik kampungla. Ada kenduri kahwin. Dia rasa tak selesa nak
pulang. Tak ada kawan katanya.”
“Amboi ko ada
apa-apa ker? Balik kampung bos tu.”
“Ko jangan nak
fikir bukan-bukan. Dia nak bayar 3k tu.”
Arleena
mengangkat tiga batang jari di hadapan Nina. Cuba memancing perhatian Nina.
Mana tahu mengena.
Nina membulatkan
mata sambil menunjukkan gaya yang sama kepada Arleena.
“Lama ker sampai
bayar banyak macam tu?” tanya Nina.
“Katanya dia
kena duduk kampung tiga hari. Itu yang aku tengok macam kucing hilang anak.
Sekejap-sekejap hantar mesej kat aku. Pujuk aku temankan dia. Aku segan la beb.
Apa kata family dia nanti. Kalau ko
ada aku rasa lain sikit.”
“Sory la beb.
Aku kena balikla. Mama aku baru call
tadi. Aunty aku jemput ke majlis rumahnya. Alang-alang aku tak ada baik ko ikut
bos. At least ko tak de la
sorang-sorang kat rumah. Boleh berkenalan dengan keluarga bakal suami.” Nina
ketawa riang.
“Beb... ko
pernah makan sup gigi tak?” hangin
dia dengan Nina. Keadaan terdesak macam ni boleh lagi nak main-main.
“Apa la aunty ko
ni. Masa ni la dia nak buat majlis.”
“Stress aku
macam ni. Apa aku nak jawab dengan bos.”
“Ala tak payah
fikirla. Ko ikut ajer bos tu. Kot-kotla nanti korang boleh jadi couple betul-betul.”
Arleena
menjeling Nina. Kembang kempis hidungnya. Meledak ketawa Nina. Arleena diam
sahaja. Malas melayan ketawa Nina. Kepala ligat pusing memikirkan alasan yang
perlu diberikan kepada big boss.
Esok saya bagi awak half day. Nanti saya datang
ambil awak kat rumah.
“Alamak esok dah
Jumaat ke?” cepatnya.
Selepas
menamatkan perbualan dengan Mr. Ian dia mengemas pakaian. Baju-baju yang agak baru diambil. Maklumlah hendak ke
rumah kaum keluarga bos. Penampilan kena jaga. Dia memilih pula tudung yang
sesuai untuk dipadankan dengan baju tersebut. Setelah berpuashati dia
memasukkannya ke dalam beg. Hanya tiga hari jadi beg pun tidaklah besar mana.
Setelah semuanya siap dikemas, dia merebahkan badan di atas katil. Cuba
membayangkan keadaan dia dengan famili Mr. Ian.
Setelah
bersarapan, dia mengemas meja. Nina ke hadapan untuk memanaskan enjin kereta.
“Beb ko nanti gerak pukul berapa? Tanya Nina.
“Lepas zohor bos
ambil aku kat rumah. Kenapa?”
“Ingatkan ko
gerak dari hotel. Aku lepas kerja terus gerak. Macam mana aku nak hantar ko
tengah hari nanti. Macam tak sempat jer. Aku hari ni banyak kerja.” Ujar Nina.
Terasa serba salah kerana tidak dapat menghantar Aleen pulang nanti.
“Jangan risaula.
Nanti aku ambil cab.” Arleena tidak
mahu menyusahkan Nina.
“Jangan nak
mengada la. Ko bawa beg terusla. Nanti ko suruh bos ambil ko kat sana la.
“Gila ko nak
bagi satu hotel tahu ker?”
“Nanti aku minta
bos hantar aku kat sini la. Dia nak minta tolong dengan aku, kena lah berkorban
sikit, takkan aku dari pagi tak mandi.”
“Kampung bos kat
mana?”
“Entah aku lupa
nak tanya.”
Setelah mengunci
pintu pagar, dia masuk ke dalam kereta. Nina menghalakan kereta ke arah jalan
utama menuju ke Hotel Grenz.
Sebelum waktu lunch tolong hantar saya balik –
Arleena
Alright- Ian Rayyan
Tepat jam dua
belas tengah hari. Seperti dijanjikan Arleena keluar dari biliknya. Kaki diatur
menuju ke lift. Arleena telah berjanji untuk berjumpa dengan bosnya di tempat parking. Minta-mintalah Mr. Ian telah
berada di sana. Sepanjang perjalanan ke tempat parking hatiku agak berdebar.
Maklumlah sebentar lagi lakonan mereka akan bermula. Bersusun ayat diatur di
dalam kepala.
Menghampiri
kereta Mr. Ian, kedengaran bunyi enjin kereta. Ternyata Ian telah berada di
dalam keretanya lega. Tidak perlulah dia menunggu di bawah panas terik. Audi
Q5. Dia kerja sampai tua pun belum tentu dapat membelinya. Sampai di tepi
kereta, Arleena mengetuk tingkap. Kereta Mr. Ian bercermin gelap. Manalah dia
nampak orang di dalamnya. Cermin tingkap diturunkan.
“Jom masuk,”
pelawa Ian Rayyan.
“ Awak nak naik
dengan parents saya or kita bawa kereta asing?”
“Manalah saya
tahu. Bos tahu ker jalannya kalau nak drive
sendiri.”
Mr. Ian
menjeling Arleena. “Kan dah kata saya tak pernah pulang ke kampung. Mana lah
saya tahu arahnya.”
“Habis tanya
buat apa. Sekali dengan parents bos aja la.”
“Kampung bos kat
mana?”
“Arleena saya
tak tahu la.”
Bengang Ian Rayyan dengan Arleena. Masih
bertanya sedangkan dia tidak tahu apa-apa. Sebenarnya dia malu dengan Arleena.
Pasti Arleena menganggapnya tidak ambil peduli pasal keluarga. Sebab itu dia
tidak mahu Arleena bertanyakan apa-apa. Tugas Arleena hanyalah menemaninya
sepanjang dia berada di kampung. Itu sahaja.
Arleena terdiam
apabila Ian bersuara tegas. Nampaknya dia tersalah petik suis. Dia memalingkan
muka ke arah luar tingkap. Hanya sesekali menunjuk arah kepada Ian untuk ke
rumahnya. Apabila sampai, laju dia ingin membuka pintu. Ian menarik lengan
Arleena.
“Sorry. Saya tunggu di sini. Awak mandi
dulu.”
“Cepat sikit ye.
Nanti lemas pula saya dalam kereta ni.”
Ian cuba membuat
lawak. Ingin menyejuk semula hati Arleena. Buatnya Arleena tiba-tiba mengubah
fikiran dia juga yang mati nanti. Sekarang ini hati Arleena perlu dijaga. Nasib
ada Arleena yang boleh menemaninya. Kata orang sambil menyelam minum air. Boleh
juga dia perkenalkan Arleena kepada familinya.
Masuk sahaja ke
dalam rumah, cepat-cepat Arleena membersihkan diri. Tidak betah membuatkan
orang menunggunya lama. Apatah lagi itu si big boss yang tengah menunggu.
Setelah bersiap, Arleena mengambil beg yang terletak di penjuru katil. Arleena
hanya mengenakan t-shirt polo lengan panjang, skinny jeans dan tudung half
moon. Keluar sahaja dari rumah dia mengunci pintu pagar.
Ian Rayyan didalam
kereta ralit memerhatikan Arleena. Dia suka melihat Arleena menggayakan
pelbagai jenis tudung. Sentiasa kena dengan raut wajahnya. Alangkah indahnya
kalau Arleena menjadi surinya. Hatinya tidak sabar ingin memiliki Arleena.
Arleena
meletakkan beg pakaiannya di kerusi belakang. Selepas itu dia membuka pula
pintu di sebelah Mr. Ian. Dia meloloskan diri ke dalam kereta.
“Maaf ya kalau
menunggu lama.”
Ian Rayyan hanya
melontarkan senyuman. Apa ada hal. Dia yang perlukan pertolongan Arleena,
terpaksalah menunggu.
Ian Rayyan
mengarah pemanduan ke arah rumah orang tuanya. Pakaiannya telah siap dibawa
sama. Kalau bawa Arleena ke kondonya pasti mengamuk Arleena. mana kan dia mahu
masuk ke rumah lelaki yang bukan muhrimnya. Nak selamat dia akan bersiap dari
rumah orang tuanya. Lagipun mereka akan bergerak nanti dari sana juga.
Arleena
memerhati kawasan di sekelilingnya. Rata-rata rumah di kiri kanan mewah-mewah.
Pagar tinggi-tinggi. Lagi hebat dari kawasan rumah Nina. cukup cantik seklai
reka bentuk rumah di kawasan ini. Kereta yang melalui di kawasan ini juga
mewah-,ewah belaka. Agak-agaknya kalau myvinya lalu jalan di sini ada orang
hairan tak hihi...
Sampai di
selekoh paling hujung Ian member isyarat ke kiri. Di hadapannya tersergam
sebuah rumah. Dalam kiraanya mungkin tiga tingkat. Ini rumah ke istana. Adakah
ini rumah bosnya. waduh besar bangat sih. Apa ada hal Dato Kamaludin kan
jutawan. Kalau rumah aku di kampung macam ni mahunya kami semua tidak tidur
malam. Takut dimasuki pencuri. Tapi di sini rata-rata aku perhatikan rumah
mempunyai alarm sendiri. Gila rumah orang kaya tu..
Pintu pagar
dibuka. Ian membawa Audi Q5nya masuk ke dalam. Di parkir di dalam garaj. Dia
membuka seat belt. Memandang ke arah
Arleena. comel pula apabila dia melihat Arleena terlopong melihat rumahnya
tadi. Arleena berpusing kea rah big bosnya.
“Gila besar
rumah bos. Ini rumah ke istana? Soal Arleena.
Ian mengekek
dengan kata-kata Arleena.
“Hai Arleena.
Rumah pun gila ker? Bukan orang saja ker gila?” Ian Rayyan bertanya. Sebenarnya
saja hendak menyakat Arleena. Ini kalau Nina entah apa-apa bahasa yang akan
keluar. Dia tersengih.
“Bos seganla. Saya tunggu dalam kereta aje
la.”
Arleena melontar
pandangan ke dalam garaj. Bersusun kereta mewah. Yang dia tahu Alphard dan
Bently..si cute Cooper pun ada. Yang lain dia tak tahu. Berapa orang yang ada
dalam rumah ni. Banyak juga kereta ni.
“Jangan nak
mengadalah. Jom turun. Nanti ada pula yang mati kepanasan dalam ni. My parent
manusia la. Setakat ni tak makan orang lagi.”
“Memangla tak
makan. Saya yang terasa dimakan.”
“Dahla jom turun. Saya nak mandi.
Jom ikut saya mandi sekali.” Ian cuba menyakat.
Dijeling tajam
oleh Arleena. Mentang-mentang rumah dia. Tak tolong baru tahu!! Arleena turut
mengikut bosnya turun. Ala buat selumber
jelah. Lepas ni dia tak datang sini dah.
Ian membuka
pintu utama rumahnya. Dijemput Arleena masuk. Arleena terkesima melihat
pemandangan di hadapannya. Ian menjemputnya duduk sementara dia menghilang ke
bilik untuk mandi dan bersiap. Keadaan ruang tamu sunyi sepi. Agaknya macam ini
lah rumah orang kaya eek. Terpegun
dia dengan susun atur di ruang tamu tersebut. Bersih dan kemas.
Kelihatan
seorang wanita yang anggun menuruni tangga. Rupa paras seperti kacukan. Ini
mesti mamanya si bos aku. Arleena bangun sebagai tanda hormat. Apabila wanita
tersebut hampir dengannya, dia menghulurkan salam, tanda hormatkan orang tua.
Tanpa dipinta laju Arleena memperkenalkan diri. Tidak disangka mama bosnya ini
ramah juga orangnya. Ingatkan orang kaya ni macam watak-watak dalam drama
Melayu. Membezakan taraf. Kalau macam tu aku dah angkat kaki.
Nasiblah mama si
bos rajin melayan. Kalau tak tentulah dia mati kesunyian menunggu diaorang ni
bersiap. Rasanya tadi dia bagai lipas kudung bersiap, ini dia rasa dah lama dia
menunggu.
Sementara
menunggu Arleena bertanyakan serba sedikit mengenai kampung mereka. Tanjung Karang. Alahai bos. Bukannya jauh
sangat dari Shah Alam ni. Ingatkan nun jauh di Kedah ke. Dalam rancak kami
berbual turunlah Dato Kamarudin dan si gadis jelita.
Ini anak
perempuan mereka atau teman wanita bos. Dia memberi tanda hormat kepada bekas
majikannya. Berlainan sekali dia lihat penampilan Dato’ Kamarudin. Taida lagi
kot membalut tubuhnya. Selalunya dia melihat dia lengkap bersut. Kemeja dan
berseluar khakis. Amat berbeza. Tapi tetap berkarisma.
Si gadis pula
begitu rapat dengan Puan Serena. Ada iras bosnya. Adiknya kot. Dalam Arleena
membuat andaian sendiri, gadis itu menghulurkan tangan bersalaman dengan dia.
Apala ko Arleena ni dari tadi duk usha bekas
majikannya sampaikan terlupa nak menyapa si gadis itu. Apa punya tetamu la
macam ni.
“Hai saya
Qaira.” Si gadis memperkenalkan diri.
“Hi, Arleena. Panggil
Aleen saja.”
“Cantik sangat.” Ujarnya lagi.
Kata-kata yang
agak memalukan dia. Eleleh..sebenarnya kembang
kempis hidung Arleena. Orang cantik di hadapan memuji dia cantik. Macam
tak kena jer.
“Mana ada. Cik Qaira lagi cantik.”
Gila kacukan tak
cantik. Sememangnya gadis itu terlalu cantik. Sama cantik dengan abangnya.
Abangnya cantik ker? Haha...
lantakla..
Dalam Arleena
tersengih-sengih, Ian Rayyan turun ke ruang tamu. Aik ingat dah tak jadi.
Bukan main lama bersiap. Semua orang dah ada kat sini. Woow...rama-rama terbang
riangla...kacaknya dia.. hanya jeans hitam dan juga t-shirt polo. Cukup santai.
Cuup!! Sekejap.. sama warna dengan baju dia la pula..ni kalau orang ofis tengok
mesti timbul gosip. Gosip la sangat. Perasan macam artis la pulak nak bergosip
bagai. Lebih elok panggil Melodi. Sah-sah jadi isu hangat. Pekerja bawahan dating dengan bos besar!! Haha.. Gelak
Arleena dalam hatinya.
“Abang ada awek cantik asal tak bagitahu.”
Tu diaa...boleh
tahan juga mulut si Qaira ni. Bos hanya tersenyum. Nampaknya dia yang kena
menjawab ni.
“Aik
silap ni ...saya bukan awek bosla..staf
saja.”
Arleena cuba
menerangkan salah anggap ni. Gila buatnya parents
diaorang dah ada calon, kering saja dia
dapat malu. Depan Dato’ Kamarudin pula tu. Adik dia ni mulut tak de insurans
betulla. Buat malu jer.
“Ok semua dah
siap. Jom kita gerak sekarang.” Dato Kamarudin bersuara. Nasib baik. Kami semua
bangun dan bergerak ke arah pintu utama.
“Kita guna
kereta papa saya. Awak tunggu sini, saya pergi ambil beg awak dalam kereta.” Ujar Mr. Ian Rayyan.
Gentleman
juga bos ni. Setelah dia masukkan beg pakaian ke dalam bonet, kami sama-sama
masuk ke dalam kereta. Nina ko jangan jeles. Aku naik Alphard ni. Dato’
Kamarudin memandu. Ditemani Puan Serena disebelahnya. Kami hanya penumpang. Apa
la bos ni. Sepatutnya sebagai orang muda dia la jadi pemandu.
Arleena diapit
antara encik bos dan adiknya. Sporting
juga adiknya ni. Dia dah shy-shy cat
ni. Dekat sebegini. Pastinya akan bersentuhan. Dah la dia alergik dengan orang hensem ni. Hatinya tidak keruan.
Terpaksa menjaga tata susila. Ni kalau ibu tahu mati la. Sepanjang perjalanan
mereka hanya berbual kosong. Arleena hanya lebih menjadi pemerhati sahaja.
Hanya mendengar Dato’ Kamarudin bercerita mengenai kampungnya. Kadang-kadang
disampuk oleh Qaira. Mr. Ian Rayyan hanya diam sahaja. Itu la sombong lagi dengan
saudara mara, sekarang dah tak tahu nak cakap apa.
Arleena
menjungkitkan kening ke arah Mr. Ian Rayyan. Seolah-olah terasa diejek oleh
Arleena, Ian Rayyan mencubit sedikit peha kiri Arleena. Gatal lagi!!.
Ish..pedihnya.. Arleena menahan rasa perit. Bulat mata dijenggil kepada bosnya.
Ian Rayyan menahan gelak. Alahai kasihan la pulak.
Dalam keadaan
macam ni pandai pula angkut dia sekali. Mintak-mintak lepas ni janganlah dia
diangkut lagi..payment tiga ribu ni..
gaji dia sebulan ni. Masyuk! Masyuk! Paling seronok Nina. Dah bermacam-macam
barang diangankannya. Gayanya dah kalahkan aku. Siapa yang tolong sebenarnya ini. Tapi dia tak
berkira dengan Nina. Itu la satu-satunya teman di perantauan. Sedih dan gembira
semuanya bersama.
Kami sampai
lewat petang. Kelihatan banyak kereta telah memenuhi halaman. Maklumlah majlis
kahwin tentulah semua sanak saudara akan
pulang. Arleena sedikit gementar. Qaira menggenggam tangannya.
“Relaksla akak.
Saya ada.” Arleena hanya tersenyum kepada Qaira. Mata sempat lagi berpaling
kepada bos yang sibuk mengeluarkan beg dari dalam kereta. Dia juga kelihatan
sedikit gugup.
“Bos
ok ker?”
“Tak tahu la.
Saya tak tahu macamana nak cope
dengan diaorang ni.”
“Ala..bos ni.
Gunalah communication skill bos tu.
Kalau diaorang tak faham bos arah jer diaorang buat kerja. Bos kan bos!” Arleena cuba mengusik.
Dah muka si
bosnya cuak sangat. Ingat orang kampung ni teruk sangat ker. Dia pun orang
kampungla. Habis Arleena bercakap laju pinggang dia dicubit. Pedih siot!
“Apa bos ni main kasar nampak.”
Sakit tak hengat ni. Agak-agak kalau dia lempang bos
ni kena buang kerja tak? Arleena mengusap tempat yang dicubit.
“Sakit ker.
Sorry ingat slow tadi.”
Arleena hanya
menjelingnya. Mengatur langkah ke arah Qaira dan keluarganya yang telah hampir
ke tangga rumah. Tinggal kami berdua saja yang masih berada di belakang kereta.
Sanak-saudara
Ian Rayyan tidak melarikan pandangan dari melihatnya. Maklumlah dia sebelum ini
mana pernah pulang ke kampung. Sudah tentulah sanak-saudara ingin melihatnya.
Dia agak kekok. Papanya memperkenalkan dia kepada datuk dan neneknya. Ian
Rayyan hanya tersenyum. Tidak tahu apa yang sepatutnya dilakukan.
“Bos..salamla
dengan mereka.” Bisik Arleena pada Mr. Ian Rayyan.
Mendengar
kata-kata Arleena laju tangannya dihulur ke arah datuk dan neneknya. Malah
kepada saudara maranya yang lain juga. Hai..la bos.. Kalau Jeneral Khalid
tengok ni failed nak jadi menantu.
Berangan la ko Arleena.
Makan
malam disediakan oleh saudara mara Ian Rayyan. Dia dan Qaira hanya berada di
ruang tamu. Melihat jiran-jiran menyiapkan barang-barang hantaran di hadapan
pelamin yang tersergam indah.
Bagi Arleena
cukup cantik. Biarlah tidak semewah seperti yang diadakan di hotel-hotel. Dia
cukup senang dengan semangat kejiranan yang diamalkan oleh masyarakat Jawa di
sini. Semuanya ringan tulang. Kadang-kadang terdengar bahasa jawa yang
digunakan, dia hanya berpandangan dengan Qaira. Masing-masing melontarkan
maksud tidak faham. Hendak bertanya segan pula. Lincah Qaira membuat gubahan
pada sejadah. Sememangnya minat Qaira ke arah itu.
Usai
makan malam. Kami menyambung semula menggubah barang hantaran. Dalam leka
bergurau senda, Mr. Ian Rayyan mencuit bahunya. Aik bila masa pula dia ni ada dekat. Arleena memandang dengan
pandangan hairan.
“Tolong buatkan saya
air.”
Amboi ingat ni
pejabat ker? Senang-senang order .
Dah macam PA pun ada.
“Bos, itukan ada
air teh. Ambillah.”
Arleena
menjuihkan ke arah teko yang berisi air teh yang dihidangkan untuk jiran-jiran
yang datang menolong. Bukannya jauh pun dari tempat dia duduk.
Ian menjeling. “Saya
tak minum air panasla. Please buat
neslo kaw!” Ian Rayyan menunjukkan muka kasihannya.
“Pergilah kak...
nanti menangis pula baby tua tu...”
Qaira mencelah.
Arleena
tersengih apabila melihat muka Ian merah. Alahai pakai blusher ke bang! Sweetnya.
Ian Rayyan
mencubit adiknya. Malu bila ada jiran-jiran yang tersengih memandangnya.
Arleena
bingkas bangun. Selagi tak dibuat, tak senang duduk pula dia. Ada saja yang
merengek.
Ian tersenyum
melihat Arleena bangun. Bagus dengar kata. Calon isteri mithali ni.
Puan
Serena juga berada di dapur. Melihat kelibat Arleena laju ditegurnya. Takut
Arleena tidak selesa di sini. Tapi dari tadi dia perhatikan Arleena cukup
pandai membawa diri. Alangkah bertuahnya kalau anak bujangnya itu benar-benar
menyukai Arleena. Dari mula-mula melihat Arleena dia sudah menganyam perasaan
itu dalam hatinya. Selagi anak bujangnya tidak bersuara, dia tidak akan
memandai. Walaupun dia teringin Arleena
menjadi menantunya.
Sekilas melihat,
dia tahu Arleena gadis yang baik. Nampak sahaja muda tapi tahu sesuaikan dengan
keadaan. Pandai berkomunikasi dengan orang tua. Saudara mara mereka senang
sekali dengan Arleena. Dia juga tidak kekok berada di sini. Cepat Arleena
beramah mesra dengan ahli keluarganya. Sepertinya dia kenal lama dengan
penghuni di rumah ini.
“Kenapa
Arleena?” tanya Puan Arleena.
“Ian nak air
neslo.”
Bosnya telah
berpesan agar memanggilnya Ian sepanjang mereka di sini. Puan Serena tersengih.
Tahu sangat dengan anak bujangnya itu. Tidak suka minum air panas. Dari mereka
sampai tadi, mereka dihidangkan dengan air panas. Ian Rayyan belum lagi meneguk
air sejuk. Macam budak kecil yang tidak dapat susu sahaja lagaknya.
“Nanti aunty bancuhkan.” Puan Serena bangun.
Arleena menegahnya. Lagipun dia lihat Puan Serena agak sibuk semasa dia datang
tadi.
“Tak apa aunty, Arleena buatkan. Cuma nak tahu
kat mana barang-barang nak bancuhnya.” Kalau rumah sendiri senang. Sudah mahir
tempat letaknya milo dan Nescafe. Ini
rumah orang takkan dia nak redah saja.
“Kat
almari hijau sana. Susu dalam peti ais.” Beritahu Puan Serena.
Arleena mengatur
langkah ke almari hijau. Mencapai sebiji mug.
Hampir siap air dibancuh, Ian masuk ke dapur.
“Asal lambat
sangat.” Tanya Ian Rayyan.
Arleena hanya
memandang dengan hujung mata. Badan kami hampir bersentuhan. Rapatnya dia ni.
Arleena menghulur mug kepada si bos. Dia
Meloloskan diri daripada Ian Rayyan. Apatah lagi hati dia telah berdondang
sayang.
Terdengar
perbualan Puan Serena dengan saudaranya. Nampaknya mereka akan membuat pencuci
mulut untuk hantaran. Masak-masak ni dia suka. Arleena duduk bertimpuh di
sebelah Puan Serena.
“Nak masak apa?”
Tanya Arleena ramah.
Manalah tahu
boleh tolongkan. Tak ada lah dia ni tukang tengok sahaja. Kat depan tadi pun
dia hanya jadi pemerhati sahaja. Dah macam PBB pun ada.
“Nak buat
pencuci mulut. Tapi tak tahu nak buat apa.”
Salah seorang
jiran yang berada di situ menjawab. Arleena melihat barang-barang yang terdapat
di dalam plastik tersebut. Sebelahnya terletak bekas kaca. Mungkin untuk
diletakkan pencuci mulut tersebut. Ini kalau buat puding triffle cantik juga.
Dari luar dah nampak warnanya.
“Kalau buat
puding triffle macamana? Letak dalam bekas kaca ni cantik. Dari luar nampak
warna warni.” Arleena memberi cadangan.
“Anak
tahu ke? Tanya salah seorang mak cik yang berada di situ.
Arleena
tersenyum kepadanya. “Senang saja. Meh Aleen buatkan.”
Arleena mencari
bekas untuk meletakkan adunan. Mak cik-mak cik tersebut kelihatan teruja.
Nampaknya sekejap lagi dia akan buka kelas masakan haha... satu persatu dia
mulakan untuk membuat puding triffle.
Arleena ke kiri,
makcik-makcik itupun ke kiri. Dia ke kanan, mereka pun ikut ke kanan. Adui
macam keretapi la pula. Termasuklah Mr. Ian. Panjang lehernya meninjau dari
meja makan. Panjang ooo yang keluar daripada mulut makcik-makcik setiap kali
Arleena memberi penerangan.
Setelah kastard
dan jeli strawberi siap dimasak, Arleena mengangkatnya dan letakkan di atas
meja makan. Bekas kaca tadi diambil.
“Kita susun kek
gulung kat lapisan bawah. Lepas tu basahkan sikit dengan air cocktail ni. Barulah
kita masukkan lapisan kastard dan jeli. Akhir sekali kita letakkan nata di coco
di atasnya.”
“Oooo..” panjang
mulut makcik-makcik tersebut.
Nasib
baiklah hasilnya menarik. Maklumlah dia membuat sambil diperhatikan, terasa
juga gugupnya.
“Cantiknya. Lusa
kita buat macam ni la untuk makan beradap.” Makcik yang memakai tudung biru
bersuara.
“Issh..tak kan
nak buat benda sama. Kita buat yang lain pula ye.”
“Arleena ada
idea ker?” tanya Puan Serena.
“Kita buat
puding oreo la. Kita letak dalam gelas yang berkaki. Cantik juga.” Arleena
memberi cadangan.
Mr. Ian Rayyan
mencebik ke arah Arleena.
Arleena mengerut
kening. Aik asal pula orang tua ni.
“Aunty ikut saja. Nanti Arleena senarai
bahan-bahan esok balik dari rumah perempuan kita singgah pasaraya cari barang.
Aunty nak cari bahan basah untuk buat hidangan pengantin.”
“Untung siapa
dapat Arleena. Pandai masak,” puji Mak Ngahnya.
Ian Rayyan
tersenyum lebar mendengar pujian daripada Mak Ngahnya. Dia teruja apabila
melihat Arleena menerangkan cara-cara membuat puding tadi. Terkumat kamit mulut
mereka melihatnya apabila Arleena menerangkan sesuatu pada mereka. Dah macam masterchef pun ada. Bravo la Arleena.
“Tau la awak ni
orang marketing, pandai saja
bercakap. Semua orang ikut sahaja.” Mr. Ian berbisik ke telinga Arleena. Aik salah ker dia nak tolong. Arleena mencebik ke arah bosnya.
Setelah
urusan di dapur selesai, kami semua beredar ke dalam rumah. Malam sudah lewat.
Jiran-jiran pun sudah minta diri untuk pulang. Esok tenaga mereka masih
diperlukan. Di ruang tamu kelihatan Qaira sedang membentang toto. Banyak helai
juga yang telah dibentang. Anak-anak kecil sudah ada yang berbaring di situ.
Aik tidur kat depan ni ker? Arleena mencuit bahu Ian Rayyan.
“Kena tidur kat
sini ker?” tanyanya pada Ian Rayyan.
“Takut ker?
Kalau takut nanti saya peluk.” Amboi gatal pula bos dia ni.
Dia dan Ian
Rayyan hanya berdiri memerhati Qaira menyudahkan kerjanya. Kebanyakan cucu-cucu
nenek adalah lelaki. semuanya telah bergolek di bawa mimpi. Ada juga yang hanya
berbaring sambil memandang televisyn.
“Akak kita tidur
dalam bilik.” Ujar Qaira.
“Abang macam
mana?” Ian Rayyan bertanya dengan riak tidak bersalahnya.
“Abang tidur kat
sinilah.”
“Alahai
dik..takkan tak ada bilik.” Tadi beg pakaiannya ditumpangkan di dalam bilik
yang dihuni oleh mamanya. Bilik lain telah digunakan oleh sepupu-sepupunya.
Takkan dia nak tidur sekali dengan mama dan papanya. Mahu kena terajang nanti
dengan Dato’ Kamarudin. Buang tabiat apa. Lagipun dia mana pernah tidur
ramai-ramai macam tu. Ian Rayyan menggaru kepalanya. Mata dililar sekeliling
ruang tamu. Mencari mamanya.
“Alahai abang
ni. Tak pandai langsung sesuaikan dengan keadaan orang kampung. Dari sampai
tadi hanya mengekor sahaja Kak Arleena. Bukannya dia hendak menolong orang
lelaki di luar rumah. Penyegan betullah dia ni.” bebel Qaira.
“Nah ambil
selimut ni. Tidur elok-elok ya bang. Jangan merayap pula. Nak tidur bilik kena
kahwin ngan Kak Aleen dulu.”
Laju Ian Rayyan
mengetuk kepala adiknya dengan selimut manakal Arleena pula menepuk bahu Qaira.
Ambik ko. Dua-dua menyerang sekaligus. Tindakan refleks mana boleh ditahan.
Qaira hanya ketawa.
“Jom kak. Penat
dah ni.” Mereka mengatur langkah ke bilik.
Tinggallah buah
hatinya di ruang tamu. Alahai kasihan pula melihat mimik muka Mr. Ian ketika
ini. Macam nak ambil gambar sahaja. Macam nak ajak masuk tidur sekali jer haha...
Ian
Rayyan berbaring di hujung sekali. Itu saja tempat kosong yang ada untuknya.
Badan direbahkan di atas toto. Berkeriut bunyi sendinya. Leganya dapat
membetulkan tubuh. Kelihatan si pengantin keluar ke ruang tamu. Membawa bantal
dan selimut. Aik pengantin pun tidur luar ke? Ian Rayyan memandang ke arah
Abang Zainal. Dari sampai tadi dia kurang bercakap dengan sepupu-sepupunya.
Bukannya sombong tapi dia tidak tahu macam mana hendak memulakan bicara.
Abang
Zainal meletakkan bantal di sebelah Ian Rayyan. Sepupu yang baru kali pertama
bersua muka. Dia hanya tua dua tahun dari Ian Rayyan. Nampak sangat kekoknya
berada di kampung. Itulah lama sangat berada di luar negara.
“Tak tidur lagi ker?” Abang Zainal menyapa Ian Rayyan.
“Belum. Baru
saja baring ni.” Ian Rayyan membetulkan suaranya. Tiba-tiba pula suaranya serak.
Tidak sangka pengantin akan menegurnya. Selagi mata belum mengantuk lebih baik
dia berbual sekejap.
“Kenapa abang
tidur kat luar?” soal Ian Rayyan. Mula mencari rentak untuk berbual.
“Malasla nak
kacau bilik pengantin. Tunggu pengantin datang dulu la.” Abang Zainal
tersengih. Begitu juga dengan Ian. Nampaknya mereka memahami maksud yang sama.
Ian Rayyan
berbual dengan Abang Zainal sambil berbaring. Mendengar perbualan antara mereka berdua,
sepupu-sepupunya yang lain juga turut menyampuk. Apa lagi mengusik si
pengantinla. Agak riuh juga keadaannya. Barulah timbul keserasian dalam diri
Ian Rayyan dengan sepupunya.
Bagi mereka Ian
Rayyan merupakan orang yang ramah juga. Mungkin disebabkan dia tidak biasa di
kampung membuatkan dia nampak kekok. Mereka juga telah membuat anggapan yang
Ian Rayyan sombong orangnya. Setelah mengusik pengantin, Ian Rayan pula menjadi mangsa usikan. Mestilah mengenai sikap sombongnya semasa
sampai tadi. Ada yang mengajuk gaya Ian Rayyan. Masing-masing ketawa. Malam
menginjak ke pagi barulah mereka tidur.
No comments:
Post a Comment