“She’s perfect.” Ujar Ian Rayyan.
“Angau ke bos...” perli Kak Yati apabila mata Ian Rayyan
tidak lari memandang Arleena. Tika itu dia dan Ian Rayyan duduk di kafe hotel.
“Bos.. kalau berkenan cepat-cepat, nanti dikebas orang melopong bos.” Ujar Kak
Yati lagi. Geram dengan sikap lembap bosnya itu.
“Melopong tu apa?” tanya Ian Rayyan. Lagi satu perkataan baru
yang tidak pernah didengarnya.
“Melepasla bos.. menjadi milik orang lain,” terang Kak
Yati pula. Alahai mat saleh ni.. dia menggeleng kepala.
“Dia akan menjadi milik saya bukannya milik orang lain.”
Cukup tegas suaranya. Merana dia kalau Arleena terlepas dari tangannya.
“Jangan terhegeh-hegeh bos.” Saran Kak Yati lagi.
“Saya usaha ni kaaak..” lanjut balasan daripada Ian
Rayyan. Matanya mengekor langkah Arleena yang kian menghilang. Angau benar dia
dengan gadis pujaannya. Seksi pula Arleena berpakaian begitu. Walaupun menutup
aurat, pasti menggamit mata-mata lelaki yang berselisih untuk berpaling. Timbul
rasa cemburu.
“Senang saja nak pikat si Arleena tu bos,” Kak Yati main
tarik tali dengan bosnya.
“Senang?” tanya Ian Rayyan hairan.
Kak Yati menepuk dahinya. Alahai lupa la pulak. “Maksud
saya, senang je nak pikat pujaan bos tu. Bos jadi diri bos je. Tak perlu nak
berlakun baik depan dia. Barulah nampak keikhlasan bos nak berkawan dengan
dia.”
“Akak tengoklah nanti, dia akan jadi milik saya.”
Pintu bilik Arleena diketuk. Arleena mengangkat muka.
Bingkas dia berdiri apabila pemilik Hotel Grenz berdiri di hadapan biliknya.
“Ya bos.. ada apa?” laju dia bertanya.
“How the progress?”
tanya Ian Rayyan. Kaki diatur memasuki bilik gadis pujaan.
“Puan Salbiah dah bagi details kat saya. Sekarang saya sedang berurusan dengan PA Datuk
Khairi.” Jawab Arleena.
“Jom ikut saya jumpa Datuk Khairi.”
“Sekarang?” tanya Arleena terkejut. Mana pernah dia
keluar berdua dengan bosnya itu.
“Yup. I’m waiting.”
Arleena mengambil beg tangan dan organiser yang
diletakkan di atas meja. “Let’s go.” Ujar Arleena. Mereka beriringan ke perut
lif.
“My car?” tanya
Ian Rayyan sebaik sahaja mereka keluar daripada perut lif. Arleena hanya
mengangguk. Hehe... dapat naik kereta mewah sape
tak nak.
Berpusing-pusing Ian Rayyan mencari petak parkir kosong.
Waktu puncak, kebanyakan pekerja keluar makan tengah hari sudah tentulah sukar
untuk mencari ruang kosong.
“Boleh
ke jauh sikit dari kafe tu?” tanya Ian Rayyan sambil tangannya menunjukkan ke
arah kopitiam yang terletak di seberang jalan sana.
“Saya ok je bos.”
Arleena
turut keluar dari perut kereta Audi Q5 milik Ian Rayyan. Arleena melintas
jalan. Mengikut langkah panjang bosnya itu. Tanpa disedari terdapat sebuah
kereta yang dipandu laju.
“Arleena!!!” jerit Ian Rayyan. Dia menarik tangan
Arleena. Badan Arleena bersatu dengan Ian Rayyan. Kaku. Tubuhnya
menggigil.
Terkejut
dia dengan kereta yang muncul tiba-tiba. Nasib sempat dia bertindak.
“Lain
kali hati-hati. Tengok dulu kiri kanan sebelum melintas!” marah Ian Rayyan.
Tanpa menjawab Arleena mengikut langkah Ian Rayyan. Tangan
yang dipimpin hanya dipandang sahaja. Mereka berdiri di tengah pembahagi jalan.
Menunggu untuk melintas ke seberang
jalan sana.
“My hand boss,” ujar Arleena apabila otaknya sudah
mampu berfikir. Tadi dia masih gemuruh dengan insiden yang baru berlaku. Tangan
ditarik daripada pegangan kejap Ian Rayyan. Mujur berlapik.
“No... jangan
risau saya bukannya sentuh kulit kamu. Masih ada alas ni” balas Ian Rayyan
dengan suara tegas. Dia sedang menenangkan degup jantungnya. Hati mengucap
syukur Arleena tidak ditimpa kemalangan. Dia mengejapkan lagi pegangan tangan
Arleena. Tidak sesekali dia akan lepaskan tangan itu sehingga mereka selamat
menyeberangi jalan.
“Lain kali tolong hati-hati. Kalau jadi apa-apa macam
mana saya nak jawab dengan parents
awak.” Selebihnya dia takut kehilangan gadis itu.
“Sorry boss.
Saya tak perasan kereta tu tadi.” Ujar Arleena perlahan.
Melihat
akan muka merah Ian Rayyan tidak berani dia hendak menjawab lebih-lebih. “Bos janji dengan Datuk Khairi pukul
berapa?” tanya Arleena. Dari tadi hanya dia berdua sahaja yang menghuni meja
itu. Tadi beria-ia diajak berjumpa dengan Datuk Khairi. Perut dia sikit lagi
nak buat konsert rock.
“Just you and me.
No Datuk Khairi.” Selamba Ian Rayyan menjawab.
Ternganga Arleena. Apa motif bos dia ni. Tangan menggaru
pelipis.
“Saya nak luangkan masa dengan awak. Lagipun tak salahkan
saya nak kenal pekerja saya dengan lebih dekat.” Ujar Ian Rayyan. Matanya
merenung tajam Arleena di hadapannya.
“Saya bukannya sesiapa pun bos. Bukannya orang penting
dalam hotel tu. Bos silap bawak orang keluar ni. Patutnya bos bawak PA bos,”
ujar Arleena. Duduknya kian resah. Mana taknya mata di hadapannya itu tidak
lari walau seinci dari menilik wajahnya. Persis helang hendak menerkam
mangsanya.
“Semua pekerja hotel penting buat saya. Tapi tak kanlah
saya nak bawa semua sekali kan? Hari ni saya bawa awak dulu.” Ian Rayyan
menyusun ayat.
Sebaik sahaja pelanggan menghantar hidangan, mereka makan
tanpa suara. Arleena juga tidak ada idea untuk bercakap dengan lelaki di
hadapannya itu.
No comments:
Post a Comment