Bilik yang diduduki oleh Qaira dan Arleena diketuk
dari keluar. Puan Serena mengejutkan mereka untuk solat subuh. Dinding kayu
agak bergema juga bunyinya. Lena sekali Arleena tidur malam tadi. Letak sahaja
kepala di bantal, dia pun hanyut. Terlalu letih barangkali.
Arleena mencapai
tuala yang diletakkan di rak penyidai. Menutup kepalanya. Dia keluar untuk
mengambil wuduk. Melintasi ruang tidur Ian Rayyan. Matanya mencari kelibat
bosnya itu. Kasihannya. Ian Rayyan kelihatan meringkuk kesejukan. Mesti dia
tidak tahan dengan kesejukan malam. Rumah kampung. Malam terlalu sejuk. Tempat
tidur di sebelah menyebelah Ian Rayyan telah kosong. Agaknya mereka telah
bangun. Tinggal bosnya dan beberapa anak kecil sahaja. Aduhai liat juga bos ni
bangun pagi.
Arleena dan Qaira mengambil wuduk bersama.
Usai solat subuh Arleena keluar semula dari bilik. Qaira menyambung semula tidurnya.
Kaki diatur ke dapur. Ingin membasahkan tekaknya dengan air mineral. Kelihatan
beberapa orang lelaki dan Puan Serena berada di dapur. Si lelaki sedang
menunggu giliran menggunakan bilik air. Mendengar bunyi derap kaki, Puan Serena
berpaling.
“Belum solat
lagi?” tanyanya kepada Arleena.
“Dah...nak minum
air saja.” Arleena mengambil cawan lalu menuang air mineral yang berada di atas
meja.
“Boleh tolong
kejutkan Ian? Yang lain semua dah bangun tu” arah Puan Serena sambil menjuihkan
mulut ke arah anak buahnya yang berdiri di tepi bilik air.
Biar betul dia
disuruh kejutkan bos.
Puan Serena
memandang Arleena. Tiada suara yang keluar daripada mulut Arleena.
“Aunty nak kopek
bilis ni. Nenek nak masak nasi lemak pagi ni.”
Faham dengan
maksud Puan Serena, Arleena menganggukkan kepala.
Arleena
mengatur langkah ke arah ruang tamu.
Menuju ke tempat tidur Ian Rayyan. Macamana nak kejutkan dia ni? Arleena menggaru
pelipisnya. Di mana mahu disentuhnya. Arleena berdehem. Tiada reaksi daripada
Ian Rayyan. Bahu Ian Rayyan ditepuk perlahan. Nasib berlapik. Dua tiga kali dia
menepuk, Ian Rayyan tetap tidak bergerak. Amboi lenanya. Arleena menguatkan
lagi suara memanggil nama bosnya dan tepukan di bahu Mr. Ian.
Dari jarak dekat
sebegitu membuatkan Arleena tidak keruan. Menguatkan lagi perasaannya terhadap
bosnya itu. Milik siapakah hatinya ini! Matanya tidak berkalih dari menatap
wajah bosnya. Sungguh mulus. Tidurnya lena persis anak kecil. Deru nafas juga
teratur. Dalam mata terpejam begitu, Arleena merasakan bosnya seksi sekali.
Dengan seulas bibir merah tanda tidak merokok. Cukup sempurna ciptaan tuhan.
Dia ralit memerhati.
Ian Rayyan
menggeliat apabila terasa badannya disentuh. Dia membuka perlahan matanya.
Terperanjat apabila melihat wajah Arleena begitu hampir dengannya. Adakah
Arleena yang menepuknya tadi.
“Mama bos suruh
saya kejutkan bos. Orang lain semua dah bangun.”
Arleena cuba
mengawal rasa gugupnya. Itulah perhati lagi anak orang lama-lama. Nasib tidak
diflying kick akibat terperanjat. Dia
juga terkejut melihat reaksi spontan Ian Rayyan tadi. Apabila melihat Ian
duduk, Arleena bangun lalu menuju ke biliknya semula.
Agaknya bos tahu
ker dia tilik mukanya tadi. Apa la ko ni Arleena. Buat malu saja. Ian Rayyan
masih lagi duduk. Melihat Arleena meninggalkannya. Terbayang wajah Arleena
tadi. Wajah suci waktu pagi. Sungguh ayu sekali. Hatinya semakin bergetar
melihat Arleena.
Arleena
membancuh air teh dan kopi untuk sarapan pagi itu. Qaira sedang menghidangkan
nasi lemak di atas meja makan. Harum sekali aroma nasi lemak. Membangkit selera
Arleena. Nenek, datuk dan beberapa orang lagi mak cik sedang duduk memenuhi
meja makan.
“Kita hidang kat
bawah jelah yang selebih ni,” beritahu Arleena pada Qaira.
“Ambik tikar kat
belakang almari sana.” Beritahu nenek pada Qaira.
“Baik nek,”
jawab Qaira.
Sepupu Qaira
yang lelaki telah duduk mengadap menunggu hidangan. Terasa segan pula Arleena
apabila diperhatikan begitu. Mana pula bosnya ini masih tidak kelihatan.
“Abang dah
bangun belum? Tak masuk dapur ni.” tanya Qaira.
Arleena hanya
mengangkat bahu. Tidak tahu di mana lelaki itu berada ketika ini. Takkan masih
tidur lagi.
“Kita tunggu
diaorang habis makan dulu la ya.” Saran Arleena kepada Qaira. Segan pula hendak
duduk bersama mereka. Dahla semua lelaki.
Belum
sempat Qaira menjawab, kelihatan Ian Rayyan datang ke dapur. Kacaknya. Walaupun
Ian Rayyan hanya mengenakan kain pelikat dan baju melayu sahaja. Pandai pula mamat
saleh ni pakai kain pelikat. Kelihatan hujung rambutnya masih basah. Ian Rayyan
mengambil tempat di sebelah Arleen. Alahai dia ni. Kenapa tak duduk sebelah
adiknya sahaja.
“Awak nak makan
sekarang ker?” Tanya Arleena.
Setahunya bosnya
tidak makan awal pagi. Lagi satu boleh ker mamat ni makan nasi lemak?
“Abang nak makan
apa?” Qaira bertanya kepada abangnya.
Ian
Rayyan serba salah. Matanya hanya melihat nasi lemak yang terhidang. Apa yang
hendak dimakannya. Kalau mintak lain agak-agak kena kutuk tak. Dahla malam tadi
jenuh dia diusik oleh sepupunya. Matanya memerhati ke arah meja. Mencari
kelibat mamanya. Tiada pula. Kalau tak, boleh juga dia mengendeng dengan
mamanya. Takkan nak minta Qaira sediakan telur masak separuh untuknya. Kecoh
nanti minah ni. Sekadar untuk mengalas perut. Bukan berlagak tapi perutnya akan
sakit apabila makan hidangan berat pada waktu pagi.
“Mama mana?”
tanya Ian Rayyan kepada adiknya.
Qaira memandang
ke arah meja. Mamanya tidak kelihatan. Hanya papanya sahaja yang ada.
“Kenapa?”
tanya Qaira kembali.
“Buatkan abang telur masak separuh ngan baked bean.” Pinta Ian Rayyan
kepada adiknya. Dah tak ada orang lain nak minta tolong. Takkan nak susahkan
Arleena. Ian Rayyan merendahkan suaranya takut didengari orang lain.
Dato’ Kamarudin hanya memerhati tingkah
anaknya. Melihat reaksi cemberut anak terunanya memandang nasi lemak sudah tahu
apa dalam fikiran si anak bujangnya. Bukannya dia tidak tahu perangai Ian
Rayyan. Alahai anak bujangnya itu. Apa yang dipinta dari si adik. Nak tergelak
apabila melihat si abang membuat muka simpati kepada si adik. Dahla si adik
hati kering. Dia tahu sejak sampai semalam lagi Qaira sering membuli abangnya
itu. Nasib ada Arleena sebagai pelindung.
Dato’ Kamarudin
hanya memerhati. Melihat keadaan anak bujangnya, dia rasakan keputusan meminta
Ian Rayyan pulang adalah tepat sekali. Tengok sekaranglah anak bujangnya itu
kekok dengan suasana kampung. Ikut perangai jahatnya mahu saja dia humbankan
Ian Rayyan ke dalam tali air. Biar dia rasa bau lumpur. Kenal lintah dan pacat.
Biar dia tahu asal usulnya.
Arleena
hanya menjadi pemerhati dua beradik itu tolak menolak.
“Ala..abang ni..
Ni kampungla.. makan aja lah nasi lemak ni. Kat sini mana ada baked bean or
sosejla..” malas pula rasanya melayan karenah abangnya.
Sedangkan dia
dengan Arleena masih belum menjamah hidangan. Tunggu turn. Mata masih mengantuk lagi ni. Dia tahu hari ini tenaga banyak
hendak digunakan.
Ian
Rayyan masih merengek kepada adiknya.
Arleena menahan
gelak. Kelakar pula rasanya melihat bosnya bersikap begitu. Boleh tahan juga
bosnya itu.
Ian Rayyan
beralih memandang Arleena. “Kalau nak gelak, gelak sajalah. Jangan nak buat
hidung kembang macam tu.” Selamba badak Ian Rayyan menegur.
Dua tiga orang
sepupunya memandang Arleena. Mereka tergelak kecil.
Arleena menarik
muka. Hampeh malukan dia saja.
“Awak tolong
carikan biskut atau roti untuk saya.” Tidak
jalan dengan adiknya, Arleena pula menjadi mangsa.
Arleena
menggeleng.
Ian Rayyan
membulatkan mata ke arah Arleena. Dalam kami saling membalas pandang, Puan
Serena masuk ke dapur.
Ian Rayyan
menarik nafas lega. Penyelamatnya sudah datang. Dia menjelirkan lidah kepada
Arleena. Spontan saja tingkahnya. Tersentak Arleena.
Bingkas
Ian Rayyan bangun mendapatkan mamanya. Dipeluknya bahu mamanya.
“Mama tolong
carikan abang biskut or what everlah..not
nasi lemak please.” rayu Ian Rayyan
kepada mamanya.
Dato’ Kamarudin
tersengih melihat aksi manja anak bujangnya. Walaupun umur dah meningkat, kadang-kadang
ada juga sikap keanak-anakkan. Macam manalah kalau anaknya sudah berumah tangga
nanti.
Ian Rayyan
mengambil tempat di sebelah papanya. Kerusi yang baru sahaja dikosongkan oleh pak
ciknya.
“Tak
nak jamah nasi lemak?” tanya si papa kepada anak bujangnya.
Ian Rayyan hanya
menggeleng kepala.
“Ian tak makan
nasi lemak ker? Rugi la.” Nenek bersuara.
Semua mata memandang
Ian Rayyan. Ada yang tersengih. Ian Rayyan hanya mengacip bibir.
“Dia dari kecil
tak boleh makan berat waktu pagi. Nanti perut dia meragam. Nak pula sambal
macam ni.” Puan Serena menjawab bagi pihak anak sulungnya.
“Arleena pun tak
makan nasi lemak juga ker?” tanya
nenek kepada Arleena apabila melihat Arleena belum makan lagi.
Arleena
tersentak. Tidak disangka dia pula yang ditanya. Macam la dia ada kaitan dengan
bosnya.
“Makan nenek.
Sekejap lagi. Tunggu diaorang ni habis dulu.”
“Ooo...ingatkan
kamu pun sama tak makan pedas.”
Arleena
memandang ke arah Mr. Ian. Bosnya itu membuat isyarat kepada Arleena. Alahai
nak air lain lagi ker. Dia tahu apa
yang diminta oleh bosnya itu. Banyak betul pantang larang bosnya ini. Kopi dan
teh tidak diminumnya. Tapi neslo boleh pulak. Susah nak bawak masuk majlis ni.
Arleena bangun.
Dia bergerak ke arah almari yang menempatkan barang-barang untuk membancuh air.
Susu di dalam peti ais diambilnya. Melihat tingkah Arleena, Puan Serena sudah
tahu. Mesti dipinta oleh anaknya. Setahunya Arleena minum sahaja apa yang
dihidangkan. Tidak banyak kerenah. Nampaknya Arleena begitu mengikut arahan si
bosnya. Dah macam isteri melayan suami pula. Wajah dipaling ke arah anak
bujangnya.
Ian Rayyan
mengadap hidangan dengan tertib. Merah juga telinganya apabila digiat ketika
Arleena meletakkan air neslo di hadapannya. Apa nak kisah, janji perutnya
kenyang. Sesekali matanya menjeling Qaira. Menayangkan rasa kemenangan di
pihaknya.
“Pukul sebelas
semua bersiap. Nanti kita muatkan sahaja ke dalam kereta siapa-siapa. Tak perlu
bawak banyak kereta.” Datuk memaklumkan agenda pagi nanti.
Riuh rendah
bunyi suara. Masing-masing mengatur kereta siapa yang hendak digunakan. Arleena
dan Qaira hanya melayan nasi lemak di hadapannya. Baru sekarang mereka dapat
menjamah hidangan.
“Sedapnya nasi
lemak ni.” Ujar Arleena.
“Sedap kan? Nenek memang pandai
masak. Tambah lagi kak jangan malu-malu.”
“Malu rugi,” jawab Arleena.
“Jom
pergi gym.” Ajak Harith sebaik sahaja Ryzal menyambut panggilannya.
“Ko tak keluar
dengan Nina ker?” Tanya Ryzal.
“Nina balik rumah parent dia. Arleena pun tak ada kan?” tanya Harith balik. Sebab
itulah dia mengajak kawannya itu ke gym. Terasa badanya telah naik. Tidak
sempat hendak bersenam.
Terdiam
Ryzal dengan pertanyaan Harith. Berubah mukanya. Nasiblah mereka bercakap di
talian. Kalau tak pastinya Harith akan perasan perubahannya.
“Ok..nanti aku jumpa ko kat gym.” Ujar Ryzal
sebelum menamatkan perbualan mereka.
Ke mana pula
Arleena? Arleena tidak memaklumkan apa-apa semasa mereka berjumpa semalam. Dia
mendail nombor Arleena. Tidak berjawab. Dia mendail lagi. Masih lagi sama.
Panggilannya masih tidak bersambut. Dia menghantar mesej kepada Arleena.
Hatinya tidak tenteram.
“Akak tak
bersolek ker?” soal Qaira. Baginya
walaupun Arleena tidak mengenakan make up,
wajahnya tetap cantik. Amat cantik. Geram melihat wajah Arleena. Dahla wajah
Arleena tidak dicemari sebarang kesan jerawat.
“Meh Qaira make up akak.”
“Betul ker boleh
make up?”
Arleena hanya
mengenakan make up ketika menghadiri
majlis-majlis sahaja. Kebiasaan Arleena lebih suka mengenakan lip glos dan foundation sahaja. Ada orang menawarkan diri, nak juga dia menadah
muka. Lagipun dia suka cara Qaira make upkan
mukanya sendiri. Nampak natural
sahaja. Kena pula dengan kulit putih gebu Qaira.
Arleena menadah
mukanya kepada Qaira. Melihat cara Qaira menyolek dirinya sendiri tadi dia
percayakan kepada Qaira.
“Jangan tebal-tebal tau.” Pesannya kepada
Qaira.
“Relaksla akak. Muka akan dah cantik. Qaira
Cuma tambah-tambah sikit saja.”
Telefonnya
Arleena berdering.
“Nak angkat ke
kak?” Tanya Qaira.
“Tak pelah.
Qaira teruskan je. Nanti akak call kawan akak tu balik.”
Qaira
menyudahkan solekannya. Dia meminta Arleena melihat cermin solek. Terpegun
Arleena melihat wajahnya.
“Cantiknya
akak.”
Terasa kembang
hidung mendengar pujian Qaira. Bukan nak bangga diri tapi dia rasakan wajahnya
berlainan sekali. Cun jugak dia ek.
Anak sape la ni haha..kalau Nina tengok ni mesti ternganga mulut...
“Siapa
sebenarnya pengantin ni?”
Arleena mengusik
Qaira. Keningnya dijongket.
“Tengokla siapa
jurusoleknya.” Qaira juga tidak mahu kalah.
“Eleh, dah model
semula jadi lawa.” Nampaknya masing-masing tak nak mengalah. Akhirnya dua-dua
ketawa besar.
Arleena
mengambil tas tangannya. Lupa untuk melihat gerangan yang menelefonnya tadi.
Mereka keluar dari dalam bilik. Jam menunjukkan hampir sebelas pagi. Pukul
sebelas sudah hendak bertolak. Kami keluar sambil bergelak ketawa. Sampai di
ruang tamu Arleena tercengang. Kenapa masing-masing senyap memandang dia dan
Qaira ni.
“Antek ye acik... nak awenn..”
Suara dari budak
kecil yang memakai kemeja biru laut. Entah siapa namanya. Cute juga budak ni dengan rambut ala mohawknya. Trend rambut budak-budak sekarang. Amboi laju pula mulut
budak ni. Menarik perhatian mereka yang berada di ruang tamu. Tak pasal-pasal
Arleena menjadi tontonan mereka.
“Ni siapa pengantin? Cantiknya.” Mak Ngah
bersuara.
Yang lain
mengangguk. Setuju dengan pendapat Mak Ngah mereka.
Alahai lawa
sangat ke dia ni. “Ishh... mana ada Mak Ngah.. Qaira ni ha gatal nak solekkan
saya.” Arleena cuba menutup rasa malu.
Ian Rayyan dan
Abang Zainal naik ke ruang tamu. Dari tadi mereka menunggu di bawah. Apabila
dirasakan lambat, mereka berdua naik ke atas semula. Ternganga Ian apabila
melihat Arleena. Subhanallah.. cantiknya dia. Laju hatinya berdegup. Tidak
pernah dia melihat Arleena bersolek demikian. Menyerlahkan lagi kecantikannya.
Tidak jemu mata memandang.
“Mak Ngah tahu
la awek kamu cantik, tak payah nak ternganga macam tu.”
Bahu Ian Rayyan
ditepuk oleh Mak Ngahnya. Tidak disangka perbuatannya dilihat Mak Ngahnya.
Untuk menutup rasa malunya Ian Rayyan hanya tersengih sahaja.
“Ni dah kalahkan
pengantin.” Abang Zainal pula bersuara.
Dia amat
terpesona dengan kecantikan ciptaan Ilahi di hadapannya. Nasiblah dia akan
berkahwin sekejap lagi.
Berdesing
telinga Ian Rayyan apabila mendengar kata-kata sepupunya itu. Amboi dah nak
kahwin gatal lagi. Apasal la Arleena ni cantik sangat.
Kemunculan nenek
ke ruang tamu menghentikan perhatian mereka kepada Arleena. Masing-masing
bangun untuk bergerak ke rumah pengantin. Nasiblah barang hantaran awal-awal
lagi telah disusun dalam kereta. Arleena menarik nafas lega. Segan kerana dari tadi hanya dia yang menjadi
fokusnya. Tak disangka mereka mengagumi kecantikannya. Kalau macam ni sah-sah
la aku cantik. Haha. Angkut bakul sendiri nampaknya.
Arleena perasan
dengan wajah tegang Ian Rayyan. Apa yang tak kena pula ni. Arleena mengekori
Qaira ke kereta papanya.
“Ian pandu ye.
Ikut saja kereta yang lain. Rumah pengantin tak jauh pun.” Dato’ Kamarudin
menyerahkan kunci kereta ke tangan anak bujangnya. Ian Rayyan menyambut kunci
kereta yang dihulurkan oleh papanya.
Ian Rayyan masih
bengang apabila Arleena menjadi perhatian mata-mata sepupunya. Ini belum lagi
di tempat majlis kahwin nanti. Baginya Arleena hanya layak dipuji olehnya. Dia
tidak suka orang lain melihat Arleena dengan maksud ingin memiliki. Faham sangat
dengan pandangan orang lelaki ni.
Qaira mencuit
Arleena. Dia menjuihkan mulut ke arah
abangnya. Arleena hanya mengangkat bahu. Bermaksud dia tidak tahu apa-apa. Qaira tersengih. Mesti kes cemburu. Tapi
mereka hanya kawan. Takkan cemburu kot. Tidak banyak perbualan dalam kereta.
Masing-masing fokus melihat kereta saudara yang lain. Takut tertinggal.
Maklumlah orang yang memandu Alphard ketika ini agak terganggu emosinya.
Setengah jam
perjalanan mereka telah sampai ke rumah pengantin perempuan. Rombongan mereka
telah disambut oleh pihak pengantin perempuan. Alhamdulillah semuanya berjalan
lancar. Kini mereka menikmati hidangan pengantin ditempat yang telah disediakan
untuk rombongan pengantin lelaki, Ian Rayyan mendekati Arleena. Kerusi kosong
sebelah Arleena ditariknya. Badannya dirapatkan ke arah Arleena.
“Kenapa pakai
macam ni?”
Dari tadi dia
tidak dapat menahan perasaannya. Marah kerana Arleena terlalu cantik. Tajam
matanya merenung Arleena. Arleena berpaling setelah mendengar Ian Rayyan
berbisik di telinganya. Terasa semacam.
Matanya
menangkap renungan tajam Mr.Ian Rayyan. Angin apa pula ni. Tegang sekali
mukanya.
“Kenapa
pula? Saya pakai biasa saja. Apa salah
dengan baju saya. Bukan seksi pun.” Jawab Arleena.
“Lain kali
jangan pakai baju ni.”
Baju kurung
moden yang dipakai Arleena dirasakan mengikut badan. Nampak setiap lekuk badan
Arleena. Nasiblah badan Arleena kurus sahaja.
Malas Arleena
hendak melayan perangai bosnya itu. Dia meneruskan suapannya. Qaira disebelah
hanya tersengih. Dia dapat mendengar perbualan abangnya tadi. Apa la abang dia
ni. Awal-awal lagi dah kongkong. Macam manala kalau dah jadi suami nanti.
Mintak-mintakla diaorang ni ada jodoh. Biarpun abang hanya mengaku mereka rakan
sekerja, Qaira dapat rasakan ada aura tersembunyi antara mereka berdua.
Sepanjang
majlis, Ian Rayyan tidak melepaskan Arleena walau sedetik. Di mana Arleena
berada, pastinya dia ada disebelahnya. Kadang-kadang tangannya memegang
pinggang Arleena. Berapa kali Arleena menepisnya. Takut dilihat oleh saudara
mara yang lain. Buat malu sahaja. Tengok saja lah ketika acara bergambar
bersama pengantin tadi. Acap kali tangan Ian Rayyan berada di pinggangnya.
Arleena menepis takut hatinya tewas. Dia tidak mahu bermain dengan perasaannya.
Apa tah lagi hatinya bertambah sayang terhadap Ian Rayyan setelah melihat wajah Ian waktu subuh tadi.
Masih terbayang wajah Ian ketika itu. Begitu kudus. Tapi sayang Ian tidak
pernah meluahkan perasaan kepadanya. Hanya dia menyintai Ian dalam diam. Cinta
ke suka? Dia pun confius. Yang pasti
hatinya akan berirama apabila berada bersebelahan dengan Ian Rayyan.
Keadaan
di rumah nenek agak sibuk. Kaum lelaki sedang mendirikan khemah. Kaum perempuan
pula sibuk di dapur. Esok akan diadakan majlis di pihak pengantin lelaki pula.
Masing-masing sibuk menjalankan tugas. Arleena menyusun bahan basah yang dibeli
ketika pulang tadi ke dalam peti ais. Bahan itu akan digunakan untuk hidangan
makan beradap esok.
Arleena
melangkah ke dalam bilik. Ingin melihat handphonenya.
Sejak sampai semalam rasanya dia belum melihat lagi telefonnya. Asyik melayan
Qaira sahaja. Ruang senggang ini barulah dia teringatkan telefonnya. Dia
membuka kunci di skrin. Banyaknya mesej dan
miss call. Salah satu miss call
dari Ryzal. Alamak dia lupa nak bagitahu Ryzal. Dia mendail nombor Ryzal.
“Awak
kat mana?” Belum apa-apa Ryzal dah menyoalnya.
“Assalamualaikum..”
sengaja ingin mengenakan Ryzal. “Saya ikut bos balik kampung dia. Ada majlis
kahwin.” Terang Arleena.
“Kenapa pula
awak perlu ikut. Awak ada hubungan dengan diakah?” Rasa tidak enak mula timbul
di hati Ryzal. Kenapa Arleena perlu mengikut bosnya. mereka mempunyai apa-apa
hubungan kah?
“Dia tak pernah
pulang ke kampung. Dia minta saya
temankan. Sekurangnya dia ada kawan hendak berborak.” Terang Arleena lagi.
Bunyi nada suara Ryzal agak lain. Macam marah saja. Ingat dia ni kekasih ker
nak marah-marah.
“Tak ada orang
lain ker nak temankan dia?”
“Yang awak nak
marah ni kenapa?”
Mendengar suara
Arleena sedikit tinggi menyedarkan Ryzal atas keterlanjurannya. Mana mungkin
dia menyekat pergerakan Arleena. Apatah lagi mereka hanya berkawan.
“Bila awak
balik?” Ryzal cuba mengubah topik. Tidak mahu timbul pertelingkahan.
“Malam esok. Ok
la awak, saya ada kerja ni. Nak tolong diaorang masak.”
Arleena
menamatkan perbualannya. Hangin juga dengan sikap Ryzal. Belum apa-apa dah
mengongkongnya.
Ryzal
merenung handphonenya. Terasa
keadaannya sedikit tergugat. Kenapa Arleena boleh mengikut bosnya sedangkan
sebelum ini jenuh dia mengajak Arleena berjumpa mamanya, tapi ditolak Arleena.
Ryzal perlu melakukan sesuatu. Dia tidak mahu Arleena terlepas dari tangannya.
Dia bertekad untuk memiliki Arleena secepat mungkin. Selagi belum mempunyai
ikatan yang sah, dia berasa tidak selamat. Dia tidak mahu gadis pujaannya
terlepas ke tangan orang lain.
Niat Arleena hanya
berbalas mesej dengan Nina, tapi akhirnya dia yang tertidur. Deringan di handphonenya mengejutkan dia. Dia
mencapai telefon. Butang hijau ditekan. Nama Ian tertera di telefonnya.
“Awak kat mana?”
Dari tadi puas
Ian mencari Arleena tapi bayangnya tidak kelihatan. Melilau dia mencari. Hanya
adiknya sahaja yang menyibuk di bawah khemah.
“Dalam bilik.”
Arleena menjawab ringkas. Suara serak-serak Arleena menunjukkan dia baru bangun
tidur.
“Amboi tidur ke? Orang tengah sibuk kat bawah
ni. Cepat turun bawah.” Arah Ian Rayyan kepada Arleena.
Arleena melihat
jam di tangannya. Agak lama juga dia tertidur. Setelah mengemaskan bajunya, dia
memakai tudung. Hanya tudung Alya Sarah sahaja. Sarung sahaja. Cukup senang.
Antara jenama yang disukainya.
Arleena
mengatur langkah ke arah khemah apabila terpandang Qaira dan bosnya berada di
situ.
“Baru bangun princess?”
Tegur
Ian Rayyan setelah melihatnya. Tersengih-sengih mereka yang berada di situ.
Arleena
mencebik. Bau kuah laksa penang menyucuk hidungnya. Qaira sedang khusyuk makan.
Amboi tak pusing kiri kanan. Arleena mengambil kerusi kosong di sebelah Ian
Rayyan.
“Makan laksa?”
tanya Ian Rayyan.
Arleena
mengangguk. Sedikit mamai. Ian Rayyan bangun dan mengambil laksa untuknya. Air
sirap juga disua. Bagus punya layanan.
“Terima kasih.
Bos tak makan?”
“Tunggu awak
suapkan.”
Tersedak Arleena
mendengar kata-kata Ian Rayyan. Dahla tika itu dia menghirup kuah laksa. Perit
tekak. Laju tangan mencapai gelas air sirap.
Ian Rayyan
menggosok belakang Arleena.
“Asal gelabah
sangat?” Ian Rayyan menyoal sambil ketawa. Baru tegur sikit. Kalau ajak kahwin
macam mana la keadaan gadisnya ini.
Tanpa disedari
ada mata-mata yang memerhati tingkah mereka.
“Betul ker
mereka berdua tu tidak mempunyai hubungan?” tanya Mak Ngah kepada Puan Serena.
“Ikut kata
mereka, kawan pejabat.”
Kali pertama
Puan Serena melihat Arleena hatinya telah berkenan. Ingin dibuat menantu.
Naluri seorang ibu, terdapat keserasian antara mereka berdua. Dia amat berharap
anaknya itu berjodoh dengan Arleena. Sepanjang berada di sini dilihat Arleena
begitu pandai membawa diri. Malah Arleena juga pandai masak. Cukup sempurna
untuk menjadi calon isteri. Ralit dia memerhatikan tingkah anak bujangnya dan
Arleena. Nampak serasi dan sepadan. Ian Rayyan menguasai dan Arleena hanya
mengikutnya. Ada tolak ansur antara mereka.
“Kakak
berkenanla dengan Si Arleena tu. Sayang along tu baru habis sekolah. Kalau ada
anak jantan besar, kakak dah masuk minang si Arleena tu.” Kata Mak Ngah.
“Tak payah
tunggu akak. Saya ni yang cop dulu. Itu pun kalau la anak teruna saya tu
berkenan.” Jawab Puan Serena. Dah berebutkan si Arleena pulak.
“Lepas
makan kita ronda kampung.” Bagitahu Ian Rayyan.
“Aik.. dah
serasi dengan kampung ker?”
Qaira ketawa mendengar kata-kata Arleena. Merah
muka abangnya.
“Apa ni main
cubit-cubit. Jatuhla saham saya macam ni.” Marah dia pada Ian. Suka sangat dia
disentuh.
“Tak payah nak
jaga saham sangatlah,” ujar Ian Rayyan.
“Akak lepas ni
kita pergi kat tali air. Best tau.” Tokok Qaira.
Rumah
nenek terletak ditengah-tengah sawah. Tiupan angin tenang sekali. Sekeliling
padi sedang menghijau. Saujana mata memandang. Terapi minda ni. Melihat sawah
padi terbentang luas membuatkan minda tenang. Dari datang semalam Arleena telah
teruja dengan pemandangan yang memukau ini tetapi belum kesempatan untuk
menghayati pemandangannya.
Usai
makan, mereka bergerak ke tali air. Hanya berjalan kaki saja. Riuh rendah
masing-masing mengusik. Apatah lagi dalam kumpulan itu hanya dia dan Qaira
sahaja perempuan. Empat orang lagi lelaki. Sudah pasti mereka berdua menjadi
mangsa. Arleena senang melihat gelagat Ian Rayyan. Nampaknya dia boleh bergaul
dengan sepupunya. Malah kadang-kadang dia yang paling kuat mengusik. Kasihan
Qaira sering menjadi mangsanya.
Berbagai
aksi dibuatnya. Ian Rayyan menjadi mangsa untuk mengambil gambar mereka.
Masing-masing menunjukkan pelbagai aksi ketika bergambar. Merakam kenangan
terindah di sini. Selepas ini belum tentu bila dia akan datang lagi. Cukup
sayang hendak meninggalkan tempat ini.
Dalam sibuk
mereka bergambar, Ian Rayyan mengangkat badan Arleena. Dengan aksi hendak
melemparnya ke dalam tali air. Disebabkan rasa terkejut dengan aksi Ian,
Arleena memeluk leher Ian. Mendekatkan badannya dengan Ian. Qaira tidak
lepaskan peluang merakamkan gambarnya.
Terkejut beruk
dengan aksi Ian. Tidak disangka Ian akan mengangkatnya. Laju degupan
jantungnya. Teruk dia disakat. Merah padam mukanya. Hidung kembang kempis
menahan geram. Baru dia tahu Ian Rayyan ni nakal juga orangnya.
Puas bergambar, mereka
duduk di tali air. Kaki terjuntai ke bawah. Aksi seperti remaja belasan tahun
saja. Cukup santai. Siapa sangka di situ adanya pemilik hotel terkemuka, jurutera
dan juga arkitek. Hanya Arleena sahaja pekerja biasa.
“Kalau makan
kuaci best juga ni. Macam zaman kecil-kecil dulu.” Sepupu Ian bersuara.
“Saya tak pernah
rasa suasana begini.” Tutur Ian Rayyan.
Terasa rugi.
Hatinya tersentuh melihat kehijauan sawah padi di depannya. Hidupnya sebelum
ini di bandar besar. Di kelilingi tembok batu. Kadang-kadang musim salji dia
akan meluncur dengan sepupu-sepupunya.
“Itulah abang. Suka sangat duduk di luar
negara. Adik pertama kali datang sini dah suka dengan suasana kat sini. Sebab
tu adik nak duduk kat Malaysia.”
Qaira mengenakan abangnya. Bukan dia tidak
tahu sebelum ini bukan main liat abangnya hendak pulang ke Malaysia.
Macam-macam alasan diberikan kepada papa mereka.
“Bukan tak tahu
Qaira, orang tu kan tak tahan panas. Tak makan pedasla. Lupa asal usul. Mat
saleeeh la sangat.” Tokok Arleena lagi.
Teringat dia
dengan sikap Ian Rayyan semasa awal-awal dia bekerja di Hotel Grenz. Satu hotel
tahu perangai big boss mereka.
Geram Ian Rayyan
dengan Arleena. Dia mengepit kepala Arleena dan dilukunya kepala Arleena
perlahan.
“Apa ni bos main kepala. Bayar zakat ni tau.”
Arleena geram
dengan sikap bosnya. Hampir senja barulah mereka bergerak pulang. Dari tadi
Arleena menahan rasa. Hari ini, Ian Rayyan begitu senang menyentuhnya.
Rumah nenek riuh
rendah sekali. Hari ini majlis di sebelah pengantin lelaki pula. Dari awal pagi
lagi Arleena telah bangun. Dia ingin membantu Puan Serena menyediakan hidangan
makan beradap. Seperti semalam, tugasnya membuat pencuci mulut. Turut dibantu
oleh Qaira. Ralit dia memerhati Puan Serena menghias masakan. Hiasannya sama
cantik dengan hidangan di hotel.
Setelah
menyiapkan kerjanya, Arleena bergegas ke bilik air. Ingin bersiap. Kalau lambat
nanti rumah nenek akan dipenuhi oleh jiran-jiran yang datang menolong. Segan
pula dia nanti. Lebih-lebih lagi bilik air berada di bahagian dapur.
Arleena
menilik pakaiannya dalam cermin. Hari ini dia juga mengenakan kurung moden
berwarna kelabu. Tudung juga dari warna senada. Kalau ditegur Ian Rayyan tidak
tahulah dia hendak pakai apa. Hanya baju itu sahaja yang ada. Dia tidak membawa
baju yang banyak. Malam nanti mereka akan berangkat pulang. Esok masing-masing
akan bekerja.
Keluar
dari bilik Arleena bertembung dengan Qaira.
“Cantikla baju
akak.” Qaira kagum dengan Arleena.
Walaupun Arleena
bertudung tapi penampilannya sentiasa menarik. Apa yang dipakai begitu secocok
dengan tubuhnya.
“Akak tak nak Qaira make upkan ker?” tanya Qaira.
“Tak nakla..
banyak kerja nanti muka berminyak-minyak. Buruk pula nanti.”
Hari ini
tentulah banyak kerja yang akan dilakukan. Kalau pakai make up buat rimas saja nanti.
Arleena
mencari Ian Rayyan. Selepas sarapan tadi dia tidak nampak kelibat lelaki itu.
Mungkin berada di bawah bersama dengan kaum lelaki yang lain. Arleena menjenguk
melalui tingkap. Melihat suasana di laman. Nampaknya tetamu telah hadir. Kelihatan
tetamu telah berada di khemah. Arleena mengalih pandangan ke arah kiri. Arah
khemah kaum lelaki yang ditempatkan untuk memasak. Pandangannya bertaut dengan
Ian. Oo...dia ada di sana. Ian melontarkan senyuman kepadanya. Arleena
membalas. Arleena bersyukur kerana Ian Rayyan telah bermesra dengan sepupunya.
Nampaknya dia tidak kekok lagi.
Cantiknya
dia. Desis hati Ian Rayyan. Dia suka melihat penampilan Arleena. Tudung
berbelit-belit tapi menarik. Hari ini Arleena tidak mengenakan make up. Itu yang melegakan hatinya. Dia
tidak mahu Arleena menjadi perhatian lelaki lain. Tetamu semakin ramai. Sekejap
lagi pengantin akan sampai. Ian Rayyan berkalih dari tempat memasak. Mengatur
langkah ke arah rumah neneknya. Matanya melilau mencari Arleena. Cepat benar Arleena
hilang.
Banyak
mata memerhati Arleena. Walaupun dia tidak mengenakan make up tapi dia tetap juga menjadi perhatian. Ian Rayyan bertambah
geram dengan Arleena. Semalam sudah ditegur akan tidak memakai baju seperti itu
lagi. Baju potongan badan menampakkan susuk tubuh Arleena. Dari tadi Arleena
begitu sibuk mengambil gambar pengantin. Dia menarik Arleena agar jauh sedikit
dari pelamin.
“Kenapa pakai
baju macam ni lagi?” tegur Ian Rayyan. Merah sekali mukanya.
“Apa masalah bos
ni. Bukan saya pakai seksi pun.” Ujar Arleena sambil menilik pakaian di
badannya. Longgar ke dia rasa. Arleena geram dengan bosnya. Takkan la bajunya
pun hendak ditegur. Dah ini saja bajunya yang ada.
Ian Rayyan
merenung tajam ke arah Arleena. “Tak payah nak tayang body depan orang. Duduk saja diam-diam.”
“Apa kena dengan
bos ni.” Arleena menunjukkan muka bengang. Tidak faham dengan angin kus-kus
bosnya.
Arleena
bengang dengan Ian Rayyan. Segala geraknya dikawal dan diperhati oleh Ian
Rayyan. Kalah mata helang. Tajam memerhati sampaikan dia naik rimas. Pantang
dia melayan tetamu lelaki mula Ian Rayyan akan menempel dekatnya.
Ian
Rayyan perasan perubahan muka Arleena. Tak kisahla Arleena hendak marah
dengannya. Janji tiada lelaki lain yang melihat Arleena. Sakit hatinya melihat
mata-mata lelaki yang tidak berkalih memandang Arleena. Walau berbaju kurung
menutupi tubuhnya, baginya Arleena kelihatan seksi.
Sepanjang
majlis Arleena mengelak dari bertembung dengan bosnya itu. Seolah perang dingin
tercetus antara mereka berdua. Dia sengaja menyibukkan diri di dapur. Malas nak
bertelagah dengan Mr. Ian. Mata Mr. Ian tajam memerhatinya. Bukan tak pernah
dia pakai baju sebegini di hotel. Tak pernah pun ditegurnya. Padahal soal baju
saja pun.
“Aleen kenapa
tak pergi ke depan. Diaorang semua sedang bergambar.” Tegur Puan Serena yang
baru masuk ke dapur.
“Tak pe aunty.
Aleen tolong kat dapur ni aje.”
“Akak...jom
kita bergambar..” laung Qaira dari pintu yang menghala ke dapur.
“Akak banyak
kerja ni. Korang pergilah ambik gambar,” balas Arleena.
“Jomla
kakak. Semua orang tunggu akak tu.” Panggil Qaira lagi.
Asal la pula
orang tunggu dia. Dia bukannya sedara
diaorang pun. Arleena meninggalkan kerja-kerja di dapur. Bingit mendengar
jeritan Qaira.
Semua
saudara mara siap berkumpul di depan
pelamin. Arleena menyelitkan badan di sebelah Qaira. Mata tidak sempat
memerhati di mana Mr. Ian Rayyan berada. Pelbagai aksi digayakan.
“Suka
ye bergambar?” tanya satu suara hampir dengan cuping telinga Arleena.
Mamat ni ada kat
belakang ke tadi? Macam mana dia tak perasan. Perlahan Arleena berpaling.
Dijeling sekilas.
“Dik,”
panggil Ian Rayyan pada Qaira. “Ambilkan gambar abang dengan kakak manis ni,”
jeling Ian Rayyan pada Arleena.
Qaira
tersengih. Serasi sungguh mereka berdua.
“Okay lovebirds...smile..” arah Qaira
bersama DSLR di tangannya.
Merah
pipi Arleena mendengar kata-kata Qaira. Apatah lagi Ian Rayyan di sebelah telah
ketawa kuat.
“Dah
jangan nak mengada,” marah Arleena apabila diarah membuat pelbagai aksi. Ini
pun hatinya hampir meloncat keluar berada hampir dengan Ian Rayyan. Lemah lutut
dengan bau haruman yang dipakai oleh si jejaka.
Belum lagi sesekali tangan Ian Rayyan menyentuh pinggangnya. Kononnya
mengikut arahan si photographer.
Walaupun berlapik, Arleena tetap tidak suka.
No comments:
Post a Comment