Panas.
Rimas. Semua rasa bercampur. Ian Rayyan berasa amat tidak selesa. Masih tidak
sesuaikan diri dengan cuaca di sini. Dia juga tidak dapat melakukan aktiviti
luar. Sejak pulang ke sini dia masih belum berkesempatan melakukan aktiviti
menunggang kuda. Aktiviti yang akan dilakukan pada waktu senggangnya. Terasa
membahang di kulitnya. Dia tidak tahan cuaca panas di sini. Dia berasa tidak
bebas untuk bergerak. Oleh sebab itulah dia akan hanya akan pulang setelah
senja menjelma. Bukan disebabkan banyak kerja tetapi tidak tahan dengan cuaca.
Ian Rayyan masih
menyesuaikan diri dengan cara bekerja di Hotel Grenz. Walaupun dia mempunyai
pengalaman mengurus hotel milik bapa saudaranya, tapi cara bekerja berbeza. Dia
juga masih belum sempat meninjau suasana hotel. Masih belum berkesempatan
berkenalan dengan para stafnya. Dia hanya mengenali staf di bahagian pengurusan
sahaja. Dia akan membuat tinjauan ke setiap unit dalam hotel ini tidak lama
lagi.
Sepanjang hari,
Ian akan menghabiskan masanya di Hotel Grenz. Semua urusan dilakukan dari biliknya.
Dia agak kurang selesa untuk berurusan di luar. Apa lagi hendak meredah
kesesakan lalu lintas di luar sana.
Belum pun masuk
waktu rehat, perut Ian telah berkeroncong. Pagi tadi dia tidak sempat
bersarapan. Hanya meneguk air kopi sahaja. Dia terlewat bangun. Masih jetlag. Kalau orang tahu mesti kata dia
mengada-mengadakan. Jetlag di tempat
sendiri.
Untuk keluar
memandu mencari makan di luar hotel tidak sesekali dilakukan Ian Rayyan.
Tambahan pula dia belum arif dengan jalan di sini. Menuggu hari minggu nanti
Qaira berjanji akan membawanya mengukur jalan. Nasiblah adiknya kaki jalan.
Boleh tahu juga selok belok jalan raya di sini. Akhirnya dia membuat keputusan
untuk makan di Tanjong Kafe. Kafe yang terletak di bahagian bawah hotel.
Ian Rayyan agak
cerewet dari segi rasa hidangan yang disediakan. Prinsipnya biarlah pengguna
akan berpuashati dengan nilai wang yang dikeluarkan. Selain itu dapat juga dia
memerhati dan berkenalan dengan staf di bahagian dapur.
Tanjong Kafe
terletak di tingkat bawah bersebelahan dengan kaunter penyambut tetamu. Ian
Rayyan mengambil meja yang agak tersorok. Dari situ dia dapat melihat
pengunjung yang keluar masuk ke Hotel Grenz. Nampaknya kaunter penyambut tetamu
tidak lengang dengan kunjungan. Kalau beginilah, tidak hairanlah Hotel Grenz
menjadi hotel yang terkenal di sini.
Ian Rayyan agak
berpuashati dengan dekorasi Hotel Grenz. Memang ayahnya bercitarasa tinggi.
Layanan staf di kaunter penyambut tetamu juga dirasakan baik. Matanya melilau
ke segenap Tanjong Kafe pula. Tidak ramai pelanggan yang makan ketika ini. Yang
ada hanya berborak santai. Di sebelah mereka terdapat beg-beg pakaian. Agaknya
mereka sedang menunggu untuk dapatkan bilik masing-masing. Ian Rayyan juga
berpuashati dengan kebersihan di sekitar Tanjong Kafe.
Apabila
menyedari pemilik Hotel Grenz datang, penyelia dapur cepat-cepat keluar ke
depan. Bertemu dengan big bossnya.
Mikail, penyelia yang bertanggungjawab di bahagian dapur. Seorang penyelia yang
amat tegas semasa bekerja. Telah lima tahun dia mencurah khidmat di Hotel
Grenz. Sepanjang bekerja di sini, dia amat berpuas hati dengan layanan pihak
pengurusan di sini.
“Selamat datang
tuan Ian Rayyan.” Formal sekali ucapan daripada Mikail. “ Tuan nak pesan
apa-apa?” tanyanya lagi.
“Duduk dulu.
Panggil saja saya Mr. Ian.” pelawa Ian Rayyan. Dia mahu mendengar serba sedikit
perihal Tanjong Kafe daripada penyelia tersebut. Tidak selesa hendak bercakap
jika dia duduk, sedangkan pekerjanya berdiri.
Mikail melayan
Ian Rayyan. Sambil itu dia menerangkan serba sedikit mengenai keadaan di
bahagian ini. Layanan yang terbaik diberikan kepada pemilik hotel ini.
Ian Rayyan tidak
mengambil makanan buffet yang disediakan. Hidangan hotel pada hari ini lebih
kepada nasi. Citarasanya tentulah makanan barat. Dia memesan beef steak dan jus
epal.
“Hmm.. not
bad.” Ujar Ian Rayyan perlahan. Hanya untuk pendengaran dirinya.
Ian Rayyan
berpuashati dengan rasa hidangan yang dipesanannya. Cukup kena dengan
seleranya. Dalam dia menghayati hidangannya, kedengaran suara riuh rendah. Ian
Rayyan melihat jam di tanggannya. Patutlah telah masuk waktu makan tengah hari.
Kelihatan para pekerjanya menuju ke pintu utama hotel. Tentulah mereka makan di
luar. Setahunya Hotel Grenz menyediakan kupon untuk para pekerjanya, takkanlah
mereka tidak suka makan di sini. Lagipun dia rasakan makanan di sini bagus
juga. Akan ditanya kepada Kak Yati nanti. Orang kepercayaan papanya yang kini
telah bertukar menjadi orang pentingnya. Tempat dia merujuk segala hal
berkaitan dengan Hotel Grenz.
Matanya tertumpu
kepada sekumpulan perempuan yang menghampiri pintu utama. Mereka baru keluar
dari lift. Matanya terpaku kepada seorang gadis yang menarik perhatiannya.
Walaupun gadis tersebut hanya mengenakan baju kurung sahaja, tetapi
penampilannya amat menarik. Terasa ada aura yang tidak membenarkan matanya
berganjak daripada memerhati figura di hadapannya. Tudung yang melilit di
kepalanya juga kelihatan kemas dan menarik.
Di luar negara
dia jenuh diperkenalkan dengan wanita-wanita cantik oleh sepupu-sepupunya tapi
tidak seorang pun yang boleh membuatkan hatinya bergetar hebat. Hanya dijadikan
teman untuk bersuka ria. Walaupun Ian Rayyan agak bebas di luar negara tapi dia
tidak pernah membawa pulang perempuan ke rumah. Apatah lagi ke bilik tidur. Dia
hanya nakal untuk menghabiskan masanya sahaja. Untuk mempunyai hubungan yang
serius tidak sesekali. Tapi tidak gadis itu! Matanya tidak berkelip memerhati.
Timbul rasa ingin mendekatinya. Tidak sangka gadis melayu juga yang bisa
membuatkan hatinya bergetar. Resah!
“Itu
semua pekerja hotel kan? Kenapa diaorang tak makan kat sini. Bukankah kita ada
sediakan kupon makanan kepada diaorang?” tanya Ian Rayyan kepada Mikail.
“Ada
juga yang makan kat sini Mr. Ian. Tapi bergantung pada selera masing-masingla.
Kadang-kadang diaorang ni akan makan di warung-warung yang terdapat kat
bahagian belakang hotel ni.”
Ian
Rayyan hanya mengangguk. “Selera masing-masingkan. Mungkin diaorang dah jemu
masakan di sini,” ujarnya pula.
Ian Rayyan
selama ini tidak pernah serius dengan perempuan. Berebut gadis-gadis ingin
mendekatinya tapi tidak satu pun dilayannya lebih dari seorang kawan. Mungkin
juga mereka itu gadis-gadis Inggeris yang agak bebas tingkah lakunya. Walaupun
Ian Rayyan dibesarkan di luar negara tapi dia masih menjunjung adat Melayu.
Melihat gadis
tadi membuatkan dia tidak senang duduk. Ingin mengetahui unit mana gadis itu
bekeja. Tapi macamana? Takkan nak bertanyakan kepada Kak Yati. Apa pula alasan
yang hendak diberi. Sedangkan dia tidak kenal pun staf-stafnya. Nampaknya dia
perlu berusaha sendiri. Kepala Ian Rayyan ligat berfikir. Steak di depan
dimainkan dengan hujung pisau. Ooo... yes!! Diakan pemilik Hotel Grenz. Jadi
dia boleh mengakses semua maklumat stafnya. Maklumat tersebut hanya boleh
diakses oleh unit pengurusan sahaja. Tidak sabar untuk mencari gadis pujaannya.
“Terima
kasih temankan saya.”
Ian
Rayyan bangun sebaik sahaja selesai menjamah hidangannya. Ada misi yang perlu
diselesaikan. Mikail juga turut bangun.
Satu misi perlu
dijalankan. Cepat-cepat Ian Rayyan bergerak ke arah lift. Melintasi kaunter
penyambut tetamu. Staf yang bertugas memberikan tanda hormat kepadanya. Dia
hanya mengangguk sahaja. Masuk ke dalam lift butang aras lima di tekan. Tidak
sabar menunggu lift sampai ke atas.
Ian Rayyan
keluar dengan laju dari lift. Nasib baik masa rehat. Tidak ada pekerja di
unitnya. Kalau tak mesti mereka hairan melihat gayanya. Persis dikejar sesuatu.
Paling haru kalau dikatakan buang tabiat. Laju tangannya memulas tombol pintu.
PC yang telah dihidupkan ditatap. Tangannya mencapai tetikus. Dia klik pada
folder maklumat staf. Nasiblah dalam sistem ada meletakkan sekali gambar
beserta resumenya. Senang dia hendak mencari.
Penuh teliti Ian
Rayyan menilik maklumat yang ada di depannya. Yes!! Aku telah jumpa. Terjerit
kecil Ian. terkejut dengan reaksinya, Ian tersengih. Nasib dia berada di dalam
bilik. Maklumat yang dicari berada di depan mata. Dia mencetak maklumat
tersebut.
Arleena Sofia binti Mohd. Khalid. 22 tahun. Bujang.
Unit pemasaran..
Itulah maklumat
yang sedang dihafalnya. Ian Rayyan menggunting gambar Arleena. Gambar tersebut
ditenungnya. Terpikat dengan senyuman manis Arleena. Dia mengambil cluth bag yang diletakkan di atas meja
bersebelahan dengan komputer. Wallet dikeluarkan. Dia memasukkan gambar Arleena
di celah-celah ruang yang disediakan dalam walletnya. Mulut Ian Rayyan tidak
berhenti tersengih. Ibarat anak remaja yang baru dilamun cinta. Tidak pernah dia mempunyai perasaan sebegini.
Otaknya masih memikirkan perihal
gadis bernama Arleena Sofia. “Unit pemasaran”. Ulang Ian Rayyan perlahan. Ini
sudah bagus. Unit pemasaran masih berada satu aras dengan pejabatnya. Mereka
masih berada di aras yang sama. Unit pemasaran di bahagian kanan manakala
pejabatnya terletak di bahagian kiri. Tak terfikir pula sama ada gadis tersebut
telah mempunyai teman lelaki atau tidak. Entah-entah isteri orang. Tapi tengok
daripada gaya takkan la.
Ian Rayyan
tersenyum melihat gambar Arleena sebelum meletakkannya di dalam walletnya...
mesti terdapat sesuatu pada gadis ini. Kalau tak tak kanlah selepas tamat
praktikal Arleena Sofia ditawarkan kerja tetap di sini. Baginya bukan senang
sesebuah hotel yang terkemuka untuk mengambil pekerja. Apatah lagi yang baru
tamat belajar dan tidak mempunyai pengalaman kerja. Apa lagi berada di unit
pemasaran yang memerlukan mereka peka dengan perkembangan sesebuah perniagaan.
Peka untuk mengatur strategi untuk menarik pelanggan. Meminati dalam diam.
Kerja gila.
Ian
Rayyan berbaring di sofa dalam biliknya sambil meneliti fail di tangan. Amat
santai. Fikirannya bukannya tertumpu pada fail di tangan tapi pada gadis
pujaannya.Tidak dapat menahan perasaan, Ian Rayyan bingkas bangun. Memasang
tekad di hati untuk pergi melawat ke unit pemasaran. Bukan hendak memerhati
para stafnya membuat kerja malah ingin mencari tempat si buah hati yang telah
bertakhta di hatinya.
Tombol
pintu dipulas rakus. Keluar sahaja dia teus melangkah kaki ke unit pemasaran.
Para stafnya yang melihatnya hanya dibalas senyuman. Sebagai bos mestilah
tunjukkan mesra dengan para pekerja. Barulah pekerja akan senang hati untuk
melakukan kerja.
Masuk
sahaja ke unit pemasaran, Ian memperlahankan langkah. Seolah-olah memerhati staf membuat kerja.
Tapi mata melilau mencari seseorang. Dia berhenti dan menyapa staf yang
berselisih dengannya. Melihat bos besar masuk melawat, kebanyakan staf bangun
memberi hormat. Maklumlah ini kali
pertama bos besar datang ke unit mereka.
Mendengar
akan bunyi riuh di hadapan, dia mengatur langkah.
Sofa yang
diletakkan untuk berbincang dengan klien yang ingin berurusan diduduki oleh Kak
Yati, Arleena, Nina dan Luqman. Dari tadi mereka duduk bersembang. Itulah rutin
sekiranya mereka tidak mempunyai apa-apa projek. Kalau tidak nak tegur sapa pun
payah. Tiba-tiba suasana hening. Kak Yati yang mengadap pintu masuk berdiri.
Mereka yang lain berpaling kea rah yang sama. Mulut masing-masing ternganga.
Tidak sangka bos akan datang ke sini.
Maklumlah
semenjak Mr. Ian Rayyan bin Dato’ Kamarudin mengambil alih hotel ini, dia tidak
pernah lagi datang ke unit ini. Ian juga agak terperanjat apabila melihat Kak
Yati, staf pengurusan boleh berada di bahagian itu. Amboi tidak cukupkah masa
rehat tadi mereka telah keluar bersama. Dia juga perasan tadi stafnya itu juga
bersama-sama gadis pujaannya. Melihat akan orang yang dicari berada di hadapan
mata, hatinya berbunga riang.
Melihat
bosnya berada di hadapan mata, bingkas Kak Yati bangun dari sofa. Kantoila
macam ni..otaknya ligat berfikir. Orang kantoi mesti kena pandai coverkan. Kak Yati mengambil kesempatan
itu memperkenalkan Mr.Ian kepada rakan-rakan ofisnya. Sempat menarik nafas
lega.
“Bos
kenalkan ini, Luqman, ini Nina dan ini
Arleena.”
Setelah Kak Yati
memperkenalkan nama mereka, Luqman menghulurkan tangan bersalaman tanda hormat.
Nina dan Arleena hanya mengangguk tanda hormat.
Melihat
Mr. Ian Rayyan duduk, mereka pun turut sama duduk. Nak melangkah pergi
dirasakan biadap pula. Tadi sibuk sangat bersembang. Ian Rayyan mengambil
tempat berhadapan dengan Arleena. Matanya tidak lepas daripada memandang
Arleena. Cukup sempurna. Mata dan bibir mungil Arleena menarik naluri hati
lelakinya.
“Kamu bertiga
bekerja di unit ini lah ye?” soal Ian sekadar berbasi-basi dengan stafnya.
Hatinya tidak sabar hendak menegur si pujaan hati.
Luqman
menjawab bagi pihak mereka. “Saya dan Aleen yang bekerja di bahagian ini, Nina
bahagian kewangan,” jawab Luqman sopan.
Mr
Ian rayyan mengerut kening. Setahunya unit kewangan bukan di aras ini. Amboi
jauhnya berjalan.
“Unit kewangan
bukannya di tingkat dua ke?” soal Ian Rayyan kepada Nina. Mahu melihat reaksi
stafnya.
Nina
menelan liur. Tidak disangka soalan itu yang ditanya oleh big boss. Hampeh baru nak
bersembang.
“Aah.... ye. Ya Saya datang ni nak serahkan
fail kepada Aleen. Sebenarnya, tadi dah nak turun tapi tersangkut kat sini
pula.” Pantas Nina memberi alasan.
Siapa tak kenal
Nina. Ada-ada saja jawapan yang keluar dari mulutnya. Selepas berkata demikian
Nina bangun. Takut disoal lebih banyak lagi baik dia angkat kaki dulu. Bala
jangan di jemput.
“Saya gerak dulu
ye.” Sambil tersenyum Nina bangun.
Aleen telah
melontarkan senyuman mengejek kepada Nina. Ambik ko tuang kerja lagi. Itu
kata-kata yang ingin diucapkan pada Nina. Mengata orang konon, dia pun sama.
Asal la banyak-banyak hari, hari ni dia jadi malas. Kantoi dengan big boss pulak tu.
Ooo..Aleen
panggilnya. Sweet jugak. Lama-lama
boleh panggil ayang pulak. Omel Ian Rayyan.
“Dah lama kerja
di sini?” soal Ian Rayyan kepada Arleena.
Gadis yang agak
pendiam dari tadi. Hanya Kak Yati dan Luqman yang banyak bercakap. Perasaan Ian
Rayyan berkocak hebat ingin mendengar suara pujaannya.
Arleena
agak terperanjat apabila di soal oleh Mr. Ian. Tidak disangka dia yang menjadi
sasaran. Dari tadi Mr. Ian hanya berbual dengan Kak Yati dan Luqman. Dia hendak
mencelah tidak ada apa yang hendak ditanya. Lebih baik dia menjadi pendengar.
“Hampir
setahun lebih juga la.” Jawab Arleena. Senyuman dilontar bagi menghilangkan
rasa gugupnya.
“Macam
mana kerja di sini? tanya Ian Rayyan lagi. Hati menahan debar melihat senyuman
si gadis.
Tidak jemu
mendengar suara gadisnya. Cukup merdu ditelinganya. Sebolehnya dia ingin dua
ulas bibir itu tidak berhenti bercakap. Arleena merasa tidak senang dengan big bossnya ini. Dirasakan mata Mr.Ian
menjalari wajahnya. Dari tadi bosnya itu tidak melarikan pandangannya dari
menatap wajahnya. Terasa berbahang wajahnya. Macam ini baik dia lari buat
kerja, omel Arleena dalam hatinya.
Pada masa sama
Kak Yati juga perasan akan tingkah Ian Rayyan. Dari cara pandangan lelaki itu
memandang Arleena, dapat dirasakan bosnya itu telah terpikat dengan Arleena.
Gadis secantik Arleena begitu menarik perhatian mana-mana lelaki.
Baru tahu macam mana manisnya gadis Melayu.
Ini, duduk di luar negara tak nak balik. Bukannya
dia tidak pernah mendengar Dato Kamarudin meluahkan perasaannya mengenai anak bujangnya
itu. Kak Yati tertawa dalam hati. Nampak secocok pula dua orang ini. Tapi
bosnya telah terlewat. Ryzal dari dulu telah mengejar Arleena. Setahunya
Arleena kini telah membuka hatinya untuk menerima Ryzal.
Melihat
tidak ada tanda-tanda big bossnya
hendak beredar dari situ, Arleena meminta izin untuk membuat kerja. Lagi lama
dirasakan hatinya semakin semput. Tidak dapat bernafas. Ditenung oleh makhluk
tuhan yang cukup sempurna dari jarak dekat sebegitu membuatkan jantungnya
berdegup lari daripada tempo asal. Apabila Arleena bangun dari sofa itu, Ian
seakan kecewa. Tidak puas menilik sekujur wajah yang pulus itu. Apabila Arleena
beredar, Kak Yati dan Luqman juga berbuat perkara yang sama.
No comments:
Post a Comment