“Ambikla..seganla
aku asyik naik free je,” Arleena masih lagi menghulur beberapa keping not duit
kertas pada Nina.
“Ala ko ni. Nak
berkira buat apa. Aku pun kerja kat situ juga.”
“Kalau ko tak
ambik aku tak nak kawan ngan ko
lagi,” ugut Arleena. Duit di tangan masih dihulur.
“Ko ni pun.
Pasal duit minyak nak putus kawan.”
“Aku tak kira.
Ko nak ambil ke tak?” Arleena masih berkeras.
“Yelah-yelah..”
muncung Nina sambil tangannya menyambut huluran duit daripada Arleena.
“Setiap bulan
aku nak ko terima duit minyak dari aku. Aku pun ada gajila..nanti aku beli
kereta kita gilir-gilir pulak ek.”
“Ala..nak ke mana-mana
pakai jelah kereta aku ni. Aku bukannya merayap ke mana pun.”
“Ada kereta
sendiri senang sikit aku nak bergerak. Mana tau time ko balik rumah, aku nak keluar ke..”
“Eleh mana
pernah aku tinggal ko sorang-sorang kat rumah tu. Aku balik rumah mama bawak ko sekali kan.”
“He..he..lupa.. sorry tukar channel.. mana tau aku nak pergi dating ke nanti..haha..” Arleena gelak besar.
Arleena ralit
memerhatikan brochure kereta keluaran
Perodua di tangannya. Alhamdulillah, ini yang dia mampu walaupun tidak dapat
menandingi Honda Jazz aka Si Pinky milik Nina.
“Dah pilih ke
yang mana satu kau nak?” tanya Nina. Dia juga turut meniarap di sebelah
sahabatnya.
“Aku rasa nak
ambil myvi la. Cun jer aku tengok.” Nina meneliti brochure di tangan Arleena.
“Cantik juga.
Ambil warna macam aku la,” saran Nina.
Arleena menjeling
Nina. Agak-agakla kereta nak warna pink. Nampak sangat jambunya. Dari jauh
orang dah tahu itu kereta perempuan.
“Tak cukup lagi ke pink kat luar tu? Aku nak angkat putihla. Nampak ada
class sikit.”
“Kutuk aku punya
nampak!”
Nina dah tarik
muncung. “Ala sentap ke? Gurau jelah. Aku mana mampu nak lawan si pinky ko kat
luar tu..Nanti aku pesan kat si kontot aku ni jangan ganggu si pinky tu tau. Kami
tak setaraf.” Usik Arleena lagi.
Nina menunjal bahu Arleena. Seolah-olah myvi
dia tu jantanla pulak.
“Esok teman aku
ke outlet perodua boleh tak?”
“Boleh je,”
balas Nina.
“Thanks sahabat,” ujarnya pula.
“Tak payah nak
syahdu la malam-malam ni. Jom tidur.”
Puan
Salbiah menghulurkan fail berwarna kuning kepada Arleena. “Ini kali pertama syarikat HR Global buat
majlis di Hotel Grenz. Saya mahukan awak berikan khidmat yang terbaik supaya
mereka berpuas hati,” beritahu Puan Salbiah, pengurus di bahagian pemasaran.
“Baik
puan. Saya akan bagi komitmen yang terbaik untuk event ni.” Arleena memberi keyakinan kepada Puan Salbiah.
“Lagi
satu, pada tarikh itu juga ada satu lagi majlis yang lain. Kalau tak cukup
staf, macam biasa minta tolong budak kolej kulinari la. Tapi awak kena confirm awal-awal sekiranya nak ambil
mereka. Dalam pukul tiga petang nanti, wakil dari HR Global akan datang.
Kebetulan katanya mereka ada urusan di sekitar kawasan sini. Rasanya big bos sendiri yang datang nanti,” terang
Puan Salbiah panjang lebar.
“Baik
puan. Nanti saya check jadual dengan
Kak Yati siapa yang free. Nanti saya akan bentukkan kumpulan saya. Apa-apa nanti saya
akan maklumkan pada puan.”
“Ok...
ingat tau, teliti betul-betul butiran dalam tu. Big boss yang datang, kalau ditanya awak dah ready.”
“Baik
puan.” Arleena meminta diri daripada bilik ketuanya.
Big boss yang turun baru senang kerja.
Dia lebih suka berbincang dengan orang atasan ketika membuat sesuatu majlis.
Kalau berurusan dengan wakil ni kadang-kadang menimbulkan miss communication terutamanya kalau konsep yang dikehendaki itu
agak lain dari biasa.
Kami
di unit pemasaran bukan sahaja menguruskan mengenai program-program atau promosi
yang dilakukan oleh pihak Hotel Grenz. Kadang-kadang kami juga dikehendaki
membuat persiapan tema-tema tertentu jika diminta oleh pelanggan. Ada syarikat
yang hanya meminta untuk disediakan dewan dan PA System sahaja.
Arleena
meneliti butiran yang terdapat dalam fail yang diberikan oleh Puan Salbiah.
Agak rumit juga. Dewan harus dihias mengikut tema ala pantai. Jenuh pihak Arleena
perlu mengerah tenaga nanti.
Tepat
jam tiga petang, pintu biliknya diketuk. Terpacul dua orang pemuda berdiri di
situ. Arleena melontarkan senyuman. Sekali imbas macam kenal saja mereka berdua
ini. “Wakil HR Global kan?” tanya Arleena kepada lelaki tersebut.
Hanya
senyuman dilemparkan oleh Harith sambil kakinya melangkah masuk. Harith
tersenyum melihat wajah di hadapannya. Di bawah tadi dia telah bertemu dengan
Nina. Siapa sangka rezeki mereka berjumpa lagi. Dan tidak siapa menyangka gadis
yang dulunya mengaku sebagai penyambut tetamu adalah sebaliknya.
Arleena
hairan dengan senyuman yang dihulurkan oleh pemuda di hadapannya. Otaknya masih
berfikir. Mencari di mana dia pernah melihat wajah itu.
“Ingat
saya lagi tak?” tanya pemuda tersebut.
Arleena
mengerutkan keningnya. Dia kenal ker
dengan mereka ni? Arleena tersenyum. Masih tiada jawapan di benaknya.
“Ingat
tak dua hari lepas awak ada tumpang meja masa makan tengah hari?” tanya pemuda
itu lagi.
Spontan Arleena
menepuk dahinya. Baru dia teringat. Patutlah dia rasa pernah melihat wajah
mereka. Adui... bekerja dengan mamat kerek nampaknya dia kali ni. “Oppss...sorry.
Patutla saya rasa macam pernah nampak,” akui Arleena. “Sila la duduk.”
Pelawanya pula ke arah kerusi di hadapannya.
“Amboi, kata
penyambut tetamu.” Harith mula berbasi.
Arleena hanya
tersengih. “Majlis sempena apa ni?” tanya Arleena. Terus kepada fokus perbincangan.
Setelah
satu jam duduk berbincang, akhirnya kata sepakat telah dicapai. Agak cerewet
juga pihak HR Global ni. Dahla segala urusan dari awal sampai akhir semuanya
diserahkan kepada Hotel Grenz. Dari segi tempat, menu hinggalah dekorasi dewan.
Majlis yang akan diadakan untuk meraikan anugerah pekerja cemerlang. Mereka
mahukan tema ala pantai. Mahu pecah kepala jugala kumpulan Arleena nanti nak
memikirkan dekorasinya. Bukannya senang dewan nak diubah ala pantai.
Bagi
memberikan kepuasan kepada pelanggan, Arleena harus memastikan maklumat yang
tepat dan lengkap agar pelanggan akan berpuas hati dengan perkhidmatan yang
disediakan oleh Hotel Grenz. Sepanjang perbincangan itu Arleena agak tidak
selesa kerana dia hanya diperhatikan oleh lelaki sebelah Harith. Mamat ni poyo
tak habis-habis. Bentak hati Arleena.
Arleena jelek dengan Ryzal. Sepanjang mereka
berbincang Ryzal tidak berkalih memandang wajahnya. Menyebabkan dia tidak
selesa. Ingin dicucuk sahaja mata Ryzal. Nasib ada Harith yang menceriakan
keadaan. Senang dia berinteraksi dengan Harith. Hairan juga Arleena, bagaimana
orang seperti Ryzal boleh menjadi MD. Lelaki yang dirasakan fail dalam communication. Bagaimanalah mamat perasan bagus ni memberi arahan
kepada para pekerjanya?
“Ok tu saja.
Saya rasa semua dah bincang secara terperinci. Harap awak dah faham kehendak
kami,” ujar Harith menamatkan perbincangannya.
“Kami
akan cuba lakukan yang terbaik dan seperti yang kita telah bincangkan. Terima
kasih memilih Hotel Grenz sempena majlis ini,” Arleena berbasi-basi dengan
Harith.
No comments:
Post a Comment