DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday 30 June 2019

Gerhana Cinta Yana - Bab 2

MASUK sahaja ke dalam kereta, Shahrul terus
memperkenalkan Haqimie kepada Yana secara rasmi dalam
keadaan yang lebih tenang tidak seperti sebelumnya.
“Yana, ni kawan along, Zacqryl Haqimie. Qimie, ni
adik aku, Sara Aryana. Orang selalu panggil Yana.” Shahrul
memulakan sesi suai kenal antara adik dan kawan baiknya.
Mana tahu, untung-untung daripada kawan baik boleh naik
pangkat jadi adik ipar.
“Hi, Yana. Nice to meet you.” Haqimie menoleh
sedikit ke arah Yana sambil tersenyum.
Sempatlah untuk mata nakal Yana menilik
penampilan Haqimie yang mengenakan topi secara terbalik.
Auch, he looks so young for his age!
“Hai,” balas Yana dengan ringkas dan sambungan
‘me too’ yang hanya kedengaran dalam hati.
“So, Yana dah kenal Abang Qimie kan? Jangan salah
orang lagi,” usik Shahrul.
“Apa along ni!” Suara Yana sedikit tinggi. Geram
dengan abangnya yang sengaja mahu mengungkit kejadian
yang memalukan itu. Orang nak lupakan, dia pergi ingatkan
balik pula! Sakit pula hati kita!
Haqimie sembunyi senyum. Hanya mampu gelak
dalam hati. Sedaya upaya cuba ditahan daripada terkeluar
tawanya itu.
Suasana di dalam kereta menjadi agak janggal
dengan kehadiran Haqimie. Bertambah janggal disebabkan
kejadian pagi tadi. Masing-masing membisukan diri. Hanya
kedengaran suara Shahrul bercerita tentang pelbagai perkara
termasuk mengenai perihal kedoktoran.
Haqimie pula cuma mencelah sekali-sekala.
Selebihnya hanya tekun mendengar. Dia terasa bersalah
melihatkan wajah tegang Yana yang duduk di belakang.
Yana pula? Dah jadi tunggul agaknya. Mati kutu
melayan perasaan malu yang tak berkesudahan. Telinganya
sesekali menangkap istilah-istilah perubatan yang meniti di
bibir dua lelaki di hadapan. Doktor jugakah kawan abang dia
ini? Mungkin. Kalau orang biasa mustahil familiar dengan
perkara-perkara seperti itu. Yana membuat kesimpulan
sendiri. Dalam tidak sedar kereta yang dipandu oleh Shahrul
sudah pun berhenti di sekolah memandu.
“Okey, kita dah sampai. Nanti dah habis terus roger
along. Tunggu je kat sini. Jangan pergi mana-mana,” pesan
Shahrul kepada adik tunggalnya.
“Yalah, along. Yana tahu. Doakan Yana lulus tau.
Nervous pulak rasanya,” tutur Yana sambil menjengahkan
badan di ruangan kosong antara kerusi pemandu dan
penumpang. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman
dengan Shahrul. Poyo saja gaya si Yana ni, macamlah nak
ambil exam besar!
“Adik along kan professional driver, jangan takut.
Mesti lepas punya! Yalah along doakan Yana lulus. Kalau
tak, habis duit along kena ketuk lagi nak repeat test nanti.”
Shahrul ketawa kuat.
“Eleh, kedekut!”
Haqimie tersenyum melihat keakraban dua beradik
itu. Kalau dia punya adik perempuan, mesti macam ni juga
keletah mereka. Apakan daya, Haqimie ada tiga beradik dan
kesemuanya lelaki.
Bebola mata Yana degil mahu bergerak ke tempat
duduk Haqimie. Hailah mata, gatal sungguh awak ni!
Pandangan mata Yana bertembung dengan sepasang mata
Haqimie yang sedang merenungnya. Erk! Dengan pantas
Yana bergerak ke belakang semula dan menarik beg tangan
sebelum perbuatannya itu terhenti dengan kata-kata yang
keluar dari mulut Haqimie.
“Good luck, Yana! Semoga lulus. Nanti boleh bawak
Abang Qimie jalan-jalan.”
“Thanks,” balas Yana sambil tersenyum nipis dan
berlalu keluar. Tidak tahu nak buat reaksi apa lagi. Entah
kenapa perasaannya kuat mengatakan yang Haqimie sudah
pun sedar sepenuhnya semasa kejadian pagi tadi.
Malunya aku!

SEBAIK KELIHATAN kereta Shahrul berhenti di hadapan,
Yana terus berlari dan membuka pintu kereta sebelum
mengambil tempat di kerusi penumpang.
“Yana dah lulus!” jerit Yana dengan riang.
“Ehem!”
Yana panggung kepala saat suara asing menyapa
pendengarannya. Ni bukan suara along! Pantas kepalanya
ditoleh ke kanan. Alangkah terkejutnya apabila wajah
Haqimie yang terlayar di ruangan mata. Yana tiba-tiba jadi
segan sendiri. Baru saja along pesan supaya tak tersalah
orang lagi.
Along ni pun satu, cermin kereta ni kenapa tak
simbah cat hitam saja kan senang! Tinted punya gelap sampai
tak nampak dalam kereta.
“Err... mana...” tutur Yana tersekat-sekat.
“Yana nak tanya mana Shahrul ke?” tanya Haqimie
seolah faham dengan persoalan yang bermain di benak gadis
itu.
Yana mengangguk perlahan. Alamak, macam mana
kawan abang tahu? Ada tulis kat dahi ke soalan tu? Ke dia ni
jenis orang yang boleh baca fikiran orang lain?
“Nampak sangatlah apa yang Yana nak tanya, kalau
dah kepala tu terjengah-jengah kat seat belakang tu. Abang
tak boleh baca pun fikiran orang,” jawab Haqimie dengan
tenang.
Dahi Yana berkerut seribu. Kuat betul six sense
sahabat abangnya ni. “So, mana along?” ulang Yana tetapi kali
ini dengan lancar.
“Lupa pulak nak jawab. Shahrul pergi klinik.”
Haqimie memulakan pemanduan.
“Bukan hari ni along cuti ke?” tanya Yana dengan
rasa tidak puas hati. Ada ke patut alongnya biarkan dia berdua
dengan Haqimie? Ini kerja gila!
“Doktor lagi satu ada hal emergency. So, Shahrul
kena take over klinik sekejap,” jelas Haqimie.
“Habis tu nanti along nak balik macam mana?” soal
Yana. Banyak pula soalan yang ditanya.
“Kitalah yang kena ambil Shahrul nanti. Ada tiga
jam lagi ni. Kalau balik rumah macam tak berbaloi pulak.
Yana ada cadangan?”
Kita? Yana telan liur. Bahana apakah ini? Rasa
nak hempuk saja kepala ke dashboard. Mahu pergi mana
berduaan dengan Haqimie? Bukan sekejap tau, tiga jam okey.
Ulang suara, tiga jam!
Jeda.
Yana mengambil keputusan untuk clearkan
mengenai hal pagi tadi. Tak adalah awkward sangat nanti.
Sebelum tu perlu menjawab soalan Haqimie dulu.
“Entah, Yana pun tak ada idea. Tapi kalau tak kisah
boleh bawak Yana pergi kedai buku?”
“Boleh je. Yana tunjuk jalan eh.”
“Deal. Abang Qimie, Yana nak minta maaf pasal pagi
tadi.” Yana mula menyusun ayat.
“Pagi tadi? Kenapa dengan pagi tadi?” Haqimie
sengaja berpura-pura tidak tahu. Padahal puas tahan ketawa
tengok muka cemberut Yana.
“Alah, janganlah buat-buat tak tahu pulak. Yana
tahu, Abang Qimie mesti dah sedar kan? Macam tu punya
ganas Yana kejut, takkanlah tidur mati, tak sedar langsung?”
Terletus juga tawa dari ulas bibir Haqimie.
Yana terpanar. Oh my! So charming! Yana pantas
geleng kepala untuk menyedarkan diri sendiri. Akhirnya dia
ikut ketawa bersama dengan Haqimie.
“Sorry, sorry. Kelakar sangat. Tak apalah Yana.
Abang tahu Yana tak sengaja. Bukan salah Yana pun. Abang
tak nak Yana kekok. Please anggap abang sama macam
Shahrul. Abang pun tak ada adik perempuan. Jealous pulak
tengok Shahrul bergurau senda dengan Yana.”
“Kalau macam tu Abang Qimie kenalah kahwin
cepat. Ada tempat nak bergurau dan bermanja.”
“Abang? Kahwin? Hmm, tak ada siapa yang sudi.
Yana sudi ke? Yana jelah yang kahwin dengan abang. Settle
problem.”
Yana ketawa terbahak-bahak. Tidak tertahan rasa
geli di hatinya mendengar pernyataan daripada Haqimie. Tak
masuk dek akal langsung. Pandai betul sahabat abangnya ini
buat lawak.
“Eh, eh? Yana pulak yang kena. Tak terlibat ya.” Yana
menjawab sebaik sahaja tawanya mulai reda. Jari runcingnya
mencapai sehelai tisu lalu mengelap hujung mata yang berair
akibat gelak yang terlampau.
“Abang Qimie...”
“Ya.”
“Kat depan ada lorong belah kiri, nanti masuk kat
situ.”
“Baik, bos.”
Yana bagi satu jelingan maut kerana diperli oleh
Haqimie. Dia mulai selesa berbual bersama dengan sahabat
abangnya itu.

No comments:

Post a Comment