DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday 30 June 2019

Gerhana Cinta Yana - Bab 7

KENDURI tahlil yang berlangsung di rumah
Haqimie sudah sampai ke penghujungnya. Para tetamu dan
jemputan sudah beransur pulang. Kini yang tinggal cuma
keluarga Haqimie, Yana sekeluarga dan tidak ketinggalan
Hafizah yang berjaya membuatkan muka Yana berkerut
seribu sejak awal majlis lagi.
Jelas sekali Yana tidak menyenangi kehadiran
Hafizah yang dikira agak menggugat kedudukannya di sisi
Haqimie. Dari kejauhan dia hanya mampu melihat gelak
tawa antara kedua insan itu. Nak dihalang? Apa kuasa yang
dia ada? Dia bukannya sesiapa pun dalam hidup Haqimie;
hanya adik kepada seorang sahabat baik. Yana sendiri pun
sudah menafikan mempunyai perasaan yang istimewa kepada
Haqimie. Lalu mengapa harus dia berperasaan sebegini?
Lambat lagi ke umi, walid dan along ni? Yana dah
rasa tak sabar nak balik. Sakit mata dan hatinya sedaya upaya
cuba ditahan.
“Menung jauh nampak? Sakitnya tuh di sini ke?”
soal Hayqal sambil menunjuk ke hatinya. Hayqal atau nama
penuhnya Zafrul Hayqal yang lebih mesra dengan panggilan
Qal ialah abang sulung Haqimie.
Yana memandang ke arah Hayqal dengan mata yang
sengaja dikecilkan. Nak aje dia hempuk kepala mamat ni
karang. Mulut tu kalau dapat dicilikan best! Obvious sangat
ke yang dia tak senang dengan kehadiran Hafizah? Yana
berfikir sendiri.
“Cik adik manis oi, kita bercakap dengan dia ni. Dia
boleh termenung pulak?” Hayqal memetik jari di hadapan
wajah Yana bagi menyedarkan si gadis dari lamunan yang
panjang.
“Abang Qal ni kalau tak kacau Yana tak boleh ke?
Sibuk je. Pergilah buat kerja lain.” Yana berpura-pura marah.
Walaupun baru sahaja berkenalan sebelum majlis bermula
tadi, mereka sudah pun menjadi rapat ibarat sudah lama
berkenalan.
“Kerja semua dah siap. Tu yang datang kacau Yana
kat sini. Hehe. Sentap nampak? Marah kat saya ke marah kat
orang lain tapi lepas kat saya?”
Hesy, nak makan penampar gamaknya ni! Mata
melihat Hayqal seperti gaya harimau ingin menerkam
mangsanya.
“Sayang, kat sini rupanya you. Ibu cari you tadi. You
buat apa kat sini? Marah Qimie nanti bila tahu you kacau
buah hati dia.” Suraya datang sambil mengendong anak
perempuannya yang berusia setahun.
“I saja kacau orang tengah sakit hati,” usik Hayqal
bagi menjawab soalan isterinya.
“Abang Qal!” Separuh menjerit Yana bersuara.
“Janganlah usik Yana. Tak baiklah you ni. Tapi betul
jugak Yana, kalau sayang cakap sayang. Nanti melepas.”
“Kak Su pun sama je. Huh, tak nak kawanlah macam
ni.” Yana pura-pura merajuk.
“Abang Qal dan Kak Su tak reti nak pujuk Yana. Biar
Qimie jelah yang pujuk nanti.”
“Nak suruh aku pujuk siapa?” celah Qimie yang
tiba-tiba muncul bersama Hafizah di sisi.
Bertambah geram Yana apabila melihat pasangan
itu muncul di situ. Tak ada yang kurangnya dengan Hafizah.
Mungkin sebab itu Yana merasakan yang gadis itu bakal
menjadi pesaingnya.
“Ni hah, buah hati pengarang jantung kau ni merajuk
pulak sebab kita orang usik dia cemburu tengok kau...”
“Yana nak balik. Along kat mana?” Yana pantas
memintas ayat yang keluar dari mulut Hayqal. Sempat juga
dia menjegilkan matanya ke arah Hayqal. Malu besar dirinya
kalau Haqimie dan Hafizah tahu apa yang berlaku tadi.
Terlepas tawa dari bibir Hayqal dan Suraya melihat
telatah Yana. Rugilah jika adiknya terlambat tambat gadis
comel macam Yana ni. Hayqal berbisik dalam hatinya.
“Kami masuk dalam dulu. Ibu cari aku tadi,” pamit
Hayqal.
“Famili Yana dah balik. Ni yang abang datang sini,
nak ajak Yana balik. Abang nak hantar Fiza, so boleh hantar
Yana sekali. Tadi memang abang dah minta izin dengan walid
nak hantar Yana. So, shall we?”
‘Nak hantar aku sekali dengan Hafizah? Memang
taklah!’ Jerit Yana dalam hati. Dia teragak-agak untuk
menerima pelawaan itu tetapi pilihan apa lagi yang dia ada?
“Okeylah, jom.” Lain yang bermain di hati lain pula
yang terkeluar dari mulut Yana. Dia dapat rasakan bahang
suasana janggal yang akan beraja di dalam kereta sebentar
lagi.
“Qimie, saya pergi ambil handbag kat dalam
sekejap.” Hafizah yang sedari tadi hanya mendiamkan diri,
bersuara untuk masuk ke dalam sebentar.
Secara automatik, mulut Yana mengherot ke kiri
dan kanan, mengajuk percakapan Hafizah dalam diam.
Tanpa Yana sedar kelakuannya itu berjaya ditangkap
oleh pandangan mata Haqimie.
‘Kenapa Yana buat aksi macam tu? Dia cemburukan
Hafizah ke? Maknanya aku tak bertepuk sebelah tangan?’
Segaris senyuman muncul di bibir Haqimie.
“Yana...” tegur Haqimie.
“Apa?” Yana pura-pura tidak mengerti.
“Comel sangatlah buat muka macam tu?”
“Apanya? Buat muka apa? Yana memang comel pun!”
Sempat lagi Yana memuji dirinya sendiri
“Abang nampak Yana ajuk Fiza tadi.”
“Mana ada. Hesy! Sana Fiza, sini Fiza. Rimas tahu
tak? Yana nak masuk cari aunty dengan Kak Su.” Yana berlalu
sambil menghentak kakinya tanda protes.
“Alamak, my princess dah marah. Jangan marah
sangat, nanti cepat tua. Tak comel dah princess abang nanti.”
Haqimie masih giat mengusik walaupun Yana sudah agak
jauh meninggalkannya. Tetapi dia yakin yang gadis itu masih
mampu mendengar suaranya.
“Whatever!” laung Yana sambil mengangkat
tangannya.
‘My princess konon. Muncul je Fiza, my princess
hilang entah ke mana. Poyo je lebih! Sakit hati aku. Yang si
Fiza tu pun satu, sibuk nak menempel kat Abang Qimie. Tapi
kan, pelik jugak. Fiza tak ada pun buat salah dengan aku. Dia
seorang perempuan yang sopan dan bertudung, bukannya
jenis yang tergedik-gedik. Aku ni je yang tak senang bila
dia rapat dengan semua orang lebih-lebih lagi dengan
Abang Qimie. Kenapa dengan aku ni? Aku rasa tergugat ke?’
monolog Yana.
“Yana!” Panggilan daripada Aunty Zahirah
mematikan monolog dalaman Yana.
“Ya aunty. Yana datang.” Segera kakinya diatur
menuju ke arah wanita anggun yang sedang berdiri bersama
sebuah paper bag di tangan. Tidak ketinggalan Hafizah yang
turut berada di situ bersama dengan Suraya, Hayqal dan anak
mereka. Makin berbulu mata Yana.
“Yana nak balik dah kan? Ni ibu ada bungkuskan
makanan. Tadi masa famili Yana balik tak sempat ibu nak
bagi.”
Eh? Kenapa Aunty Zahirah bahasakan diri sebagai
‘ibu’ tiba-tiba? Mungkin tersasul kut. Yana termangu sendiri.
“Terima kasih, aunty.” Bungkusan bertukar tangan.
“Panggil ibu je Yana, kan lebih mesra. Tak payah
panggil aunty lagi dah,” usul Aunty Zahirah.
“Tapi...” Belum sempat Yana membantah ada pula
suara yang menyampuk.
“Panggil jelah ibu. Tak lama lagi nak kena panggil
ibu jugak, kan?” Hayqal menyokong kenyataan daripada
ibunya sebentar tadi.
“Hah?” Yana bingung.
Semua yang berada di situ tersenyum-senyum
termasuk Haqimie yang baru menyertai perbualan mereka.
“Blur pulak princess si Qimie ni. Nanti dah jadi
menantu ibu, takkan nak panggil aunty lagi? Kenalah
biasakan diri dari sekarang,” jelas Suraya.
Suraya pun tahu Haqimie panggil dia princess?
Aiseh, malunya! Mana nak sorok muka?
Wajah Yana serta-merta berbahang menahan rasa
malu. Dah kenapa semua orang nak berpakat kenakan dia?
Mata Yana melirik kepada Hafizah yang nampak seperti
terpaksa mengukirkan senyuman palsu. Kasihan kau Fiza...
“Apa semua orang merepek ni? Jom abang,
hantarkan Yana balik, boleh?” Akibat menahan rasa malu
yang amat, Yana tidak menyedari panggilan nama Haqimie
sudah berubah daripada Abang Qimie kini tinggal cuma
abang sahaja.
“Wah, lagi advance! Panggilan Abang Qimie pun
terus berubah,” sakat Hayqal.
Alamak! Dia panggil abang ke tadi? Mulut ni memang
nak kena cililah!
“Dahlah Qal. Jenuh aku nak pujuk karang. Jom
Yana, Fiza. Kalau dilayan ni, sampai esok tak habis.” Haqimie
menamatkan suasana gamat daripada terus berlanjutan.
Lega!
Itu yang dirasakan oleh Yana ketika ini. Kredit untuk
Haqimie. Thanks a lot to him.
Selepas bersalaman dengan Aunty Zahirah dan
Suraya, mereka terus menuju ke kereta Haqimie.
Sampai sahaja di kereta, Yana jadi serba salah. Nak
duduk depan ke belakang? Yana pandang Haqimie.
“Yana duduk depanlah sebab nanti abang hantar Fiza
dulu baru hantar Yana.” Bagai mengerti maksud pandangan
Yana, Haqimie terus memberi kata dua.

PELIK! YANA yang duduk di sebelah pemandu lebih banyak
mendiamkan diri. Cuma sekali-sekala bersuara. Itu pun
hanya setelah Haqimie menyebut namanya, terpaksalah dia
memberi respons. Kalau diam nanti, nampak macam kurang
ajar pula.
“Okey, dah sampai,” ujar Haqimie.
Yana tersenyum dalam diam. Fuh, tamat seksa aku!
“Saya balik dulu, Yana.” Huluran tangan Hafizah
disambut dengan ikhlas.
“Okey, jaga diri.” Yana cuba bermesra. Nampak
sungguh fake di situ, Yana oi!
“Qimie, terima kasih hantar saya. Hantar Yana
balik terus, jangan nakal-nakal pulak. Yana, kalau Qimie
tak behave, awak mengadu je kat ibu.” Hafizah dan Haqimie
tertawa bersama.
Yana hanya membisu melihat keduanya. Kelakar
ke? Dia tak rasa kelakar pun! Senyum paksa cuba diukirkan
untuk memaniskan wajah.
“Eh, tolong sikit eh! Saya ni baik tau. Kan Yana?”
“Hah? Haah. Abang Qimie memang baik dan boleh
dipercayai. Don’t worry,” ucap Yana.
“Bye, take care.”
Sesudah itu, Haqimie terus memecut keretanya.
“Fiza tu tinggal sendiri ke?” Yana mula menyoal
Haqimie.
“Aik, tadi kenapa tak tanya dia terus je?”
“Orang tanya jawab jelah.” Masam wajah Yana dek
soalannya tidak berjawab.
“Asyik nak marah je tau princess abang hari ni. Fiza
tinggal berdua dengan kawan dia,” jawab Haqimie.
“Oh...”
“Abang belum cakap lagi dengan Yana kan?” tanya
Haqimie meminta kepastian.
“Pasal apa?” soal Yana kembali. Tubuhnya
disengetkan sedikit, mencari wajah Haqimie.
“Yana cantik sangat pakai tudung macam ni.”
“Thanks tapi kan Yana dah pernah cakap sebelum ni
yang Yana memang cantik. Pakai apa pun cantik.” Keningnya
menari-nari riang.
“Aduhai, perasannya princess abang ni!” Tangan
Haqimie naik mencubit geram pipi Yana.
“Sakitlah! Apa pegang-pegang orang ni! Haram, tahu
tak?” marah Yana.
“Sorry... sorry. Abang tak sengaja. Buat lagi kening
macam tu, memang minta kena cubitlah.”
“Yana mengadu dengan ibu nak?”
“Amboi, dah panggil ibu nampak?”
“Err...”
“Nak mengadu, dipersilakan. Kalau ibu suruh
kahwin, abang on je. Abang dah lama ready.”
Kahwin? Takkan setakat tercubit pipi kena
bertanggungjawab sampai kahwin pula?
“Kena kahwin?” tanya Yana dengan wajah yang polos.
Yana... Yana... Senangnya untuk memanipulasi dia.
Baru acah-acah sikit dah tak faham. Suci betul fikiran adik
Shahrul seorang ni.
“Abang gurau jelah, sayang.”
‘Erk! Sayang? Aku tak salah dengar kan?’ Yana
pandang Haqimie melalui ekor mata. Tak berani mahu
pandang depan-depan. Degupan jantungnya bertambah laju.
“Apa sayang-sayang? Mengada-ada je,” bicara Yana
lebih kepada untuk menutup kegusaran di hati sendiri.
Muncungnya panjang sedepa.
“Hah, buat lagi muka comel tu. Nak kena cubit lagi
ke?” gertak Haqimie.
“Berani buatlah! Yana karate nanti.”
“Wah, garangnya!”
“Mestilah. Walaupun tak bertudung, Yana tahu jaga
batas pergaulan. Bukannya boleh bagi orang sentuh Yana
sesuka hati.”
“Alhamdulillah, lega abang dengar. Tapi pasal tadi
abang betul-betul tak sengaja. I can’t help myself bila Yana
buat muka comel macam tu.”
“Habis tu, lepas ni bila jumpa Abang Qimie, Yana
kena comot ke?”
“Eh, taklah sampai macam tu.”
“Yalah, Yana kan dah sedia ada comel.”
“Perasan lagi, my princess ni ya.”
“Kenapa suka panggil Yana princess?”
“Saja. Suka. It suits you well.”
Haqimie panggil dia princess... I like it! Yana
tersenyum senang. Puas hati dengan jawapan lelaki itu.

No comments:

Post a Comment