DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday 30 June 2019

Lara Wirang - Prolog


KERETA diletakkan di dalam kebun getah
di belakang rumah Ustaz Muiz. Sebaik sahaja enjin
kereta dimatikan, Salwa tergesa-gesa keluar sambil
membetulkan selendang yang dipakai. Tangan kirinya
menjinjing sebuah beg kain yang besar tetapi ringan.
Tidak ada apa di dalam beg itu selain sehelai kain dan
sehelai tuala.
“Dah ada semua?” tanya Budin yang baru keluar
dari tempat duduk pemandu.
Berpeluh tapak tangannya ketika
membayangkan apa yang akan berlaku seterusnya.
Ketika diajak ke situ oleh Salwa, berkali-kali dia
bertanya kerana tidak percaya.
“Ada.” Salwa menjawab. Dadanya berdebar kuat
sehingga terasa sakit. Dia tahu apa yang akan dilakukan
itu salah tetapi dia terpaksa.
“Lepas ni nak buat apa?”
Budin memandang Salwa yang berlainan sedikit
cara pemakaiannya pagi itu. Dengan baju kurung
longgar, kain batik lusuh dan selendang hitam arwah
ibunya dahulu, Salwa nampak seperti perempuan tua.
“Tunggu sekejap.”
Salwa memejamkan mata. Sebiji batu permata
pemberian tok guru digenggam kuat di hadapan mulut.
Dia membaca jampi serapah yang telah diajar sebelum
batu itu dimasukkan ke bawah lidah lalu dikemam.
Dalam masa beberapa saat, tubuhnya meremang
seolah-olah ada sesuatu sedang merayap dari hujung
kepala naik ke tengkuk, lalu turun melalui tulang
belakang. Setelah rasa meremang itu hilang, dia
menoleh ke arah Budin.
Budin tergamam besar lalu berundur beberapa
tapak. Wajah Salwa sudah berubah sepenuhnya. Kini
Salwa kelihatan sudah berusia 70 tahun sehinggakan
dia hampir tidak mengenali Salwa lagi.
“Tunggu sini!” kata Salwa kepada Budin. Dia
yakin usahanya telah berjaya.
Lidah Budin terus kelu. Dia hanya mampu
terangguk-angguk dan melihat sahaja Salwa pergi
menghala ke rumah Ustaz Muiz. Dia harap rancangan
Salwa akan berjaya.

No comments:

Post a Comment