DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday, 14 November 2022

Jesnita - Bab 1


Hermes, Pavilion.

Setahun kemudian...

“PUAN Jesnita...” sapa salah seorang pekerja setelah wanita itu masuk. Sudah biasa melihat wanita itu di situ.

Jesnita hanya mengangguk sedikit dengan sapaan jurujual itu.

Beberapa pasang mata menyorot ke mana saja wanita itu pergi. Satu demi satu beg tangan diperhatikan oleh wanita itu. Dia hanya menyentuh beg tangan yang berkenan di matanya. Namun seketika kemudian dia meletakkannya semula dan pergi melihat design beg tangan yang lain.

Would you be interested in this design? It’s a new arrival. The only one of its kind in Malaysia,” ucap salah seorang jurujual kepada wanita itu.

Bicara jurujual itu menarik perhatian Jesnita. Matanya terhenti pada beg tangan yang ditunjuk oleh pekerja butik itu.

It will suit you nicely, madam,” ujar jurujual itu lagi dengan senyuman.

Jesnita mengambil beg tangan itu lalu dibeleknya seketika. Design beg itu memang menarik. Sangat cantik. Tanpa sedar bibirnya meleretkan sedikit senyuman. Hanya satu dalam Malaysia; sudah tentu bertuah siapa yang dapat memilikinya. Kenyataan itu sudah cukup membuatkan dia teruja.

I’ll take it,” ucap Jesnita.

Excellent choice, madam.” Wanita itu mendekati Jesnita lalu mengambil beg itu untuk dibawa ke kaunter.

Jesnita tidak berminat hendak melihat yang lain. Dia terus ke kaunter bayaran. Buat seketika dia memandang ke luar butik saat jurujual itu memasukkan beg tersebut ke dalam beg kertas.

Seketika kemudian Jesnita menghulurkan kad kreditnya kepada wanita itu. Jurujual itu mengerutkan kening memandang monitor kecil mesin kad kredit. Monitor kecil itu memaparkan mesej yang kad itu sudah disekat oleh bank.

Dia mencuba sekali lagi. Namun mesej yang sama muncul tidak lama kemudian. Agak serba salah. Namun jurujual itu akhirnya memandang Jesnita.

Sorry, madam. Do you have another card?” tanya wanita itu.

Jesnita tercengang.

Excuse me? What’s wrong with my card?” tanya Jesnita. Cuba untuk berlagak tenang. Namun dia gugup dan malu.

I’ve already tried twice. Transaction is declined, madam.

Jesnita diam sedetik dua. Dia membuka beg tangannya. Hampir saja dia mahu mencapai sekeping lagi kad dari celah beg tangannya. Namun dia segera menggeleng sedikit. Kad itu diabaikan semula. Dia menyimpan semula pursenya.

Try again!” tegas Jesnita. Nampak tenang namun dadanya bergetar oleh rasa malu dan gelabah.

Jurujual itu akur untuk melakukan transaksi sekali lagi. Jawapannya masih sama.

I’m sorry, Puan Jesnita. It’s still declining,” ucap jurujual itu agak serba salah.

What do you mean decline??? Kad I ni tak pernah decline tau. And this is not the first time I beli dekat sini. You jangan nak malukan I ya. Try again! Try sampai boleh!” ucap Jesnita mula naik angin. Sebetulnya dia gelabah.

Pengurus butik itu mula mendekat setelah mendengar Jesnita meninggikan suara.

“Puan Jesnita, please have a seat. Allow me to find out what is the problem,” sapa pengurus itu kepada Jesnita sebelum memandang pekerjanya.

What is the problem?” bisik pengurus itu, cuba menyelamatkan keadaan.

Card ni declined,” ujar jurujual itu kepada pengurusnya.

Oh, it could be a line problem. Its okay. Puan Jesnita boleh ambil dulu, esok you boleh arrange payment. You’re our regular client so no worries about it,” ucap pengurus itu dengan riak wajah masam manis. Cuba untuk menjaga hati pelanggan.

Oh my God... you’re such a saint,’ bisik hati Jesnita saat itu. Begitu mudahnya dia dapat mengawal keadaan ini.

Thank you so much. Repair mesin tu ya,” ucap Jesnita agak sinis, dengan muka masam mencuka mengambil beg kertas itu dan berlalu dari situ.

Setelah meninggalkan Pavilion, wanita itu menghela nafas lega. Kad kredit itu decline bermaksud ada sesuatu telah berlaku. Dia harus cepat bertindak untuk menyelamatkan diri.

Jesnita memandu ke arah sebuah pejabat. Pintu pejabat kecil itu berkunci. Namun dia tahu ada dua pekerja di dalam. Dia membuka pintu menggunakan kuncinya. Wanita itu memandang sekeliling sebelum masuk dan pintu dikunci dari dalam. Dan 2 jam kemudian wanita itu keluar semula dari pejabat kecil itu dan berlalu dari situ.

 

Temenggung Emas...

DI HADAPAN bangunan pejabat itu kecoh dengan mogok pekerja. Ramai pekerja berada di hadapan pintu kaca yang berkunci hanya kerana tidak berpuas hati mereka dihalang untuk masuk ke dalam pejabat itu.

Zaid sendirian berada di pejabat utama. Lelaki itu ke hulu ke hilir. Cuak. Tidak tahu apa yang hendak dibuat. Tidak tahu hendak ke mana. Dia menjengah lagi ke luar tingkap untuk melihat keadaan di luar. Dan dilihatnya mogok pekerja itu kian mencemaskan.

“Encik Zaid, semua orang tengah cari Encik Zaid,” ucap Mia.

Zaid kian gugup mendengarkan itu.

No. Mama mana? I takkan masuk bilik miting selagi mama tak sampai. Call dia! Kau pergi call dia!” tegas Zaid.

“Tapi semua shareholders dah bising dalam tu. Diaorang suruh saya panggil Encik Zaid,” balas Mia sambil terus memandang gelagat Zaid. Dia tahu lelaki itu sedang cemas.

“Pandai-pandai kaulah! Macam mana sekalipun, kita kena tunggu mama datang. Kau faham tak?” jawab lelaki itu agak keras.

Mia mengerut kening kehairanan. Namun mereka berdua menoleh ke arah jendela kerana terdengar suara pengawal keselamatan meminta pekerja ke tepi. Zaid agak mamanya sudah tiba di situ.

Di lobi pejabat, sebuah kereta mewah berhenti di depan lobi. Fauzi yang menjadi pemandu segera keluar untuk membuka pintu buat majikannya.

“Hei, tepi! Bagi laluan...” jerit Fauzi sambil menolak beberapa orang lelaki yang menghalang laluan. Dia membantu bosnya mencelah antara pekerja yang sedang membuat kecoh di depan pintu pejabat itu. Beberapa pekerja yang degil terpaksa ditolak oleh Datin Syafinaz kerana merempuhnya.

What the hell? Hey, stop it! Stop all this at once!” Pekikan wanita itu tenggelam di antara manusia itu.

Puas bertolak-tolak, akhirnya Datin Syafinaz berjaya mendekati pintu lobi. Manusia di situ berasak-asak kerana mahu ikut masuk bersama. Pengawal keselamatan di dalam teragak-agak mahu membuka pintu.

“Buka pintu ni. Buka!!!” pekik Datin Syafinaz, panik dan rimas.

Dua pengawal keselamatan membuka pintu manakala yang lain cuba menghalang yang lain masuk. Setelah wanita itu masuk, mereka menolak pintu itu agar pekerja yang mogok kekal di luar. Fauzi ikut membantu menolak pintu itu.

Wanita itu sempat berdiri di lobi memandang ke arah pekerja-pekerja di luar. Sakit hati. Namun dia memberi isyarat kepada Fauzi agar berlalu dari situ. Mereka berdua bergegas naik ke atas. Selagi terlihat mereka di situ, pekerja-pekerja itu akan bertindak agresif. Lebih baik dia naik ke tingkat atas saja.

Datin Syafinaz terkejut setelah menolak pintu kamar mesyuarat. Riuh-rendah! Saat berdiri di pintu, dia sempat terpandangkan Zaid yang sedang berdiri tidak jauh dari kamar mesyuarat. Mereka berpandangan buat seketika. Zaid dilihatnya agak cemas dan buntu.

Tanpa berkata apa-apa kepada Zaid, Datin Syafinaz masuk ke dalam kamar mesyuarat itu.

What’s going on? Kenapa dekat bawah tu semua dah macam orang gila??? Bertahun aku jaga kompeni ni, tak pernah jadi macam ni. This is the first time jadi chaos macam ni,” ucap Datin Syafinaz agak meninggi, menuntut penjelasan daripada semua orang di hadapannya.

Mia agak berbolak-balik sementara kebanyakan pengarah berdiri bercakap serentak tanpa dapat didengari bicara mereka.

“You sepatutnya tanya anak you tu. Dia CEO tau. Apa yang dia dah buat sebenarnya? TE used to be a very successful company masa zaman Dato’ dulu. Dapat syarikat ni pada anak you, habis melingkup! Hancur semua!” ucap salah seorang pengarah.

“Dato’, please sit down. I’m the biggest shareholder here, so please show me some respect,” bidas Datin Syafinaz, tidak puas hati kerana dibentak oleh pengarah dan pemegang saham yang lain.

“You tanya pada anak kesayangan you tu. Kalau syarikat ni bayar gaji diaorang tu on time, keadaan takkan jadi macam ni,” sanggah salah seorang pengarah yang lain pula.

Excuse me???” Datin Syafinaz tersentak mendengarkan itu. Benar-benar terkejut.

“Tak bayar gaji? Mana pergi duit?” ucap wanita itu masih dengan reaksi terkejut yang bukan dibuat-buat. Mujur tak kena sakit jantung dengan olah anak kesayangannya.

“You tak baca audit report? The company has been losing money for the past 2 years! Kami dah cuba dapatkan advice daripada you tapi you hanya diam saja.” Mia menayang satu dokumen saat Datin Syafinaz memandang ke arahnya, seolah-olah sedang mengeyakan apa yang dikatakan oleh pengarah tadi. Datin Syafinaz kaku namun dadanya berdetak hebat. Dia segera mendekati Mia dan merampas financial report yang berada di tangan Mia.

Waktu berlalu... riak wanita itu tegang saat menyelak helaian dokumen itu, terkejut dengan apa yang dibacanya. Namun dalam pada itu dia ligat berfikir apa yang harus dibuat untuk menyelamatkan anaknya.

Seketika kemudian, repot itu ditutup oleh Datin Syafinaz. Kemudian dia mengangkat gagang telefon lalu berbicara dengan seseorang.

“Rahimi, you pergi settle masalah dekat bawah tu,” arah Datin Syafinaz sedikit mengendur suaranya. Buat seketika wanita itu diam. Namun dia tiba-tiba tersedar yang Zaid tiada di bilik itu.

Where’s my son?” Mata memandang ke arah Mia.

Actually saya dah minta Encik Zaid attend miting ni. Tapi dia nak tunggu Datin sampai dulu.”

Datin Syafinaz mendengus perlahan sebelum bangun dan keluar. Sedar yang masalah ini harus diselesaikan. Sama ada dia atau Zaid... sesuatu perlu dibuat segera. Wanita itu pergi mencari Zaid di dalam pejabat CEO.

Riak wajah Zaid berubah sedikit setelah ternampak mamanya. Lega kerana mamanya sudah ada di depan mata.

What have you done?” tanya wanita itu tanpa berbasa-basi lagi.

“Mama baca financial audit, syarikat tidak ada duit. Where is all the money?” tanya wanita itu. Dia sudah melihat sekali imbas jumlah wang yang hilang dari akaun syarikat.

Zaid sedikit teragak-agak mahu menjelaskan.

Well?” tanya Datin Syafinaz saat memandang reaksi anak lelakinya itu.

I took it,” balas Zaid.

You... what???” Kali itu kejutan yang didapati oleh Datin Syafinaz lebih hebat dari tadi.

I took the money,” akui Zaid.

Datin Syafinaz hampir tidak terkata saat itu.

“Alah, bukan duit orang lain. Duit kita juga,” ucap Zaid sebelum sempat Datin Syafinaz berkata apa-apa.

The hell it is! Itu duit syarikat! Oh no, Zaid. What have you done?” Datin Syafinaz mundar-mandir untuk menenangkan dirinya. Namun kemudian dia memandang anaknya.

Nearly 50 million! Zaid buat apa dengan duit tu?”

“Dah pakai pun duit tu, mama. Dah habis dah.” Zaid menjawab biasa seolah-olah perbuatannya itu bukan satu masalah besar.

Is that all you can say???” ucap Datin Syafinaz geram dengan reaksi anaknya yang dilihat biasa-biasa saja. Dia menghela nafas perlahan. Sabar dengan kerenah anak kesayangannya.

“Zaid...” keluh Datin Syafinaz.

“Zaid dah huru-harakan segalanya. Zaid nak kita kehilangan syarikat ni? Kalau semua shareholder hilang kepercayaan dan buat keputusan untuk menarik sokongan diaorang, you are done. You bukan lagi CEO,” ujar Datin Syafinaz.

So, kita nak buat apa sekarang ni? Takkan mama nak tengok aje diaorang tu salahkan Zaid?”

Datin Syafinaz mengeluh, terfikir-fikir jalan keluar buat anaknya ini. RM 50 juta itu, masakan dibelanjakan oleh anaknya seorang saja?

Where is that bitch? Jesnita... mana dia?” tanya Datin Syafinaz tiba-tiba.

Riak wajah Zaid berubah sedikit apabila reaksi mamanya berubah setelah menyebut nama isterinya.

This is all her fault, right?” teka Datin Syafinaz dengan perasaan kesal yang menggunung.

No. Mama... boleh tak mama jangan libatkan Jesnita dalam hal ni? Dia tak ada kena-mengena langsung dengan masalah ni semua,” tekan Zaid bersungguh-sungguh.

Nope. Mama berani cakap pasal dia sebab mama tahu all this while you’ve been spoiling her.

“Biarlah. Dia bukan orang lain. Dia isteri Zaid,” Zaid kembali bertingkah dengan mamanya untuk membela isterinya.

Datin Syafinaz menggeleng. Malas nak berlawan kata dengan anaknya tentang menantunya itu. Tiada gunanya. Zaid tetap akan membela Jesnita.

Wanita itu mundar-mandir, masih memikirkan jalan keluar. Seketika kemudian dia duduk di kerusi CEO. Jemarinya mengetuk meja sambil dia merenung jauh.

“Macam mana ni, mama? Takkan nak tengok Zaid masuk penjara?” Suara Zaid membelah pemikiran wanita berusia itu.

Datin Syafinaz menghela nafas berat sambil memandang wajah anaknya yang sedang merenungnya, dengan penuh harapan dan gusar agar dirinya diselamatkan daripada kekalutan ini. Tiba-tiba wanita itu bangun.

“Ikut mama sekarang,” arah Datin Syafinaz.

“Mama...” Zaid memintas dengan memegang lengan ibunya.

“Kita nak pergi mana?” tanya Zaid. Bimbang diajak ke bawah. Dia tidak mahu berdepan dengan semua pekerja itu. Dia tidak sanggup.

“Ikut jelah!” Suara Datin Syafinaz naik meninggi sehingga Zaid tersentak. Sudahnya dia akur juga dengan mengekori mamanya.

 

No comments:

Post a Comment