DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday, 14 November 2022

Jesnita - Bab 2


DI dalam kamar mesyuarat, kesemua pengarah dan pemegang saham berbicara sesama sendiri tentang keadaan terkini syarikat itu. Mereka tidak tahu ke mana perginya Datin Syafinaz dan Zaid.

“Dato’, tak boleh jadi ni. I’m selling off my shares. And I want to resign. I don’t want to be involved in this problem,” ucap salah seorang pengarah.

I’m thinking the same thing. Kalau Zaid tak boleh settle perkara ni dalam masa 7 hari, I’ll do the same,” jawab Dato’ Malik kepada temannya. Tanpa kehadiran Datin Syafinaz, mereka bebas berbincang tentang tindakan yang mereka hendak buat.

“Syarikat ni takkan pulih kalau tak ada magic touch. Kita semua dalam masalah besar. Sebelum keadaan lebih teruk, kita kena tinggalkan kapal,” ucap yang lain. Jalan paling senang untuk mengelakkan kerugian total kepada mereka adalah dengan menjual saham mereka.

Tidak lama kemudian, Datin Syafinaz dan Zaid masuk ke situ. Senyap sunyi mereka semua.

So, apa solution yang Zaid boleh offer?” tanya Dato’ Malik.

Wanita itu berdiri di hujung meja mesyuarat memandang semua pengarah dan pemegang saham.

“Okey Mia, please take note... I promise Zaid akan selesaikan gaji pekerja dalam masa dua minggu. Okey?” ucap Datin Syafinaz agak kuat. Tanpa menanti reaksi semua pengarah dan pemegang saham, wanita itu keluar dari situ diikuti oleh Zaid.

“Mama! Mama! Sekejaplah,” ucap Zaid lantas memegang lengan ibunya agar memperlahankan langkah.

There’s nothing to worry about. Come on, relax! You janganlah buat muka macam orang bersalah sangat,” tekan wanita itu. Tidak mahu orang lain perasan apa sebenarnya yang sedang berlaku.

What?” Zaid terus terpinga-pinga, inginkan jawapan tentang apa yang sedang berlaku.

Somebody has to take the blame. Takkanlah mama nak sumbat Zaid dalam penjara,” ucap Datin Syafinaz hanya untuk pendengaran anaknya. Dalam otaknya, tiada lain... nama Jesnita muncul.

Really? So, polis takkan tangkap Zaid, kan?” Reaksi Zaid berubah serta-merta. Lega. Gembira.

Datin Syafinaz membalas cepat bicara anaknya.

Unless you promise me, this is not going to happen again.” Dia berusaha untuk menyelesaikan masalah ini tanpa melibatkan polis.

Okay, then. Ermm... I have to go. Ada lunch dengan Jesnita,” ucap Zaid dengan senyum mekar seolah-olah tiada masalah membelit dirinya lagi. Baru dia sedar betapa seronoknya menjadi dirinya. Setiap masalah yang dibuatnya diselesaikan sekelip mata oleh mamanya.

Dua bahu Datin Syafinaz melorot jatuh apabila mendengar nama Jesnita. Sedangkan dia sudah merancang untuk meletakkan kesalahan ini di atas bahu Jesnita demi menyelamatkan anaknya.

“Jesnita lagi? Dalam keadaan macam ni pun Zaid nak jumpa dia???” tekan wanita itu. Geram!

Why? Bukan ke mama cakap semuanya dah settled? Lagipun, kalau Zaid ada kat sini pun apa Zaid boleh buat? In the end, mama juga yang kena settlekan semua masalah,” balas Zaid selamba.

Datin Syafinaz tercengang mendengar jawapan anaknya. Dia tidak percaya Zaid boleh setenang itu.

Silly boy! When will you learn! Lagi sekali perkara ni terjadi, jangankan Jesnita... dengan you sekali mama sumbat masuk jail!” gerutu wanita tua itu bengang.

Zaid menjeling dan berlalu daripada mamanya. Malas nak dengar mamanya meleter. Dia mahu segera bertemu Jesnita. Namun sempat dia terlanggar Fauzi yang baru muncul dari bawah.

Sorry.” Zaid terus berlalu tanpa mempedulikan pandangan Fauzi. Dia segera mendekati lif.

Fauzi mendekati Datin Syafinaz sambil mengerling gelagat Zaid.

“Dia pergi mana tu?” tanya Fauzi.

“Mana lagi kalau bukan pergi jumpa betina tu...” balas Datin Syafinaz dalam nada meleret.

Fauzi menggeleng kesal.

“Dahlah you. Benda dah settle, kan?” ucap Fauzi lembut.

Datin Syafinaz menghela nafas berat.

“I hate Jesnita. Tak guna betullah budak Zaid ni. Tak boleh pakai!” gerutu wanita itu.

“Janganlah salahkan dia. Benda dah nak jadi. Lepas ni pandai-pandailah dia,” balas Fauzi.

“Masalah di bawah tu masih belum selesai,” ucap Datin Syafinaz. Masih ada rusuhan di bawah yang perlu dileraikan.

“I kena settlekan hal di bawah,” ucap Datin Syafinaz sambil memandang jam di pergelangan tangannya.

Call Rahimi. I nak turun bawah sekarang,” ucap Datin Syafinaz.

“Okey.”

Tidak lama kemudian Datin Syafinaz bersama Fauzi dan Rahimi muncul semula di lobi itu.

Okay, calm down everyone. Let me speak!” jerit wanita itu saat berhadapan dengan semua pekerja yang tidak mahu balik.

Setelah ditenangkan oleh mereka, barulah semua pekerja itu berhenti menjerit.

“Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku. Perkara ni terjadi di luar pengetahuan saya. Saya minta maaf bagi pihak Zaid,” ucap wanita itu sambil memandang satu demi satu pekerja di hadapan lobi itu.

“Tak gunalah maaf, maaf. Maaf konon. Kau ingat dengan maaf tu boleh isi perut kami ke???” balas salah seorang pekerja agak kuat.

“Ya, betul. Kami tak mahu maaf. Kami mahu gaji kami dibayar hari ini juga!” Yang lain mula kembali marah.

“Semenjak Encik Zaid ambil alih syarikat ni, semua jadi huru-hara. Sudahlah kebajikan kami tak terjaga. Ke laut! Projek banyak tergendala. Kalau Arwah Encik Zainal dan Dato’ Abdullah Sani masih ada, benda ni takkan berlaku!” tambah yang lain.

Datin Syafinaz hanya tenang mendengar apa yang diluahkan oleh pekerja itu.

“Dalam masa 7 hari, saya akan selesaikan semua ini. Saya janji. Terima kasih semua,” ucap Datin Syafinaz sebelum dia berundur untuk berlalu.

Good job,” ucap Fauzi yang mengekori Datin Syafinaz.

Wanita itu hanya diam tanpa menjawab. Dia hanya ingin kembali ke bilik dan berehat untuk mengurangkan kekusutan fikirannya saat ini. Namun sedang dia duduk di kerusi, Mia muncul.

“Saya nak cakap sikit boleh?” tanya Mia sambil mendekati wanita itu.

Yes,” balas Datin Syafinaz, bersedia untuk mendengar.

“Sebenarnya kalau tengok betul-betul... most of the expenditure untuk travel, baju-baju branded, kebanyakannya baju perempuan,” ucap Mia. Setelah itu dia menyerahkan satu fail kepada wanita itu.

Datin Syafinaz segera membuka fail itu dan meneliti penyata kad kredit dan segala macam resit lain.

“Ni handbag, handbag. Jacket. Handbag lagi...” Datin Syafinaz memandang sambil menahan rasa marah dengan apa yang ditunjukkan Mia.

“Setiap perbelanjaan yang Encik Zaid declare, semuanya perbelanjaan mewah. Makan steak beribu-ribu, handbag puluhan ribu. Hotel paling mewah dekat Maldives. Puan Jesnita shopping berkali-kali di Singapore. Dia pergi Singapore dalam sebulan 7-8 kali. Apa dia buat kat sana selalu?” ujar Mia hairan.

“Apa lagi? Perempuan bodoh tu tahu apa? Shopping! Berlagak macam orang kaya. Shopping tak mainlah kat KL, mesti nak di Singapore. Perempuan satu ni memang tak pernah puas dengan duit! Yang Zaid tu pun satu, manjakan sangat isteri dia sampai kompeni ni ada masalah. Jesnita kena bertanggungjawab atas apa yang berlaku dalam TE!” ucap Datin Syafinaz tegas. Dia perasan setiap kali menantunya itu pergi melancong ke Singapura, dia akan pulang dengan macam-macam barangan berjenama.

“Aku tak akan biarkan perempuan ni,” ucap Datin Syafinaz.

Mia tersenyum sendiri memandang wanita itu. Reaksi yang sangat diharapkan.

 

WANITA ITU berdiri seketika memandang kelibat Zaid yang sedang duduk di sebuah meja. Dia menghela nafas panjang sambil membuang pandangan. Jesnita menggerutu dalam hati kerana rasa menyampahnya kepada lelaki itu terpaksa ditahan dalam-dalam. Tetapi terpaksa juga berlakon baik sehingga tiba masa yang sesuai.

Wanita itu kembali berjalan mendekati. Zaid mengangkat pandangan setelah Jesnita tiba di situ.

“Hai sayang!” sapa Zaid lantas menyeringai.

Jesnita tayang senyum hambar sambil menarik kerusi. Dia bersandar seketika sambil melepaskan nafas panjang.

“Ada masalah ke?” tanya Jesnita.

“Masalah apa?”

Jesnita mengambil beg tangannya lalu kad kredit suaminya diletakkan di atas meja.

Zaid termangu seketika saat memandang kad itu.

What’s the problem, darling? Decline?”

Jesnita membisu sambil merenung lelaki itu dengan pandangan tanpa emosi. Dia mengharapkan penjelasan mengapa kad itu boleh decline. Lelaki itu buat-buat tanya pula. Zaid mula tidak senang duduk. Riak wajah isterinya sudah difahami oleh Zaid.

“Macam mana boleh decline?” tanya Zaid seolah-olah tidak tahu tentang itu.

“I harapkan jawapan, you boleh tanya I balik pulak macam mana boleh decline?” ejek Jesnita dengan rasa geram meluap-luap dengan keluguan suaminya. Selama 4 bulan berkahwin, dia hanya melihat lelaki itu semakin hari semakin bodoh. Anak mak... langsung tidak boleh buat keputusan.

Yeah,” balas Zaid dengan riak wajah lugu. Kad kredit sudah tidak dibayar selama 2 bulan.

This is bullshit! Nasib baiklah ramai orang kenal I. Tapi I malu tau. Orang akan ingat I takde duit,” luah Jesnita dengan lagak bimbo.

Zaid diam seketika. Namun dia sedar dia harus menjelaskan sesuatu kepada isterinya.

“Sayang, I think after this... kita kena control sikit spending,” ucap Zaid sebagai mukadimah.

Really? Why?” Jesnita tidak menunggu sesaat untuk memberi reaksi terkejut seolah-olah dia tidak tahu apa-apa. Dia tahu ada sesuatu telah berlaku cuma dia malas nak ambil tahu lebih-lebih. Dia hanya mahu dengar apa yang dia hendak dengar sahaja supaya dia boleh bersiap sedia untuk angkat kaki.

What is happening? Tadi you cakap ada miting. Did something happen to TE?” ucap Jesnita buat-buat prihatin.

No. No. Everything is good, sayang. Don’t worry,” balas Zaid kembali berbolak-balik. Dia mengeluarkan satu kad lain lalu diberikan kepada isterinya.

Don’t worry. Ini kad mama. You pergi bayar apa yang you dah beli tadi,” ucap Zaid.

Tidak menunggu sesaat pun, kad itu diambil oleh Jesnita.

“Betul tak ada apa-apa? Jangan lepas ni you salahkan I pulak. I dah tanya... you yang tak nak jawab,” balas Jesnita sambil mengerling lelaki itu. Dia tahu lelaki itu berselindung daripadanya. Namun dia tidak kisah sedikit pun. Dia bertanya pun bukan sebab nak semak kepala dengan masalah Temenggung Emas. Dia mahu lekas angkat kaki kerana apa yang diimpikan sudah sampai ke hujung kakinya.

“Isy! Mana ada, sayang. You jangan risau.” Zaid tersenyum kepada Jesnita.

Okay. I trust you!” ucap Jesnita selamba sambil memandang ke arah lain. ‘Melingkuplah kau orang. Siapa suruh tak cerdik? Kau ingat aku tak tahu apa dah jadi dengan syarikat kau tu,’ bisik hati Jesnita sendirian.

Bicara Jesnita itu membuatkan Zaid tidak terkata. Cinta punya pasal... dia tidak sedar wanita itu sedang memanipulasinya.

“Lepas ni kita balik ya?” ucap Zaid, segera mahu menukar topik.

“Okey.”

Mereka sempat singgah di Pavilion untuk melunaskan hutang di butik tadi. Sempat jugalah Jesnita menghabiskan sedikit lagi duit. Yang paling dia suka... pada bil itu tertera nama ibu mentuanya yang memang teramat-amat dibencinya semenjak dulu. Biar ibu mentuanya melingkup sama.

‘Padan muka kau, Syafinaz,’ bisik hati Jesnita sendiri.

“Kita balik?” ajak Zaid. Percaya yang dia sudah membahagiakan isterinya itu.

“Jom,” ajak Jesnita mesra. Namun riak wajahnya berubah saat memandang ke arah lain.

Ketika di dalam kereta, wanita itu memejamkan mata kerana malas nak melayan lelaki di sebelahnya itu. Jadi dia buat-buat tidur ketika Zaid memandu.

“Sayang, kita dah sampai.”

Spontan bola mata Jesnita celik. Dia terlihat suasana porch rumah Datin Syafinaz. Masa untuk beraksi semula! Dia hela nafas perlahan. Spontan dia menoleh kepada suaminya dan memberikan senyum jelita.

“Jom,” ajak Jesnita lalu membuka pintu.

“Hah... penat.” Kedua-dua mereka menghempas punggung melepaskan penat di sofa. Beberapa detik kemudian Datin Syafinaz turun ke bawah. Matanya terpandangkan beg-beg shopping terbiar di ruang tamu. Pemandangan yang menaikkan darahnya.

Hmm... patutlah duit habis. Sakan shopping,” perli Datin Syafinaz. Menyakitkan hati... sudah tersepit dalam masalah, menantunya masih tidak mengubah tabiat buruk itu.

‘Dah... dah mula dah mak cik ni,’ bisik hati Jesnita.

Jesnita memandang pelik ke arah Datin Syafinaz. Kemudian dia berpandangan dengan Zaid pula dengan riak wajah sengaja ditambah-tambah reaksi terkejut itu agar ibu mentuanya jengkel.

“Kau memang tak pernah puas dengan duit, kan? Kau tak pernah nak ambil tahu apa yang berlaku dalam rumah ni!” marah Datin Syafinaz kepada Jesnita.

“Zaid tak ada cakap apa-apa pun. Kenapa? Ada masalah ke? Sayang, what’s going on?” Jesnita cuba untuk mendapatkan penjelasan suaminya dengan bersungguh-sungguh seolah-olah benda itu sesuatu yang baharu untuknya.

“Mama, please?” tegur Zaid kepada ibunya. Tidak mahu masalah itu diberatkan ke atas isteri kesayangannya.

“TE is in big trouble. And all this is because of you!” ucap Datin Syafinaz kepada Jesnita dengan nada meninggi. Jesnita terus membulatkan bola mata saat berpandangan dengan Datin Syafinaz. Ikutkan hatinya, orang tua ini sudah dilempangnya.

“Kenapa? Terkejut? Sepatutnya kau sedar kau tu kaki kikis duit anak aku!” bentak Datin Syafinaz.

“Sayang... apa semua ni? You tak cakap apa-apa pun pada I tadi,” ucap Jesnita kepada suaminya. Dia mula berlagak sebagai isteri mithali dan menantu teraniaya pula. Reaksi itu sengaja dilebih-lebihkan untuk menyakitkan hati Datin Syafinaz. Kalau dah dia sakan menghabiskan duit suami, takkanlah dia tak tahu akhirnya Temenggung Emas akan bankrap, kan?

“Tak payah nak buat muka terkejut macam tulah. Ni... semua ni...” Datin Syafinaz mengambil beg-beg shopping itu lalu dihempas ke lantai.

“Ini duit dari kompeni aku!!!” pekik Datin Syafinaz benar-benar marah sehingga Jesnita jadi kaget dengan gelagat ibu mentuanya.

Zaid segera bangun untuk menenangkan mamanya.

“Mama, Zaid dah cakap banyak kali, jangan bawa dia dalam masalah ni.”

“Jangan bawa dia dalam masalah ni? Dialah punca masalah ni!”

 Jesnita malas nak melayan pertengkaran antara Zaid dengan Datin Syafinaz.

I have nothing to do with this. I nak rest. Sorry, kita sambung gaduh nanti aje ya, mama? Tak sanggup I tengok rumah ni sunyi lama-lama tanpa pergaduhan kita berdua,” ucap Jesnita tanpa merasa bersalah.

Datin Syafinaz lantas mencapai lengan Jesnita ketika wanita itu mahu melintasinya.

“Aku kenal sangat perangai perempuan macam kau ni. Kau ingat kau cantik sangat ke nak tipu aku? Aku nak kau bayar balik semua duit syarikat yang kau pakai selama ni!”

“Sakitlah, mama! Zaid, tengok mama you ni!” tegas Jesnita sambil cuba melepaskan cengkaman kuat di lengannya. Mereka berdua sempat bergelut sebelum dileraikan oleh Zaid.

“Mama, please let her go. Stop it!” Zaid segera cuba menjauhkan Jesnita daripada mamanya.

Stop! Sudah! Sudah aku cakap!” Kali itu suara Zaid melengking agak kuat agar dua wanita itu tidak terus bergaduh.

She’s trying to kill me!” adu Jesnita dalam bentakan sambil memegang lengannya yang masih sakit.

“Dia sepatutnya tahu semua ni berpunca daripada dia!” balas Datin Syafinaz meninggi.

Of course semua ni berpunca daripada I. Itu dialog yang I dah boleh jangka,” balas Jesnita meninggi.

Kata-kata Jesnita kian membangkitkan kemarahan Datin Syafinaz. Mereka berdua hampir bergaduh lagi.

“Mama!” Zaid segera menghalang ibunya daripada mengerjakan isterinya.

“I bagi you pilihan. Me or your mother!” ucap Jesnita kepada suaminya.

Zaid agak tersentak mendengar kata dua yang diberikan isterinya di depan ibunya. Dia menggeleng sebelum menjauhi dua manusia itu untuk meredakan kekusutan fikirannya.

‘Tolonglah pilih mak kau, Zaid. Tolonglah! Adalah point aku nak bercerai,’ bisik hati Jesnita dengan penuh harapan. Jesnita kian bengang apabila suaminya tidak menjawab.

Fine! I merajuk!” Dia membentak sebelum mencapai beg tangan dan berlalu keluar meninggalkan dua manusia itu.

“Zaid dah ingatkan jangan cakap hal ni. Kenapa mama cakap jugak?” gerutu Zaid bengang dengan ibunya.

“Kalau dia isteri yang baik, dia jujur kahwin dengan Zaid... dia akan tetap bersama kita susah ataupun senang!”

Zaid hela nafas panjang sebelum berlalu keluar meninggalkan Datin Syafinaz.

Di dalam kereta...

Spoiled brat,” desis Jesnita seorang diri. Dia memandu kereta suaminya keluar dari rumah itu. Dia ketawa kecil sendirian.

“Hai... Syafinaz, Syafinaz... Kau nak sakitkan hati aku sangat, kan? Lain kali cerdikkan anak kau tu dulu. Anak mak! Kau ingat aku tak tahu apa kau buat di belakang aku selama ni ya?” ucap Jesnita seorang diri.

 

MENUNGAN WANITA itu tergugah saat seseorang meletakkan segelas air di atas meja.

“Teruk ke gaduh?” tanya Bella sambil memandang kakaknya.

“Tak ada apa yang luar biasa sangatlah. Benda aku dah biasa. Aku saja aje datang sini. I just need to buy some time,” ucap Jesnita selamba sambil memandang jam di pergelangan tangannya. Dia tahu Zaid akan menghubungi dan memujuk rayunya sebentar lagi.

“Apa maksud akak ni?” tanya Bella hairan.

“Biasalah. Aku gaduh, keluar rumah... dan Zaid akan pujuk aku balik,” ucap Jesnita sambil mencapai gelas air di atas meja itu.

Bella merenung wajah kakaknya itu lama. Dia tahu ada sesuatu sedang berlaku. Tetapi dia lihat kakaknya selamba saja.

“Aku rasa TE ada masalah disebabkan aku,” ucap Jesnita sambil memandang ke arah lain.

“Maksud akak... sebab akak memboros semua tu?”

“Ya.”

Bella hela nafas panjang.

“Bahaya apa yang akak buat ni. Bella tak mahu masuk campur. Bella risau kalau Zaid berdendam dengan akak. Cukuplah dengan apa yang kita ada... dengan apa yang dah akak usahakan. Kita dah tak susah lagi,” ucap Bella.

“Jangan fikir tentang dendam tu semua,” balas Jesnita tanpa memandang Bella.

Bella menggeleng sendiri. Dia tidak faham mengapa kakaknya mahu membiarkan keadaan jadi sehingga begini. Dia sedar Jesnita ada kisah lalu yang memeritkan. Namun kakaknya sedang memilih jalan yang membawa bahaya kepada dirinya sendiri. Itu yang dia risaukan.

Play stupid games...”

Win stupid prizes. I know.” Jesnita terus memintas bicara Bella.

“Apa Zaid cakap tentang TE?” tanya Bella.

“Tak ada apa. Dia kata semuanya baik-baik saja,” ucap Jesnita lantas ketawa sendiri mengenangkan Zaid. Dia rasa perkahwinan mereka memang aneh. Zaid banyak berahsia dengannya terutama tentang syarikat itu. Mereka tidak berkongsi masalah bersama. Hidupnya bersama Zaid hanya ada keseronokan. Itu saja!

“Dia tak mahu akak risau kut,” balas Bella.

“Bukan itu pointnya. Aku dan dia ada hubungan yang unik. Dia merajakan perasaan cinta dia pada aku begitu saja. Dia anak mak. Tapi dalam masa yang sama, dia tunduk pada aku. Dia bagi semua yang aku nak tanpa dia ada pendirian. Sekarang... mak dia salahkan aku. Anak dia yang bengap,” ucap Jesnita siap dengan cebikan tanda dia benci kepada dua beranak itu.

Bella diam memandang kakaknya itu.

“Dia memudahkan kerja aku,” ucap Jesnita perlahan.

“Kerja apa?”

Jesnita diam. Enggan beritahu adiknya tentang apa yang sedang dibuatnya saat ini.

“Bella tak senang hati dengan apa yang akak buat ni,” ucap Bella perlahan.

“Jangan risau. I know what I’m doing,” ucap Jesnita. Terbayangkan raut Datin Syafinaz itu. Ada dendam lama yang tersimpan dalam hatinya saat ini. Tentang Zainal dan ibu kepada Zainal.

“Ada customer. Kejap ya?” ucap Bella lantas bangun mendapatkan pelanggan yang baru masuk ke kafe itu.

Jesnita sempat memerhatikan adiknya itu. Gigih Bella bekerja walaupun dia memberikan elaun kepada adiknya setiap bulan. Namun Jesnita kembali pada pokok persoalan yang merajai fikirannya. Temenggung Emas itu sedang berada di ambang kemusnahan. Bermaksud... rancangannya sudah hampir berjaya. Dia harus bersiap-siap untuk pergi.

Ketika wanita itu sedang termenung, telefonnya dihubungi Zaid.

Yes.

Mula sudah pujukan lelaki si anak emak itu kepadanya. Jesnita menjulingkan mata ke atas kerana bosan.

“I tak nak masalah TE tempiasnya terkena kepada I. Mama you blame I. Salah I ke, Zaid? I nak sesuatu... you belikan. I bukan BOD TE. I tak boleh decide seberapa banyak duit yang you boleh belanjakan untuk I,” ucap Jesnita. Hebat cara dia melepaskan diri. Apa dia peduli kalau dah modus operandinya selama ini memang nak meranapkan syarikat itu.

“Betul, sayang. Jangan ambil hati dengan mama tu. Biar I selesaikan tentang mama.”

“Okey. I tak bolehlah dekat-dekat dengan mama you sekarang. Bila dekat aje, mulalah I nak naik hantu. Apa kata kita pergi vacation? Boleh tak?” ucap Jesnita.

“Boleh, sayang. Whatever you want. You balik rumah... kita keluar. I bawa you naik yatch,” balas Zaid.

Selesai perbualan itu, Jesnita mendesis sendirian.

“OMG, Zaid! Kau memang tak boleh berkata tidak eh?” ucap Jesnita lantas ketawa sendiri dengan kelemahan lelaki itu.

Wanita itu bangkit setelah meninggalkan not RM10 di atas meja. Dia berlalu tanpa memberi pamitan kepada adiknya. Namun setelah meninggalkan kafe itu, dia terlanggar seorang lelaki yang datang dari arah depan hanya kerana dia berjalan sambil mencari kunci kereta di dalam beg tangannya. Kunci kereta itu jatuh saat tubuh mereka berlaga.

Lelaki itu tunduk mengambil kunci itu lalu diberikan kepada Jesnita. Mereka berpandangan seketika. Jesnita mengerutkan kening saat lelaki itu menayang senyum memikat.

Sorry,” ucap lelaki itu sedikit lunak.

Jesnita terus menayang 5 jarinya sambil menggerakkan cincin kahwinnya sebagai isyarat kepada lelaki itu yang dia isteri orang. Malas nak layan. Seterusnya dia berlalu.

Lelaki itu masih berdiri di situ, memerhatikan Jesnita sehingga hilang daripada pandangan matanya.

 

No comments:

Post a Comment