DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday, 30 November 2022

Suri Hati Sang Putera - Bab 3


TUBUH direbahkan  ke tilam  sambil melepaskan keluhan berat. Siling berwarna biru lembut di hadapannya diperhatikan dengan perasaan kosong. Mindanya tidak mahu mengimbau kembali pertemuan siang tadi. Sejujurnya dia sedikit bengang dengan apa yang berlaku.

“Riz is dead, Lyssa.”

Mendengar nama Aariz keluar daripada mulut Adrian tadi, Alyssa sedar, lelaki itu juga tahu mengenai perihalnya dengan Aariz.

Tentulah!

Hubungannya dengan Aariz bukanlah satu rahsia kepada Adrian memandangkan Aariz atau nama sebenarnya, Tengku Aariz Eskandar adalah sepupu kepada Tengku Adrian Eiman. Kedua-dua lelaki itu punya hubungan yang rapat setakat yang diketahuinya walaupun tidaklah terperinci.

Namun begitu, hubungannya dengan Aariz tidak bertahan lama apabila lelaki itu menemui ajal dalam satu kemalangan ketika berada di luar negara. Walaupun lima tahun telah berlalu, Alyssa masih belum dapat melupakan lelaki itu, cinta pertamanya.

Dia memilih untuk menyambung pengajiannya di London pun disebabkan Aariz pernah belajar di sini. Baginya, Aariz masih hidup dalam jiwanya dan akan kekal sebegitu sehingga dia mampu jatuh cinta sekali lagi.

Keluhan dilepaskan lagi tanpa sedar. Buku merah yang berada di dalam laci bersebelahan katil dikeluarkan. Sekeping gambar yang memaparkan dirinya dan Aariz dengan senyuman gembira ditatap seketika.

I miss you so much, Riz,” ucap Alyssa sebak sambil memeluk erat gambar di tangannya. Air mata mengalir jatuh ke pipi. Sungguh, untuk saat ini, dia sangat merindukan bekas teman lelakinya itu.

Pada tahun pertama pemergian Aariz, Alyssa memilih untuk menyibukkan dirinya. Dia menjadi manusia yang gila bekerja tanpa ambil peduli akan kesihatannya. Dia mungkin tidak sedar itu, tapi keluarga dan manusia yang rapat dengannya sedar akan perubahannya. Maka sebab itu, ayah meminta dia menyambung pelajaran di luar negara walaupun pada permulaannya dibangkang habis-habisan olehnya.

Bunyi nada dering telefon pintar menyedarkan Alyssa. Dia mencapai telefon pintar yang berada di sebelahnya. Nama ayah tertera di skrin. Nafas dihela sambil mengesat air mata. Panggilan tersebut kemudian dijawab dengan nada riang.

“Hai ayah!”

“Lyssa kat mana ni?” Kedengaran suara Megat Zahari di hujung talian.

“Lyssa kat rumah. Kenapa ayah?”

Tidak perlu sebenarnya Alyssa mengeluarkan soalan sedemikian. Sah-sah Megat Zahari menghubunginya ketika ini hanya untuk mengetahui tentang perjumpaannya dengan Adrian tadi. Dia telah memaklumkan pertemuan tadi kepada keluarganya.

“Macam mana dengan perjumpaan tadi?”

Andaian Alyssa tepat!

“Good,” balas Alyssa ringkas.

“It it really good or something has happened?” soal Megat Zahari lagi. Bukannya dia tidak faham nada yang digunakan oleh anaknya itu.

“It’s really good, ayah. We had a good discussion.”

“And?”

Alyssa hela nafas.

“Lyssa beritahu dia yang Lyssa tak setuju.”

Keadaan menjadi sepi seketika sebelum Megat Zahari kembali bersuara.

“Lyssa pasti itu yang Lyssa nak?”

“Ya,” jawab Alyssa tanpa berfikir dua kali. Dia tak perlu pun berfikir kembali tentang apa yang keluarga diraja Eurovia mahukan daripadanya, disebabkan itu adalah apa yang dia mahu. Dia cuma mahu menjalani kehidupannya dengan tenang tanpa sebarang protokol yang menyesakkan dirinya. Itu adalah kehidupannya untuk 32 tahun ini. Jadi, mengapa dia perlu mengheret dirinya ke dalam dunia yang dia tidak pernah mahukan?

“Kenapa?”

Soalan Megat Zahari itu membuatkan Alyssa terdiam seketika. Dia punya jawapan yang pasti untuk soalan ayahnya. Bahkan Adrian pun tahu jawapannya yang ini. Cumanya, Alyssa tidak berani untuk berlaku jujur dengan ayahnya.

“Lyssa tak suka dia, ayah. Lyssa fikir Lyssa dengan dia adalah dua manusia yang berbeza. Ayah sendiri tahu Lyssa macam mana.”

“Keputusan Lyssa ni ada kaitan dengan gosip-gosip tentang Tengku Adrian yang pernah tersebar dulu tu ke?”

“Mungkin.”

Alyssa teringatkan gosip Adrian yang dulu, sebelum gosip dengan model wanita terkenal itu timbul. Gosip Adrian dengan seorang gadis bangsa asing yang katanya seorang penulis blog, dikenali ketika lelaki itu belajar di luar negara. Tak cukup dengan itu, penulis blog tersebut juga mengemukakan beberapa gambar yang memaparkan aksi-aksi intim yang agak memalukan antara Tengku Adrian dengan gadis bangsa asing itu.

“Itu cerita lama, Lyssa. Setiap manusia tak lari daripada melakukan kesilapan. Ayah tengok dia sekarang ni lebih baik daripada yang dulu. You cannot judge people based on their past, Lyssa.”

“Lyssa tahu. Tapi, macam mana pula dengan gosip dia dengan model nama Camilla tu? Semua orang bercakap betapa sesuainya mereka berdua.”

“Lyssa ada tanya dia tentang itu?”

“Adrian cakap mereka berdua tak lebih daripada kawan.”

Then, you have to trust him.”

But I still will say no, ayah. Lyssa tak setuju dengan aturan perkahwinan ni. Lyssa tahu Lyssa bukannya muda lagi untuk menjadi cerewet dalam pasangan hidup. But this is my life. You said I know myself better than anyone else.”

Kedengaran keluhan Megat Zahari di hujung talian.

“Ayah juga cakap apa saja keputusan Lyssa, ayah akan ikut,” sambung Alyssa lagi.

Sekali lagi kedengaran keluhan Megat Zahari.

“Kalau itu yang Lyssa nak, kalau itu yang Lyssa fikir terbaik untuk Lyssa, ayah akan ikut aje. As long as you are happy.” Nada lelaki itu kedengaran sedikit kecewa.

“Lyssa minta maaf, ayah.” Serba salah pula Alyssa mendengar nada kecewa lelaki kesayangannya itu.

“Lyssa tak buat salah pun. Tak perlu minta maaf. Ayah faham dan hormat keputusan Lyssa.”

“Apa akan berlaku nanti apabila mereka tahu yang Lyssa tak setuju?”

“Ayah akan uruskan nanti. Yang penting sekarang, Lyssa tumpukan perhatian pada pelajaran Lyssa. This is your final year, right?”

“Yes.”

“Good luck then. Kalau ada apa-apa, beritahu ayah.”

Thanks, ayah.”

“I'll see you soon, Lyssa. Take care.”

“Bye, ayah.” Talian kemudian dimatikan.

Alyssa kemudian menghela nafas. Dia terlalu lega setelah memaklumkan ayah mengenai keputusannya itu. Mujurlah keluarganya sangat memahami.

Beberapa ketika, kedengaran ketukan di pintu. Alyssa melangkah ke arah pintu. Wajah Diana, teman serumahnya kelihatan di hadapan pintu.

Hi, babe!” sapa Diana dengan senyuman. “Adaorang hantar sesuatu kepada you.”

Alyssa kerut dahi. Seingatnya tidak pula dia membeli sesuatu yang memerlukan penghantaran dilakukan di rumahnya. Dia melangkah ke ruang tamu. Kelihatan sejambak bunga matahari kesukaannya dan sekotak kek berada di atas meja.

“Siapa yang bagi?” soalnya sambil mencapai jambangan bunga di atas meja.

Diana jongket bahu.

“Ada kad terselit kat bunga tu.”

Alyssa mencapai kad kecil yang terselit di antara kuntuman bunga matahari tersebut.

 

I’m sorry for what just happened

today. I shouldn't have mentioned it.

-A. E-

 

“Siapa A.E?” Kedengaran suara Diana yang turut membaca isi kandungan kad di tangan Alyssa.

Alyssa sangat tahu siapa A.E yang dimaksudkan. Tapi entah mengapa mindanya tiba-tiba saja mahu teringatkan Aariz Eskandar. Bekas teman lelakinya itu juga pernah menggunakan pengenalan diri seperti itu.

“Kawan.”

“Kawan lelaki ke?” usik Diana.

Alyssa jongket bahu dengan senyuman.

“Betullah tu.” Diana tersenyum lebar. Bukan senang nak lihat Alyssa punya teman istimewa. “You tak nak beritahu I siapa lelaki bertuah tu ke?”

“Dia cuma kawan ajelah, D.”

“Takkanlah setakat kawan aje kalau dah sampai bagi bunga bagai ni?”

“I pun pernah bagi bunga kat you juga, D.”

“Tak sama, Lyssa. Sekarang ni ada lelaki nama A.E bagi you bunga. Dia mesti seorang kawan yang istimewa.”

“Bukan macam tulah, D.”

“Kalau bukan macam tu, mesti you yang istimewa untuk dia.”

Alyssa tersenyum kecil dengan andaian Diana.

“Fikirlah apa yang you nak, D. Tapi, I boleh jamin semua yang you fikir tu langsung tak tepat.”

Diana turut tergelak kecil.

“Okey. Tapi, kek tu you tak nak makan ke? Tu kek kegemaran you.”

Alyssa kerutkan dahi mendengar ayat Diana. Dia  perhatikan saja Diana membuka kotak kek tersebut. Benarlah apa yang dikatakan oleh gadis itu tadi. Itu kek kegemarannya.

Red velvet cheesecake. Favourite you, kan?” Diana memandang Alyssa.

Alyssa terkesima. Dipandang jambangan bunga matahari itu sebelum memerhatikan kek di atas meja. Entah mengapa, situasi yang dialaminya ketika ini sangat membuatkannya tergamam.

Babe?” Diana bersuara lagi.

“You makanlah kek tu dulu. I kenyang lagi,” balas Alyssa dengan senyuman palsu.

“Okey. Thanks babe.”

“I masuk bilik dulu.” Alyssa kemudian melangkah ke arah biliknya. 

Nafas dihela tatkala memasuki biliknya. Jambangan bunga matahari itu diperhatikan. Nampaknya Adrian juga tahu kesukaannya yang ini. Sungguh, apa yang lelaki itu lakukan ini, membuatkan dia teringatkan bekas kekasihnya itu.  

 

No comments:

Post a Comment