DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday, 14 November 2022

Jesnita - Prolog

“RAF...” Suara di corong telefon itu mengejutkan Rafael. Lelaki itu terbangun dari katil.

“Nal, is that you?” soal Rafael terkejut. Dadanya merasa lain kerana suara Zainal juga kedengaran berbeza. Tiada lagi suara Zainal di talian. Hanya desah nafas yang kedengaran membuatkan dadanya berdebar-debar tidak terkawal lajunya. Cemas.

“Nal? Talk to me. Where are you???” tanya Rafael bersungguh.

“Jangan beritahu sesiapa tentang aku.”

“Tapi kenapa? Semua orang cari kau. Mana kau sekarang, Nal?” tanya Rafael mula mundar-mandir di dalam bilik tidurnya.

“Aku tersekat di sini. Aku perlukan kau. Datang ke sini, Raf. Kau seorang saja. Jangan beritahu sesiapa.”

“Di mana?” tanya Rafael.

“Aku tak ingat banyak perkara. Aku kemalangan, Raf. Ada seseorang akan hubungi kau dan kau kena jumpa dia. Dia akan tunjukkan jalannya,” ucap lelaki di hujung talian. Nadanya agak payah.

“Okey. Aku datang secepat yang mungkin.”

 

AWAL PAGI itu Rafael menerima panggilan daripada seorang lelaki. Dia hanya disuruh membawa kereta ke daerah sempadan Bentong dan disuruh berhenti di kilometer tertentu berdasarkan batu tanda KM yang tertera di tepi jalan.

Rafael terpaku memandang dari atas bukit itu. Di situ hanya ada lebuh raya dan hutan nan luas di depan matanya. Dia memandang ke bawah. Dia ternampak pokok-pokok di bawah sana mempunyai kesan seperti telah dirempuh sesuatu.

Sedang dia menunggu di situ, sebuah motosikal berhenti di seberang jalan. Lelaki itu turun dari motosikal dan mendekatinya.

“Kau Rafael?” tanya lelaki itu dengan dialek yang aneh.

“Ya. Mana kawan aku?”

“Dia ada.” Lelaki itu tunjuk ke bawah.

“Sana bawah ada kereta. Dia jatuh ke bawah situ. Kami jumpa dia beberapa hari lepas. Kami bawa pulang ke rumah. Dia minta jumpa kau. Dia tidak mahu kami beritahu orang lain,” ucap lelaki itu.

Rafael terpaku. Daripada rupa lelaki itu, dia tahu lelaki itu orang asli. Ya, di sini ada penempatan orang asli.

“Dia tidak ingat macam mana dia kemalangan. Kereta dia masih di situ. Jauh bawah sana. Susah mahu turun dari sini. Kena ikut sana...” ucap lelaki itu lantas menuding ke arah hutan itu.

Rafael memandang sekelilingnya. Guard rail yang membataskan jalan dan cenuram itu patah. Masakan tiada sesiapa perasan?

“Polis tidak tahu?” tanya Rafael sambil menuding ke arah guard rail yang sudah patah.

“Ini memang sudah patah sebelum ini. Ada kereta lain kemalangan di sini. Sini memang kawasan kereta lori terjun bawah sebab selekoh tu. Belum sempat baiki, satu lagi kereta jatuh situ,” ucap orang asli itu sambil menuding ke arah selekoh.

“Itu... aku letak tepi. Nanti polis mesti jumpa,” ucap lelaki itu sambil menuding ke arah satu objek yang merupakan bumper kereta berwarna kuning. Rafael mengerutkan kening. Kereta milik Zainal bukan berwarna kuning.

“Aku nak jumpa dia.”

“Okey. Tapi itu tempat jauh dalam hutan. Kampung orang asli. Boleh? Sana ambulans pun susah mahu masuk.”

“Boleh. Aku mesti jumpa dia.”

 

Gleneagles Hospital, Kuala Lumpur...

LELAKI ITU berdiri memandang ke dalam. Dua orang doktor sedang duduk memandang skrin monitor. Rafael memandang ke dalam bilik MRI itu. Di dalam sana seorang lelaki sedang terbaring kaku di atas mesin itu. Kali ke-2 percubaan dibuatsetelah lelaki itu mengalami serangan panik. Pesakit itu diberikan ubat penenang agar ujian itu boleh diteruskan. Sebelum ini lelaki itu sudah menjalani ujian imbasan otak.

Seketika kemudian, dia mendengar dua doktor itu bercakap sesama sendiri sambil memandang ke arah skrin monitor.

“Dr. Shanti?” Salah seorang doktor itu menyebut nama seseorang setelah mengangkat telefon.

Rafael menoleh ke arah pintu setelah terdengar pintu dibuka dari luar. Seorang doktor India masuk ke bilik itu lalu mendekati monitor.

What have we got here?” ucap doktor itu.

Look at this,” ucap doktor lain sambil menuding ke skrin. Dr. Shanti melihat ke monitor kedua. Melihat gambar tulang belakang milik pesakit.

Is there any major problem, doctor?” tanya Rafael. Tiga doktor itu bercakap sesama sendiri seolah-olah dia tidak wujud di situ. Sebahagian bicara itu difahaminya, sebahagian lagi tidak.

Dr. Shanti memandang ke arah Rafael seketika.

I’ll be with you in a moment,” ucapnya.

Rafael tidak menjawab sebaliknya dia kembali memandang ke arah lelaki di sebalik cermin itu. Ujian MRI sudah selesai dibuat. Zainal sedang dipindahkan ke katil oleh beberapa jururawat lelaki.

“Mr. Rafael... please come with me,” ajak Dr. Shanti.

Rafael berpaling lalu mengekori doktor wanita itu. Dia dibawa ke pejabat wanita itu. Rafael diam mendengar penjelasan doktor itu tentang dua masalah utama yang dihadapi Zainal.

He is still experiencing pain. This is my advice. Disc prosthesis.

What is that?” tanya Rafael.

 It’s an artificial disc, an alternative to fusion procedures. The proposed advantages of disc replacement are the ability to restore pain-free motion of the intervertebral segment and to protect adjacent segments from increased loading and failure,” jelas doktor itu.

Rafael diam mendengarkan itu.

He still has to continue taking medication that promotes the growth of nerve cells or improve the nerve function. I can't promise he will get better. But we still need to try,” ucap doktor itu.

I know...” balas Rafael perlahan. Masih terfikir-fikir adakah keputusan untuk membuat pembedahan itu perlu.

Talk to him. Give him some moral support. Kita lihat keadaan dia semakin lemah. Dari segi psikologinya, kita perlukan sesuatu untuk membantu dia mengurangkan kesakitan yang dia alami. Supaya mental dia lebih stabil dan effort dia untuk sembuh boleh meningkat,” ucap doktor itu lembut.

I agree with you,” balas Rafael perlahan.

Setelah kembali ke wad, Rafael berdiri memandang Zainal yang lena di katilnya. Kesan ubat tidur itu masih kuat. Rafael duduk di kerusi sambil memandang sahabatnya itu. Fikirannya melayang jauh pada peristiwa beberapa bulan yang lalu.

“Dia nak bunuh aku...”

“Kita tak tahu tu...” ucap Rafael perlahan.

“Aku tahu dia merancang untuk bunuh aku. Dia curang pada aku. Dia dengan Zaid. Janji pada aku... kau tak akan beritahu dia aku di mana,” ucap lelaki itu.

Rafael terpaku seketika saat memandang Zainal memegang jemarinya erat.

“Aku tahu dia tak cintakan aku. Dia hanya mempergunakan aku.”

“Apa yang sebenarnya berlaku?”

“Aku tak ingat. Mereka kata aku kemalangan. Aku tak ingat apa-apa tentang itu. Fikiran aku hanya penuh dengan bayangan Jesnita. Aku tahu dia merancang semua ni,” ucap Zainal.

Rafael diam merenung sahabatnya itu. Antara percaya dengan tidak.

“She’s a cunning manipulator. Semua orang kata macam tu pada aku. Tapi aku tak dengar!”

“Nal, relaks. Aku akan bawa kau balik. Lupakan tentang dia seketika.”

“Macam mana? Aku tak boleh bergerak...” ucap Zainal dengan lelehan air mata.

“Aku akan usahakan. Jangan risau.”

“Kalau dia tahu aku masih hidup, dia akan bunuh aku, Raf!”

“Aku tahu. Aku tahu.” Rafael menghela nafas panjang. Terbayang di ruang matanya seorang perempuan yang sangat cantik. Kekasih Zainal. Wanita tanpa reaksi di wajah.

Wanita itu memang sering menjadi topik perbualan antara mereka. Suatu masa dulu dia cuma seorang gadis biasa. Tiba-tiba berubah menjadi gadis yang kaya. Dia mendengar daripada orang lain, Jesnita itu gold digger. Dia hanya menggunakan lelaki- lelaki di sekelilingnya untuk kepentingan dirinya sendiri.

Menungan Rafael tergugah apabila lelaki itu bergerak. Rafael terus bangun mendapatkan lelaki itu. Kini dia perlu memujuk sahabatnya agar menjalani pembedahan yang dikatakan doktor tadi. Dalam keadaan emosi Zainal tidak menentu, dia perlu usahakan sesuatu untuk membantu sahabatnya ini.

Zainal menoleh ke arah Rafael saat lengannya dipegang sahabatnya itu.

“Kita akan teruskan dengan pembedahan tu. There’s no other option. Dan lepas tu kita akan balik ke rumah,” ucap Rafael. Sudah 5 bulan kenangan itu berlalu. Sahabatnya ini masih bertarung dengan kecederaan yang dialaminya selepas kemalangan itu.

“Aku nak kau bersama dengan aku. Fight untuk teruskan hidup,” ucap Rafael. Selepas adiknya tamat pengajian nanti, dia akan meminta bantuan Aina untuk menjaga Zainal.

Zainal diam. Dia kembali memandang ke arah lain. Tidak memiliki daya dan minat untuk teruskan hidup lagi.

 

No comments:

Post a Comment