DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday 30 November 2022

Suri Hati Sang Putera - Bab 2


MATANYA asyik pada buku di tangan sambil ditemani secawan minuman coklat panas di hadapannya. Itu adalah sebelum dia disapa satu suara.

“Hai!”

Alyssa mendongak kepala, memandang manusia yang sedang menyapa. Senyuman diukir kepada Adrian yang baru saja mengambil tempat berhadapan dengannya. Dalam masa yang sama, jantungnya mula berdegup laju. Dia berdebar sebenarnya. Buku di tangan kemudian ditutup sebelum memberi perhatian kepada lelaki di hadapannya.

“Pesanlah apa yang you nak. Hari ni I belanja.”

Adrian jongket kening, memandang hairan gadis di hadapannya.

“I yang ajak you jumpa. Sepatutnya I yang belanja.” Tangan diangkat, memanggil pelayan.

“Sebab you sekarang ni berada dalam kawasan I. Jadi, ia bermaksud I yang belanja hari ni. Deal?”

Segaris senyuman mula diukir mendengar ayat Alyssa sebentar tadi. Sikap bersahaja gadis itu kadangkala sangat membuatkan Adrian selesa. Kepala kemudian diangguk, bersetuju dengan apa yang gadis di hadapannya mahukan.

Beberapa ketika, setelah pelayan yang mengambil pesanan Adrian beredar, dia kembali memandang Alyssa yang sedang memerhatikan pemandangan di luar kafe.

How’s life?” Adrian memulakan perbualan.

Good. Nothing unusual,” balas Alyssa ringkas. “What about you?”

“Same as you.”

Alyssa angguk sebelum mengalihkan kembali pandangannya ke arah luar. Sejujurnya dia agak segan berhadapan dengan Adrian selepas apa yang diketahuinya beberapa hari yang lepas.

Entah berapa lama mereka mendiamkan diri sebelum masing-masing bersuara serentak.

“You...”

“So...”

Kedua-dua mereka kemudian saling ketawa kecil.

“Ladies first,” ucap Adrian dengan senyuman setelah ketawa mereka reda.

Alyssa hela nafas sambil mata terarah kepada lelaki di hadapannya.

“You cakap you ada perkara yang perlu dibincangkan dengan I. Apa dia?”

Adrian berjeda. Tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan gadis di hadapannya. Dia juga tidak pasti jikalau Alyssa juga tahu sesuatu yang sama dengannya ketika ini.

“I... tak pasti kalau you tahu ni, yang...”

“Kita terlibat dalam perkahwinan yang diaturkan...” celah Alyssa tenang sebelum menghirup minuman coklat di hadapannya.

Adrian telan air liur.

“You... tahu.”

“I... baru tahu tiga hari yang lalu.”

Sekali lagi ayat Alyssa membuatkan Adrian terkesima. Jadinya, Alyssa baru saja mengetahui apa yang sedang berlaku dalam hidup mereka beberapa hari yang lalu walaupun keluarga gadis itu telah diberitahu lebih awal daripada itu.

“Ayah cakap dia nak beritahu hal ni dah lama. Tapi masa tu, I agak sibuk dengan peperiksaan. Sebab tu ayah baru beritahu I tiga hari yang lepas.”

Adrian angguk kepala tanda faham. Beberapa ketika, pelayan muncul membawakan kopi yang dipesan oleh Adrian tadi.

“Tapi... kenapa I?” Alyssa kembali bersuara setelah pelayan tersebut beredar. 

Adrian yang baru saja mahu menghirup minumannya terhenti sebelum memandang Alyssa.

“They said you are fit to be the Crown Princess.”

“They?” Alyssa kerutkan dahi.

“The royal council. My parents,” balas Adrian bersahaja sebelum menghirup minumannya.

Alyssa diam seketika sebelum kembali bersuara.

“I tak fikir I layak untuk apa yang you cakapkan tadi tu.”

Berkerut dahi Adrian mendengar ayat Alyssa. Majlis Diraja, keluarganya dan pihak istana mengatakan Irene Alyssa adalah yang paling sesuai untuk menjadi isterinya. Tapi gadis di hadapannya ini pula berkata yang sebaliknya. Adakah apa yang difikirkannya bakal menjadi kenyataan?

“Kenapa you cakap macam tu?”

Alyssa jongket bahu. Dia tiada jawapan yang pasti untuk soalan lelaki di hadapannya ini. Apa yang dia tahu, dia tidak berminat dengan kedudukan itu.

“I dengar you dah ada teman wanita.” Sengaja Alyssa ubah topik perbualan. “Siapa nama dia?” Dahinya berkerut, memikirkan jawapan pada soalannya. “Camilla kalau tak silap I. Betul tak?” Matanya kembali kepada lelaki di hadapannya.

Adrian diam, memilih untuk tidak memberikan reaksi pada ayat Alyssa.

“Kenapa bukan dia?” sambung Alyssa dengan riak tenang seperti tadi. “Dia lagi sesuai dengan you. Dia baik. Cantik. Terkenal. Dan yang penting I pasti semua orang akan sukakan dia nanti. Dia sempurna macam gelaran yang orang bagi kepada dia.”

“You pun sempurna juga.”

Alyssa tersenyum kecil dengan ayat balasan Adrian.

“I tak sempurna. I banyak kekurangan.”

“Dalam dunia ni tak ada manusia yang sempurna walaupun you nampak dia sempurna. Sama macam I. I pun banyak kekurangan despite all the good things that people keep talking about me.”

“Tapi bagi I, you sempurna. Macam Camilla tu. Dan, I tetap tak boleh lawan dia. Tak ada apa-apa yang menarik pun tentang I.””

“Latar belakang...” Belum sempat Adrian membalas ayat merendah diri Alyssa, sekali lagi gadis itu memotong percakapannya.

“Kalau ditolak tepi latar belakang I, I cuma seorang manusia biasa.”

“Begitu juga dengan I, Lyssa. Kalau I tak dilahirkan dalam keluarga I yang sekarang, I cuma manusia biasa aje. I mungkin dah capai cita-cita I. Dan tak perlulah I hidup dengan pelbagai peraturan.”

Alyssa mahu bertanyakan sesuatu namun terbantut apabila Adrian berterusan bersuara.

“Apa-apa pun... I nak you tahu, I dengan Camilla tak lebih daripada seorang kawan.”

“Tipulah. Dah banyak kali I baca gosip tentang you dengan dia. Camilla juga yang cakap dia dengan you dalam proses untuk kenal hati budi masing-masing.”

“Itu cerita lama. Tak semua yang media beritahu, you perlu percaya, Lyssa. Kadang-kadang ada yang wartawan tokok tambah... untuk jadikan berita tu sensasi.”

“Tapi you pula tak ada nak beri penjelasan tentang tu.”

“Sebab itu tak penting bagi I. I ada banyak perkara yang lagi penting untuk difikirkan berbanding gosip murahan macam tu.”

“Kalau you dah cakap macam tu...” Alyssa mengangguk lemah. Sekali lagi dia menghirup minuman di hadapannya.

Pandangan dihalakan kembali ke arah luar, di balik dinding kaca yang berada di sebelahnya ketika ini. Dia dapat lihat kereta yang sedang bergerak di jalan raya dengan tenang. Itu belum lagi dengan sepasangan kekasih yang kelihatan sedang berbual sesuatu dengan gelak ketawa sementara menanti lampu isyarat bertukar hijau untuk pejalan kaki. Melihatkan itu, Alyssa teringatkan kembali memori gembira yang hampir dia lupakan.

“Lyssa...”

Suara Adrian mematikan pemerhatian Alyssa terhadap pasangan kekasih itu. Matanya kembali kepada Adrian di hadapannya.

“Apa pendapat you tentang perkahwinan yang diaturkan ni?” Adrian mengeluarkan soalan yang sudah lama dipendamnya semenjak mengetahui Alyssalah calon isterinya.

“You maksudkan... perkahwinan yang membuatkan I menjadi isteri you?”

Adrian mengangguk lemah. Dia tiba-tiba saja berdebar-debar menanti jawapan Alyssa.

Alyssa diam seketika sambil mata memandang Adrian yang turut memandangnya. Dari riak pandangan Adrian itu, lelaki itu sedang menanti jawapannya.

I would say no, Adrian,” ucapnya beberapa saat kemudian.

Adrian terdiam. Dia sebenarnya sudah jangkakan jawapan itu. Tapi, entah mengapa dia tak mahu menerima jawapan itu.

Why?”

Alyssa tersenyum hambar sebelum bersuara.

I told you. I’m not fit to be the Crown Princess.”

“You aje yang fikir macam tu. Tapi, semua orang tak fikir macam you tu.”

“Semua orang tu termasuk you ke? You fikir I layak ke jadi seorang permaisuri? You fikir I layak ke jadi isteri you?”

“Ya.”

Jawapan Adrian yang pantas dan ringkas itu membuatkan Alyssa tergamam seketika. Dia jangkakan, pertemuannya dengan Adrian ketika ini disebabkan lelaki itu seperti dirinya, tidak bersetuju dengan cadangan perkahwinan mereka berdua. Namun, apa yang dijangkakannya itu langsung tidak tepat.

Is it because we are on equal level?”

Yes.” Adrian sebenarnya mahu mengeluarkan ayat lain, tapi mulutnya pula mengeluarkan ayat sebaliknya.

Tersenyum senget Alyssa dengan kejujuran Tengku Adrian ini.

But I still will say no, Ed.”

Adrian mula melepaskan keluhan kasar.

“I pasti you ada pilihan lain kalau I tak setuju. Bukan I aje yang berada dalam senarai calon isteri you.”

“You tak setuju ni sebab you dah ada seseorang ke?”

Alyssa tidak pasti sama ada dia perlu mengeyakan soalan lelaki di hadapannya. Patutkah dia berbohong semata-mata untuk menamatkan perbualan yang mula membuatkan dia tidak rasa selesa? Dia mungkin kelihatan tenang sepanjang berhadapan dengan Tengku Adrian ketika ini. Namun, hatinya Tuhan saja yang tahu.

I don’t have anyone, Ed. I cuma tak berminat dengan perkahwinan yang diaturkan oleh keluarga. Lagi-lagi perkahwinan yang hanya berdasarkan darjat semata-mata.”

“Atau... you sebenarnya masih belum boleh lupakan dia?”

Adrian sangat tahu ayat Alyssa tadi bukanlah jawapan sebenar yang gadis itu mahu tuturkan. Alyssa mungkin berterus terang dengannya, tapi gadis itu tidak berlaku jujur sepenuhnya.

“You merepek apa ni?”

“Aariz.”

Sebaris nama yang keluar daripada mulut Adrian sekali lagi membuatkan Alyssa tergamam. Namun, dia cuba untuk bersikap tenang walaupun dia rasakan ketenangannya sudah hampir kosong saat Adrian menyebut nama itu. Nama yang membuatkan jiwanya mula goyah.

“I tak tahu apa yang you merepek ni, Adrian.” Alyssa mencapai buku di sebelah sebelum memasukkan ke dalam beg. “I rasa setakat ini saja perjumpaan kita.” Dia mula angkat punggung. Namun, belum sempat dia memulakan langkah, Adrian sekali lagi bersuara.

Riz is dead, Lyssa.”

Sebaris ayat yang keluar daripada mulut Adrian, membuatkan Alyssa kembali menoleh kepada lelaki itu. Dia memandang Adrian di hadapannya dengan satu perasaan yang sukar dimengertikan. Dia tidak pasti jikalau dia marah kepada lelaki itu. Tapi apa yang Alyssa tahu, dia tak mahu lagi bertemu Tengku Adrian Eiman. Ini akan menjadi pertemuan mereka yang terakhir.

Beberapa ketika, Alyssa kembali memulakan langkah, menuju ke arah pintu restoran. Adrian ditinggalkan tanpa ucapan selamat tinggal.

Sekali lagi Adrian melepaskan keluhan kasar. Tangannya menumbuk kasar meja di hadapannya, menzahirkan rasa berang yang dirasainya. Dia kemudian mengangkat tangan, mahu membayar minumannya. Namun, ayat pelayan itu membuatkan dia sedikit terkesima.

That young lady has already paid for your drink. She said, whatever balance that she has will be considered as our tip,” ucap pelayan wanita itu dengan senyuman.

Adrian mengangguk faham. Dia kemudian mengeluarkan telefon pintar dari poket seluarnya. Satu nombor didail. Talian berdering seketika sebelum dijawab oleh seseorang.

How is it?” soalnya kepada sang penerima panggilan.

Beberapa ketika, Adrian mengukirkan senyuman lebar mendengar jawapan daripada penerima panggilan itu.

Rancangannya berjaya!

 

No comments:

Post a Comment