ALYSSA baru saja tiba di rumah tatkala Diana meluru ke arahnya dengan cemas.
“Lyssa! Lyssa! You perlu baca ni!”
“Apa?” soal Alyssa dengan malas. Beg di bahu diletakkan di atas sofa sebelum mengambil tempat di situ.
“Tengku Adrian is getting married!” Tinggi saja nada suara Diana tatkala menuturkan ayat itu.
Alyssa jongketkan kening. Cepat betul Adrian menemui penggantinya.
“Dengan siapa?” Nada Alyssa masih kedengaran seperti tadi saat memandang Diana di sebelahnya.
“Tak pasti. Tak ada pula nyatakan kat sini. Laman web ni cuma nyatakan Tengku Adrian berjanji temu dengan bakal isteri di London. Ada gambar lagi.” Diana menyuakan tablet di tangannya kepada Alyssa.
Alyssa mencapai tablet yang dihulurkan oleh Diana. Air liur ditelan apabila melihat gambar yang dipaparkan di skrin itu. Gambar itu hanya memaparkan belakang seorang gadis berambut panjang yang diikat dan wajah yang kelihatan hanyalah wajah Adrian yang diambil dari jauh. Namun, dia sangat pasti gambar itu diambil pada hari pertemuan mereka berdua beberapa hari yang lalu.
“Walaupun tak tahu siapa perempuan ni, I syak ni mesti Camilla,” sambung Diana sambil memandang skrin di tangan Alyssa. “Tengok belakang pun dah tahu.”
Alyssa diam.
“Betullah gosip-gosip pasal Camilla dengan Tengku Adrian tu, ya? Oh my!” Diana berterusan bersuara. “I ingatkan pihak istana tak berminat artis menjadi sebahagian daripada mereka. I dengar selalunya keluarga diraja ni suka aturkan perkahwinan anak-anak mereka. Tak sangka pula Tengku Adrian dapat kahwin dengan gadis pilihan dia.”
Alyssa diam lagi. Dia sejujurnya tidak tahu reaksi yang harus dia tunjukkan dengan berita sedemikian. Gambar yang terpapar di laman web itu adalah gambarnya walaupun tidak mampu dilihat dengan jelas. Namun, artikel itu pula mengandaikan Camilla ialah bakal isteri Tengku Adrian Eiman.
“Kenapa you diam?” Diana mengeluarkan soalan kepada Alyssa. Hairan pula dengan diam Alyssa ini.
Alyssa hela nafas.
“Penat. Apa lagi yang berita tu cakap?”
“Tak ada apa-apa pun.”
“So, dia akan kahwin dengan Camilla tulah?”
“Komen-komen cakap macam tu.”
“Komen? I ingat you cakap artikel tu yang tulis Camilla ialah bakal isteri putera tu.”
“Artikel tu cuma beritahu yang kelibat Tengku Adrian dilihat di London, sedang berjanji temu dengan seorang gadis. Tak beritahu pun Camilla. Dia cuma sebut bakal isteri Tengku Adrian. Dan ada artikel lain tulis Camilla pun berada di London pada waktu tu.”
Alyssa kembali diam.
“You kecewa eh?” usik Diana dengan senyuman mengusik.
“I? Kecewa? Dalam mimpi you ajelah, D.” Alyssa kemudian bangun. Beg yang berada di sofa dicapai kembali. Dia baru saja memulakan langkah ke biliknya, sebelum Diana kembali bersuara.
“Oh, tadi ada orang cari you.”
Langkah Alyssa mati. Dia menoleh kembali kepada Diana.
“Siapa?”
“I lupa pula nama dia. Perempuan. I rasa macam pernah aje nampak dia sebelum ni.”
Alyssa kerutkan dahi. Tertanya-tanya siapa pula yang datang hendak bertemu dengannya.
“Tapi I dah bagi nombor you.”
“You bagi nombor I kat orang yang you tak kenal?” Alyssa beriak tidak percaya.
Diana tersenyum sumbing. Dia tahu dia telah melakukan kesalahan mendengar nada Alyssa itu. Dia agak sibuk dengan kertas kajiannya sebelum tetamu yang tidak dikenalinya itu muncul. Tanpa berfikir dua kali, dia terus beri apa yang tetamu itu mahukan.
“Dia minta. Lagipun dia pun bagi nombor dia. Ada atas meja tu. Kertas warna kuning.”
Alyssa melangkah ke arah meja. Kelihatan sekeping kertas kuning seperti yang diberitahu oleh Diana tadi. Tertera satu nombor telefon tanpa nama pemiliknya. Diana ni, kalau ya pun, tulislah nama orang tu sekali.
Beberapa ketika, kedengaran bunyi nada dering daripada telefon pintar miliknya. Alyssa kerut dahi melihat ‘Unknown Caller’ tertera sekali lagi di skrin telefon. Takkan Adrian lagi memandangkan dia telah menyimpan nombor lelaki itu. Namun begitu, panggilan tersebut dijawab.
“Helo?”
“Alyssa?” Kedengaran suara perempuan di hujung talian.
“Yes. Who is this?”
“Kak Sofia. Do you remember me?”
Alyssa menelan air liur. Tipulah kalau dia cakap dia tidak kenal pemanggil wanita itu. Tengku Sofia, kakak sulung kepada Tengku Adrian. Dia dapat agak tujuan Tengku Sofia menghubunginya. Sah-sah berkaitan dengan apa yang berlaku beberapa hari yang lalu.
“KAK SOFIA jumpa ni sebab nak cakap pasal Adrian ke?” Dengan berhati-hati Alyssa mengeluarkan soalan tersebut. Nasib baik dia langsung tiada kelas atau sebarang aktiviti hari ini. Maka, bolehlah dia bertemu Tengku Sofia walaupun dia sebenarnya sangat tidak mahu bertemu dengan wanita itu.
Tengku Sofia ukirkan senyuman sambil menganggukkan kepala.
“Adrian beritahu yang Lyssa tak setuju. Boleh Kak Sofia tahu kenapa?”
Alyssa diam. Betullah jangkaannya semalam apabila wanita di hadapannya menghubunginya, meminta untuk bertemu.
“Adrian mesti dah beritahu semuanya.”
“Betul ke Lyssa dah ada someone?”
Tergamam seketika Alyssa dengan soalan Tengku Sofia.
“Kalau Adrian beritahu macam tu, Kak Sofia perlu percaya.”
“Kak Sofia tahu tak ada seorang pun antara Lyssa dengan Adrian suka perkahwinan yang diaturkan. Tapi, Lyssa adalah calon yang paling sesuai untuk dia.”
“Lyssa dengar Adrian dah ada calon dia. Kenapa tak terima aje calon pilihan dia?”
“Camilla might have everything that fits the category of a future queen, but ayahanda dan bonda doesn’t approve of her.”
“Kak Sofia boleh kahwin dengan lelaki pilihan Kak Sofia, kenapa Adrian tak boleh buat perkara yang sama?”
Soalan Alyssa itu membuatkan Tengku Sofia tergamam.
“Adrian is different. He is the heir to the throne. Future king to be. Jadi, siapa yang bakal menjadi isterinya perlu dipilih dengan teliti.”
“Lyssa kasihankan Ed. Dia langsung tak boleh ada kehidupan yang dia nak.”
Ayat Alyssa membuatkan Tengku Sofia tersenyum hambar. Dia akui dan bersetuju dengan ayat gadis di hadapannya. Tapi itulah, dia tiada kuasa untuk membantu adiknya punya kehidupan yang lelaki itu inginkan. Jikalau difikirkan kembali, banyak kemahuan diri yang Adrian telah korbankan semata-mata menuruti arahan ayahanda mereka.
“Disebabkan dia tak boleh ada kehidupan yang dia nak, sebab itulah Kak Sofia nak dia ada kehidupan yang terbaik pernah dia ada.”
“Kak Sofia seorang kakak yang penyayang. Tapi, keputusan Lyssa tak akan berubah.”
Tengku Sofia mula melepaskan keluhan kecil. Benarlah kata Adrian. Sukar sebenarnya untuk membuatkan seorang Irene Alyssa berubah fikiran.
“Kak Sofia cuma nak yang terbaik untuk Adrian. Dan Lyssa adalah yang terbaik untuk dia.”
“Kak Sofia yakin ke yang Adrian akan bahagia dengan Lyssa? Kak Sofia sendiri tahu yang Lyssa dah ada someone yang Lyssa masih sayang sampai hari ini. I don’t think I can love Adrian more than him.”
“Tapi...” belum sempat Tengku Sofia menyudahkan ayatnya, Alyssa berterusan bersuara, tidak memberi peluang kepada wanita di hadapannya.
“Ah, lupa! Perkahwinan tu nanti hanyalah perkahwinan yang dimahukan oleh Majlis Diraja. Ia tak perlukan perasaan sayang dan cinta. Am I right?”
Terdiam Tengku Sofia mahu membalas ayat Alyssa itu. Apa yang dikatakan oleh gadis di hadapannya tadi adalah satu fakta. Apabila dia tahu mengenai pemilihan isteri adik lelakinya itu, dia tertanya-tanya sama ada akan adakah perasaan cinta dan sayang dalam perkahwinan itu nanti sepertimana dia dan suaminya?
Belum sempat Tengku Sofia membalas ayat Alyssa, tiba-tiba saja telefon bimbit gadis itu berbunyi. Alyssa menolak panggilan daripada Diana. Namun sekali lagi telefonnya berbunyi.
“Lyssa patut jawab panggilan tu. Mana tahu ia penting,” ucap Tengku Sofia dengan senyuman.
“Sorry.” Alyssa bangun sebelum melangkah ke luar restoran. Jari dihalakan ke ikon menjawab panggilan.
“Babe!” Kedengaran suara Diana.
“D, I agak sibuk sekarang ni. Nanti I call you balik.”
“You kena dengar ni, babe.” Kedengaran suara Diana cemas.
Alyssa mengeluh.
“Apa?”
“Ada gambar bakal isteri Tengku Adrian tu.”
“You call I hanya untuk bercakap benda ni aje ke?”
“Ia penting. I fikir you perlu tahu.”
“D, I don’t care about him!”
“Tapi gambar terbaharu ni menunjukkan Tengku Adrian dengan you.”
Sebaris ayat yang didengar daripada mulut Diana membuatkan Alyssa terdiam seketika.
“You memang kenal Tengku Adrian ke? Kenapa you tak pernah beritahu I?” Diana kembali bersuara.
“Apa yang you merepek ni, D?”
“Ada artikel tunjuk gambar you dan Tengku Adrian. Mereka cakap youlah bakal isteri dia. Artikel tu tak sebut nama you. Tapi perempuan dalam gambar tu sememangnya you, Lyssa.”
Alyssa menelan liur.
“I dah hantar link artikel tu. I...”
“We will talk about this later.” Alyssa menamatkan panggilan. Dia kemudian terus membaca pautan artikel yang dihantar oleh Diana sebentar. Seperti yang diberitahu oleh sahabatnya itu, gambar pertemuan dia dengan Tengku Adrian hari itu terpampang di laman web tersebut. Lebih jelas daripada gambar sebelum ini.
Alyssa hela nafas. Dia rasakan ada satu benda berat baru sahaja menghempap tubuhnya. Dan dia tidak tahu apa yang harus dia rasakan ketika ini. Dia kemudian melangkah masuk kembali ke dalam restoran, menuju ke arah Tengku Sofia.
“Something happened?” soal Tengku Sofia apabila melihatkan riak Alyssa yang mula berubah.
Tanpa bersuara, Alyssa menunjukkan skrin telefon di tangannya kepada Tengku Sofia. Skrin yang memaparkan artikel yang diberitahu oleh Diana tadi.
Tengku Sofia menelan liur apabila membaca tajuk artikel di laman web yang ditunjukkan oleh Alyssa itu. Telefon gadis itu diambil sebelum dia membaca satu per satu apa yang artikel gosip itu tulis.
Beberapa ketika Tengku Sofia kembali menghulurkan telefon pintar di tangan kepada pemiliknya. Alyssa di hadapannya dipandang. Riak gadis itu kelihatan tenang yang mana ia membuatkan dia tiba-tiba berasa janggal. Dia tertanya-tanya apa yang sedang bermain dalam fikiran gadis itu.
“Kak Sofia minta maaf. Perkara macam tu...”
“Kalau disebabkan artikel tu, Lyssa tak fikir Kak Sofia patut minta maaf,” celah Alyssa tenang. “Orang yang baca artikel tu berkemungkinan akan andaikan Lyssa ni kawan Adrian. Lagipun, ni bukan kali pertama dia dilihat dengan perempuan yang berlainan, kan?”
Tengku Sofia tiada keberanian untuk mengeyakan soalan gadis di hadapannya. Nafas dihela sambil matanya memandang Alyssa.
“Walaupun gosip macam ni dah keluar, Lyssa masih tak nak ubah fikiran?”
Alyssa menggeleng.
“Keputusan Lyssa tetap tak akan berubah, Kak Sofia.”
Tengku Sofia hela nafas. Dia sudah kehabisan ayat rundingan terhadap gadis di hadapannya. Entah apa lagi yang dia harus lakukan untuk membuatkan Alyssa mengubah fikirannya. Untuk saat ini, dia harapkan akan ada keajaiban di mana Irene Alyssa ini mengubah fikirannya.
No comments:
Post a Comment