DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday, 14 November 2022

Jesnita - Bab 5


JESNITA memandang seketika lobi bangunan itu. Ada beberapa pekerja lalu-lalang. Perlahan dia mula mendekati pintu utama dan masuk.

“Helo,” sapanya ketika di meja penyambut tetamu.

“Selamat petang, cik. Apa yang boleh saya bantu?” Jesnita tiba-tiba jadi gugup saat terpandangkan logo MoneyMax pada dinding di belakang meja penyambut tetamu itu. Samar-samar dia ternampak biasan dirinya sendiri pada logo itu.

I need to see Mr. Rafael,” ucap Jesnita.

“Mr. Rafael sedang bersama wartawan di conference room, cik.”

Oh, really?” Jesnita sedikit gugup di depan gadis itu.

“Ada appointment ke?” tanya gadis itu lembut.

“Boleh tak you call dia dan beritahu nama I Jesnita. Lets see if he wants to see me,” ucap Jesnita. “Please?” ucapnya lagi separuh merayu saat gadis itu masih kaku, tidak menunaikan permintaannya.

Gadis itu agak ragu-ragu dengan permintaan Jesnita. Namun dia mengangkat gagang telefon. Jesnita memerhatikan gadis itu bercakap di telefon dengan setiausaha Rafael.

“Okey, Cik Jesnita. Cik kena naik lif ni ke level 9. Setiausaha Encik Rafael tunggu di atas,” jelas gadis itu.

Very kind of you. Terima kasih banyak,” ucap Jesnita dengan senyum mekar.

Dia bergegas ke lif. Setiba di tingkat 9, seorang perempuan sudah menunggu di depan lif.

“Cik Jesnita?”

Yes.” Malas dia nak betulkan yang sebetulnya dia ialah Puan Jesnita.

Come this way,” ucap gadis itu lantas membawa Jesnita ke bilik Rafael namun dia disuruh duduk di ruangan menunggu di depan kamar itu.

Jesnita duduk setelah mengucapkan terima kasih. Buat seketika dia memandang ke arah kamar kerja lelaki itu yang sedang terbuka luas. Tertinjau-tinjau dari tempat dia duduk. Matanya terpandangkan almari menyimpan fail yang berpintu kaca. Dia agak... almari itu berkunci. Lagipun mustahil dia dapat melihat apa di dalam almari itu tanpa dilihat sesiapa. Pejabat lelaki itu berdindingkan cermin.

Di conference room mata Rafael cukup peka mengesan kehadiran Jesnita yang baru masuk. Namun lelaki itu berlagak tenang seperti tidak terkesan dengan kehadiran Jesnita di belakang wartawan. Sesi itu dipendekkan oleh Rafael tanpa sebab yang diketahui mereka. Lelaki itu mendekati pintu conference room itu dan memandang ke arah Jesnita, sebagai isyarat mahu wanita itu mengekorinya. Namun dalam pada masa yang sama, wartawan masih mengejar mahukan berita daripadanya.

“Encik Rafael, boleh kami tahu siapa wanita itu?” tanya salah seorang wanita yang memandang ke arah Jesnita.

“Tak salah saya, ini isteri CEO TE, Encik Zaid Dato' Abdullah Sani. Encik Rafael bercinta dengan isteri orang ke?”

Soalan itu tidak dijawab oleh Rafael. Sebaliknya tumpuannya hanya ke arah Jesnita.

Make it fast. I don’t have time for this,” ucap Rafael kepada Jesnita, mahu wanita itu segera keluar dari bilik itu agar mereka boleh mengelak soalan aneh itu semua. Geram melihat Jesnita jalan terhegeh-hegeh.

Di luar, mereka masih diburu oleh wartawan, bertanyakan tentang hubungan mereka. Riak wajah Rafael agak tegang saat menunggu lif. Dan ya... wartawan dan jurugambar tetap datang ke situ. Kebetulan pintu lif terbuka. Dia segera menarik tangan Jesnita agar masuk.

Get out,” ucap Rafael saat ada wartawan mahu menyibuk di situ. Dia lekas menekan butang agar pintu lif tertutup segera.

What do you think you’re doing???” tekan lelaki itu setelah mereka terkepung di dalam lif itu berdua.

Jesnita berlagak selamba sambil merapikan rambutnya.

“Saja. You buat-buat terserempak dengan I sebelum ni. I pun nak buat-buat terserempak dengan you. Oh, kita telah terserempak!” jawab Jesnita sedikit pun tidak gentar dengan kemarahan Rafael. Gelagatnya membuatkan lelaki itu merasa geram.

Rafael memandang Jesnita dengan pandangan tajam. Hatinya mendongkol dengan gelagat liar wanita itu.

Pintu lif terbuka. Jesnita terus keluar terlebih dahulu. Dia berlalu ke satu arah dan Rafael hanya mengekori dengan langkah yang laju.

 

“AHMAD RAFAEL Rahman, CEO MoneyMax. You’ve got good taste. Expensive,” ucap Jesnita setelah mereka masuk ke bilik kerja Rafael. Di dalamnya dekorasi tampak mewah dan amat moden.

“Pergi dari sini. Jangan buat gila kat sini. Ini bukan playground untuk you,” ucap Rafael agak tajam.

“Jadi, TE playground untuk you? I pulak you punya toy?” balas Jesnita lantas berpaling memandang ke arah Rafael yang berdiri sedikit jarak daripadanya.

May I?” ucap Jesnita lantas menuding ke sofa. Dia mendekati sofa lalu duduk dan menindih kaki dengan penuh gaya.

What do you want, Jes?” tanya Rafael.

An answer,” balas Jesnita selamba.

“I tak ada kepentingan untuk jawab dekat you,” ucap lelaki itu dalam nada dingin.

“Sombongnya! Syarat kedua you dengan Zaid, you rasa I tak berhak tahu apa-apa? You tak perlu kebenaran dia untuk kahwin dengan I. Tapi you kena ada persetujuan I. Let me tell you something. You’re dealing with the wrong person, Rafael.”

Really? Jadi you datang sini semata-mata nak sampaikan itu saja?” Lelaki itu tersenyum, menahan tawa. Dia anggap wanita itu bagaikan gold digger yang bimbo. Tidak lebih daripada itu.

Rafael berlalu ke arah dinding cermin. Berdiri memandang ke luar sambil tersenyum sendiri mendengar amaran Jesnita tadi. Takutnya dia dengar!

“Betul ke you kahwin dengan Zaid sebab cinta?” tanya Rafael.

None of your business. Kalau I kahwin dengan dia sebab lain pun... you tak berhak datang mengacau kehidupan kami. I tahu you lelaki yang di atas yatch tu. I datang ke sini dengan soalan... kenapa you minta Zaid supaya ceraikan I? Dah tak ada perempuan lain atas dunia ni ke?” ujar Jesnita.

“Sebab I nak you. I memang nak kahwin dengan you,” ucap Rafael tanpa memandang wanita itu.

Jesnita tergelak mendengarkan itu. Dia bangkit mendekati Rafael.

“You nak I? Gold digger ni? I datang sini sebab Zaid tak guna tu tak datang sini selesaikan masalah ni. I need my answer. Kenapa I dilibatkan dalam urusan you dengan Zaid?” ucap Jesnita bersungguh-sungguh.

Lelaki itu memusingkan tubuhnya memandang Jesnita dengan lagak tenang dan selamba.

“Sebab you... Jesnita,” ucap Rafael dengan tatapan yang dalam buat Jesnita.

Rafael bergerak menjauhi wanita itu seela. Namun dia masih memandang Jesnita dengan senyuman yang cukup tampan.

Jesnita menoleh mencari pandangan Rafael.

“Apa tu? I tak faham drama you,” ucap Jesnita dengan riak geli-geleman dek jawapan Rafael tadi. Kerana dia Jesnita... so?

Oh, don’t be naive!” ucap Rafael spontan. Dia tersenyum entah kenapa. Dia tahu wanita itu hanya berpura-pura. Dia tahu Jesnita hanya gemarkan lelaki kaya.

“Kalau you tak terima I, bermaksud you akan lihat Zaid mengalami keadaan yang lebih teruk dari sekarang. Banyak yang I boleh buat dekat dia. Don’t ask for it. You won’t like it,” ucap Rafael sedikit sinis.

Jesnita diam kala itu. Tidak tahu mahu menjawab apa. Ya, dia kalau boleh hendak melepaskan diri daripada Zaid kerana dia cukup bencikan Datin Syafinaz. Keduanya... dia memang bencikan Zaid juga. Tapi lelaki itu? Kahwin dengan Rafael tiada dalam jadual hariannya. Apa mahu lelaki itu daripadanya sebenarnya? Itu persoalannya.

Bimbang... lari daripada kandang singa, masuk ke kandang harimau. Sama saja.

“I boleh buat lebih daripada apa yang I pernah buat pada dia. I akan buat sehingga you terima I,” ucap Rafael biasa.

“Apa yang you pernah buat pada Zaid?” tanya Jesnita. Mula terfikirkan kejadian Zaid dibelasah. Namun kata Zaid, itu kerja bekas pekerja yang menuntut gaji.

“You suka hidup susah?” duga Rafael tanpa memberikan jawapan pada soalan Jesnita tadi.

Jesnita terus terdiam. Oh ya... bab itu memang dia alergi sikit. Bukan sikit sebenarnya, tapi banyak!

You know... semua benda yang berkaitan dengan kehilangan duit di TE, akan kekal bersama you berdua. You suka hidup merempat?” duga Rafael.

Jesnita terus menarik nafas panjang sebelum jemarinya diletakkan di bibir yang terlopong.

“Oh ya... I memang tak bolehlah hidup susah ni, sayang. Betul juga. Mana you tahu I tengah merempat ni, Rafael?” ucap Jesnita. Dalam hati dia nak tergelak dengan keyakinan lelaki itu. Dia keluar dari rumah puaka itu bukan sebab takut jatuh miskin. Sebaliknya kerana tidak tahan duduk serumah dengan Datin Syafinaz yang sedang meroyan.

Rafael terus memerhatikan wanita itu. Dia tahu Jesnita sudah mula berbolak-balik pendiriannya.

I’m curious. Who am I to you? Kita tak pernah kenal sebelum ni. Tak pernah berkawan. Kenapa you kena peduli kalau I merempat atau susah sekalipun? Ramai orang lain hidup merempat juga, you kahwin dengan semua orang tu?” tanya Jesnita mula kembali ke watak asalnya. Dia mula memandang Rafael dari atas ke bawah, mencari makna daripada semua tindak-tanduk lelaki asing itu.

“You akan dapat jawapan tu juga akhirnya,” balas Rafael bagi menutup mulut wanita itu daripada bercakap banyak.

Are you kidding me? We’re talking about my life here,” ucap Jesnita geram dengan segala teka-teki yang diberikan oleh Rafael semenjak tadi.

Soon... very soon you’ll know,” balas Rafael.

“You ada syarat you. I juga ada syarat I. I mahu diberikan kepentingan dalam TE. And 5 million cash! Deal?” ucap Jesnita dengan sengih jahat.

Money again?” telah Rafael.

Why not? I kan tak boleh hidup susah? You ni... berapa kali I nak cakap ni, sayang? I kan gold digger,” ucap Jesnita lantas ketawa manja. Dia bergerak menjauhi lelaki itu. Namun ketika di pintu, dia memandang lelaki itu semula.

5 million ya? Soon you’ll know everything about me, Rafael. Can’t wait to see that. Jesnita... the gold digger!” ucap Jesnita lantas ketawa diva di akhir bicaranya. Saham Temenggung Emas itu dia tidak peduli benar. Lantaklah kalau lelaki itu tidak mahu bagi pun. Bukannya syarikat itu ada untung pun sekarang. Tetapi wang 5 juta itu dia mahu kerana dia sudah ada perancangannya sendiri.

Lelaki itu tidak terus menjawab. Dia tersenyum sendiri dengan gelagat Jesnita.

“Sayang? Huh!” Rafael ketawa sendiri. Yakin tembok hatinya tidak mudah rebah dengan wanita cantik itu. Ketika berjalan ke lif, Jesnita sempat bertanya kepada seseorang yang melintasinya.

“Ada sesiapa yang bekerja di sini bernama Dayana?” Lelaki itu mengangkat kening.

Yes. She’s our Assistant Director. Cik nak jumpa dia ke?” ucap lelaki itu.

No, I saja tanya. Thank you,” ucap Jesnita lantas terus ke lif.

 

“ZAID, AKU rasa kau kena tengok ni...”

Zaid ketika itu sedang duduk berdua dengan mamanya di ruang tamu rumah itu. Tiba-tiba muncul Fauzi di situ bersama tablet di tangannya.

“Ada berita tentang Jesnita. Kau kena tengok ni, Zaid...” ucap Fauzi lagi.

Zaid pada awalnya terpaku memandang beberapa keping gambar. Salah satunya, dia terlihat Rafael seperti memegang belakang pinggang isterinya dan mereka berjalan bersama. Namun hatinya berdetak hebat melihat isterinya bersama Rafael.

Datin Syafinaz juga ikut terkejut melihat gambar di dalam berita elektronik itu.

“Tak guna punya menantu!” jerit Datin Syafinaz. Namun dalam keadaan ini, dia melihat peluang sedang terbentang luas untuk membalas sakit hatinya kepada Jesnita dan memaksa anaknya menceraikan menantunya itu.

“Zaid, pandang sini...” ucap Datin Syafinaz. Dia lihat anaknya kaku dan longlai setelah melihat gambar itu. Dia meraih wajah anaknya agar memandang kepadanya.

Listen here, my boy...” ucap sang ibu.

“Mama sayang Zaid lebih daripada segala-galanya. Mama besarkan Zaid bukan untuk diperbodohkan oleh perempuan macam ini. Ceraikan dia,” ucap Datin Syafinaz.

“Tapi Zaid sayangkan dia, ma...”

“Dia tak sayangkan Zaid. Kalau dia ikhlas, dia takkan pergi kepada Rafael saat Zaid dalam kesusahan. Dia takkan biarkan lelaki lain dekati dia di depan orang ramai begini. Sekarang satu Malaysia tahu Jesnita ni perempuan sundal!”

Zaid diam. Namun jiwanya berperang sesama sendiri.

For once... please listen to me. Let her go!” ucap Datin Syafinaz.

Zaid tunduk meraup rambutnya. Sesungguhnya inilah saat yang paling menyedihkan untuknya. Dia keliru. Dia tidak tahu apa yang patut dibuat.

Tidak lama kemudian, muncul Jesnita di rumah. Jesnita memandang ke arah suaminya.

What?” ucap Jesnita hairan dengan suasana aneh di ruang tamu itu. Dia memandang ibu mentuanya. Kemudian kepada suaminya semula.

“Oh, you dah tahu pasal tu,” ucap Jesnita setelah membaca reaksi Zaid. Dia percaya Zaid sudah melihat berita itu.

Zaid kaku tidak menjawab. Matanya tajam memandang isterinya. Perbuatan Jesnita mencabarnya. Dan reaksi itu menyakitkan hatinya. Jesnita seolah-olah tidak merasa bersalah kerana pergi bertemu dengan lelaki lain.

I don’t think you need me anymore. Ceraikan I,” ucap Jesnita tanpa merasa bersalah.

“Apa kau dah buat? Aku suruh tolong suami kau. Bukannya pergi menggatal dengan jantan lain. Menantu tak guna!!!”

Oh, shut up! Aku pun tak ingin ada mentua macam kau. Bukan kau nak sangat ke Zaid terima syarat kedua tu? Sekarang nak play victim pulak,” balas Jesnita jengkel.

Kata-kata itu membuatkan Datin Syafinaz segera menerpa ke arah Jesnita. Mereka berdua mula bertarik rambut pula.

“Perempuan sundal!!! Kau ingat kau boleh lepas daripada aku???” ucap Datin Syafinaz saat menampar Jesnita.

Jesnita turut membalas dengan memukulnya.

Fauzi dan Zaid segera meleraikan pergaduhan itu. Namun tidak berjaya. Kedua-dua perempuan itu saling memaki hamun antara satu sama lain. Sehingga ke satu saat, Jesnita mengambil pasu dan cuba menghentak kepala Datin Syafinaz. Hentakan itu tidak sepenuhnya mengenai kepala Datin Syafinaz namun mengenai anggota badan yang lain.

Zaid terjerit-jerit meminta isterinya berhenti mencederakan mamanya. Namun Jesnita macam dirasuk hantu. Saat Datin Syafinaz sudah lemah, dia duduk di atas Datin Syafinaz yang terbaring di lantai dan memukul wanita itu bertalu-talu. Tidak dipedulikan kata-kata sang suami agar berhenti mencederakan mentuanya itu.

“Biar kau mampus! Perempuan gila! Aku dah penat bersabar dengan kau. Mulut kau semenjak dulu memang jahat,” ucap Jesnita sambil mencekik Datin Syafinaz. Saat mencekik wanita itu, dia hanya terbayangkan Zainal.

Penamatnya apabila Zaid menjerit kepada isterinya.

“Jesnita, aku ceraikan kau!!!”

Demi sepotong ayat itu, Jesnita terhenti mengerjakan Datin Syafinaz. Dia bangun lalu berhadapan dengan suaminya.

Datin Syafinaz terbatuk-batuk akibat dicekik oleh Jesnita.

“Aku ceraikan kau...” ucap lelaki itu sekali lagi. Zaid mendekati mamanya sebelum dia menoleh kepada Jesnita dengan pandangan benci.

Get out of my life! What are you waiting for? Perempuan sundal!” ucap Zaid sambil membantu ibunya.

Fine,” ucap Jesnita sebelum dia berlalu ke tangga. Mahu pergi mengambil barang-barangnya.

Di bilik dia ketawa pula.

“Aku baru aje kena cerai. Finally... tak susah kerja aku. Sundal pun sundallah! Sundal aku pun... kau yang nak sangat dekat aku dulu,” ucap Jesnita seorang diri. Tidak langsung merasa sedih setelah diceraikan suaminya. Siap dapat gelaran sundal.

Wanita itu sekadar mengambil beberapa barangan penting. Dia turun ke bawah. Kehadirannya disambut oleh senyum kemenangan Datin Syafinaz setelah anaknya menceraikan Jesnita.

“Zaid, sekali dah ludah... jangan jilat semula. Aku tak akan pandang muka kau lagi,” ucap Jesnita kepada lelaki itu.

“Kau perempuan tak ada maruah. Berhambus dari sini! Aku boleh hidup tanpa kau. Kau belum tentu! Jesnita Hafsham... aku ceraikan kau,” balas Zaid masih berang. Tidak sedar apa yang sudah dibuatnya tadi.

“4 bulan... Aku kahwin dengan kau 4 bulan saja,” ucap Jesnita sambil menuding muka lelaki itu dengan jari telunjuknya.

“Memang. Sebab kau perempuan tak sedar diri. Bila aku dah susah, kau pergi kepada jantan lain!”

“Aku pergi pada dia untuk tanya apa dia nak daripada aku. Kau buat apa? Kau duduk diam termenung kat sofa ni tak henti-henti. Kau tak pergi pejabat. Kau tak buat apa-apa pun. Tu... syarikat tu boleh jalan sendiri ke? Kau memang tak guna. Macam ni cara kau handle business?” ucap Jesnita tajam.

“Eh, aku tak perlulah tunjuk ajar daripada perempuan tak habis sekolah macam kau. Kau hanya tahu habiskan duit aku!” tengking Zaid.

“Pasal tu, budak baru habis tingkatan 5 pun tahulah, Zaid!” cemuh Jesnita.

Jesnita memandang Datin Syafinaz yang konon-kononnya sedang memujuk Zaid.

“I pulangkan semula anak lelaki kau ni ke pangkuan mama dearest. Popoklah dia baik-baik ya?” ucap Jesnita kepada ibu mentuanya itu.

“Kau tak payah nak perli akulah! Kau dah kena cerai pun. Kau tak dengar apa dia cakap tadi ya? Berhambus!” ucap Datin Syafinaz terasa menang kerana sudah berjaya membuatkan anaknya menceraikan Jesnita.

“Okey. Okey... balik semula pada hidup yang sebenar.” Jesnita terus berlalu sambil tersenyum-senyum.

Di luar rumah, dia menyedut udara dalam-dalam bagaikan banduan yang baru saja bebas daripada hukuman penjara.

 

**BERMINAT? Boleh hubungi/WhatsApp no ini : 

011-40049752 (Admin Nina) / 019-3729676 (Admin Shida)

No comments:

Post a Comment