DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday 30 November 2022

Suri Hati Sang Putera - Bab 6


DIA melangkah keluar dari balai ketibaan sambil mengheret bagasi di belakang. Kadangkala dia akan membetulkan cermin mata hitam dan juga topi di kepala sambil mengayunkan kaki ke arah pintu keluar lapangan terbang itu.

Setibanya di pintu keluar lapangan terbang itu, dia terus masuk ke dalam sebuah teksi yang kelihatan di situ. Destinasi dimaklumkan kepada pemandu teksi. Helaan nafas kemudian dilepaskan tatkala teksi tersebut mula bergerak, meninggalkan kawasan lapangan terbang. Mata mula dipejamkan sambil minda mengimbau kembali perbualan dengan ayahnya seminggu yang lalu, sebelum kepulangannya ke Eurovia.

“Bila Lyssa balik nanti, akan ada perjumpaan dengan keluarga diraja. Mereka mahu jumpa kita,” ucap Megat Zahari di hujung talian.

“Untuk apa?” Nada Alyssa kedengaran sedikit tidak puas hati.

Semenjak pertemuan dengan Tengku Sofia, tak habis-habis isu Putera Mahkota diketahuinya. Itu belum lagi dengan situasi bagaimana dia mahu terangkan kepada Diana tentang gambarnya dengan Tengku Adrian yang tersebar itu.

Dia berbohong kepada sahabatnya mengatakan pertemuannya dengan Tengku Adrian hari itu tak lebih daripada seorang kawan memandangkan mereka telah kenal sejak kecil disebabkan ayahnya dengan raja Negara Eurovia adalah kawan baik. Mujurlah, Diana jenis yang mudah percaya dengan apa yang dia beritahu.

“Nak berbincang tentang perkahwinan Lyssa dengan Tengku Adrian.”

Ayat Megat Zahari yang itu membuatkan Alyssa seolah-olah terkena renjatan elektrik. Dia salah dengar ke?

“Ayah merepek apa ni? Lyssa dah cakap Lyssa tak setuju, kenapa pula nak berbincang tentang perkahwinan?”

“Ayah... dah setuju untuk terima lamaran mereka tu.”

“You what?” Nada Alyssa naik senoktah.

Kedengaran keluhan di hujung talian.

“Ayah tahu Lyssa tak bersetuju tapi dengan apa yang berlaku sekarang ni... gambar Lyssa dan Tengku Adrian...”

“Lyssa dah beritahu yang gosip tu nanti akan berhenti. Itu bukan kali pertama Tengku Adrian dilihat dengan perempuan yang berbeza. Lyssa bukannya satu-satu perempuan yang disenaraikan sebagai calon isteri dia dalam gosip tu. There are a lot of girls, ayah,” celah Alyssa sedikit berang.

“Ayah tahu. But the royal family need to take a stand. Mereka fikir makin lama mereka biarkan, berdiam diri, akan ada banyak lagi gosip buruk tentang Tengku Adrian. Jadi, mereka dah buat keputusan untuk umumkan hal yang sebenar.”

“Hal sebenar?”

“Hal sebenar mengenai Lyssa dan Tengku Adrian.”

“Tak pernah ada hal sebenar antara Lyssa dengan dia, ayah. Mereka cuma nak gunakan Lyssa untuk menutup malu,” marah Alyssa.

“Irene Alyssa...” tegur Megat Zahari.

 “Walau macam mana sekalipun, Lyssa tetap dan tak akan pernah setuju!” Nada Alyssa kedengaran mendatar.

“Lyssa setuju atau tak, keputusan telah dibuat. You are going to marry Tengku Adrian.”

Alyssa mengeluh kasar.

“Lyssa akan balik ke Eurovia dalam masa dua minggu lagi. Ayah dah maklumkan kepada Wafi untuk uruskan semuanya.”

Alyssa kemudian menamatkan panggilan tanpa mengucapkan selamat tinggal. Dia sudah tiada keinginan untuk meneruskan perbualan, mengetahui tak ada guna juga dia berterusan membantah. Silap hari bulan dia akan dianggap anak derhaka disebabkan meninggikan suara kepada ayahnya.

“Kita dah sampai, cik.” Suara pemandu teksi di hadapannya mematikan lamunan Alyssa.

Alyssa pandang ke luar tingkap sebelum melangkah keluar dari teksi tersebut. Dia kini berada di hadapan pintu masuk sebuah bangunan residen mewah. Duit tambang kemudian dihulurkan kepada pemandu teksi yang baru saja mengeluarkan bagasinya dari but.

“Simpan bakinya.”

“Terima kasih,” ucap pemandu teksi itu dengan senyuman sebelum kembali melangkah masuk ke dalam teksi.

Alyssa hela nafas sedalam-dalamnya. Bangunan residen mewah di hadapannya diperhatikan dengan perasaan kosong. Untuk beberapa hari selepas ini, tempat ini akan menjadi kawasan persembunyiannya. Kawasan persembunyian daripada segala hal yang mengganggu perasaan dan jiwanya.

Dia kemudian melangkah masuk, menuju ke arah lif yang kelihatan di lobi. Beberapa saat kemudian, pintu lif terbuka. Alyssa melangkah masuk bersama-sama sepasang suami isteri yang turut menanti lif bersamanya tadi.

“You dengar tak berita yang Tengku Adrian akan kahwin nanti?” Si isteri mula bersuara setelah membaca sesuatu dari skrin telefonnya.

“Bukan itu semua gosip aje ke?” soal si suami dengan nada malas.

“Ini betul. Yang paling betul,” balas si isteri yakin.

“Dengar khabarnya, isteri Tengku Adrian nanti adalah daripada golongan bangsawan.”

“Baguslah. Lebih baik daripada model perempuan tu. Apa nama dia?”

“Camilla. Tapi Camilla tu pun cantik, baik. Dan tak pernah ada gosip buruk. Kenapa pihak istana tak pilih dia?”

“Adalah sebab tu. Kalau I jadi pihak istana pun, I tak akan pilih Camilla tu. Nampak sangat hipokrit.”

How dare you say such a thing about my favourite celebrity!” marah si isteri.

That’s your favourite celebrity, not mine,” balas si suami selamba.

Si isteri mencebik.

“Jarang I nak jumpa lelaki tak suka Camilla.”

“You dah jumpa seorang. I. Sebab I lagi suka you daripada Camilla tu,” balas si suami dengan senyuman yang mana membuatkan wajah si isteri mula kemerahan mendengar ayat manis suaminya.

Alyssa yang berada di belakang pasangan suami isteri tersebut hanya mampu mengukirkan senyuman geli hati dengan perbualan yang didengarnya tadi. Beberapa ketika kemudian, pintu lif kembali terbuka. Pasangan suami isteri itu melangkah keluar, meninggalkan Alyssa sendirian di dalam lif.

Sementara menanti lif tiba ke tingkat 30, Alyssa mengeluarkan telefon pintar dari tas tangannya. Dia masih belum menghidupkan telefon pintarnya yang dimatikan ketika dalam penerbangannya beberapa jam yang lalu.

Beberapa minit kemudian, Alyssa telah tiba di tingkat 30. Dia melangkah keluar dari lif sambil mengheret bagasi menuju ke unit yang berada di hujung aras. Kad akses dilayangkan pada pemegang pintu di hadapannya. Satu bunyi beep kedengaran yang membolehkan Alyssa melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. Pintu kemudian diselak secara manual.

Topi dan cermin mata ditanggalkan. Nafas dihela dengan senyuman melihatkan keadaan apartmen mewah di hadapannya. Masih lagi berada dalam keadaan yang sama pada kali terakhir dia menjejakkan kaki ke situ. Bersih dan kemas.

Bagasi kemudian ditinggalkan di ruang tamu sebelum Alyssa melangkah ke arah balkoni. Sekali lagi nafas dihirup, cuba untuk menikmati pemandangan kota metropolitan di hadapannya ini. Sepertimana dia berada di sini beberapa bulan yang lalu, pemandangan di hadapannya masih seperti dulu. Tak ada apa-apa yang berubah tentang Eurovia.

Dia sepatutnya pulang ke Eurovia dalam masa tujuh hari lagi, menuruti arahan ayah. Namun, dia memilih untuk pulang lebih awal dan tanpa pengetahuan sesiapa pun. Dia perlukan masa untuk menenangkan diri daripada segala yang mengusutkan jiwanya.

 

Seminggu kemudian...

WHAT DO you mean she is not at the airport?” Nada Megat Zahari kedengaran sedikit mendatar mendengar apa yang dimaklumkan oleh setiausaha peribadinya sebentar tadi.

We have been waiting for one hour but there's no sign of her, sir...” suara Wafi di hujung talian.

Megat Zahari melepaskan keluhan.

Have you checked the CCTV?”

“We did, sir. There's no sign of her coming out of the arrival hall.”

Megat Zahari diam.

Check whether she was on the flight or not.”

Will do that, sir.”

Update me if have anything.” Panggilan ditamatkan. Matanya kemudian memandang isterinya, Syarifah Azean.

“Anak awak.” Kepala kemudian digeleng.

“Anak saya, anak awak juga,” balas Syarifah Azean tenang. Dia mencapai cawan berisikan minuman teh panas di hadapannya.

“Lyssa pun tak dapat dihubungi,” kedengaran suara Megat Aiman, abang Alyssa. Dia memandang kedua ayah dan ibunya. Jujur, dari semalam lagi dia cuba menghubungi adiknya namun tidak berjaya. Sama ada signal telefon di sana teruk atau Alyssa dengan sengaja mematikan telefon bimbitnya.

Megat Zahari menghela nafas. Beberapa ketika telefon bimbitnya berdering. Nama Wafi tertera di skrin.

“Macam mana?”

Tiga minit penjelasan Wafi di hujung talian membuatkan Megat Zahari melepaskan keluhan sekali lagi. Mahu tercabut jantungnya mendengar laporan lelaki itu.

“Cari dia!” arah Megat Zahari.

“Baik, tuan.”

Megat Zahari kemudian menamatkan panggilan. Dia memandang isteri dan anak-anaknya. Masing-masing sedang menanti apa yang bakal keluar daripada mulutnya.

“Alyssa dah ada kat Eurovia seminggu yang lalu. Dia ambil penerbangan lain.”

Megat Aiman dan Syarifah Azean kelihatan sedikit terkejut dengan apa yang didengar daripada Megat Zahari sebentar tadi.

“Dia tentu ada kat mana-mana dalam bandar ni,” ucap Syarifah Azean tenang.

“Man akan cari Lyssa,” Megat Aiman mencelah. Dia dapat mengagak di mana adik perempuannya berada. Sah-sah Alyssa berada di ‘tempat persembunyian’ kegemaran gadis itu.

“Bagi dia masa bertenang, Man.” Syarifah Azean geleng kepala. “Dia perlukan masa untuk hadam apa yang terjadi.” Jelingan dihulurkan kepada suaminya yang berada  di hadapannya.

“Kakak mesti terlalu tertekan dengan apa yang berlaku sekarang ni,” kedengaran pula suara Megat Amirul, adik bongsu Alyssa.

Megat Aiman yang berada di sebelah Megat Amirul mengangguk bersetuju. Alyssa jarang berperangai sebegini melainkan sesuatu telah mengganggu gadis itu. Dia sangat faham adik perempuannya itu.

“Alyssa mungkin sukar dijangka, tapi dia tahu apa yang dia sedang buat,” sambung Syarifah Azean. “Bagi dia masa. Bila dia dah okey, dia akan balik.”

“Tapi, perjumpaan tu dalam masa tiga hari lagi. Macam mana kalau dia tak balik lagi waktu tu?”

“Macam yang mama cakap tadi. Dia tahu apa yang dia buat. Tak susah pun nak cari dia kat Eurovia ni.” Mata Syarifah Azean terarah kepada anak-anak lelakinya.

Megat Zahari yang mendengar perbualan isteri dan anaknya melepaskan keluhan.

“Cari adik kamu tu,” arahnya kepada anak lelaki sulungnya. Seusai ucapkan itu, dia beredar dari ruang tamu.

“Tapi, mana kita nak cari kakak?” soal Megat Amirul kepada abangnya.

“Abang tahu kat mana.”Megat Aiman memandang Syarifah Azean yang kelihatan sangat tenang. Langsung tidak risau seperti ayahnya tadi. Tertanya-tanya, adakah ibunya sememangnya mengetahui dari awal apa yang sedang dilakukan oleh Alyssa sekarang ini?


No comments:

Post a Comment