DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday 11 December 2017

Kunci Hati Hanim - Bab 4

PERTEMUAN yang dinanti. Hari ini sekali lagi
Izzat akan bertemu dengan Hanim untuk menandatangani
dokumen berkenaan jual beli keretanya. Jam dijeling. Seperti
sebelumnya, Hanim lewat lagi. Lengan kemeja yang kemas
terletak dibuka butangnya sebelum dilipat hingga ke siku.
Dia paling tidak suka menunggu tetapi sejak bertemu dengan
Hanim, dia seperti tidak kisah menunggu kehadiran wanita
yang berwajah serius itu.
Jam dijeling lagi. Sudah sejam dia menunggu. Baru
saja dia ingin mengangkat punggungnya dari kerusi, bayang
Hanim mula menjengah. Termengah-mengah dengan wajah
yang merah. Lama mata Izzat tertancap pada wajah itu.
“Maaf.”
Seperti sebelumnya, hanya sepatah yang keluar dari
bibir Hanim apabila berhadapan dengan Izzat. Kerusi ditarik
dan tanpa lengah, Hanim melabuhkan duduknya berhadapan
dengan Izzat.
“Again.”
Faham dengan maksud kata-kata Izzat, Hanim
tunduk seperti pesalah. “Sorry.”
“Apa alasan awak hari ini?”
Wajah diangkat dan mata Hanim bersabung dengan
pandangan mata Izzat. Alasan? Tayar kereta dia pancit sewaktu
dalam perjalanan ke sini. Nak tukar tayar sendiri memang dia
tidak pandai. Terpaksalah tunggu abangnya datang. Nasib
baik Hasif berada di kawasan yang berdekatan. Walaupun
dekat, hampir setengah jam juga dia menunggu. Lepas itu
kena tunggu Hasif tukarkan tayar kereta lagi. Dekat situ saja
dah berapa lama masa yang dia ambil. Tapi, semua itu hanya
mampu diluahkan dalam hati. Mulutnya terkunci rapat. Satu
alasan pun tidak terluah dari bibirnya yang merah itu.
“Look. Hari tu pun awak datang lambat tapi saya
diamkan, tak minta awak jelaskan apa-apa pun. Tapi, hari
ni saya nak dengar penjelasan daripada awak, kenapa awak
datang lambat Cik Hanim?”
Tangan dijatuhkan ke atas riba. Mahu saja rasanya dia
bangun dan meninggalkan lelaki itu sendirian. Bosan apabila
semua perkara perlu dijelaskan. Dia sudah ada dekat sini tak
boleh ke mereka teruskan saja perbincangan mereka hari ini?
Dan sekali lagi, semuanya hanya mampu diluahkan di dalam
hati. Langsung tiada kata yang lahir dari bibir Hanim.
Izzat menghembus nafas kasar. Belum pernah dia
berjumpa dengan orang yang berat mulut seperti Hanim.
Pelik, macam manalah Hanim boleh bekerja sebagai car
dealer. Setahu dia, pekerjaan seperti ini memerlukan seorang
yang ringan mulut, suka bercakap. Tapi Hanim, sebaliknya
pula.
“Dah tak boleh cakap pula ke?” Sinis kedengaran
soalan Izzat.
Hanim memejam mata sesaat. Malas mahu berbalas
kata dengan Izzat, segala dokumen yang dibawa diletakkan
di atas meja. “Ini dokumen yang perlu encik teliti. Kalau
encik dah faham semua, bolehlah encik tandatangan dekat
sini.” Hanim meneruskan agendanya tanpa mempedulikan
renungan tajam Izzat. Dia datang disebabkan kerja, jadi
hanya soalan yang berkaitan dengan kerja saja yang akan
dibicarakan. Soal lain, lelaki di hadapannya ini tiada hak
untuk ambil tahu.
Izzat menggeleng dalam senyuman. Tetap juga
senyuman sinis yang dia lemparkan. “If you keep showing
this kind of attitude, memang takkan ke manalah awak
jawabnya.” Kertas yang terdampar di hadapannya ditarik dan
dibaca satu per satu. Sedar dengan pandangan tidak puas hati
Hanim, dibiarkan saja. Kalau dia cakap banyak pun bukan
Hanim akan balas balik kata-katanya.
Sambil membaca dokumen di tangan, Izzat turut
menjeling ke arah Hanim yang masih setia duduk berhadapan
dengannya. Kelihatan wanita itu tunduk menekur jari
sendiri. Terasa lain benar apabila mata tajam itu turut
merenung ke dalam anak matanya tadi. Pipinya kelihatan
sedikit cengkung, namun masih sedikit berisi di bahagian
tulang pipinya. Rambut yang lurus dilepas bebas. Juntaian
rambut yang melindungi mata diselitkan di tepi telinga agar
tidak mengganggu pandangan matanya.
‘Sempurna!’ Terdetik perkataan itu saat mata nakal
Izzat menjelajah ke seluruh pelosok wajah Hanim. Tetapi
ada satu yang Izzat perasan sejak pertemuan kali pertama
mereka, kesempurnaan pada wajah Hanim tidak mampu
melindungi aura kecewa pada wajahnya itu. Adakah Hanim
sedang kecewa? Tapi kenapa?

SEDANG DIA leka mengulit jari sendiri, tiba-tiba terasa
seperti dia sedang diperhatikan. Wajah diangkat dan
pandangan mata Hanim terus bertaut dengan pandangan
mata Izzat yang sedang leka memandang ke arahnya.
“Encik?”
Tiada tindak balas daripada Izzat.
“Encik Izzat dah sudah ke? Ada apa-apa yang encik
tak faham?”
Bagaikan baru tersedar daripada mimpi, Izzat
tersentak. Panas terasa wajahnya apabila ditangkap sedang
merenung Hanim di hadapan. Ditangkap pula oleh tuan
punya badan sendiri. Bertimpa-timpa rasa malunya.
“Hmm... No! I’m not done yet.” Perlahan Izzat
menjawab. “Ouh ya, kalau awak nak minum ke makan ke,
orderlah. Everything is on me.”
Hanim menggeleng tanda menolak.
Tanpa sedar Izzat mengeluh lemah. Suka sangat
guna bahasa isyarat macam itu. Tak boleh ke kalau cakap
sepatah pun. Jawab tak nak pun jadilah. Dah macam ada emas
pula dalam mulut itu. Kertas di tangan diletakkan semula di
atas meja sebelum dia bangun dari duduknya.
“Saya nak ke tandas sekejap.”
Terasa lelah berhadapan dengan Hanim yang
berat mulut, dia perlukan sedikit ruang untuk bertenang.
Bertenang dengan perangai Hanim dan bertenang daripada
terus jatuh cinta dengan car dealernya. Jatuh cinta?
Belakang badan Izzat yang semakin menghilang
dipandang tanpa rasa. Tanpa sedar, Hanim juga turut
mengeluh lemah. Kemudian badannya disandarkan ke
belakang. Dalam ramai-ramai client, entah kenapa Izzatlah
client dia yang paling membosankan. Lama lagi ke nak habis?
Hanim mengeluh bosan. Matanya diliarkan ke sekeliling
restoran. Suka betul Izzat ajak dia berjumpa dekat sini. Hari
itu pun dekat sini juga.
Sedang Hanim leka memandang ke kiri dan ke
kanan, pandangan matanya terpaut pada figura sepasang
kekasih yang sedang menjamu selera di meja paling hujung.
Seronok mereka makan sambil berbual. Masing-masing
kelihatan berselera menjamah makanan di atas meja. Saat
pandangan mata Hanim bersatu dengan pandangan mata si
jejaka, hatinya mula dijentik rasa sayu.
Meor... Teringat kembali pergaduhan antara dia
dengan abangnya beberapa hari yang lalu. Rasa sayu bertukar
kepada rasa marah pula. Tergamak Meor tuduh dia yang
bukan-bukan. Siap mengadu dengan Hasif lagi. Tanpa Hanim
sedar, Meor sudah melangkah mendekati mejanya.
“Awak buat apa dekat sini?”
Belum sempat Hanim menjawab, Meor bersuara lagi.
“Awak memang tak serikkan, Hanim. Kan saya dah
cakap jangan ganggu hidup saya lagi. Berhentilah buat kerja
sia-sia macam ni. Berhenti ekori saya. Awak nak saya cakap
macam mana lagi supaya awak faham?”
“Saya tak...”
“Tak apa? Tak boleh nak lupakan saya?” Meor ketawa.
Ketawa yang dibuat-buat dengan senyuman menyindir.
Hanim mendengus kasar. Ingin saja dibalas kata-kata
Meor itu tetapi bibirnya kemas terkunci saat mata terarah
pada teman Meor yang turut memandang ke arahnya. Atas
bawah wanita itu memandang Hanim.
“Kekasih ke isteri?” Lain yang ingin diluahkan, lain
pula yang keluar dari mulutnya.
Meor turut berpaling ke arah yang sama dengan
tangan yang mula membelit badan sendiri. “Move onlah
Hanim. Sampai bila nak kejar saya macam ni? Tak malu ke
ha?” Meor diam seketika, menanti balasan daripada Hanim.
Namun, diam Hanim yang dia dapat.
“Please leave us alone, jangan ganggu kami lagi.
Saya tak suka awak ekori saya macam ni. Saya dah move on
dan saya bahagia dengan isteri baru saya sekarang. Jangan
awak ganggu lagi emosi isteri saya dengan ekori kami macam
ni. Get a life, Hanim. Cuba malu sikit. Kalau tak malu kat
orang lain pun cubalah malu dengan diri sendiri. You asked
for this and now you get it.”
Usai berkata Meor terus berpaling untuk berlalu
dan baru beberapa langkah dia berjalan, Hanim menarik
lengannya. “Saya tak...”
“Tak payah nak bohong Hanim. Dah, lepaskan
saya.” Tangan Hanim yang melekat kemas pada lengannya
dilepaskan dan Meor terus berlalu meninggalkan Hanim
yang masih tercegat memandang. Sekali lagi Hanim tidak
diberikan kesempatan untuk menerangkan perkara yang
sebenarnya.
Dengan langkah longlai, Hanim kembali semula ke
meja yang didudukinya seketika tadi. Mata Izzat memandang
tajam ke arah Hanim yang baru saja kembali melabuhkan
duduk di hadapannya.
“What was that?”
Wajah diangkat dan mata mereka kembali
bertentangan. “Boleh kita teruskan?” soal Hanim tanpa
mengendahkan soalan Izzat.
“What was that?”
Melihat Hanim yang diam tidak menjawab, Izzat
menoleh ke arah pasangan yang turut memandang ke arah
mereka. Wajah masam serta pandangan mata yang tajam
menikam, cukup memberi isyarat bahawa wanita di meja
sana sedang menahan marah.
“Teman lelaki awak ke? Dan perempuan tu, isteri
dia?”
“Kita datang ke sini untuk berbincang tentang
urusan pembelian kereta awak Encik Izzat.” Tanpa riak
Hanim bersuara.
Izzat diam seketika sebelum kembali bersuara,
“Yeah, I know. Tapi saya nak tahu apa yang baru saja terjadi
tadi.”
Hanim mengeluh bosan. “That’s my personal life
Encik Izzat, encik tak perlu tahu pun.”
“Dah jadi depan mata saya, jadi saya tetap nak tahu.”
Hanim mengetap bibir geram. “Kalau encik tetap
berkeras nak ambil tahu tentang hal peribadi saya, saya balik.”
Ugut Hanim dengan tangan yang mula bergerak mengemas
segala dokumen yang terbuka di atas meja.
“But we are not done yet, Cik Hanim.”
“Memang. Sebab apa? Sebab encik lebih berminat
nak tahu tentang hal peribadi saya berbanding kereta encik
ni.”
“You’re not leaving. Stay!”
“No!”
Terdongak kepala Izzat memandang Hanim yang
sudah berdiri. “Nanti pun kita kena jumpa juga untuk
selesaikan jual beli kereta saya ni.”
“Baiklah, kita jumpa dan bincang lagi nanti.” Dengan
riak bersahaja Hanim membalas.
“Dan saya akan tetap tanya soalan yang sama, apa
yang telah terjadi di antara awak dengan lelaki itu tadi.”
Hanim menjulingkan mata ke atas. “Dan saya tetap
tak akan jawab soalan encik tu.”
“Terpulang. Selagi awak tak jawab, selagi itu saya
akan tanya dan urusan jual beli kita sampai bila-bila pun
takkan selesai.”
“Suka hati enciklah.” Hanim terus berlalu
meninggalkan Izzat dengan kata-kata yang membuatkan
Izzat terdiam.
‘Keras sungguh hati awak, Cik Hanim.’ Kemudian
Izzat kembali memandang ke arah meja yang diduduki oleh
pasangan itu tadi. Rupanya mereka turut memandang ke
arah Izzat sebelum kembali menyambung makan makanan
yang masih berbaki.
‘Apa kaitan korang dengan Cik Hanim yang
sebenarnya?’

No comments:

Post a Comment