Heathrow Airport, London...
Assalamualaikum, Wan. Cuba teka
Kak Iqa di mana sekarang?
FAIQAH menghantar WhatsApp kepada Wan.
Alang-alang Wan sedang online.
Waalaikumussalam, Kak Iqa.
Kenapa? Dah jejak tanah London?
Ya, Wan. Alhamdulillah Kak Iqa dah
selamat mendarat dekat Heathrow
Airport ni.
Okey. Akak ada bertembung dengan
mana-mana selebriti tak?
Adalah jugak. Dua tiga orang.
Hehehe.
Kak, Wan tak dapatlah rumah untuk
akak sewa. Sorry...
Tak apa, mak long dah beritahu
mak uda. Akak stay hotel. Company
booked.
Baguslah, Kak Iqa. Hmm... nanti ada
masa kita jumpa nak, kak? Wan ada
something nak cerita ni.
Boleh, Wan. Nanti kita keep in touch
ya.
Alright, sis.
Faiqah melihat notifikasi WhatsApp yang lain. Mak
ai... ada 199 notifikasi yang masuk! 18 notifikasi daripada
famili. Manakala 81 notifikasi adalah daripada pejabat dan
100 mesej daripada si smart Yen.
Faiqah tak online sejak tiba di KLIA. Memang dia
sudah niat. Touch down saja di London dia akan call mama
atau papa. Dia membaca dan membelek-belek mesej daripada
si smart Yen. Nama contact itu memang dah melekat dari
dahulu. Eheh!
Kalau you dah sampai jangan lupa
inform I. Tak nak call, WhatsApp pun
okey.
Ini dah gaya macam guardian angel sahaja.
Jangan terpedaya dengan mat-mat
salih sana
Apakah? Apa yang Yen ni cuba nak sampaikan pada
dia? Jangan mudah ditipu ke? Alahai!
Inform I you duduk hotel mana?
Street apa?
‘Eh, kalau aku beritahu street apa Yen tahu ke?
Dekat London ni banyak street. Entah-entah Yen pernah jejak
London, Faiqah?’ gumam Faiqah.
Siapa lagi I nak ajak berborak
malam-malam di luar rumah kita?
Amboi, macam setahun saja dia nak duduk London!
You will miss me and my string
vibrations...
Sentap. Hah, yang ni boleh setuju 100%! Faiqah akan
rindu mahu dengar alunan gesekan biola keramat Yen nanti.
In advance, rindu tuannya sekali kut. Hahaha. Kalau tidak,
siapa mahu gesek biola tu. Agak-agak Yen lagukan Right Here
Waiting tak setiap malam? Eheh!
Waiting is the hardest part, right?
DIAM TAK diam sudah 2 minggu Faiqah di tanah London.
Suasana yang sangat urban. Bukan nak kata Malaysia
terlambat arus modenisasi tapi United Kingdom itu
terlampau maju. Pengangkutan dia tak payah cakaplah. Fuh!
Kargo-kargo bernilai jutaan ringgit. Bagi Faiqah, kerja perlu
diselesaikan terlebih dahulu walaupun motif utamanya ke
sini mencari Amar.
“Helo. Assalamualaikum, Wan. Kak Iqa dah kat
depan uni Wan ni. Wan datang dekat Kak Iqa boleh?” Faiqah
menelefon Wan, sepupunya.
“Boleh, kak. Tunggu sekejap tau. Wan on the way ke
sana. Akak tengok-tengoklah kawasan uni Wan dulu.”
“Alright, bye.”
University of London boleh dikatakan sudah berusia
175 tahun. Di sekitar universiti ini juga dihimpunkan pelbagai
jenis universiti dan kolej universiti. Antaranya, King’s College
London, University College London, Birkbeck, Goldsmiths,
London Business School, Queen Mary, Royal Holloway,
London School of Economics and Political Science. Fuh!
Memang besar, luas dan mengagumkan semua binaannya.
“Assalamualaikum.” Seseorang menghampiri
Faiqah. Sado orangnya. Walaupun ada jaket kulit yang
menutupi tubuh itu, susuk tubuhnya masih boleh dibaca.
“Waalaikumussalam.” Faiqah membalas sambil
menoleh ke belakang.
“Masya-Allah... Wan! Sadonya badan kau, dik!
Manalah mak long tak bising.” Faiqah sengaja mengusik
sepupunya itu. Hubungan mereka agak rapat ketika kecil
dahulu.
“Seminggu sekali pergi gym, Kak Iqa. Inilah
hasilnya. Ya Allah, rindunya nak regu cakap Melayu. Mulut
ni dah kebas cakap omputih aje.” Wan melawak. Terhibur
Faiqah. Mereka berjalan beriringan pula.
“Tadi sampai naik apa, kak?”
“Taxi. Sekejap jugaklah.”
“Dekat London ni macam-macam ada, kak. Tube,
taxi, bus... Hah, cakap saja nak naik apa. Janji sampai.”
“Maju sungguh kawasan sini.”
“Tersangat! Hmm... tadi sarapan apa, kak? Sorrylah
Kak Iqa, housemate Wan ramai. Takkan nak halau keluar
pulak kan. Timing kuliah masing-masing tak sama.”
“Tak apa. Akak ada buat sandwich scramble eggs
tadi.”
“Biasalah kak dah sampai sini western ajelah
lidahnya. Kedai makan Pakistan atau Arab susah jugak nak
cari. Kalau nak makan nasi macam kat Malaysia senang
masak sendiri aje. Tapi bahan pulak susah nak cari.”
“Mak long pernah cerita yang Wan nak masak
ayam goreng kunyit favourite Wan pun payah. Sampai
kempunan-kempunan. Alahai, kesiannya dia...”
“Yalah, kak. Kunyit serbuk tak ada! Janganlah
meraban nak cari kunyit hidup dekat sini.” Wan bercerita
dalam intonasi geramnya. Alah, main-main saja tu. Rajuknya
sekejap sahaja.
“Dah lunch hour ni, kak. Kita makan dekat kafe
ajelah. Lepas tu Wan ada benda nak cerita pada akak.”
“Akak okey aje. Awak tu hah, free ke tidak whole day
ni?”
“Free, kak. Time akak call Wan baru aje keluar
lecture hall.”
“Hah, cantik! Bawa akak pergi jalan-jalan sekalilah.”
“Eh, tak ada masalah! No problem! Akak nak pergi
mana? Cakap aje.”
“Tempat-tempat menarik? Tapi perut akak kena isi
dulu. Dah berbunyi sakan ni.” Perutnya memang dah berlagu
dondang sayang tu. Silap-silap sepupunya itu turut dengar
bunyi perutnya ini.
“Akak, agogolah Wan dengar!” Wan mengusik
Faiqah.
“Pandailah kau, dik.”
Tanpa sedar, mereka semakin menghampiri kafe.
Faiqah memilih tuna crossaint, manakala Wan meminta
smoke salmon salad. Air masing-masing memilih Caramel
Macchiato.
“Apa dia yang Wan nak beritahu akak tu?”
Suasana di kafe sudah dipenuhi studen-studen dari
pelbagai negara. Faiqah sahaja kut yang tersesat ala-ala bekas
pelajar. Ewah!
“Gini, kak. Orang yang akak suruh Wan
tanya-tanyakan member tu macam bukan student sinilah,
kak. Maksud Wan, dia bukan student di University of London.”
“Kenapa pulak macam tu?”
“Pertama sekali Wan pergi Malaysian Hall tanya
direct dekat officer. Diaorang kata dalam masa 5 tahun ni
boleh dikira student Malaysia yang bernama Amar.”
Faiqah terdiam.
“Lepas tu nama dia yang catchy tu, tak ramai yang
tahu. Nama ayah dia tak dinyatakan. So itu yang susah nak
cari.” Berkerut-kerut dahi Wan melaporkan.
“Dik, gaya kau ni dah macam sarjan pencen Kak Iqa
tengok. Kau jangan, dik... Serious ke kau belajar ekonomi
dekat sini? Ada mengamuk Encik Sabri karang.”
Kata-kata Faiqah itu mengundang tawa Wan yang
sakan. Apa lagi, bantai gelaklah dia. Beberapa pasang mata
mula memandang ke arah meja mereka. Attention seeker
betullah budak Wan ni!
“Tersedak Encik Sabri dekat rumah, kak.” Ayah Wan
namanya Sabri.
“Sambung, sambung.” Faiqah ingin tahu lebih
lanjut.
“Senior-senior dekat Malaysian Hall tak kenal pun
nama tu, kak. Betul ni.” Caramel Macchiato dicecap perlahan.
Faiqah memikir semula. Itulah satu alamat
penempatan yang diberikan kepada arwah Farah. Dia pasti itu
sahaja yang arwah tulis dalam diari tersebut.
“Habis tu macam mana ni, Wan? Kak Iqa buntulah.”
“Penting sangat ke, kak? Sampai akak sanggup
datang sini cari member yang seorang tu.”
“Macam mana akak nak terangkan ya. Hmm... ini
berkaitan member arwah Kak Farah.”
Sebut sahaja nama Farah, terus berubah air
muka Wan. Hubungan mereka sangat rapat. Kamceng.
Masing-masing jika pulang ke kampung suka pedajal satu
sama lain. Maklumlah, sekali sekala jumpa!
“Wan minta maaf sebab tak balik masa majlis
pengebumian arwah.” Mendung wajahnya.
“Famili akak faham, Wan. Lagipun awak jauh. Mak
long pun ada cakap yang Wan kirim takziah. Yang terbaik
kita selalu sedekahkan surah Yasin dan al-Fatihah atas nama
arwah ya, Wan.”
“Ya, insya-Allah kak. Semoga roh arwah sentiasa
dicucuri rahmat-Nya.” Wan mengangguk-angguk setuju akan
kata-kata kakak sepupunya itu.
*** BOLEH DAPATKAN DIPASARAN,KELUARAN OGOS 2019 ***
No comments:
Post a Comment