DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday 16 October 2019

Detik Waktu Itu - Bab 6

Damansara Heights...

“ALONG, adik bosanlah duduk rumah. Cuti
sekolah aje kena pergi tuisyen pulak hujung minggu.” Huda
merengek pada abang sulungnya yang sedang ralit bermain
PS4.
“Habis tu adik nak along buat apa?” Mata Amar
Asyraf masih tertumpu pada PS4 di hadapannya. Sudah sejam
dia bermain permainan itu.
“Teman adik tengok wayang jom!”
“Along boikot wayang. Next!” Tolak Amar Asyraf
mentah-mentah. Dia memang tak gemar masuk wayang,
bergelap dalam panggung itu. Itu belum kira maksiat mata
lagi. Ternampak benda yang tidak-tidak oleh pasangan yang
hangat bercinta dalam wayang. Sentuh itu, sentuh ini.
Astaghfirullahalazim.
“Beli-belah?” Huda tawar aktiviti hujung minggu
mereka lagi.
“Tak nak. Kalau along gila sangat nak shopping,
baik along lepas gian puas-puas dekat London dulu. Sana
macam-macam ada. Sini apa ada?”
‘Amboi, along! Ayat tak berkias langsung. Yang awak
perkecilkan itu tempat jatuh lagi dikenang tahu!’ bebel Huda
dalam hati. Geram dia dengan jawapan alongnya itu.
“Eh, siapa kata! Shopping mall dekat Malaysia ni
semua barangan antarabangsa dah masuk tahu. Along belum
tengok dekat One Utama dengan Berjaya Times Square lagi.
Jomlah, along... Adik bosan tahap dewa dah ni. Please...”
Huda memujuk pula.
“Eleh... dewa pun tak pernah tengok, kata tahap dewa
konon. Yalah. Pergi bersiap cepat. Lepas zuhur kita gerak.
Ajak angah sekalilah. Tu pun kalau dia tak busy.” Amar Asyraf
akhirnya bersetuju melayan aktiviti hujung minggu adik
bongsunya itu. Kasihan Huda. Asyik belajar sahaja. Tahulah
nak SPM tapi Allah tak janji belajar 24 jam boleh jadi pandai.
Allah juga tak janji kerja 24 jam boleh jadi kaya. Janji Allah
yang pasti sesiapa jaga solat dan berusaha, dia pasti berjaya.
Amar nampak kesungguhan adiknya itu dalam
pelajaran. Kalau tidak, tak adanya dalam sekolah menengah
itu asyik muka adiknya sahaja naik pentas setiap tahun
merangkul Anugerah Kedudukan Pertama Dalam Tingkatan.
Hebat!

Pasar Pagi Larkin, JB...

PANDANGANNYA DIPASAKKAN. Kalau tak silap macam
kenal sahaja tu. Eh, si smartlah! Apa yang dia buat kat tempat
berair dan berbau hanyir ni? Tanpa sedar kaki mendekati
jejaka berseluar track dan berjaket yang sedang khusyuk
memilih ketam laut.
“Ni hao.” Faiqah sengaja menyapa jejaka itu dalam
bahasa Mandarin. Dia fasih berbahasa itu. Di universiti dulu,
dia memilih bahasa Mandarin sebagai bahasa ketiganya.
“Heng hao... Eh?” Yen terkejut. “What are you doing
here, lady?” Berkerut dahi si Yen.
“Eh, you yang buat apa di sini?” Faiqah berseloroh.
“Soalan berbalas jawapan ya, Cik Faiqah. Mana ada
soalan berbalas soalan.” Yen mengulum senyum. Nampak
lesung pipitnya.
“Ini sudah mendatangkan marah. You tiru
bulat-bulat ayat I. Siapa bagi kebenaran?” Faiqah sengaja
berjenaka. Tangan disilang ke dada.
Yen bantai gelak. “You ni pagi-pagi buat lawaklah.”
“You buat apa dekat pasar ni?” Faiqah mula memilih
kupang segar.
“I memancing. Ni, you tak nampak?” Yen
menunjukkan ikan patin yang telah ‘pengsan’ depannya.
Sengaja dia bermain kata.
“Pancing? Mana? Mana? Tak ada laut dekat sini pun.”
Faiqah sengaja melayankan Yen.
“You.” Dingin sahaja ayat itu.
Faiqah pelik. “Sorry?” Faiqah ingin mendapatkan
kepastian.
“I try pancing hati you tapi tak dapat. So, I datanglah
sini cari hati. Hati ayam, hati lembu.”
Deep. Too deep. Faiqah yang dilanda teka-teki.
Senyap.
“Taklah! Hari ni Susanti tak dapat datang. Anak dia
demam. Jadi mama I paksa I pergi pasar beli bahan basah nak
masak.” Yen menerangkan lanjut. Padahal mama pujuk dia
suruh pergi pasar. Mana ada paksa-paksa.
“Oh...” Lega Faiqah mendengarnya.
“Susahlah ada maid. Macam mama you, senang. Tak
payah nak berorang gaji ni.”
“Apa pulak? Ada orang gajilah senang. Boleh tolong
buat kerja-kerja rumah. Ringan sikit tugas mengurus rumah.
Tapi mama I tak suka pakai maid. Dia biasa sendiri. Ni, you
datang sorang ke?” Kupang segar masih dibelek-belek Faiqah.
Yang berkenan dia masukkan dalam tapis untuk ditimbang.
“You nampak I berdua ke?” Yen sekadar berjenaka.
“Tak. Sorang. Mana tahu aunty ikut sama ke.”
“I kena kerah pagi-pagi cari lauk. Hari cutilah I nak
berambu-ramba dekat rumah. Ini? Hmm, kena ke pasar...”
Yen menjuihkan bibirnya. Gaya keanak-anakan.
“Haahlah. Tak sangka cuti kita sama.”
“You kerja di negara mana Cik Faiqah? Jepun? Yang
kerja 24/7.”
Aduhai, sarkastik pula si smart ni!
“Aunty Mary pesan apa? You tahu tak nak pilih?”
Faiqah menunggu kupangnya untuk ditimbang dan dikira
harga. Orang ramai di kedai itu tidak mereka pedulikan.
Perbualan masih rancak. Kawasan pasar pun memang meriah
dengan suara orang ramai riuh-rendah.
“I tak tahu. Tapi I minta orang kedai yang tolong
carikan. I bagi arahan sahaja.” Yen senyum lagi.
“Amboi-amboi... Cukup-cukuplah dekat ofis you jadi
pemerintah. Dekat pasar pun nak jadi pemerintah jugak. You
ni manja sangat!” Faiqah berseloroh.
“Eh, part mana pulak yang I manja? Cuba cakap?”
“Tak salah you cuba berbelanja dekat sini. Tengok
mana yang sesuai. Bandingkan. Buat pilihan. Kemudian,
bayar. Daripada you tunggu tauke tu siapkan you punya,
hah berjam-jam nak tunggu giliran you. Cuba you tengok
sekeliling. Kan ramai orang ni. Bukan you sorang pekedai tu
nak kena handle.”
Tauke kedai itu menghulurkan plastik kupang
kepada Faiqah.
“See! I punya dah siap. I ciao dulu ya.” Faiqah
mula menapak beberapa langkah mahu meninggalkan Yen.
Dia masih menunggu reaksi daripada lelaki itu. Segera Yen
menyuruh tauke kedai membungkus ketamnya dalam bahasa
Mandarin. Sementara menunggu, Yen meminta Faiqah ke
arahnya semula.
“Lai la. Lai amoi.” Yen menyuruh Faiqah kepadanya
semula.
Faiqah menurut dan tersenyum. Hah, tahu takut
kena tinggal! Faiqah ketawa dalam hati.
Satu demi satu kedai di pasar basah itu mereka
lewati. Ada barang yang Puan Jasmin pesan mereka singgah
untuk beli. Ada barang yang Aunty Mary pesan, mereka akan
singgah dan beli. Sedar tak sedar sudah ke pukul 11 pagi
mereka bersama dalam pasar basah itu.
“It’s a pleasure to meet you here. Senang sikit kerja
I.” Yen menuturkan.
“Alah, I pun cari barang dapur jugak. Tak apa.”
“So, for a thank you, shall we have breakfast
together?”
“I dah sarapan kat rumah tadi.”
“Accompany me, then?”
“You tak sarapan lagi? Dah pukul berapa ni Yen.”
Yen hanya menggeleng kepala mengiakan.
“Kesiannya you. Ini dah pukul 11 pagi. Perut you tak
berkeroncong ke?”
“I tahan dari tadi tahu. I ingatkan you dengar bunyi
perut I yang berlagu ni.” Yen mengusap-usap perutnya yang
kelaparan.
Faiqah tergelak. “Jomlah. I bawa you ke restoran
yang selalu I keluar dengan my mum kalau kita orang datang
pasar ni.”
“Naik kereta I lah.”
“Tak perlu. Dekat aje. Keluar pintu pasar ni dan
depan tu kedai makannya.”
“Barang-barang kita? Takkan nak bawa sekali?” Yen
bertanya. Berat oi!
“You bawa besen tak? Untuk letak barang-barang
basah ni dalam boot?”
Yen hanya menggeleng. Tak terfikir. Sah-sahlah dia
tak pernah ke pasar beli barang.
“You letak dalam bonet I lah. Sampai rumah nanti
jangan lupa ambil.”
“You memang selalu bawa ke?” Gaya Yen seperti
kanak-kanak baru belajar. Comel.
“Semestinya. Kalau tak, bau hanyirlah Cruze I tu
Encik Shiou Yen. Tiap kali pergi pasar memang I akan bawa.”
“You parking dekat mana?” Muka Yen menunjukkan
keletihan mahu berjalan jauh.
“Dekat sana. Jalan sekejap dah sampai. Jom!” Mereka
menapak bersama-sama. Matahari terang memancarkan
sinarannya seperti terangnya cahaya kegembiraan di hati
Faiqah ketika itu.

No comments:

Post a Comment