DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday 16 October 2019

Detik Waktu Itu - Prolog



Pasir Gudang, Johor...

TERBUNTANG biji mata Amar Asyraf dan Faiqah
melihat gerangan lelaki di hadapan mereka kini. Lelaki yang
bertongkat dan lengkap bersut hitam penuh dari atas hingga
bawah. Mukanya saling tak tumpah seperti wajah Tan Sri
Nain Datuk Kamal. Cuma bezanya terdapat parut jahitan
di pipi kiri itu. Panjang. Wajah itu juga seiras arwah Datuk
Kamal. Berdiri gah di hadapan mereka tika itu adalah Jay
yang selama ini mengancam dan dahagakan nyawa serta
kehidupan mereka.
Sedar yang mereka berdua kini dalam bulatan yang
dikelilingi konco-konco Jay yang berbadan sado itu, nyata
memang tiada peluang langsung untuk Amar Asyraf dan
Faiqah melarikan diri tika ini.
Jay tergelak kuat menyaksikan kedua-dua pasangan
yang sedang menggigil ketakutan.
“Apa salah kami pada kau? Apa yang kau nak
sebenarnya?” Amar Asyraf berani membuka mulut di hadapan
Jay. Dia perlu bersemuka dengan lelaki tua di hadapannya ini.
Jay bantai gelak dari tadi. Selamba saja dia
mentertawakan soalan yang ditujukan kepadanya.
“Aku kan bapa saudara kau. Aku nak jumpa anak
saudara aku. Lama kita terputus hubungan. Kenapa? Tak
boleh nak jumpa?” Jay berkata sepatah. Berbaur sinis.
“Aku tak ada bapa saudara yang sesuka hati pedajal
orang macam kau, Jay!” Amar Asyraf tidak mengaku lelaki
jahat di hadapannya ini darah dagingnya. Apatah lagi sebagai
bapa saudaranya. Persetankan semua darah daging kononnya!
Pertemuan ini bukan mahunya. Langsung tak diingininya.
“Bagus! Kau dah kenal aku. Senang kerja aku. Kau
pasti tahu sejarah hidup aku dari A hingga Z. ‘Orang tua’ tu
mesti dah ceritakan segalanya. Pertalian aku dengan keluarga
kau!” Jay melenting. Marah.
“Kalau kau mahukan harta arwah datuk, ambillah.
Aku rela. Tapi aku minta kau tolong lepaskan kami. Tolonglah
Jay,” ujar Amar Asyraf gerun akan suara tempikan Jay itu.
Berharap mereka tak dibunuh sekarang.
Jay tergelak mendengar akan tawaran Amar Asyraf.
“Sayangnya, aku tak mahu harta. Aku cuma
mahu nyawa kau! Waris pengganti ‘orang tua’ yang telah
musnahkan hidup aku dan ibu aku!” Jay meminta pistol pada
Roy di sebelahnya. Dia mengacukan pistol itu ke arah Amar
Asyraf. Tepat.
Amar Asyraf terkedu. Faiqah lantas memejamkan
rapat matanya. Tak sanggup melihat pertelingkahan
anak-beranak itu.
“Sepanjang aku duduk dengan datuk, arwah
tak pernah burukkan kau sekeluarga, Jay. Malah arwah
menghabiskan hayatnya di London mencari kau dan mak kau.
Dia rasa bersalah sangat-sangat pada mak kau, Siti Rohani.
Tapi mak kau hilang tanpa jejak.” Amar Asyraf memberitahu
apa yang diketahuinya selama ini.
“Bohong!” Jay menarik picu pistol di tangannya.
Faiqah menjerit ketakutan mendengar picu pistol
ditarik. Matanya masih dipejamkan rapat. Vincent telan liur
menyaksikan tindakan Jay itu. Siapa tak tahu jika Jay sudah
naik angin, pantas sahaja tindakan lelaki itu.
“Untuk apa aku bohong! Papa dan semua ahli
keluarga aku kecewa dengan keputusan arwah yang tak nak
dikebumikan di tanah air sendiri. Arwah dikebumikan di
tapak pengebumian Muslimin di London. Dia nak bersemadi
dekat dengan mak kau. Dia yang pesan pada aku di hujung
nyawanya. Sampai mati cintanya untuk mak kau, Siti
Rohani,” terang Amar Asyraf lagi. Dia tidak menyesal beritahu
Jay semuanya. Jay harus tahu.
Jay tergamam mendengar berita itu.
“Walaupun arwah berkahwin dengan pilihan
keluarganya, mak kau tetap bertakhta di hatinya. Arwah puas
cari kau dan mak kau. Namun, mak kau berjaya hilangkan
dirinya dari dikesan arwah datuk. Percayalah Jay, setiap saat
arwah tak pernah lupakan kekasih pertamanya iaitu mak kau,
Siti Rohani.” Amar Asyraf memujuk pula.
“Aku tak percaya! Kalau ‘orang tua’ tu sayangkan ibu
aku, dia akan setia jaga aku dan ibu aku! Bukannya buang
kami dan hidup bahagia dengan orang lain!” bentak Jay.
“Barang-barang peninggalan arwah ada pada aku.
Gambar-gambar kenangan arwah dan mak kau pun ada.
Belakang gambar itu ada tercatat - ‘Now I started to realize,
without you I am nothing, Siti Rohani’. Masa orang-orang
kau geledah rumah aku, diaorang tak jumpa kotak tu sebab
aku tak nak rahsia datuk yang aku simpan selama ini pecah
diketahui orang lain.”
“Memang aku sorang saja yang tahu sejarah silam
arwah selama ini. Ini jugak amanat arwah untuk aku
sampaikan pada kau, Jay. Arwah seperti tahu yang satu
masa nanti kau akan cari aku, waris penggantinya. Tetapi
aku hanya cucunya. Generasi kedua. Kau adalah anaknya,
generasi pertamanya. Selayaknya kau yang pegang dan
simpan barang-barang peninggalan arwah. Kalau kau mahu
hartanya, aku akan hibahkan kepada kau. Tapi satu aje aku
mohon, tolong lepaskan kami. Isteri aku tak tahu apa-apa.
Jangan bunuh kami.” Panjang Amar Asyraf terangkan perkara
yang sebenar.
Jay terduduk di kerusi besi mendengar pengakuan
Amar Asyraf itu.
‘Ibu, siapa yang bersalah sekarang ni? Ibu yang
larikan diri atau arwah abah yang tinggalkan ibu? Jazel
keliru, ibu. Salah Jazelkah? Berdendam pada arwah abah yang
beria-ia mencari ibu. Jazel yang paksa ibu agar tak terpedaya
pujuk rayu arwah abah. Jazel yang minta ibu lupakan arwah
abah dalam hidup ibu. Sesungguhnya semua salah Jazel, ibu.
Maafkan Jazel, ibu! Maafkan Jazel!’ Rintih hati Jay kala itu.
“Jazel Bin Datuk Kamal! Vincent Phom! Menyerah
sekarang. Kalian sudah dikepung!”
Tiba-tiba, kedengaran suara anggota polis di corong
hailer. Konco-konco Jay mula bertempiaran berpecah
mahu menyelamatkan diri daripada ditangkap pihak polis.
Tingkap-tingkap gudang telah dirempuh pihak polis dari luar.
Kaca-kaca berderai jatuh. Jay masih terduduk menghadam
kenyataan. Roy sudah lari meninggalkan Jay keseorangan
yang membatukan diri di atas kerusi.
Vincent juga berusaha mahu menyelamatkan
dirinya. Lantas dihampiri Faiqah. Ikatan pada kaki Faiqah
dipotong dengan pisau. Lalu pistol diacukan ke kepala wanita
itu dan mengarahkan Faiqah mengikutinya.
“Iqa! Iqa!” jerit Amar Asyraf apabila melihat isterinya
dibawa Vincent. Tidak rela berpisah dengan isteri tercinta.
“Bagi aku keluar dari sini! Aku tak nak terperangkap
dalam kisah kau dan Jay!” Vincent menjerit kuat pada Amar
Asyraf. Dia mengheret Faiqah menuju ke pintu belakang
gudang tersebut.
Pihak polis terkejut akan tindakan berani Vincent
itu. Inspektor telah mengarahkan anak-anak buahnya agar
merendahkan senjata api mereka. Jangan melakukan apa-apa
tindakan melulu.
Bang!
Vincent tersungkur di lantai simen gudang itu.
Tidak bernyawa. Faiqah tergamam melihat darah pekat yang
mengalir keluar dari kepala Vincent. Semua mata terarah dari
mana datangnya peluru yang dilepaskan.
Jay! Jazel Bin Datuk Kamal yang menembak tepat ke
kepala Vincent. Dendamnya telah dilunaskan.
Amar Asyraf tergamam akan tindakan berani Jay
di hadapannya. Tetapi kenapa lelaki itu selamatkan Faiqah?
Adakah Jay menyesali kesalahannya? Sudah runtuhkah
egonya selama bertahun-tahun dibayangi dendam yang
diciptanya sendiri?
Pihak polis kembali menangkap semua konco-konco
Jay yang cuba untuk menyelamatkan diri mereka termasuklah
Jay. Tiada satu pun yang terlepas pada pagi penangkapan itu.
Bang!
Sekali lagi bunyi tembakan dilepaskan dalam gudang
lama itu. Semua mata mencari arah tembakan itu.

No comments:

Post a Comment