DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday, 16 October 2019

Detik Waktu Itu - Bab 7

“AUNTY, ni barang basah yang aunty
pesan pada Yen tadi. Yen tumpang kereta saya.” Faiqah
menghulurkan beberapa beg plastik yang Yen tinggalkan
dalam but keretanya.
Sesampai di rumah, dia ingatkan Yen mahu
mengambil sendiri tetapi selepas 10 minit bayang Yen
tak kunjung tiba, Faiqah terpaksa menapak ke arah pintu
belakang rumah Aunty Mary.
“Isy, budak bertuah ini! Patutlah senyap aje aunty
tanya. Dia balik, dia terus masuk dapur dan reneh ginseng
untuk masak dim sum. Bila aunty tanya untuk siapa tak
jawab pulak.”
“Kalau macam tu saya balik dulu, aunty. Nak masak
dengan mama.” Faiqah sudah mahu melangkah tetapi
dipanggil semula oleh Aunty Mary. Dengar Aunty Mary
bercakap-cakap dengan seseorang di dapur.
“Ini dim sum masih panas untuk papa kamu. Khas
Yen masakkan.”
“Eh, tak payahlah, aunty. Buat susah-susah aje.”
“Mana ada susah. Sekejap aje nak sediakannya.
Bahan semua dah ada di rumah. Iqa bawa balik bagi papa
makan. Cepat sembuh nanti.” Mangkuk yang berisi dim sum
itu beralih tangan.
“Cakap dengan Yen terima kasih aunty. Saya balik
dulu.”
Selepas memastikan Faiqah hilang dari pandangan,
Yen menarik tangan mamanya.
“Rajinnya. Tiba-tiba aje anak mama ni?” Aunty Mary
ingin mengorek cerita.
“Uncle Affendi demam sebab papa bawa main golf
semalam. Yen dah pesan cuaca tak elok kat papa. Semalam
petang, Yen balik rumah dah gerimis. Papa ignored cakap
Yen.”
“Semua dah terjadi. Nasib papa kamu tak demam.
Kalau tak, susah jugak hati mama.”
“Mama Faiqah tengah susah hati sekarang, mama.”
Yen meninggalkan mamanya keseorangan di dapur. Aunty
Mary dihimpit curiga dengan tingkah anak terunanya
kebelakangan ini.

“NAH, MAMA.” Faiqah menghulur mangkuk bubur
pemberian Aunty Mary kepada mama di dapur.
“Apa ni?” Tangan mencapai dan membuka penutup
mangkuk itu. Wap air penuh terbebas ke udara.
“Ini dim sum direneh dengan ginseng.” Faiqah
menolong menyiang ayam untuk menjadi rencah tomyam,
menu tengah hari mereka.
“Mary bagi? Baiknyalah. Ginseng dahlah mahal.”
“Yen yang reneh, mama.”
Puan Jasmin yang mendengar terkejut. “Shiou Yen?”
“Hmm.” Sepatah Faiqah jawab.
“Yen?” Puan Jasmin masih inginkan kepastian.
“Ya. Kenapa mama?” Faiqah mengangkat kepala dari
papan pemotong ayam. “Kalau si Yen tu yang bagi kenapa
pulak mama nak tanya macam ni sekali? Famili diaorang kan
memang prihatin orangnya,” tambah Faiqah lagi.
“Mama pelik. Tiba-tiba Yen terlampau baik ni.
Macam ada makna aje.”
“Mama, kalau dia nak buat baik pun apa salahnya.
Kita kan hidup berjiran. Hah, lagipun keluarga kita dengan
keluarga Aunty Mary kan rapat.”
“Mama nak balas apa ni, Iqa. Ginseng ni mesti mahal
ni.” Puan Jasmin menuang dim sum ke dalam mangkuk kecil
untuk diberikan kepada papa di atas.
“Mama kan the best chef in the world. Hah, Gordon
Ramsey pun kalah dengan mama. Mama masaklah makanan
yang meletop sikit kemudian hantar dekat diaorang. Diaorang
mesti suka. Lebih-lebih lagi Aunty Mary suka makan masakan
Melayu termasuklah si Yen tu.”
“Kalau macam tu kita masak rendanglah, Iqa.”
“Alamak, mama! Iqa dah potong kecil-kecil ayam ni.
Macam mana?” Faiqah mengangkat sedikit ayam yang telah
selamat dipotongnya.
“Ayam yang dah dipotong tu kita masakkan sup
untuk papa. Rendang pun kita masak jugak hari ni.” Puan
Jasmin sedia mahu menghantar dim sum kepada suaminya.
“Kerisik dengan daun kunyit ada ke mama?”
“Iqa try cari dalam kabinet atau fridge. Mama nak
hantar ni pada papa sekejap.”
“Mama, kalau tak ada, Iqa pergi belilah eh?”
“Okey.” Bayang Puan Jasmin pun menghilang.
Faiqah lantas mencuci tangannya dan menuju ke
arah kabinet dan peti sejuk. Barang yang dicari tiada. Dia
segera mendaki biliknya ingin menukar baju dan bersiap ke
kedai runcit taman perumahannya.
PIN! PIN!
“Isy, siapa pulak yang hon-hon ni!” Faiqah berpaling
ke tepi. Silver Sonata. Kaki automatik berhenti menapak.
Tadi, dia berjalan kaki sahaja ke kedai runcit.
“Betullah you! Mana kereta?” Shiou Yen
menjengahkan kepalanya ke tingkap.
“Saja tak nak bawa.”
“Meh naik kereta I.”
“Eh, tak apalah! I nak balik dah ni.”
“You ni malu naik Sonata I ke? I tahulah I guna
Sonata aje. Bukan Ferrari macam Kimi Raikkonen pandu tu.”
“Eh, mana ada! Dah nak sampai rumahlah, Yen.
Lagipun I tak nak menyusahkan you.” Faiqah beria-ia
menolak pelawaan Yen itu.
“No no no! Ke you segan dengan I?” soal Yen.
Faiqah menggeleng.
“Tak ada susahnya. Dah nama jiran. Rumah pun
dekat. First time kan you naik kereta I? Kalau I nak culik you
pun tak ada sesiapa tahu, Faiqah.” Yen senyum menunjukkan
lesung pipitnya.
“Hahaha. Funny Mr. Yen!” Faiqah malas mahu
melayan seloroh si Yen itu.
“Alright. Seat-belt please, dear. If not, I will
get a RM300 fine because of you.” Yen memanjangkan
tangannya mahu menarik tali pinggang keledar buat Faiqah.
Harumannya menyengat batang hidung Faiqah.
Faiqah terkedu. Pergerakan Yen terlalu pantas.
Suara lelaki itu juga begitu dekat dengan telinganya. Faiqah
tidak sempat nak buat apa-apa, si smart Yen sudah mengunci
dirinya dengan tali pinggang keledar. Setelah itu, Yen
bersahaja meneruskan pemanduannya.
Senyap.
Yen berdeham tiba-tiba. “You ada dapat e-mel dari
secretary you?” Mukadimah Shiou Yen.
Faiqah yang mendengar mengerutkan dahi. Kepala
digeleng laju.
“Kita kena pergi Jepun.”
“Hah? Bila?” Serius Faiqah terperanjat. Belum
setahun dia bekerja dah kena buat lawatan kerja.
“On 21st May.” Ringkas jawapan Yen.
“Seriuslah? I tak sempat nak tengok e-mel lagi.
Sibuk tolong mama masak dekat dapur.”
“If it is regarding business, I am serious. Miss
Faiqah, you will be my partner for our business trip to
Japan.” Bersahaja tutur si Yen.
“Kenapa I?” Closing account untuk 1st quarter baru
saja habis audit minggu lepas. Kalau 21 Mei maknanya lagi
dua minggu lagi!
“You kena tanya bos. Dia yang aturkan segalanya.
Siap ‘best regards from your CEO’ lagi. Nanti ceklah e-mel
you. I rasa dah lama I tak jejak bilik pejabat anak-anak buah
I. Merajuk mereka I diminta kena keluar lagi.” Yen berjenaka.
Faiqah menoleh ke arah Yen. “You tak penat ke?”
“Kerjakan satu amanah. Ia bukan tanggungjawab
semata-mata.”
“Nice quote, man.” Ibu jari kanan dinaikkan Faiqah
lalu ditunjukkan depan muka Yen.
“Itu ayat Tan Sri sebenarnya. I copy aje. Masa tu hari
last I tamat praktikal, Tan Sri bagi kata semangat pada I,” ujar
Yen selamba.
“Oh, ya ke? Kiranya you mula kerja dengan syarikat
ni dari you praktikal lagilah? Lepas tu terus diserap kerja?
Bagusnya!”
“Okey, seronok berbual dengan you dan kita dah
sampai pun depan rumah you. Later, please check your
e-mail, okay.”
Selepas mengucapkan terima kasih, Faiqah segera
menapak dalam rumah dan menuju ke dapur. Mamanya
pasti sudah menunggu bahan-bahan masakan rendang yang
diperlukan.

Damansara Heights...

“ALONG, BILA nak mula kerja dengan papa?” Tan Sri Nain
bertanya soalan panas.
Bagi Amar Asyraf pula, soalan itulah yang paling
terakhir sekali akan dijawabnya.
“Soon, papa.” Amar Asyraf jawab mudah. Jawapan
yang acap kali diberikan. Senang cerita dia belum bersedia
lagi mahu menjawat sebarang jawatan selepas kepulangannya
di Malaysia.
“Jangan lama-lama sangat, along. Papa tak nak
tunggu lama-lama dah. Arwah datuk pun dah pesan along
wajib terajui syarikat kita. Papa akan undur diri tak lama
lagi. Tiba masanya, papa fokus untuk mama dan keluarga kita
pulak. Along masih muda. Tenaga orang muda dan semangat
orang muda lain,” sambung Tan Sri Nain lagi.
“Baik, papa. Along ambil nasihat papa tu.” Amar
Asyraf memberi tabik hormat kepada papanya. Orang pertama
yang paling dihormatinya adalah papa.
Tan Sri Nain hanya tergeleng-geleng melihat
perangai anak sulungnya itu.

Taman Nong Chik, JB...

“MAMA PASTI ada sesuatu berlaku pada kamu semenjak dua
menjak ni,” ujar Aunty Mary kepada anak terunanya. Mereka
berdua sedang minum petang bersama.
Shiou Yen terdiam. Nak terangkan macam mana?
Dia pun pelik dengan dirinya. Cepat sangat berubah.
Dahulu...
“Yen, Susanti terpaksa cuti hari ni. Kamu tolong
pergi pasar sekejap boleh? Mama nak kirim barang.”
‘Pasar? Tempat yang hanyir dan berbau tu? Tidak!’
gumam Yen.
“Sorry, mama I can’t. How about I send you there?
Yen tunggu dalam kereta. Mama belilah apa-apa yang mama
nak beli di sana.”
Aunty Mary kecewa dengan jawapan Yen.
Sekarang...
“Yen, Susanti cutilah hari ni, sayang. Papa pulak ada
di rumah pagi ni. Yen tolong pergi pasar. Mama tak teman
ya.”
Shiou Yen berfikir sejenak. “Bolehlah. Mama nak
kirim apa? Berapa banyak?”
Aunty Mary ternganga. Jatuh rahangnya tidak
percaya dengan jawapan Yen di telinganya.
Dahulu...
“Mama, siapa bagi nasi beriani ni?”
“Jiran kita. Mama Farah. Sedap kan?”
“Sedap ke? Banyak minyaklah, mama. Patutnya kena
kurangkan minyak dalam masakan. Baru kita sekeluarga
sihat.”
Aunty Mary menjuihkan bibirnya pada jawapan si
anak teruna.
Sekarang...
“Yen, tambah nasi tu. Iqa ni tak payah dipelawa. Nasi
beriani ni memang makanan kesukaan Iqa. Nah, tambah
nasi!” Encik Affendi menyua mangkuk berisi nasi beriani
kepada Yen.
Yen lantas menyambutnya. Dia menyenduk sedikit
nasi itu.
“Saya segan, uncle. Orang yang tak makan sehari pun
tak bertambah, inikan pulak saya yang makan tiga kali sehari
ni.” Yen berkata. Mata memandang Faiqah yang menunduk
di hadapannya.
‘Segan konon!’ Aunty Mary mengejek anak terunanya
dalam hati.
Dahulu...
“Bila Janet nak pandai masak ni hah? Kalau kurus
sangat tak cantik tahu. Sekeping macam papan.” Waktu itu
Yen sedang Skype dengan Janet yang berada di Jepun.
“Alah orang tu, nanti dapat bini takkan nak tanya
direct, you pandai masak tak?”
“Mestilah. Itu perkara utama. Nanti isteri abang
kena buatkan peach lemonade hari-hari untuk abang.”
“Bluekk.” Janet terus mengejeknya.
Sekarang...
“By the way, you pandai masak tak?” Tiba-tiba Yen
bertanya soalan cepumas itu.
Faiqah tersedak kali kedua. Gelasnya dicapai dan
terus membawa ke bibirnya. Tapi alangkah malunya dia
apabila gelas itu kosong sebenarnya.
Yen yang perasan cepat-cepat menghulurkan gelas
iced lemon teanya yang tidak disentuh langsung. Faiqah
teragak-agak menyambut.
“Ambillah. I belum guna pun.” Dengar sahaja ayat
itu, Faiqah cepat-cepat sambut gelas yang dihulur. Air itu
diteguk. Yen masih memerhatikannya.
“Alhamdulillah...” ucap Faiqah syukur.
Dahulu...
“Yen, mama teringin nak makan dim sum.”
“Mama kan demam. Bagus makan bubur ajelah. Yen
dah minta Susanti masakkan ni hah.”
“Dim sumlah paling cepat panaskan badan. Buang
seram sejuk dalam badan.”
“Mama makan bubur ni. Penat Susanti masak
pagi-pagi. Yen suap mama, okey?”
Aunty Mary pun terpujuk apabila anak terunanya
mahu menyuapnya bubur semasa demam. Kisah dim sum
pun terkubur.
Sekarang...
“Papa you demam?”
Yen menegur Faiqah yang sedang meneliti
handphonenya.
“Ya.” Mata masih di skrin telefon bimbit.
“Nanti I renehkan dim sum.” Terhenti pergerakan
Faiqah yang sedang menatal telefonnya.
Dahulu...
“Abang, Janet teringinlah nak naik Sonata baru ni.
Hadiah papa. Bagi Janet naik sekejap boleh?”
“Eh nak buat apa? Abang baru vakum. Kejap lagi nak
basuh pulak.”
“Alah... abang ni kedekutlah. Orang Jawa kata
‘kemut’. Orang Melayu kata bakhil. Bluekk.” Janet mengejek
Yen. Geram!
“Ejek, ejek. Kena kerat lidah tu nanti.” Yen mengusik
Janet.
“Motor abang tu nak campak mana?”
“Biarlah kat situ. Laman rumah papa ni luas, okey.”
Janet yang geram terus berlalu masuk dalam rumah
menghentak-hentak kaki. Shiou Yen bukanlah seorang
yang kedekut. Itu Janet pasti. Kalau betul-betul kedekut,
tak adanya abangnya bagi dia cuba bawa kereta selepas dia
mandikan kereta baharu Sonatanya petang itu.
Sekarang...
“No no no! I’ll give you a ride.”
Diam-diam, pintu Sonata sebelah kiri Faiqah buka
dan menghenyakkan punggungnya dalam Sonata Yen. Pintu
segera ditutup.
“Tak ada langsung susahkan. Kita kan jiran. Rumah
pun dekat. First time kan you naik kereta I. Kalau I nak
culik you pun tak ada sesiapa tahu, Faiqah.” Yen senyum
menunjukkan lesung pipitnya.
Aunty Mary menggawang-gawangkan tangannya di
hadapan muka Yen. Jauh termenung anak terunanya ini.
Yen tersedar dari lamunannya.
“Fikirkan apa?” Aunty Mary terus bertanya.
“Fikirkan diri Yen. Menjadi orang lain.”
“Kan mama dah cakap. Anak mama ni dah semakin
lain sekarang. Lebih bertolak-ansur.” Aunty Mary bangga akan
perubahan anaknya apabila mula berkawan dengan Faiqah.
Terima kasih, Faiqah!

Thistle Hotel, JB...

“JAY, SEKARANG apa tindakan kita? Pihak Tan Sri hantar
anak-anak buah dia melakukan usaha sama dengan
Jepun pulak. Sudahlah Dubai kita terlambat dua langkah
ke belakang.” Kay meminta pendapat Jay yang berdiri
menghadap luar kaca tingkap hotelnya.
Jay mengepal penumbuknya kejap.
“Kita belum terlambat, Kay. Dubai tu mereka baru
nak bertapak tabur benih perniagaan. Belum nampak lagi
tuaian hasilnya. Nak cuba di Jepun pula? Langkah mayat
aku!” Jay ketawa kuat.
“Aku rasa Jepun ini kau hantar budak-budak kita
usik diaorang punya sumber kewangan. Kacau kewangan
bahagian support dana diaorang. Kita tengok macam mana
diaorang boleh handle ke tak kalau projek baru nak jalan
tapi duit tak cukup. Kau ingat negara matahari terbit itu
tak tamak ke? Itu keturunan Maharaja Meiji oi! Kau cakap
dengan aku siapa tak mahu duit? Hahaha.” Jay menyambung
lagi gelak jahatnya.
‘Keturunan ‘orang tua’ dan legasinya akan aku
hancurkan! Kau orang bersiap sedialah. Dahulu mak aku
merangkak macam kucing kurap pada kaki kau ‘orang tua’.
Sayangkan kau. Tapi kau buang mak aku hidup-hidup dalam
kamus hidup kau. Kau tengok! Sekarang aku akan jadi anjing
yang memakan tuannya!’
Kay menelefon beberapa orang anak buahnya yang
ditugaskan mengintip pekerja-pekerja Tan Sri Nain di Jepun
itu. Segala gerak-geri pekerja-pekerja Tan Sri Nain itu berada
dalam kawalan mereka. Hanya tunggu masa sahaja untuk
bertindak menyerang hendap.

No comments:

Post a Comment