DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday 11 January 2016

JODOH UNTUKKU - BAB 42

Bab 42
Ain hanya memandang kosong televisyen yang terpasang didepan mata. Jiwa dia tak tenang. Fikiran jauh melayang mengingatkan Fuadi dengan Sofea. Selesai je solat magrib tadi, Fuadi terus bergegas ke airport untuk menjemput Sofea. Ayah dan ummi pula masih belum pulang dari masjid. Yang tinggal di rumah sekarang hanyalah Ain dan bibik.

Bunyi kereta yang menjalar masuk ke perkarangan rumah membuatkan detak jantung Ain makin tak keruan. Tak sukar Ain nak mengecam bunyi enjin kereta Fuadi. Pintu rumah yang masih tertutup rapat dipandang lama. Bila-bila masa sahaja ‘saingan’dia tu akan melangkah masuk ke rumah ummi.

Ain masih berkira-kira. Perlu ke dia bangun menyambut di muka pintu? Atau hanya sekadar bereaksi selamba seperti tak ada apa yang berlaku. Akhirnya Ain berkeputusan untuk hanya menunggu di tempat dia sekarang.

Bunyi pintu utama dibuka menandakan yang ‘mereka’ di luar sudah bersedia untuk melangkah masuk ke rumah. 3, 2, 1,…

“Assalamualaikum..” Akhirnya.. Suara Sofea yang lembut memberi salam mula kedengaran di telinga Ain.

“Waalaikummussalam..”Hendak tak hendak, salam yang Sofea bagi terpaksa juga Ain jawab. Kalau bukan sebab hukum menjawab salam itu wajib, memang Ain dah biarkan salam Sofea tu tak berjawab.

Ain perasan dengan langkah Sofea yang mula diatur ke arah dia. Fuadi di belakang Sofea pula terus mendaki anak tangga ke tingkat atas dengan membawa beg baju Sofea. Laju je langkah dia naik ke bilik. . Tak menyempat! Bukannya nak tegur Ain dulu.

Pandangan redup Sofea hanya terarah pada Ain. Mengenangkan ini kali pertama dia dan Sofea bertentang mata sebegini selepas kejadian yang menimpa Danish, detak jantung Ain mula berubah tingkah.

Masih bersisakah rasa marah Sofea pada dia? Atau sudah bertukar menjadi api dendam? Ain tiba-tiba rasa takut. Manalah tahu kepulangan Sofea kali ini sebenarnya semata-mata untuk membalas dendam pada dia. Ya Allah! Kenapalah dia tak pernah terfikir pasal benda ni sebelum ni.

“Ain apa khabar?” Teguran Sofea memecahkan kesunyian antara mereka. Terus berterbangan anasir-anasir negatif yang cuba mempengaruhi Ain tadi bila melihatkan raut wajah Sofea yang jernih. Dengan kepala bertudung litup, senyuman manis di bibir, muka penuh kelembutan, memang full package perempuan melayu terakhir! Tak hairan la Fuadi boleh jatuh hati.

“For the time being, In Shaa Allah masih sihat.”  Ain bangun menyambut huluran tangan Sofea untuk bersalaman. Tak tahulah Ain samada Sofea perasan atau tak dengan jawapan dia yang sedikit menyindir tu.

Selesai bersalaman, Ain ingat dah habis la ‘lakonan’ Sofea. Tapi tak sangka pula ada lagi yang belum selesai. Tubuh Ain tiba-tiba dipeluk erat.

“Thanks Ain. Terima kasih sangat-sangat.” Suara Sofea sebak. Ain tahu Sofea tengah menangis bila melihatkan bahu Sofea yang sedikit terhinjut-hinjut.

Ain terkedu! Tak mungkin Sofea tengah berlakon sebab it’s too perfect. Tapi, thanks for what?

“Sofea, abang dah letak beg baju Sofea dalam bilik abang kat atas. For this one week, that room is yours.” Teguran Fuadi menyelamatkan keadaan. Tak sanggup dah Ain nak mengadap lakonan Sofea ni. Nampak real sangat. Takut nanti dia pun turut terpedaya. Cukuplah Fuadi sorang yang terpedaya.

“Habis kalau Sofea guna bilik abang, Ain tidur kat mana?” Hmmm..betul-betul concern pasal Ain atau saje je nak tunjuk baik ni? Tangan Sofea sedikit kalut mencapai tisu di dalam handbag. Sisa-sisa air mata dilap perlahan. Mungkin segan nak biarkan Fuadi lihat dia menangis. Hmm…takkanlah tak biasa menangis depan Fuadi kot. Owh lupa, Fuadi kan sayang dia. Takkan la dia nak biarkan Sofea menangis. Bukannya macam Ain ni. Air mata dia langsung tak ada harga pada Fuadi!

“Dia guna bilik tetamu kat bawah ni. Tak larat lagi nak turun naik tangga.” Sempat lagi tangan Fuadi mencapai hirisan epal di atas meja.

“Tak apa ke? Ain tak kisah?” Pandangan Sofea tepat pada Ain. Menunggu jawapan dari mulut Ain sendiri. Okay, Ain dah mula tergugat. Memang nampak Sofea ikhlas sangat. Mungkin betul yang Sofea cuba nak jaga hati dia.

“It’s okay. I don’t mind.” Ain kembali duduk di tempat dia tadi. Tak payah la nak peningkan kepala fikir pasal Sofea. Bukannya boleh merubah apa pun.

“Sofea naik la atas dulu. Berehat. Kejap lagi kita makan sekali dengan ummi dan ayah.” Lembut suara Fuadi pada Sofea. Kalau dengan Ain, boleh dibilang dengan jari berapa kali je dia dengar suara Fuadi yang lembut macam tu.

Memang tadi ummi dan ayah sengaja tunggu Sofea untuk makan sekali. Kalau ikut kebiasaan, makan malam di rumah ummi ni sebelum pukul 7. Maklumlah ketua rumah ni kan doktor. Ayah memang strict sikit bab-bab pemakanan ni.

“Can we have a talk for a while?” Serius suara Ain. Hilang je kelibat Sofea dari ruang tu, Ain terus memulakan misi dia.

“Ada apa ni? Kenapa serius je muka tu.” Pelik Fuadi dengan perubahan Ain yang secara tiba-tiba. Sepanjang hari ni, okay je mood Ain. Sofa berhadapan dengan Ain menjadi pilihan untuk dia melabuhkan duduk.

“Actually, I’ve my own reason bila Ain setuju balik rumah ummi ni.” Ain sudah memulakan mukaddimah dia. Mata dia tajam beradu pandang dengan Fuadi.

Fuadi yang tadinya hanya duduk santai sudah mula menegakkan badan. Riak muka pun sudah berubah serius.

“And the reason is..” Tak sabar sangat nampaknya Fuadi nak tunggu Ain habiskan ayat dia. Tak sempat lagi Ain nak cakap, dia dah tolong bagi ‘ayat pendahuluan’. Tunggu Ain sambung ayat yang dia bagi je.

“After 1 week Ain akan balik rumah mama, and after that, please…lepaskan Ain.” Ya. Inilah tujuan asal Ain. Biarlah dia bertahan untuk seminggu lagi. Bukan semata-mata kerana Sofea, tapi sebab Ain nak bagi peluang untuk Fuadi habiskan sebanyak masa dengan Aqil selagi boleh.

Harapnya, paling tidak, kuranglah sedikit rasa bersalah Ain pada Aqil nanti sebab cuba pisahkan Fuadi dari dia. Tapi, rasanya sama je. Kalau bukan sebab Ain pun, Fuadi still akan balik ke UK jugak nanti. Tak apelah. At least Ain dah cuba apa yang termampu.

“Hmmm..Ain..Ain..” Kepala digelengkan perlahan beberapa kali.

“I’ve knew it. There must be something bila Ain senang-senang je setuju nak balik sini. Tak habis lagi rupanya dengan benda ni.” Sakitnya hati Ain bila lihat senyuman kecil yang terukir di bibir Fuadi.

“What’s so funny? Ain serius sekarang ni.”

“I don’t have any reason to let you go. So, why should I?” Tegas sekali suara Fuadi.

“Tapi Ain ada banyak sebab untuk mintak abang lepaskan Ain.”

“Okay. What is it? Pernah abang pukul Ain? Rasanya tak. Abang tak bagi nafkah kat Ain? I don’t think so. Abang tinggalkan Ain? That’s because I’m furthering my studies. Or sebab abang kahwin lain? Is it a good reason? Mazhab mana Ain pakai isteri boleh mintak cerai bila suami kahwin lain? In fact, I’ve told you before hand.” Keras suara Fuadi menunjukkan yang dia juga sudah mula serius dengan isu yang Ain cuba bangkitkan.

“Yup, you’re right. Kalau setakat suami kahwin dua, memang tak cukup kuat nak jadikan alasan untuk mintak cerai. Tapi, kalau isteri mengadu yang suami dia tak mampu berlaku adil, abang rasa cukup kukuh tak alasan tu?” Suara Ain memang maintain senada je. Tapi, sinisnya memang betul-betul menusuk hati la. Kalau tak, masakan muka suami dia sekarang ni bertambah tegang.

Tajam pandangan mata Fuadi pada Ain. Kalau dulu, jangan haraplah Ain boleh beradu pandang dengan Fuadi macam ni. Memang awal-awal lagi dia dah kalah. Tapi sekarang ni, tak kisahlah Fuadi nak bagi ‘pandangan membunuh’ sekalipun, hati dia sudah kebal. Langsung tak rasa apa-apa.

“Nak seksa isteri tak semestinya dengan kekerasan. Abang tak sedar ke perbuatan abang yang selama ni menyakitkan hati Ain. I’m your wife! Tapi mana hak Ain. Abang selalu lebihkan Sofea. Even masa Ain tengah mengandung sekalipun. Pernah ke abang pedulikan Ain masa tu. So, kalau Sofea tu dah penting sangat pada abang, apa susah. Lepaskan je la Ain ni.” Tak sempat Fuadi nak bersuara, Ain terus menyambung kata dia.

Alang-alang dah ada peluang ni, baik dia lepaskan terus semua yang terbuku di hati. Langsung tak nak bagi peluang untuk Fuadi bercakap. Suara Ain pun sudah mula naik senoktah. Tapi masih cuba dikawal. Biarlah hanya sampai ke telinga dia dan Fuadi.

Lama Fuadi terdiam. Sakit hati? Of course! Hati dia bukannya buta sampai tak dapat nak lihat semua kesakitan yang dia dah bagi dekat Ain selama ni. Lepaskan Ain? Ya Allah. Dia tak sanggup. ‘Ain, tolonglah bertahan. Sekejap je lagi.’

Kalau boleh, rasa beban yang dia tanggung selama ni, memang nak sangat dia kongsikan dengan Ain. Tapi, dia tak pasti dengan penerimaan Ain. Tambah-tambah lagi dengan keadaan emosi Ain sekarang ni.

“Ain, for all the bad things that I’ve done before this, I’m really sorry. I know it’s not that easy. Tapi, apa yang lepas tu biarlah lepas. Can’t we just move on? In fact, kita dah ada Aqil!”

“Senang kan abang cakap. Nak move on? Habis Sofea yang kat atas tu apa cerita? Please la. I’ve made things easier for you. Tak payah nak pilih-pilih dah. Ain pun tak ada niat nak pisahkan abang dengan Aqil. You can still meet him.”

“Ain cakap la apa pun. Abang takkan lepaskan Ain! Kenapa beria minta cerai ni? Nak sangat ke pegang status janda?” Sudah hilang sabar nampaknya Fuadi dengan kedegilan Ain.

 “Apa la sangat dengan title tu. Kalau tu je cara yang boleh buat hati Ain ni tenang, why not?” Tenang je suara Ain. Biar Fuadi fikir yang dia sudah bersedia untuk semua ni. Hati yang tengah menangis di dalam, biarlah dia sorang yang tahu. Title ‘janda’? Isteri mana yang nak? Tapi Ain tak kisah semua tu. Sebabnya? Dia dah pernah merasa jadi ‘janda’ sebelum waktunya!

Fuadi nampak tergamam. Mungkin jawapan yang Ain berikan langsung tak ada dalam skema jawapan yang dia dah sediakan. Lama dia membisu sebelum keluhan yang agak berat dilepaskan dari mulut dia. Badan yang tadinya sedikit tegang mula disandarkan kembali pada sofa.

“Okay, fine. Tapi, abang pun ada permintaan jugak.” Senyuman yang tiba-tiba terlakar di bibir Fuadi membuatkan hati Ain tak tenang. Entah rancangan licik apa lagi yang Fuadi cuba aturkan.

“Aqil is mine!” Keras suara Fuadi

 Bravo! Kan Ain dah agak. Fuadi sudah pandai nak main helah licik dengan dia sekarang. Tapi, silap besar lah kalau dia ingat Ain akan senang-senang jatuh dalam perancangan dia.

Bunyi enjin kereta yang baru masuk ke perkarangan rumah menghentikan tingkah mereka. Pastilah ummi dan ayah sudah balik dari surau. Berhati-hati Ain bangun dari sofa sebelum mengatur langkah ke arah Fuadi.

“Hmmm…you give me no choice. Kita jumpa di mahkamah.” Perlahan bisikan Ain ditelinga Fuadi sebelum bangun masuk ke bilik. Tak berniat untuk memanjangkan ‘perbincangan’ mereka sehingga boleh sampai ke pengetahuan ummi dan ayah. Lagipun, kepala Ain tiba-tiba terasa sakit. Baiklah dia masuk berehat di bilik sebelum keadaan dia jadi lebih teruk.

Badan Ain rebahkan disebelah Aqil yang sedang lena tidur. Air mata yang dari tadi ditahan mula mengalir perlahan di pipi dia.

5 comments:

  1. Hei..bodoh la fuandi ni..bini ko dlm pantang pun ko bole bawak bini muda ko dlm satu rumah..dah la ko sebilik dgn bini muda ko..ko nak ain meroyan..x sensetif langsung bini sakit2 beranak, lg ko sakitkan hati dia..nak anak konon tp bini mengandung n bersalin ko mana..choi la sgt jantan gini..

    ReplyDelete
  2. Ape la yg mnjd rahsia bsr si Fuadi ni

    ReplyDelete
  3. emosinya bc e novel kan..klo rs nak nangis stress tension boleh baca novel ni..sayang saya msaih tau pengakhiran sbb xbeli novel ni lg

    ReplyDelete
  4. emosinya bc e novel kan..klo rs nak nangis stress tension boleh baca novel ni..sayang saya msaih tau pengakhiran sbb xbeli novel ni lg

    ReplyDelete