DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday, 13 January 2016

TERBIAS BENCI TERSIRAT RINDU - BAB 15

BAB 15


MATA Iman ralit perhatikan gerak-geri Kak Mona. Bukan main ligat lagi Kak Mona bekerja di dapur. Gayanya sudah ala-ala chef antarabangsa. Menguntum senyum di bibir Iman melihat itu semua.
“Kak Mona! Buat-buat tak nampak aje, Iman dekat sini kan? Empat hari Iman tak ada, Kak Mona tak rindukan Iman ke?” Saja Iman mahu memancing Kak Mona untuk berbual. Padahal dia tahu sangat perangai Kak Mona. Kalau tengah bekerja, memang dia tidak suka hendak bersembang.
“Ish, mana boleh tak rindu. Sehari Iman tak ada, macam setahun Kak Mona rasa. Lebih-lebih lagi, kapten macho Iman tu. Macam orang sasau! Itu yang sanggup pergi kampung angkut Iman, bawa balik ke sini.” Kak Mona ketawa mengekek. Sudip yang tergenggam erat di tangannya laju saja berlari di dalam kuali.
“Kapten, macho? Siapa kapten macho tu, Kak Mona?” Iman tayang muka blur.
“Allah! Buat-buat tak faham pulak. Siapa lagi kalau bukan Encik Ajad kesayangan awak tu.” Perli Kak Mona. Dia sudah mengambil tempat duduk di sebelah kanan Iman di kerusi meja makan. Muka Iman disorot lama. Budak ni betul-betul tak tahu ke?
“Kapten? Kapten apa, Kak Mona?” Usikan Kak Mona tadi bagai angin lalu saja di telinga Iman. Perasaan ingin tahu lebih merajai hatinya kini.
“Lah! Dia tak bagitahu ke?”
Iman geleng kepala.
“Mmm, dia...”
“Iman!”
Belum pun sempat Kak Mona menjawap, satu suara garau sudah menegur Iman dari belakang. Laju saja kepala Iman dan Kak Mona tertoleh ke situ. Ish, pantang diseru! Asyik muncul aje! Pakai ilmu apalah agaknya Ajad ni?
Saat mata Iman tertancap pada figura yang sedang berdiri di hadapannya kini, jantung mula berdegup tidak senada. Nafasnya mula diatur tidak sekata. Mata pula, bulat macam geliga. Ish, segaknya! Machonya! kacaknya...
Mata Iman tidak lepas-lepas daripada merenung Ajad yang sedang berdiri tegap di hadapannya. Lelaki itu nampak begitu segak dengan uniform pilot yang tersarung kemas di tubuhnya. Jaket hitam hanya disangkut kemas di lengan kanannya. Manakala tangan kirinya pula menyeluk saku seluar. Bergaya!
“Kenapa?” Ajad jongket kening. Pelik tengok Iman pandang dia tidak berkelip dari tadi. Siap dengan pakej mulut ternganga lagi tu. Comel, sangat!
Senyap.
“Iman...” bisik Kak Mona perlahan di tepi telinga Iman. Melihat Iman masih juga diam, bahu Iman ditepuk perlahan. Ish, parah budak ni!
“Hah?” Iman terkebil-kebil. Saat itu juga tawa Ajad sudah meletus. Bergema kuat di ruangan dapur, banglo mewah  milik Tengku Faridah itu.
“Kau ni dah kenapa? Tak pernah tengok orang kacak?” Sindir Ajad. Ketawanya masih lagi bersisa. Ces! Angkat bakul masuk sendiri.
“Kacak? Tak ada maknanya! Pak Dollah dekat luar tu lagi kacak daripada kau!” Iman cebir bibir. Muka mula berona merah. Malu weh bila kena tangkap kering macam tu. Hmmm... Tapi memang kacak pun!
Ajad tersengeh lebar. Kata-kata Iman tadi, langsung tidak singgah di hatinya. Faham sangat dengan ayat cover malu Iman tu. Tengok pipi yang bertukar warna itu sudah cukup untuk membuatkan Ajad faham.
Kerusi di sebelah kiri Iman ditarik, lalu punggungnya dilabuhkan di situ. Jaket yang tersangkut kemas di lengannya tadi diletakkan di atas meja makan. Mata menghala terus pada muka Iman. Merenung Iman tidak berkelip.
Iman mula resah. Duduk berdekatan dengan Ajad sejak akhir-akhir ini selalu saja mengundang rasa debar yang menggila di hatinya. Jantung mulalah hendak memecut laju. Gila! Aura apa yang ada pada mamat mata sepet ini pun, Iman tidak tahu.
Senyap.
Hatta bunyi cicak seekor pun tidak kedengaran di telinga mereka. Baik Ajad mahupun Iman, masing-masing membisu seribu kata. Kak Mona pula tergaru-garu kepala. Rasa rimas pula dengan keadaan sekarang.
“Ehemm... Encik Ajad nak makan?” tanya Kak Mona berbasi-basi, cuba memecahkan kebisuan yang ada. Kalau sepuluh minit lagi macam ni, memang mati kutulah dia. Bukan setakat kutu, tenuk pun boleh mati.
“Mmm... tak, Kak Mona. Saya datang sini sebab nak berjumpa dengan Iman.” Ajad ukir senyum.
“Oo... Okey! Kak Mona ke depan dululah.” Belum  pun sempat Iman membuka mulut, Kak Mona sudah pun menonong, berjalan ke depan meninggalkan mereka berdua di situ. Iman ketap bibir. Geram!
Lima minit berlalu, keadaan masih lagi sepi. Iman sudah macam cacing kepanasan di situ. Renungan Ajad yang jatuh tepat pada wajahnya dari tadi memang benar-benar buat dia nanar. Kalau sepuluh minit lagi dia ada dekat situ, memang hati dia boleh terlingkup.
“Eh! Nak ke mana tu?” soal Ajad laju, saat Iman sudah berdiri untuk berlalu.
“Naik atas, nak kejutkan mak engku. Ada masalah?” Iman jongket kening, tinggi. Anak matanya berlaga tepat dengan anak mata Ajad. Dush! Terus dada rasa macam kena tumbuk. ‘Adoii.. kenapalah mata dia ni memukau sangat? Kenapa serba-serbi tentang dia nampak indah saja hari ni? Arrghhh... Iman! Jangan nak menggatal.’
“Duduk dulu. Aku ada benda nak cakap dengan kau ni.” Suruh Ajad. Mukanya nampak tenang saja. Argh! Ajad memang selalu tenang. Yang gelabahnya, Iman.
“Tak naklah! Nanti mak engku marahkan aku, sebab tak kejutkan dia.” Iman berdalih. Padahal dia memang tidak mahu duduk berduaan dengan Ajad dekat situ.
“Dia dah bangun, dah! Kau nak duduk sendiri atau aku yang akan dudukkan kau?” Ajad main senjata ugutan. Kenal sangat dengan perangai keras kepala Iman tu. Kalau tidak diugut, memang tak jalan.
 Walaupun baru saja kenal dengan Iman, entah mengapa dia rasa seolah-olah telah lama mengenali gadis comel itu. Segala tingkah dan perangai Iman sudah dapat dibaca dengan jelas olehnya.
“Err... akuu...” Iman masih teragak-agak untuk duduk.
“Okey, maknanya nak aku suruh aku tolong dudukkan engkaulah, ya?” Ajad senyum gatal. Keningnya sudah menari-nari.
Gulp! Iman telan liur.
“Eh, aku duduk sendiri!” Laju saja Iman melabuhkan punggungnya semula ke atas kerusi. Bukan boleh percaya, mamat mata sepet sorang ni. Apa yang ada dalam kepala otak dia tu, memang tidak terjangkau dek fikiran. Buatnya datang perangai gila dia tu... mati kering Iman dekat situ.
Good! Tau pun takut.” Ajad tersenyum senget.
“Menyampah!” Iman julingkan matanya ke atas. Suka sangat main ugut-ugut macam tu.
“Sekarang kau menyampahlah. Nanti mesti kau rindukan aku.”
“Hmm... Perasan! Cepatlah! Kau nak cakap apa ni?” Gesa Iman. Naik rimas pula bila Ajad asyik renung dia tidak berkelip.
“Mmm... kau ni! Bagilah aku tengok kau puas-puas dulu. Aku nak pergi lama ni. Dua minggu aku dekat Amsterdam nanti. Maknanya dua minggu jugalah aku tak dapat tengok muka kau. Tak dapat nak gaduh-gaduh manja dengan kau.”
“Ooo... dua minggu.”
Suara Iman tiba-tiba menjadi kendur. Entah kenapa hati rasa berat pula hendak berpisah dengan Ajad. ‘Amsterdam? Jauhlah kut!’ Hati Iman terus berbisik.
 Yalah! Dia mana tahu Amsterdam tu dekat mana. Tapi pernah dengarlah dalam TV selalu sebut. Kalau tak silap Iman, kapal terbang MH17 ditembak semasa nak bertolak balik dari Amsterdam. Betul ke? Ish, Iman memang kurang tahu. Tapi, yang dia tahu sekarang ni.. hati dia terasa berat hendak berpisah dengan Ajad. Kenapa, errk?
“Kenapa termenung pulak ni? Aku tak pergi lagi dah rindu ke?” Usik Ajad. Senyuman sudah melebar di bibirnya.
“Kau, kalau tak perasan dalam masa satu saat memang tak boleh, kan?” tebak Iman. Tak habis-habis dengan perangai angkat bakul masuk sendiri dia tu!
“Kau tak payah mengakulah! Tak cakap pun, aku tahu. Ada rindu yang tersirat dekat hati kau tu untuk aku, kan?” Ajad ketawa-ketawa. Suka tengok muka merah Iman. Malulah tu! Itulah salah satu sebab kenapa Ajad suka dengan Iman. Iman tidak tergedik-gedik macam perempuan-perempuan yang dia pernah kenal sebelum ini.
“Suka hati kaulah! Kau nak cakap apa tadi?” Iman malas nak panjangkan cerita. Bertekak dengan Ajad memang tidak akan menang.
“Hmm... Aku nak kau buat persiapan untuk perkahwinan kita. Dalam tempoh dua minggu aku tak ada ni, aku nak kau buat persediaan secukupnya. Nanti nenda akan tolong kau uruskan semuanya. Aku dah bagitahu nenda.” Ajad nampak serius kali ini.
“Cop! Bila masanya aku kata aku setuju nak kahwin dengan kau?” Iman kerut dahi. Rasanya dia tidak pernah cakap pun dia bersetuju untuk berkahwin dengan Ajad.
“Kita dah bincang perkara ni!” tegas Ajad.
“Bila?” Iman makin keliru.
“Kita kahwin lepas aku balik dari Amsterdam. Titik!” Ajad bulatkan matanya pada Iman. ‘Kau ingat kepala kau aje yang keras! Kepala aku lagi keras kalau kau nak tahu.’ Hati Ajad bercakap sendiri.
“Tapi ak...”
Baby! Dekat sini rupanya you. Puas I cari. You buat apa dekat sini dengan orang gaji ni? You dah lambat, kan?” Tiba-tiba leher Ajad sudah dirangkul erat dari belakang.
Bulat terus mata Iman. ‘Hish, dan-dan aje kau muncul erk, pacat!’ Bibir bawah digigit. Sakit hati pula bila tengok tangan Tengku Anis bukan main syok lagi mendarat di leher Ajad. Yang Ajad ini pun, tak reti nak tepis ke?
Baby, bagi I masa lima minit! You tunggu I dekat dalam kereta erk?” Ajad leraikan pelukan Tengku Anis di lehernya. Terasa rimas pula dipeluk begitu oleh Tengku Anis. Lebih-lebih lagi di hadapan Iman.
“Tak nakkk...” Tengku Anis merenggek manja. Tangannya masih berlingkar kemas di leher Ajad.
Melihat aksi gedik terlebih Tengku Anis itu, membuatkan akal nakal Iman berfungsi dengan jayanya. ‘Amboi, bukan main lagi kau! Asyik nak melekat saja kerja kau, erk! Seronok juga kalau dapat tengok muka cemberut kau ni...’ Iman senyum senget. Dalam kepala mula terfikirkan sesuatu.
“Emm, sayanggg... awak jaga diri baik-baik tau, dekat sana. Jangan nakal-nakal! Semoga cepatlah masa berlalu. Kalau awak tak ada, saya sunyi... Rasa dah tak sabar nak tunggu hari bahagia kita. Bila awak tak ada nanti, mesti saya nanar ridukan awak...” Suara sengaja dilunakkan. Senyuman paling manis Iman lakarkan pada bibir merahnya. Mata pula melirik manja kepada Ajad. Seolah-olah Tengku Anis langsung tidak wujud di situ.
What! Sayang? Hari bahagia? Rindu? Apa semua ni?” Terjerit kecil Tengku Anis. Rasa macam hendak pitam terus bila dengar Iman cakap macam tu. Pelukan di leher Ajad terus terlerai. Mata mencerlung tajam kepada Iman, kemudian beralih pula kepada Ajad. Turun naik dadanya menahan marah. Memang pantanglah dia kalau ada orang panggil kesayangan dia, sayang.
Ajad pula terkebil-kebil memandang Iman. Rasa macam tidak percaya pula Iman boleh berkata begitu. Angin apa yang menyapa muka Iman ni? Dalam sekelip mata saja boleh berubah. Memang ajaib!
“Hey, orang gaji! Baik kau cakap sekarang. Kau merepek apa ni?” Tengku Anis sudah meroyan. Iman dipandang macam nak telan.
Iman cebir bibir sambil jongket kedua belah bahunya.
“Entah! Rasanya baby awak nak jadikan saya ‘mem’ besar dalam rumah ni. Tapi... awak tanyalah baby kesayangan awak tu, sendiri” Iman kenyitkan matanya kepada Ajad. Sebelum berlalu sempat lagi dia tersenyum senget kepada Tengku Anis.
Suka yang amat bila tengok muka cemberut tahap cipan, Tengku Anis itu. Kalau boleh Iman hendak lompat kijang dekat situ juga. ‘Huh! padan muka. Puas hati aku.. Puas! Puas! Ha... ha... ha...’ Iman ketawa besar di dalam hati.
Babyyyyy!”
Jeritan Tengku Anis sudah bergema di ruangan dapur mewah itu. Iman terus menapak laju. Senyuman kepuasan terpancar jelas pada wajahnya. ‘Nasib kaulah Ajad...’ hati berbisik suka.

No comments:

Post a Comment