IMAN
bernyanyi
riang memasuki ruang dapur mewah milik Tengku Faridah. Begitulah dia setiap
hari. Sentiasa ceria dan senang hati. Walaupun jauh di lubuk hatinya ada luka
yang terpendam, dia akan tetap tersenyum. Iman percaya, senyuman adalah terapi
paling mustajab untuk menenangkan hati yang gundah.
“Amboi,
gembira nampak!”
Sapa
Kak Mona sebaik sahaja melihat Iman memasuki ruang dapur sambil bernyanyi
kecil. Tangannya ligat mengacau koko panas di teko, tapi matanya pula terarah
tepat kepada Iman. Comel!
“Biasalah
Kak Mona, hidup kita ni kena sentiasa gembira... barulah tak stress.”
Iman
tersengih lebar. Tayang gigi putihnya yang tersusun rapi. Tanpa dipelawa, dia
duduk di kerusi meja makan yang sudah siap terhidang dengan sarapan pagi. Kecur
liur Iman melihat nasi goreng kampung yang masih berasap itu. Baunya saja sudah
cukup membuka selera. Kak Mona memang pandai memasak.
Kak
Mona tersenyum kecil.
“Iman,
pergi panggilkan mak engku. Kak Mona dah siapakan sarapan ni,” suruh Kak Mona.
“Alah,
Kak Mona ni! Orang baru nak landing
kejap. Dah bagi arahan mengalahkan sarjan pencen.” Iman tarik muka. Saja tunjuk
muka protes.
Kak
Mona ketawa kecil. Kalau budak Iman ni, memang tak boleh lari daripada menjawab
mulut orang.
“Kamu
ni Iman, ada-ada saja jawapnya. Mak su kamu mana? Selalunya masa-masa macam ni
ada aje dekat dapur ni, bersembang dengan Kak Mona.”
“Entah!
Tengah kemas-kemas kut!” Jawap Iman acuh tak acuh. Tangannya mula merayap ingin
menyudu nasi goreng kampung di dalam bekas. Sepantas kilat juga Kak Mona pukul
tangan Iman.
“Aouchh! Sakitlah, Kak Mona.”
“Padan
muka! Pergi panggilkan mak engku dulu!” Kak Mona sudah jegilkan matanya kepada
Iman.
“Lecehlah!”
Iman mendengus kecil.
“Morning..”
Sapa
satu suara garau. Laju Kak Mona dan Iman menoleh.
Sebaik
sahaja terpandangkan tuan empunya suara, Iman rasa perut dia terus senak dan
memulas-mulas. ‘Mak, aii! Apa mamat mata sepet ni buat awal pagi macam ni, sudah
terpancul dekat sini?’ Iman terus palingkan mukanya ke arah lain. Tiba-tiba saja
dadanya rasa berdebar, bila teringat kembali apa yang berlaku di dalam bilik
tidurnya malam tadi. Gila! Tak ada angin, tak ada ribut... terus ajak kahwin!
“Eh,
Encik Ajad! Awal bangun? Ada perlukan apa-apa ke?” tanya Kak Mona. Mukanya
jelas nampak terkejut melihat Ajad sudah berdiri tegap di sebelah Iman. Yalah,
tak pernah-pernah Ajad bagun awal sebelum ni. Biasanya, matahari tegak atas
kepala baru nampak muka.
Iman
pula... Aik, apa pasal tunduk macam nak cium meja tu?
“Hmm...
lapar,” jawap Ajad sepatah. Kerusi di sebelah Iman sudah ditarik. Tidak sampai
lima saat, punggungnya sudah selamat mendarat di kerusi sebelah Iman.
Jantung
Iman rasa macam hendak pecah dah. Tidak berani langsung dia hendak mengangkat
muka. Dub... dab... dub... dab... Kuat sungguh jantungnya berdetak. Silap hari
bulan, boleh pecah dekat situ juga.
Tidak
cukup dengan itu, jantung Iman semakin sakit, tatkala dia terciumkan haruman
minyak wangi yang dipakai oleh Ajad. ‘Ya Allah, wangi sangat-sangat! Ish, tak
boleh jadi ni! Aura mamat mata sepet ni memang boleh membunuh jantung aku.’
Iman sudah resah sendiri.
Sepantas
kilat dia bangun daripada kerusi. Tidak mampu lagi untuk menahan sakit di
jantungnya. Namun, sepantas kilat itu juga, lengannya sudah dipegang kemas oleh
Ajad.
“Eh,
apa ni?” bentak Iman kasar. Lengannya cuba ditarik, tapi pegangan Ajad begitu
kejap sehinggakan Iman berasa sakit.
“Kau
nak pergi mana?” kasar saja tutur Ajad.
“Aku
nak pergi panggil mak engku. Lepaslah! Sakit tau, tak?” Iman geram. Bibirnya
diketap kuat tanda sakit hati.
“Kau
duduk sini balik!”
“Kalau
aku tak nak?” Iman senyum sumbing. Matanya dijulingkan ke atas.
“Kalau
kau tak nak, aku cium kau dekat sini!” Ugut Ajad dengan muka serius. Lengan
Iman masih digenggam kemas.
“Gila!
Lepaslah...”
“Jangan
harap.” Ajad sudah tersenyum senget.
Kak
Mona yang sedari tadi menjadi penonton kepada drama sebabak yang dilakonankan
oleh Iman dan Ajad itu, menggaru kepala. Apa kena dengan budak berdua ni?
“Apa
bising-bising ni?” Mata Tengku Faridah menyorot tepat pada Iman dan Ajad. Entah
bila masanya dia terpancul di situ, Iman dan Ajad langsung tidak sedar. Mak Su
Normah yang berdiri tegap di sebelah Tengku Faridah seakan tergamam melihat
wayang kulit yang dilakonkan oleh mereka berdua. Matanya tajam menyorot pada
lengan Iman yang digenggam kemas oleh Ajad.
Iman
kaget. Sekali lagi dia cuba menarik tangannya. Kali ini Ajad tidak berkeras
lagi. Pegangang di lengan Iman dilepaskan.
Iman menarik nafas lega. Tangan yang terasa
sengal digosok perlahan sambil matanya tunduk memandang lantai. Memang dia tidak
berani hendak mengangkat muka. Boleh buta biji matanya kalau bertemu dengan
biji mata Mak su Normah yang nampak berapi ketika itu.
Ajad
pula, buat muka selamba badak sahaja. Nasi goreng yang berada di dalam bekas mangkuk
besar, disenduk ke pinggan lalu dibawa ke mulut. ‘Ish, dia boleh buat muka tak
bersalah macam tu aje? Selamba saja makan! Ee... memang gilalah mamat mata
sepet ni. Benci!’ Iman menjeling Ajad dengan ekor mata.
“Eh,
mak engku... Jemputlah duduk,” pelawa Kak Mona sambil tersengih kecil. Gerun
sebenarnya bila tengok muka Tengku Faridah yang serius tanpa segaris senyuman tu.
Siap dengan pakej jelingan maut kepada Ajad. Huh, menakutkan!
Nasi goreng kampung disenduk laju ke dalam
pinggan di hadapan Tengku Faridah. Air koko panas dituangkan ke dalam cawan
lalu diletakkan di hadapan Tengku Faridah.
“Duduklah
semua... Kita makan!” Arah Tengku Faridah.
Iman,
Mak Su Normah dan Kak Mona masih berdiri tegap. Masing-masing nampak teragak-agak
untuk duduk. Ajad pula, terus makan tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Macam
tak ada perasaan!
“Lah!
Tunggu apa lagi ni?” tanya Tengku Faridah bersama senyuman yang sudah menguntum
di bibir. Tidak cemberut macam tadi lagi.
Mereka
bertiga berpandangan sesama sendiri, kemudian barulah masing-masing terus duduk.
Baru saja Iman mahu menapak ke kerusi di sebelah Mak Su Normah, hujung baju
kurungnya ditarik kasar oleh Ajad. Terus matanya dengan mata Ajad bertembung.
Ajad bagi isyarat mata, menyuruh Iman duduk di sebelahnya.
Iman
jegilkan matanya kepada Ajad. Tapi, Ajad jegilkan matanya semula. Lebih besar
dan bulat dari mata Iman.
Gulp!
Iman telan liur sekali. Sudahnya, Iman
terpaksa juga mengalah. Lambat-lambat Iman duduk di sebelah Ajad. Dalam hati
sudah menyumpah-nyumpah. ‘Bencinya mamat gila ni! Kenapalah aku boleh jumpa dengan
lelaki macam ni?’ Iman menarik muka, masam. Ajad pula tersenyum lebar tanda
menang.
“Bila
pula Ajad masuk kerja?” Soal Tengku Faridah memecahkan kebisuan.
Semua
mata terarah tepat kepada Ajad saat itu. Nasi goreng yang mahu disua ke mulut,
tidak jadi masuk ke dalam mulut. Lama juga dia terdiam, sebelum menjawap,
“Minggu
depan nenda.”
“Kalau
macam tu, sementara tak ada buat apa-apa ni, bolehlah Ajad jenguk pejabat tu,
ya?” Tengku Faridah saja beri cadangan. Padahal memang dia sudah sedia maklum jawapan
daripada Ajad.
Memang
tidaklah untuk Ajad menapak ke pejabat tu. Mati hidup balik pun belum tentu
agaknya. Ini pun, Tengku Faridah macam tidak percaya tengok Ajad sudah berada
di meja makan pada awal pagi macam ni. Selalunya, matahari sudah hendak jatuh
semula baru nampak batang hidung.
Ajad
diam lagi. Nasi goreng dikunyah laju. Seketika, matanya melirik kepada Iman di
sebelah. ‘Amboi, makan... macam sepuluh tahun tak jumpa makan! Langsung tak
pandang kiri-kanan.’ Getus Ajad.
“Mmm,
nenda. Ajad nak kahwin dengan Iman.” Selamba Ajad bersuara. Air koko panas
dihirup sedikit.
“Uhukk...
Uhukk...” Iman tersedak. Hampir hendak tersembur nasi goreng dalam mulutnya. Cepat-cepat
Iman mencapai cawan dan meneguk air koko panas dengan rakus. ‘Makkk.. Panas!’ Berair-air
mata Iman menahan rasa panas. Hendak meletup rasa mulutnya.
“Hah?”
Tengku
Faridah dan Mak Su Normah menjawap serentak. Jelas nampak riak terkejut pada
wajah mereka. Dua pasang mata kini sudah beralih tepat kepada Ajad dan Iman.
Kak Mona pula terlopong tanpa suara.
Iman menggelengkan kepalanya dengan laju. Muka
Mak Su Normah yang macam kucing tercekik tulang itu, dipandang tidak berkelip.
‘Matilah aku!’ hanya itu yang terluah di hati Iman saat ini.
“Bila
masanya kamu berdua bercinta? Kenal pun baru semalam!” Suara Tengku Faridah
tegang. Tapi riak wajahnya nampak sedikit tenang.
Dahi
Iman sudah berpeluh-peluh. Gila! Memang gila mamat mata sepet ni. Kalau macam
ni, bukan saja boleh kena serangan jantung. Silap-silap hari bulan boleh ‘kojol’
terus Iman dekat situ. Iman menjeling Ajad di sebelah. Rasa nak tumbuk-tumbuk
saja muka mamat tu. Boleh dia buat muka lembu kenyang! Macam tak ada apa-apa
yang berlaku.
Mak
Su Normah pula, diam tidak berkutik. Terkejut! Itulah yang dia rasakan sekarang
ini. Riak keruh pada wajahnya itu sudah jelas menggambarkan perasaan kurang
senangnya. Peristiwa silam terus datang menerjah ke ruang ingatannya, tanpa
diundang. ‘Ya Allah, janganlah kisah silam berulang kembali.’ Desis hati Mak Su
Normah tak henti-henti.
“Kami
memang tak bercinta nenda. Tapi, Iman cakap Ajad tak boleh nak dekat-dekat
dengan dia, tak boleh nak sentuh dia sebab kitaorang ni bukan mahram. Jadi
haram! So, Ajad nak jadikan hubungan
Ajad dengan Iman ni halal. Supaya Ajad boleh sentuh dia, dekat-dekat dengan
dia, yang paling penting boleh buli dia sesuka hati tanpa perlu jaga batas.”
Selamba Ajad menjawap. Langsung tidak masuk akal!
Muka Iman yang jelas nampak terkejut di
sebelahnya, dia buat tidak nampak saja. Hanya senyuman senget yang dia
hadiahkan kepada Iman. Baru tahu dia tidak main-main, kan? Baru tahu dia
betul-betul, gila!
“Hah,
Sebab itu saja Ajad nak kahwin dengan Iman? Naik berkerut dahi Tengku Faridah.
“Iman
tak nak! Iman tak nak kahwin dengan mamat senget ni.” Laju Iman menjawap. Kini
semua mata sudah terarah tepat kepada Iman pula. Mata Ajad juga tidak
lepas-lepas dari merenung Iman. ‘Kau panggil aku mamat senget? Ish, aku rasa
nak telan aje kau hidup-hidup dekat sini! Sabar Ajad. Sabarrrr...’
“Rasanya
memang ada salah faham dekat sini. Saya minta maaf mak engku.” Akhirnya setelah
lama berdiam diri, Mak Su Normah bersuara juga. Muka Iman yang nampak cuak itu
dijeling sekilas.
Kak Mona pula, dari tadi memang langsung tidak
berani untuk menyampuk. Bukan dia tidak tahu angin Tengku Faridah tu. Silap
hari bulan, semua benda yang ada dekat atas meja itu melayang.
“Tak
ada salah faham pun mak su! Saya memang nak kahwin dengan Iman. Kalau tak dapat
cara baik, saya buat cara jahat.” Ajad sudah kenyitkan matanya kepada Iman.
Senyuman lebar sudah tersunggil di bibir merahnya.
“Ish,
gila! Bila masa pulak mak su aku jadi ma ksu kau? Ee... benci! Benci...
Benciiii!!” Iman menjeling Ajad tajam. Rasa macam hendak ketuk kepala mamat
mata sepet tu dengan sudip. Biar betul sikit otak dia yang tengah biol tu.
“Hah?”
Sekali
lagi Mak Su Normah dan Tengku Faridah terkejut. Kalaulah macam ni, sah-sahlah
dia orang semua kena serangan jantung beramai-ramai nanti.
Kak Mona hanya tersengih-sengih sambil menggaru
kepala.
“Hmm,
nantilah kita bincangkan semula.” Akhirnya Tengku Faridah memutus kata. Lemah
saja suaranya. Bukan dia tidak tahu perangai cucunya nan sorang itu. Kalau dia
kata mahu, maka mahulah.
Ajad
tersenyum puas.
“Kau
akan jadi milik aku sepenuhnya...” bisik Ajad perlahan di telinga Iman.
Iman tunduk merenung lantai. ‘Ya Allah,
Bencinya dengan mamat niiii!’ Jeritan batin Iman bergema hebat.
No comments:
Post a Comment